gucciglasogon.se

Wednesday, May 28, 2014

Sailing

Aku sailing start last monday. Tapi sail around langkawi je. Esok last day. Now kat Yacht Club. Berth kapal kat sini.

Nanti detail aku cerita next time.

Monday, May 19, 2014

gay

hai.  

nama saya Abd Shukor. saya sedang curi curi taip ni.
nak bagitau. saya dengan Jepun adalah pasangan gay.

hehehehehe. 
oktuje.
bye.

Abah

The other day, aku lupa hari apa. Sabtu kot. I watched Caught in Camera, Heroes vs Villain punya edition. And ada satu incident pasal a daughter and her father.. She video recorded the so-called-abuse and put it online. And that she even said that she has no regret that she published the video online.

Ringkasnya camni la. This kid ni,16 yo ralit sangat dengan internet and she also downloaded songs from internet sedangkan her dad dah warn on how he hates it. Ayah nya tu awal awal lagi dah warn. Dia tak suka. Plus, her dad is a judge so ofcourse la make sense kalo dia larang tu kan. Setakat nak online tu xpe but addicted to it, no. So that day her father went home and saw her on the internet so memang kena tibai la dengan belt. And kebetulannya dia dah letak camera awal awal lagi untuk record sebab katanya dia sense something bad was going to happen. Tapi dia simpan je video tu. 7 years later, she got into a financial dispute with her father and she decided to put the video online. She said, financial dispute. Tapi her dad said, she was stealing and he was disciplining her.

Seriously. I cant brain how this girl was thinking. Bapak kau pukul untuk disiplinkan. Bukan dia pukul suka suka. And dia the fact that dia pukul kau kat bontot je pun. Kalo betul dia pukul with intentions to hurt u, takde de dia pukul situ. Kalo aku, aku sebat je muka perut kaki kepala semua. And bila kau MENCURI, dia disiplinkan kau dengan cara tu, terima la hendaknya. Dah kau buat salah, deal with the consequences la kan. Ni cakap lebih. Ludahkan jugak baru tau.

Tengok la nanti kau besar jadi apa.
Aku bet, kau melutut kat kaki bapak kau jugak nanti.

Aku ni bangsa yang dah biasa kena sebat kalo salah. Tapi masa kecik la. Bila besar, tak dan abah pukul lagi aku dah tau aku tak patut buat apa yang dia tak suka. Abah pulak jenis jarang pukul..tapi sekali pukul, hoiiiiiii tak mampu nk cakap la kan. Setakat hanger, belt, getah paip, ranting kayu, palm tu biasa. Tapi aku tau aku kena sebab aku salah. Sebab bangsa macam aku ni dulu kalo takat cakap je lembut lembut jenis tak jalan. Aku dengar sekali lalu je. So ubat dia adalah pukul.

Last aku kena sebat darjah 5 ke 6 dulu ntah. Sekarang ni usahkan nak kena pukul, dengar pitch abah up sket pun kaki aku dah menggigil dah. Kalo kena jerkah, mau terkincit situ je aku. Abah aku baik. Cuma bila benda yang perlukan ketegasan, mendapat la tengok another side of him. So far sekarang ni abah banyak main psikologi. And he once told me, "kalau abah tak marah pukul dan tegas dulu, takde kau jadi orang. Tu tengok adik kau tu. Sebab bila ada dia abah dah jarang marah marah kan. Tu yang perangai lain."

Haah memang lain sket pun perangai adik bongsu aku. Dia jenis yang suka naikkan darah orang. Hempas hempas. Hentak hentak. Merajuk. Tu semua dia la tu. Haha. Tapi takat dalam rumah je la masalahnya. Takde la merempit ke menagih ke apa ke kan. Syukur jugak. Biarlah darah kami ni hari hari mendidih je kadang tu. Hehe. Tapi tu dulu la. Sekarang semua dah besar..dah pandai back up and watch each other's back. Thanks to abah n ummi's didikan that we turned out to be siblings with strongest bond. We are strong when we are togerher.

Sunday, May 18, 2014

clinic

semalam kan..entry aku emotional je kan. aku ni dah lah badan tak berapa nak sihat kan.. senggugut aku teruk la sikit. and bila people make fun of it, of course la rasa tak best kan. plus bila sakit tu bercampur campur dengan segala toknenek sakit yang ada.. so tahap emotional tu memang berganda ganda sket la.

tadi aku pergi clinic. jumpa Doc.. aku pun ada blog pasal lumpectomies aku dulu kan. and that the ketulan tu ada balik. so tadi p jumpa Doc.. sebelum ni buat tak tau je sebab tak sakit. tadi tengah drive tetibe sakit. sengkak dada and berpeluh peluh. so tadi she scanned and said benda tu nothing dangerous pun. fibroid adenoma and its quite common. 

biasanya jadi balik even after dah get rid of it ni biasanya disebabkan masalah hormon from ovary yang terlebih sensitif. takde cara nak stop fibroid ni. and takde cara untuk regulate hormon balik. and she said jugak, sepatutnya fibroid adenoma tak menyakitkan.. tapi aku rasa sakit. and she said again maybe sebab i think about it too much. that was not true for i was trying not to get that into my head too much. 
and that fibroid is huge. 2.8 cm.

and also, i did talk to her pasal apa yang aku rasa lately. about how i suddenly felt like not wanting to talk to anybody..aku cakap dengan unresponsive things macam ikan, cats and water and how i found that so relieving..about me crying out of nowhere, no reasons.. and she suggested me to meet a psychiatrist.. bukan untuk dapatkan ubat..tapi sesi kaunseling..

suddenly rasa macam i'm a bit closer to being crazy.
i dont want to go through the depression state one more time.
nothing fancy about it.

i just dont want.

Have u?

Pernah tak rasa seolah olah diri berganda ganda tak berguna? Tak berguna kali pertama sebab keadaan diri sendiri..and suddenly there are these few people saying some shit stuffs yang double kan lagi rasa tak berguna tu..

I did..and i've just been through it. Gila terhiris rupanya. Bergenang dah tears. Tapi kan, thank God there was this cat here..shown up out of no where..and i talked to her. It was a bit relieving. A bit.

And also, have u ever feel so lonely?as if everybody is just so fake that one day they'll walk out from u and leave u? Well..i have. And still am.

Allah. Lend me the strength.
Just lend me some..enough to walk me through these.

Wednesday, May 14, 2014

Hantu pulau

Akhirnyaaa..after more than a week at pulau, dah boleh tengok daratan. Kekeke. Tapi sat je la. Esok pagi dah balik pulau. Balik sebab nak guna internet je pun. Nak cari journals sket.

Semalam kan, aku nyumpah seranah kat "benda" tu. Aku lepak jeti petang semalam. Nak balik ke Pusat (bilik) dari jeti tu kena lalu satu selekoh kat jeti tu jugak. Kat selekoh tu la selalu ada benda bertenggek. Dulu pun penah nampak bertenggek kat situ. Muka dah la buruk. Ingatkan aku je yang nampak..sekali abg staf yang jalan sekali dengan aku pun nampak.

Yang kes semalam ni camtu la. Masa nak sampai kat port dia tu, boleh pulak aku ternampak dia bertenggek atas batu tu. Dah la aku jalan sorang semalam. Orang lain tak gerak balik lagi. Dan dan aku jalan mengundur. Pastu cakap kat abg yg tengah jalan ke arah aku, "jom abg.lepak dulu lah.sat gi baru balik.lahanat betul.p bertenggek atas batu tu pulak".

Gelak sakan member. Then masa nak balik, aku jalan dengan lagi dua orang abg staf ni. Sorang jalan laju, tak pandang kiri kanan dah. Yang sorang lagi tetiba "ya hananaa ya hananaaaa"..depa nampak something lagi rupanya. Haihh la. Menjadi jadi betul kebelakangan ni. Malam sebelum tu pun depa nampak dah.

Aku nampak kat dapur jugak. Bertenggek atas tanah curam kat tepi meja makan dapur. Barua sungguh. Aku dah la jalan sorang. Pastu asal malam je bau nasi minyak. Bau nasi lemak. Bau makanan. Malam pulak nak lepas kul 12malam.

Tu antara sebab lain aku balik sekali malam ni. Dah "mereka" duk mengganas sakan..baik aku blah sebelum aku kena untuk kali ke berapa belas dah ni. I is pentakut tau. Tapi tak setakut abg ni sorang. Lawak betul. Nak p minum air kat dapur pun ajak aku teman sebab takut. Hoihh. Baru pukul 8malam hoihhh masa tu.

"ema nak p mana?dapur?teman abg boleh?abg nak makan ubat..tapi air takde.takut nak p sorang"

Hehe.sabar je lah tauu.

Saturday, May 10, 2014

Lumpectomy

Nak mulakan dengan sesuatu boleh?

"sometimes, i just dont know..is it everybody around me being so terribly annoying or is it me who is problematic?"

Ok tu je sebagai mukaddimah. Nak explain further pun tak tau nak explain camna. Sebenarnya kan..ada something nak cerita..tapi tak tau nak cerita kat sape. Call abah.. Tapi tak keluar pulak soal ni.. Tak sampai hati nak tambah lagi masalah dia. I know my parents very well. They'll definitely be super worry nanti.

Bukan nak rahsiakan pun sebenarnya. Tapi ntah. Sebab aku rasa benda ni tak bahaya kot. Plus, i am so not going to pay hospital another visit. Trauma kena toreh aku tak hilang lagi.

Aku rasa aku pernah cerita kot kat sini..ke tak ehh? Pasal lumpectomies aku dulu.. Buang breast lumps. Tahun 2010, tengah tahun camtu kot.. dah buat sekali. Then tak sampai setahun, february 2011 buang lagi sekali. Lepastu ada lagi. Ni baru lagi. Tahun lepas kot.

Sometimes rasa macam ketumbuhan tu besar and bengkak. Sometimes tak. And few days lepas, macam terperasan ada few lagi. And dah mula rasa sakit. If hormon, aku on medications. Meds tu control my hormones level dah.

Aku ingat lagi Doctor cakap.."tak bahaya..ni bukan ketumbuhan yang boleh jadi kanser.." masa yang first dulu. And bila ada yang ketiga tu, Doctor cakap takpe kalau tak buang. Biar je. Tapi masalahnya, nape makin banyak.. And sakit pulak tu. If takde long term, or be it short term sekalipun, i think i am completely fine with it. But i'm concern that my family kan ramai ada history cancer.. My grandma died from colon cancer.. My uncle died from pancreas cancer.. My cousins suffered from breast cancer, ketumbuhan dalam perut.. And all are from my mom's.

Rasa macam tak pelik kot kalo aku a bit worry. Tapi tak tau mana datang kekuatan untuk tak pikir SANGAT pasal ni. Hopefully it's nothing serious.

Kalo aku ni kaya raya, aku dah buat macam si Giuliana Rancic tu dah. Double mastektomi and fast reconstructive. Tapi nak buang buatpe.. Tak spread pun.

Abaikan je lah. I cant think right dah ni.

Thursday, May 8, 2014

Dayang Senandung and Babysitter

Aku tak tau lah aku salah dengar or pelancong tu memang perli aku tadi. Elok je berselisih dengan aku tetiba dengar lagu "*** senandung..bla bla bla"..tu nk cakap muka aku dah macam dayang senandung la tu. Tuihh.

Aku harap aku salah dengar.
Kalo x, sesungguhnya memang ujian Tuhan tu datang dalam pelbagai bentuk.

Today i'm babysitting two kind and cute little boys. Anak supervisor aku.. Teman mandi gila lama. Kecut tangan kaki. And now, the little young guy ni dah tdo. Sebelah aku ni je. Senang nak jaga. Awal awal je jual mahal ngan aku
. Hehe.

Mata aku pun dah sama nak lena dah ni. Lapar. Nak p makan kang terbangun pulak. Dah la he is bot a friendly type dengan strangers. Dia xde kenal orang lain pulak tu. Laparrr ni. Tapi xsampai hati nak tinggal. Abah nya tengah sibuk pulak. Mama nya tak ikut.

Lapaaaaaaaaaarrrrrrr.

Wednesday, May 7, 2014

Pentakut

Aku sorang kat pulau. Tinggal dengan 3 cleaner myanmar ni je. Yg lain balik tadi. Esok pagi pagi staf lain nak guna bot. Dan aku tak ikut balik. Esok pagi nak collect data.

Boleh pulak malam ni time tdo sorang sorang hujan lebat. Angin kuat. Ribut. Dahan pokok timpa atap berkali kali. Daun bersepah kat laluan. This kind Myanmar guy pesan, "kakak, jaga2 naa. Hujan hujan, ular kapak banyak".

Rasa goyang je ni. I is pentakut.
Jangan la beliau masuk bilik or jalan depan aku. Aku dah la bangsa jalan tak pandang bawah. Redah je semua. Dan tolong lah jangan ada benda "pelik" malam ni. Menjerit tu tak la. Tapi pengsan kat situ terus tu insyaAllah.

Pulau yang Obes

Aku dah kat pulau dah. Petang semalam sampai. Harini merekacipta *laaaa sangat* stamd n weight untuk underwater cam aku. And harini jugak aku rasa hari tidur sepulau kot.gila lah. Semua staf pun asyik ngantuk harini. Petang dah nap. Tapi still jugak ngantuk lagi.

Yang aku pulak few days ni asyik la melantak je keje. Semalam cakap dengan Abah pun dia dah sound dah "abah rasa sudahnya ko ni nail lagi timbangannya".. Tsskk. Orang lain duk pulau, berat badan berkurang. Pulau ni bukan macam pulau langkawi ke apa. Pulau Payar. P google. Malas nak detailkan accommodation yg ada. Haha. Berbalik soal berat badan.. Aku punya berat dah mencanak naik hoihh. Sebelum datang pulau, berat 46-48 je. Paling tinggi 49. Pastu turun balik. Tapi haritu balik timbang jap, 51! Mintak nyawa.. Mintak nyawa..

Perut ni kekadang kejam yang amat.
Selalu lapar. Ke kerasukan hantu pulau?

Sunday, May 4, 2014

Anak anak

Mungkin jual kucing tu biasa bagi orang lain. Tapi aku tak rasa aku mampu. Aku tak sekuat tu nak tengok anak anak aku tinggal dengan family baru. Aku jaga kucing2 aku dah macam jaga anak. Didik macam didik anak. Sakit suka diorang aku tau. Tak sanggup nak jual anak sendiri.

Takpe susah camna pun..
Takpe haru camna pun rumah..
Takpe bersepah camna pun rumah..
Takpe kena cuci kencing berak pun..
Takpe kena bersengkang mata jaga time tak sihat..
Takpe kena risau and cucikan luka n suapkan ubat..
Takpe kena cakar sampai berdarah darah pun..

Yang penting, anak anak semua dengan aku.
Anugerah indah dari Tuhan.
Mommy sayang kamu semua!

Abg #1

Susulan previous entry. Hehe. Ni juga antara 4 orang staf yang buat aku rasa selamat and selesa to be around them.

Yang jaga bila aku sakit.
Yang selimutkan bila aku takde selimut.
Yang berjaga sampai pagi bila aku sakit n meracau.
Yang sambut bila aku passed out kat jetty.
Yang risau bila aku sendiri kat pulau.
Yang risau and hantar aku balik semata mata sebab xbg aku drive malam.
Yang risau bila aku menangis.
Yang marah bila aku naik superbike sebab risau kot terbabas.

Awal awal masuk pulau dulu, kami xde cakap sangat pun. Tapi masa nak rotate shift, aku dengar dia pesan something kat sorang lagi staf ni. Masa tu dah macam tersentuh gilaaaa.

Dia jaga memang macam aku ni betul adik dia. How lucky i am kan?

Semoga kami kekal berkawan sampai bila bila.
Moga dengan setiap kegembiraan yang dia beri pada orang lain akan Allah ganjarkan dengan kegembiraan dan kebahagiaan berlipat kali ganda buat dia. Moga Allah mudahkan jalan hidup dia.

Ada staf tanya aku tadi, "sayang ye kat abang k** tu ye?"..aku tak jawab pun tadi. Tapi aku tau dan aku jawab sekarang.. "Ya, saya sayang"..

Terima kasih sebab jadi abang yang cukup baik..:-)

Abg #2 *Abah PANGKALan*

Muahahaha keji tajuk. Tapi tajuk ja pun. This guy ni adalah Abah Pun. Hehe. Staf sini jugak. One of those four who makes me feel safe and happy to be around with.

Abang sebenarnya. Tapi kekadang aku panggil Abah Pun. Wakaka. He is such a good friend and brother to me. Ada lagi 3 yang sama pesen jugak dengan beliau. Baik, fun and protective.

Yang lagi 3 yang sepesen tu nanti aku curi gambar depa..

*picture is removed*

Superbike n SuperEvil

Aku memain dengan budak budak staf ni tadi. Ada superbike 2 biji kat pangkalan ni. Aku kan tak pernah naik superbike. So saja la nak try. Gatal gatal. Tapi bukan aku ride sendiri pun. Orang lain bawak, aku bonceng je pun. And p tak sampai 1km pun.

Tapi ada orang tu marah.
Patut la bila aku balik pangkalan, dia diam je. Pastu blah dengan kete. Then mesej aku "kalo terbabas tadi sape nak jawab?tak ingat ke apa abah mesej tadi?semua org syg irma"..

Kalau la dia tau aku p lepak kat luar sebab xnak rasa sedih..sebab tak nak menangis..sebab nk gembirakan diri sendiri..aku p lepak dengan staf staf lain untuk p sembang..takmau sedih..sebab perut aku dah mula rasa sakit so aku p sembang ramai ramai.dengan harapan rasa sedih n sakit tu akan hilang..sat pastu depa pulak test superbike. Thats it.

Tapi ntah kenapa. Aku kot yang terlebih sensitif.

Terasa macam aku anak yang jahat.
Terasa macam aku anak yang degil.
Terasa macam aku anak yang tak dengar cakap.

Sebabnya?
Aku bonceng superbike less than 1km.

Mungkin betul aku ni jahat.
Jahat sebab terasa dengan selembut lembut teguran.

Hehehe

Still kat ofis pangkalan ni lagi. Mai pedajal orang. Hehe.

Gloomy Sunday

Still kat Pangkalan lagi. Tunggu crew boat hantar Pengarah ke Langkawi. Masuk harini, esok depa ni balik darat..setelkan hal ofis and balik amik OC. Selasa masuk balik.

Aku tak tau nak gelak ke apa ni. If ikut balik pulau harini, esok n selasa i'll definitely be there alone. Well not actually alone. Ada lagi 3 cleaners Myanmar. Tapi cleaners tu semua lelaki. Aku bukannya tak biasa surrounded by guys kat pulau. Cuma less comfortable sebab diorang not Malay. Aku tau bunyi macam gila racist kan. Tapi ntah ler.

Plus pulak badan ni langsung tak nak cooperate these past couple weeks. Last Sunday aku dah collapse kat jetty. Sakit dalam perut and pinggang pun sakit sama. Memang takde nak malu dah time tu. Menangis terus kat situ. Perut memang dah sakit. Ombak kuat. Memang menghempas hempas la bot tu. Mendapat la kan aku.

Ni pulak dari semalam duk sakit dalam perut. Tengah tidur pun boleh terjaga lagi sebab sakit. Boleh endure lagi. Cuma tak selesa la. Nak gerak pun terbatas. Kalo constipate lagi la. Macam kena toreh dalam perut ni. Kalo gagahkan jugak pergi pulau, angkat water sampler, carry hydrophone tu lagi..mau keluar usus aku karang.

Nak pergi hospital memang tak la kan. Aku sebenarnya dah give up dengan medical ni. Kalo demam/senggugut aku p jumpa doktor. Sebab aku tau insyaallah boleh hilang sakit. Tapi bila bab sakit yang memang dah beranak pinak dalam perut ni, memang aku give up. Sebab macam dah boleh agak jawapan Doctor.."awak sihat..takde sakit apa..saya tak jumpa apa pun yang tak kena".. Aku pun takmau nak jadi bahan experiment depa dah.. Masa dalam treatment tu aku akan jadi manusia yang patah semangat. I dont want it. Not again.

So biar je camni.
Kau nak sakit sangat kan?
Fine. Sakitlah.
Bila dah agak agak air mata tu nak menitik, baru la aku mengagau cari ubat.

As for now, mari jalan dengan penuh sopan dan kepit kepit.
Jalan macam biasa memang akan mengundang rasa sakit.

Real Downdate

My previous post was a success. Published. So i may happily start writing here again. With presence of a little bit of rajin. A little would be enough..just enough. Haha. 

Been quite a time since my last time here. Wasnt that much busy. Dont know why. I have a lot to write. Really, a lot. But dont know where to start..why would i start..and what should i start with. These past couple of months been really tough on me. I've been down for i think countless time. Not to mention the times i cried so hard.

Life sometimes is so hard on me. Or is it me who get weaker? Problems came and never leave. That is actually the problem. Sometimes it feel like i am the one who didnt want to let all the problems go. Wonder why..

Argh screw the problems.
I kept reminding myself.."tough time wont last. But the tough person do last"..i dont want to be the lady oppressed by those tough times..i want to be a lady who could oppressed the tough time..and a lady of which the tough time would be like "darn it. It's that tough lady we are trying to mess with.. Back off.. Back offfff!!!"

Let it go with the flow. Tak payah serabutkan kepala pikir benda yang tak perlu pikir. Apa aku merepek ni. Tuihh.

Aku sekarang kat Pengkalan Taman Laut Kedah ni. Tdo sini. Sebab esok dah masuk pulau balik. Aku pun takde transport esok, plus nak standby awal awal, maka datang la awal malam ni. Ada orang volunteer nak fetch kat rumah tadi. Aku dah kat pulau almost 2 months dah ni. Hitam gila dah muka. Tudung nak pakai pun dah limited. Sebab muka dah gelap kan..so kena extra careful pilih kaler. Kang jadi Dayang Senandung aku.

Aku pelik sebenarnya. Sepatutnya masa duk pulau ni la best time untuk slim..tapi aku gained 3kgs weh. Pulau tu bukannya ada restoran, hotel segala.. Pulau tu biasanya tourist datang between 10am-3pm je.lepastu aku and staf taman laut semua dah macam kau pandang muka dia.dia pandang muka aku.aku pandang muka kau. Tapi best. Sunyi je. Tapi tak best sebab aku dah gained extra kgs ni.

Stress mak nokkkk.

Oh btw, post ni xcantik sebab aku tak reti justifykan. Halal laaaaaa.

Regards,
Mommy.

How Buta IT Can a Person Be

Ok the very first thing, tajuk tu.. Aku ler tu. All this while i've been trying *read: tried once..twice maybe* to update the blog from web..and i kept failing. Dont know why. The only thing i was able to type was the title. And content, nil! Cursor langsung tak keluar. Tak blink blink. Cursor eh org panggil? Lantak.

Aku memang buta IT. Muahaha.
Aku baru tau pasal app Blog kat Android market..apa ntah nama penuh beliau. So ni kiranya throw a try la ni. Kalo berupdate maksudnya boleh pakai la beliau. If tak berupdate, aku la tu yang buta IT.