gucciglasogon.se

Wednesday, December 14, 2016

Tewas

Semalam jiwaku sedikit teguh
Tapi hari ini, semua rapuh
Allah.. peritnya mengatakan tidak
Pada sesuatu yang sangat aku berkehendak

Jika rasa ini benar dari Mu,
Selitkanlah kekuatan di hatiku
Untuk menerima jika hadirnya cuma singgah
Untuk menerima jika cintanya untuk yang lebih gah

Tetapi.. jujurnya
Masih mengharap supaya kau cinta
Walau aku mengerti bakal terluka
Walau aku mengerti pasti berduka

Allah.. susahnya
Susahnya hendak redha
Susahnya hendak ikhlas
Sering saja aku tertewas

Aku yang masih tewas,
Irma
14122016, 2211

Sunday, December 11, 2016

Betrayal

Few unexpected things came up these past few days. And I was emotionally wrecked.

Me : Ntah lah Ummi. Rasa sedih sangat..

Her : Itulah jadinya, kalau terlampau bergantung, berharap pada orang.

Dan terngiang ngiang lagi, "..berharap pada orang..berharap pada orang"

Just..these things, wont just easily go away.
Yang boleh buat, campak dalam hati jauh jauh. Anggap aje takde apa.

Walau hakikatnya dah bengkak rasa ni.

No. Not about MFI. Not really.
It's about thing that is common yet slowly killing.. Betrayal.

B.E.T.R.A.Y.A.L.

Bukan Aku

Sudah aku suarakan persoalan,
Sudah aku peroleh jawapan,
Tidak seperti hati kecilku harapkan,
Tidak juga terselam aku dalam kelukaan.

Aku tidak lagi mengenali aku,
Hatiku kata mahu,
Hatiku kata tidak perlu,
Mana satu, entah, tak tahu.

Moga jiwaku diselimut rasa keikhlasan,
Moga hatiku didakap rasa kerelaan,
Moga semangatku ditiup rasa kepasrahan,
Moga aku redha dengan ketentuan.

Aku tak mengatakan mudah,
Aku tak mengatakan payah,
Tapi entah, barangkali sedikit lelah,
Tak mengapa, aku ada Allah.

Dan kamu,
Doaku masih seperti selalu,
Moga yang baik baik sahaja untukmu,
Kerana ternyata, yang baik itu bukan aku.

Pergilah, aku lepaskan.
Insyaallah, aku cuba ikhlaskan.

Irma
11122016, 0127

Saturday, December 10, 2016

Lelah teramat..

Bila sepatutnya berpaut pada Tuhan,
Tapi sering aku berpaut pada insan,
Akibatnya sudah patut aku jangkakan,
Aku terduduk dalam kekecewaan.

Bertahun memujuk diri,
Barangkali kalian tersepit situasi,
Tapi hari ini aku kalah, mengalah,
Kerana jiwa aku sudah lelah.

Sudah diriku melampaui rasa malu,
Sudah diriku kecewa bertalu talu,
Sudah juga diriku menangis tersedu,
Sudah juga diriku pilih membisu.

Tapi hari ini telah aku fikirkan,
Dan aku putuskan, pergilah kalian,
Aku lepaskan dari simpulan,
Anggap saja tiada pernah terwujud ikatan.

Tuhan,
Aku percaya pada kalam janji Mu,
Bahawa Engkau sentiasa bersamaku.

Irma.
10122016, 2027

Barangkali..

Barangkali,
Kerana aku akui aku menyayangi,
Kau hilang pergi, sepi
Biarkan aku sendiri ternanti

Barangkali,
Kerana aku akui aku menyintai,
Kau berterusan menjauhi
Biarkan aku tertanya lagi

Barangkali,
Jika tidak pernah aku zahiri
Takkan sekali diriku tersakiti
Takkan aku terus menanti tanpa pasti

Aku rindu
Tapi aku malu
Bimbang jika kau menolak
Bimbang jika hatiku makin retak

Dan seperti selalu
Rindu untukmu ku selimut sendu.

#MFI

10122016, 0010
Irma.

Tuesday, December 6, 2016

Rindu..

Jiwa dipagut rindu,
Untuk menzahirkan takkan sekali,
Kerana aku punya rasa malu,
Fikirku kau takkan pernah mengerti.

Bertalu talu dipukul kerisauan
Jika sudah aku lepaskan genggaman
Apa mungkin aku bisa melawan kecewa
Atau barangkali aku bisa memendam duka

Walau sudah berkali dipujuk hati
Bahawa janji Allah itu pasti
Namun masih punya harapan
Agar dikurnia yang diinginkan

Dalam hati ada harapan
Dalam hati ada keinginan
Yakinkan aku, Tuhan
Agar redha dengan ketentuan

Sungguh #MFI,
Aku rindu.

Irma.
06122016, 2233

Monday, December 5, 2016

Entah, tak tahu

Kamu, sangat aku ingini
Tapi aku, juga mengerti
Kamu, takkan pernah aku miliki
Peritnya rasa hati

Kataku, anggap sahaja tidak tahu
Walau hakikatnya aku yang tahu
Betapa aku ingin kamu menyambut
Segala rasa di hati yang tersudut

Sungguh, aku cuba melawan rasa
Melawan rasa kasih dan cinta
Kerana pasti pada akhirnya
Aku yang terduduk kecewa

Duhai hati, aku tau kamu tersakiti
Kau juga tahu dia, takkan aku miliki
Tapi masih hati ini enggan
Melepaskan segala rasa yang tersimpan

Sungguh, berbelah bagi hati ini
Mahu tunggu atau mahu pergi
Mahu kamu gembira dan aku kecewa
Atau aku ikhlaskan sahaja dalam tawa yang derita

Entah, tak tahu.

#MFI

Irma
05122016, 1823