gucciglasogon.se

Wednesday, November 30, 2016

Semalam dan Esok

Semalam kau datang, dan esok kau pergi.
Tinggalkan ruang, yang takkan pernah terisi.

My #MFI.
Moga yang baik baik sahaja untukmu.

Hati, ikhlaslah.

Sunday, November 27, 2016

Jika Sahaja..

Jika menyanjungimu dalam diam itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika mendoakanmu dalam diam itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika sentiasa merisaukan mu dalam diam itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika mengharapkan segala yang baik untukmu dalam diam itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika merelakanmu bahagia bersama yang lain itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika menahan hatiku dari rasa sedih terhadapmu itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika mengajar hatiku untuk ikhlaskan mu dengan yang lain itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika memendam rasa kecewa supaya kamu gembira itu cinta, maka ya, aku mencintaimu.

Jika sahaja kamu tahu rasa di jiwa.
Jika sahaja kamu tahu ini bukan sekadar rasa.
Jika sahaja kamu tahu aku mula cinta.

Jika sahaja rasa ini terucap.
Jika sahaja rasa ini bersambut.

Hati, ikhlaslah.

Irma.
2320, 271116