gucciglasogon.se

Monday, January 14, 2013

kenapa lelaki tersebut kadangkala sangat aneh?

lelaki tersebut ok. bukannya SEMUA lelaki. aku kan baru balik seminar. semalam sampai Araustralia balik. (puiihh). alkisahnya time seminat tu, time tu jugak aku sakit mata. 

aku rasa penyebabnya nasi goreng yang aku makan that jumaat la. lepas je aku makan, mata aku terus pedih, merah n takleh bukak. kiri kanan takleh bukak. maybe ada sos tiram or sos yang aku takleh makan kot depa taruk dalam nasi goreng tu.kawan aku (aku tumpang bilik dia tie seminar tu..nak duk hotel?banyaaaaakk duit kau?) cakap yang aku letih agaknya so dia suh aku tido.

taaaaaaapii bangun keesokan harinya lagi mata aku langsung tak leh bukak. camno nak attend seminar. spec aku pulak power lama punya. aku pakai lens je so terpaksa la pakai jugak even mata sakit sekalipun. time seminar tu semua pandang aku macamkan aku menangis. malam tu memang tak tahan menangis nangis aku call kawan aku suh bawak p klinik. tangan aku dah berbintat gila besar punya kaler merah. anggota badan len toksah cakap la kan..

so disebabkan aku ni manusia yang mengada, aku text la teddy, gtau aku sakit itu ini. tau la kitorang jarang contact or kau selalu busy tapi at least selepas 2 3 hari dah pun, takleh ke kau tanyakan khabar aku? mata dah ok ke? apa ke. ini tak. kekdahnya asik la aku yang tersua dengan kau. seronok agaknya buat aku rasa camtu? sesungguhnya kadang kala terlintas untuk aku pulak ignore dia. kang aku buat, ada yang reply sms aku "x", "ntah", "xde"..dah kau tau tak suka orang buat kau camtu, janganlah buat kek orang camtu kekdahnya.

ini tak. kawan aku tu la yang duk mengangkut aku dari shah alam p cari klinik kat kl. bawak aku makan. pujuk aku makan. belikan aku karipap buat alas perut, hantar aku balik shah alam, tanyakan khabar aku dah makan ke belum. mata dah ok ke x. kang kalau aku cerita kebaikan dia kat kau, cakap aku ni berskandal pulak. kang tetiba "fine. pergilah kat dia. nak sangat kan?"

deyyyyyy. kau sendiri layan aku nak dengan tak nak je, and bila ada orang layan aku lagi baik, pesal kau nak marah? ada aku cakap sebab dia baik maka aku fall dengan dia?

aku tau la aku sayang kat hang tapi toksah la duk permain aku ghupe aku ni duk tergila kat hang. 
time hang rasa nak, hang cari.
time taknak, xcari.
sms aku bukannya tiap hari.
kot ye tiap hari pun, itu jarang berlaku.
call?toksah mimpi la.
sedangkan kau tau bila kau takde, aku selalu demam.
seronok ye?
bila aku nak buat kau macam tu, reti bahasa pulak "ehhh..janganlaa"
puih

kau kalau tengah busy toksah la hendaknya nak muncul hilang muncul hilang macam chipsmore.
kau sms sekeping n bila aku reply, kau diaaammmm.

bila sms kau tu aku reply sepatah sepatah, mula la xnak reply sms aku. reply pn nak tak nak aje.
reti pulak kau ye?
time aku sms kau, sepatah sepatah kau jawab, takde kau nak persoalkan ye?
siap aku pulak terhegeh hegeh sms kau berpuluh kali even kau tak reply.

mentang mentang aku sayang kat hang, jangan duk amik kesempatan sangat.
hang lupa, yang seribu kali sayang sekalipun kalau dah takleh sabar sangat, hilang jugak sabarnya.
jangan sampai aku mention yang aku menyesal sayang kat hang.

aku kali ni betul dah sakit hati gila gila dah.

Wednesday, January 9, 2013

ENTRY NSF YANG TENGAH MAKAN DAN BERMINUM MINUM

SISTEM YANG MELIBATKAN MANUSIA TAK LEMBAP SEBENARNYA. YANG MELEMBAPKAN SISTEM TU ADALAH MANUSIA DI DALAM SISTEM TU SENDIRI.

EFFICIENT SIKIT LAA. KAU PUNYA INEFFICIENCY TU DAH GIVE MUCH TROUBLES TO PEOPLE YANG MEMERLUKAN SYSTEM KAU TU.

INI TAK.
TAIK DAH HUJUNG KAT BONTOT BARU MENGGELABAH NAK CARI JAMBAN.NAK ANGKAT KAIN. NAK ANGKUT AIR. BARU NAK PERGI BELI SABUN. BARU NAK REPAIR JAMBAN. ALAMATNYA TERCIRIT LA KAU N THE GENG KAT SITU.

YANG SUSAHNYA, SIAPA?
ORANG YANG NAK KENA TENGOK AND BAU TAIK KAU TU. SAH SAH ORANG LAEN YANG KENA CUCIKAN TAIK KAU TU. TAKDE LA HENDAKNYA KAU YANG TENGAH BERGELUMANG DENGAN TAIK TU NAK BERJALAN MERATA NAK MENCUCI NAJIS KAU TU.

SEE THE POINT TAK?
NAMPAK X MACAM MANA KE-BER-TANGGUHAN KAU TU MENYUSAHKAN ORANG?
DAN JUGAK MENYUSAHKAN SISTEM BADAN KAU JE
TERTAHAN TAHAN NAK KELUARKAN

PTUIHHHH
NAMA JE LEBIH

Tuesday, January 8, 2013

couple bagi aku yang kolot

WARNING: entry ini bakal menyaksikan kemuntah-belahakan beramai ramai sekiranya dibaca. tidak sesuai untuk golongan mengandung dan mengalami morning sickness. tuii

ohoiiii..bila dengar orang bertukar tukar kekasih dalam jangka masa sekejap, berkali kali, sometimes aku wonder, kenapa senang sangat ye nak bukak hati kat orang yang baru?aku bukan nak pertikaikan. no. absolutely not. cuma aku curious. aku wonder. how is that possible ye?

aku sendiri kan, jujur aku cakap, selain monyet punya version yang beberapa hari (tu tak diconsider love..time tu menatang apa love pun aku tak reti), aku cuma ada seorang buah hati. umur aku dah 24 tapi itu la hakikatnya. aku start ada hubungan istimewa pun time aku umur dah 22. sadis. adakah kerana aku sangat hodoh kategori hitam hinggakan tak siapa berani merapati? atau aku terlampau gojes vogue de vasss kah?*pang sampai pengsan*.ngahahaha

aku bukan nak menunjuk yang aku ni setia la apa la.bukan ye kanak kanak sekalian.
ahkak cuma wonder why certain people boleh move on and bagi peluang pada orang yang baru?i mean in just quite a short time.

i've read before somewhere yang kita kena teruskan hidup dan cuba bagi peluang kat orang yang baru.
that is an undeniable fact la kan. tapi aku tak rasa aku mampu. aku salute sangat orang yang selalu berpandangan positif and keep moving on. well, i can keep moving on but i'll bring along my memories from my past life. cenggitu la lebih kurang. sampai bila, itu aku tak tau

macam aku sekarang kan, ada few friends aku yang suggestkan aku berkenalan dengan lelaki lain. bagi peluang kat lelaki lain. aku tau diorang buat sebab takut aku sangat kecewa nanti. alangkan teddy outstation or busy 4 5 hari tu pun aku dah demam, inikan bila clash.huhu.

kitorang memang long distance relationship but alhamdulillah dah bertahan dekat 2 tahun dah. gaduh biasa tu adat la kan. aku still lagi berkawan dengan lelaki. strictly berkawan. dia tahu bukan hak dia nak larang. cuma bila nak kenal lebih tu, aku tak rasa aku mampu.

kalau aku clash pun nanti, aku tak rasa aku boleh jatuh hati lagi sekali. mesti semua benda aku bandingkan dengan teddy nanti.
teddy baik.
teddy sabar.
teddy layan karenah aku.
padahal aku tak kenal pun lagi orang baru tu macam mana. 
aku sendiri yang tak nak bagi peluang.
peluang untuk berkawan, yes. sentiasa terbuka.
tapi bila bab cintan cintun ni, hati aku laaagi more to teddy. 
layan biasa biasa ada, but not to the extent of love la. like teddy always said, "awak bebas berkawan dengan sesiapa je.bebas nak bermesej dengan sesiapa je. as long as awak tau mana HAD dan BATAS awak"

aku pun tak tau la eh nak cakap camne.
yela. soal masa depan, kita tak tau kan. kalau panjang jodoh, alhamdulillah.
kalau tak, nak buat camne.
tapi setakat hari ni aku still rasa tak mampu kot nak bukak hati n jatuh hati kat orang lain dalam masa sekejap. maybe takes time. how long the time is, itu laaaagi la tak tau kan. lagipun at this age aku tak rasa it is suitable lagi untuk involve in a relationship with no commitment.nehiiii la kan.

ye. benda tu normal. normal untuk amik masa nak let go yang sebelumnya.
itu pasal aku wonder, kuat dan cekalnya hati orang yang move on dengan cepat ni.
atau diorang sebenarnya nampak je happening n look as if they are moving on but deep inside they cried to sleep every night? we'll never know la kan?

tapi itu lah. macam aku cakap tadi. itu soal masa depan.
and apa yang aku rasa hari ni, is just for saat ni.
mana la tau kot kot besok bangun pepagi kang tetibe aku dah terbukak hati nak bagi peluang kat orang baru pulak kan. tapi saat ni, my answer is still a 'NO'.




menekan punat kamera bersama kanak kanak ribena

petang semalam around 6 camtu pegi survey tempat nak mendaki. konon la nak tingkatkan stamina. daki anak tangga je tapi kawan aku cakap tinggi jugak la. lupa apa nama tempat tu. Taman Rindu Alam eh. ke Taman Alam Rindu camtu. tapi tak exercise lagi. exercise dengan camera ada la..

aku is very pantang dengan camera. pantang jumpa. pantang nampak. ngeee. ehh tetibe kanak kanak ribena itu juga sama addict to camera as i am pulok.

mereka ini tidaklah kategori kanak kanak but since most of them are younger than me and called me ahkak *uhuk uhuk*, it makes them kanak kanak la. aku jadi kategori mak mak. apa tah aku merepek.

dah. nak siap siap. janganla hendaknya perkara lawak seperti semalam berlaku lagi. nescaya tidak akan lawak lagi untuk kali kedua.





















Monday, January 7, 2013

dari diri sendiri kepada diri sendiri

aku kan tak tau la kenapa. suka sangat buat lawak tak berapa cerdik dan menyakitkan hati kat diri aku sendiri. nak kata lawak pun, aku tak rasa nak ketawa. lagi aku rasa nak balun kepala aku ada.

hari ni aku buat lagi lawak jenaka tersebut kat diri sendiri.
aku nak pergi matikan setem hasil kat LHDN. kemain la aku yakin melangkah.
macam mana la punya tak cerdik aku boleh bagi agreement kosong.
kenapa laaa hai aku tak terpikir untuk menge-fill dulu form tersebut

kanda LHDN tu suh aku balik fill dulu.
aku tak boleh la nak fill and submit terus since aku perlukan witness untuk cop n sign.
aku dah tercengang cengang depan tu.

maka balik lah aku dengan penuh rasa bangga setelah berpusing pusing cari entrance ke LHDN.
LHDN Kangar ni tepi jalan aje. senang nampak.
tapi nak pusing ke sebelah sana jalan tu dah satu hal. pusing kangar dulu.
aku memang insyaAllah akan sesat kalau aku pakai route yang aku tak biasa pakai.

so terpaksa la pusing dulu.
aku failed sesangat bab direction.
alangkan dalam satu bangunan pun aku boleh sesat.

aku tak tau la nak cakap apa kat diri sendiri.
patutkah aku mengucapkan tahniah? 
tak pepasal esok kena mengulangi lagi hal yang sama.

tensi punya pasal, boleh pulak aku tersalah masuk lorong lain time yang otw nak balik rumah dari LHDN
thank Lord rumah ni pusing tempat sama.

aku kekadang kalau otak tengah khayal or stress or sibuk pikir pape, ada la benda tak cerdik aku buat.
that day, aku showerkan badan aku dengan shampoo.
dah tengah duk sabun sabun tu baru terpikir apsal takde buih. sekali cium bau, bau shampoo aku.
aku nak amik nasi kang tetibe aku amik cawan p tadah kat ummi aku suh taruk nasi.
nak buat air kang aku bawak pinggan ke pantry.

stress!!
(sila baca dengan nada sepertimana Kang Gary)

Sunday, January 6, 2013

saya mummy terlampau.

aku rasa kan, bila aku ada anak nanti, aku akan jadi seorang ibu yang teruk.
teruk maksud aku bukannya dari segi perangai..aku kan baik.haktuihhhh.
tapi maksud aku teruk dari segi terlampau spoilkan anak.
sekarang aku faham kenapa cousin aku redha je dengan perangai anak dia.

kenapa aku rasa aku akan spoilkan anak anak aku?
lagikan 'anak anak' aku yang bukan kategori manusia tu pun aku terlampau sayang sangat, apatah lagi la kalau anak anak aku tu manusia yang sebenar benarnya dan nak lagi kalau aku bela dari kecik kan. tak kisah la aku sendiri lahirkan ke tak tapi as long as aku jaga sejak kecik, lagi laa berganda ganda kekdahnya aku rasa aku memanjakan mereka.

'anak anak' aku sekarang are kittens. aku kan banyak spend masa kat rumah lately.
so memang aku jaga betul betul. aku tak letak kat luar sebab taknak nanti dia sejuk.
aku hiaskan 'rumah' diorang kat tepi rumah aku.
aku cover tak nak bagi kena angin.
aku suapkan makanan dari kecik sampai la sekarang ni diorang (Nan n Capang) berdua tu kadang kadang tak reti makan benda yang jatuh kat lantai. it has to be either me feeding them or  letak dalam pinggan makan dia. otherwise diorang tak reti makan.
diorang ni akan duk dalam rumah dari pagi sampai maghrib and most of the time, diorang poop n pee dalam rumah. tapi xmerata. ada 2 spot yang selalu diorang melepas. aku tak marah. instead aku cucikan aje be it 2 3 times a day.
if aku marah sekalipun, tak kan lama.aku sedih.
aku denda letak kat depan sliding door kejap je dah mengiau nak masuk dalam rumah.
dah lah hujan time tu.
sedih aku..:(

i would rather cuci semua 'buangan' diorang daripada biarkan diorang sejuk kat luar.
aku takleh sangat sangat dengar diorang mengiau. aku sedih.
kang elok je dua beradik tu mengiau takde apa, aku yang berair mata. emo lebih.
tapi sekarang dah tak buang air dalam rumah dah.dah pandai buang kat tempat sepatutnya.
pandai anak mummy kan?
:P

abang and kakak si Nan n Capang sebelum ni tak berak dalam rumah sejak kecik.
tapi yang ni tak tau kenapa.
susah nak didik.
aku jentik jentik sket or piat dengan lidi kang dia jadikan lidi tu mainan dia. langsung tak takut.
kalo yang abang2 n kakak2 diorang ni dulu, dengar je suara abah aku or abah aku bersin or batuk, berterabur lari semua. apatah lagi kalau abah aku marah diorang.
tapi bebudak berdua ni haisyy takde de nak berganjak. lagi dia betulkan duduk and pandang abah aku dengan muka mintak nak kena lempang ada.

budak berdua ni kan, lesen besar betul. tengah elok aku selimutkan n tido kat sofa n tengah syok duk lena tido, dia dengar je aku makan keropok, berlari la jawabnya.
kau cakap la apa pun, dia xdengar dah.
larang ke. marah ke.
dia akan panjat riba kau, n if dia tak dapat lagi kang dia sua suakan muka dia kat muka kau
saje tau nak bagi mummy kesian.

dia dah kenyang sekalipun, asal je nampak aku makan, dia akan menyibuk jugak. kekadang dapat 2 3 suap pun jadik laa. then p sambung tido.
tangan aku dah calar balar kena cakar n gigit.
tapi aku tak boleh marah.
marah kejap je.seminit dua.
then aku yang sedih n pegi pujuk balik.

dah la haritu pernah hilang dah si Nan ni..aku punya la sedih.
bukak je sliding door tu.
aku tunggu Nan balik.
kejap kejap kang aku intai pintu. kot dia balik. dah la hujan time tu.
Capang dah nak demam dah si Nan takde. melepek je tido. rindu agaknya.

malam baru laa balik. kesian anak aku.
hujan.balik pun tak ceria. macam penat sangat.
tak berlari pergi dapur pun.
kebulur sangat agaknya. makan pn kena pujuk.
dia tido sensorang kat sofa.
macam trauma.
sedih aku. takleh nak ingat la. berair dah ni mata..:(

aku jaga diorang dari kecik.
aku cucikan kencing berak diorang.
aku pujuk n mandikan diorang.
aku pujuk bila diorang merajuk.
aku susah hati bila diorang sakit.
aku yang blend makanan dia, nak pelbagaikan meal dia tiap hari.
aku yang tidokan dia.
aku tido sekali dengan diorang.

aku tadah tangan aku bila diorang nak muntah.
aku korek makanan dalam mulut diorang bila diorang termuntah.
aku bangun pagi pagi terus cari and keluarkan diorang dari cage n bawak masuk dalam rumah.
aku sediakan makan minum diorang.
aku pujuk bila diorang merajuk.
aku tadah muka and tangan aku untuk diorang cakar.


aku tak suka ada tangan lain pegang diorang. parents n adik2 aku xpe.diorang pun tolong tengokkan sama.
aku tak suka tangan orang luar sentuh diorang.
aku tak ajar diorang rapat and jadi mesra dengan strangers. nanti dia tak sayang aku lagi dah.
aku tak bagi orang marahkan diorang.
aku amik diorang bawak masuk bilik bila abah aku nak marah diorang.
aku protect in every way i can.
aku tak suka diorang main kat luar, nanti kotor.
aku tak suka diorang makan makanan yang aku baling ke luar.
aku tak nak diorang end up eating macam kucing jalanan. no!
aku tak suka orang usik anak anak aku.
aku jerkah cousin aku yang usik anak anak aku tido.
aku marah cousin aku bila dia gurau melebih dengan diorang.

they have to grow up in the best way i could ever provide them.

itu cara cara anak yang bukan manusia.
if anak yang manusia nanti?
anak aku sendiri nanti?
anak yang aku jaga sejak kecik nanti?

alangkan anak orang yang aku dukung kejap n bila budak tu tertido kat riba aku pun aku tak bagi kaki terjuntai kena pasir kat pantai, apatah lagi anak aku sendiri.
aku tak boleh tengok budak budak menangis. nanti aku nangis sama.
teddy cakap aku cengeng sebab nanges.
ish, kesian tau dak tengok budak budak menangis. diorang bukan tau apa pun.
tambah lagi kalo yang menangis tapi tak keluar suara, air mata je yang keluar.
kejap kang aku yang teresak sama.

am i gonna turn out to be such an over protective mum?
am i gonna turn out to be a mum yang akan spoil anak2 dengan being too protective?
am i gonna turn out to be a mum yang anaknya besar kepala sebab mak terlampau sayang?

kekadang takut jugak pikir.
jangan la nanti aku ada anak, aku scold anak aku tapi sudahnya aku yang sedih.
elok je tengah sedih kang terus melalak sebab kena lempang berdas-das-dengan-penuh-kesakit-hati-an oleh husband aku..

ye.
aku tau aku melampau lampau.
its just me.
me yang selalu gojes gitu.



Thursday, January 3, 2013

jenis jenis manusia

manusia kan ada banyak ragam. setiap orang lain ragamnya. so if kita ni dikelilingi beratus ratus orang, maka beratus ratus lah ragam dan jenis manusia yang akan kita jumpa. iya dak?

sepanjang aku hidup ni kan, banyak ragam dan perangai manusia yang dah aku jumpa, and ada la few yang caught my attention. of course la sebab golongan ni annoyed me and make feel way too sick to be around them. banyak lagi perangai manusia yang penuh variasi dan kepelbagaian tu tapi ni aku punya personal view je la kan.

Jenis jenis golongan dan tabiat manusia:

1. Suka meletakkan kesalahan pada bahu orang lain
golongan ni bukanlah golongan yang mengangkat sekilo kesalahan lalu menghempap ke atas bahu individu yang lain. itu perumpamaan sahaja ya adik adik. ada certain orang ni kan aku notice, bila dia buat salah or tahu yang dia akan face consequences of his/her wrong doings, dia akan immediately cari seseorang untuk dijadikan 'korban'.

contohnya, of course la aku.
aku pernah 'teenage'sit (xboleh cakap babysit sebab mereka sudah remaja) my 2 cousins ni. parents diorang and parents aku keluar sebab ada hal and aku pulak terkial kial sensorang kat rumah, so my uncle ni hantar anak anak diorang kat rumah aku. takkan nak tinggal anak anak dia kat rumah memalam pulak kan.

diorang hantar anak around 8.30pm macamtu. dah aku tengok diorang santai je, aku pun buat la kerja aku. panaskan lauk. cuci pinggan mangkuk. cuci periuk. kemas dapur. kemas rumah. cuci kencing berak anak anak kucing aku kat sinki ruang tamu. online. makan nasi. diorang pun tengah duk melayan Vokal final malam tu.

 sekali dah pukul 11 lebih baru bagitau aku yang pakcik aku suruh anak dia minta aku ajarkan add math. bila aku tanya apsal tak cakap awal awal, boleh dia cakap "tadi tengok kak long macam banyak kerja je nak buat"..huh.akai ada pakai la dik. dah ko tak cakap dari awal, haruslah aku cari kerja untuk aku buat. lagipun macamkan sambil buat kerja lain tu aku tak boleh ajar kau ye?

bila aku cakap nanti kompem abah dia marah, dia dengan bahagianya cakap
"ala. nanti orang cakap la kak long banyak kerja"

tuihh.
then bapak ko ingat aku sengaja taknak ajar kau.
salah kau sebab tak bagitau awal awal. bukan salah aku pergi sibukkan diri sebab tv korang dah conquer.
come on la.common sense je pun ni.

jangan lah salahkan orang lain.
i is no like like tau

2. Nampak salah orang lain, salah sendiri uiii buta nak melihat
golongan ni..ish.nak cakap pun tak sampai hati.
contoh general la aku bagi ye. Cik A dan Cik B ni masing masing ada couple. alkisahnya suatu hari tu berlaku la perbualan seperti tertera di bawah ini (sambungan dari bicara tokoh oleh mereka berdua awal awal sebelum kejadian di bawah ini.aku malas nak taip dari awal)

bla..bla..bla..sambungan di bawah

Cik A: ohh ye ke Cik B?xtau la. kalau akak, dia jenis yang tak boleh sebut nama lelaki lain. nanti dia merajuk. manja kekadang camtu la jadinya
Cik B: eh. dia takde hak ok nak marah or merajuk.
Cik A: (dah sentap). dia bukan marah lama pun. 2 3 minit je. sebab dia tahu yang dia tak berhak nak  larang malah dia bagi kebebasan untuk berkawan dengan sesiapa je as long as ada batas yang akak jaga.

dan dibeberapa waktu tak lama selepas insiden di atas,

Cik B: ehh mana ni tak reply lagi sms ni..
Cik A: ala bagi la dia masa. takkan sepanjang masa nak sms?
Cik B: time dia cakap dengan cik B haritu kan, dia bagi alasan engaged sebab dia sembang dengan kawan lelaki. logik ke?ntah ntah kawan pompuan. mana ada kawan lelaki sembang lama lama?


dan diwaktu lain...

Cik B: nak keluar ni..dengan bla bla bla..tadi kan dah bla bla bla..dah dalam kete dah bla bla bla.. (cakap phone dgn bf dia)

so soalan aku sekarang adalah,

bf aku yang merajuk manja 2 3 minit itu dikategorikan sebagai tak berhak, maka adakah situasi dia adalah berhak untuk tahu setiap masa apa yang bf dia buat, bf dia kena tahu apa yang dia buat (since kami dua dua long distance relationship), kena jawab phone or sms, kalau tak jawab sms or lewat sket jawab dah dikira curang?adakah itu yang Cik B definisikan sebagai berhak?

aku merajuk dengan bf aku 2 3 minit, adakah itu kategori tak berhak if compare dengan kau?
bf aku merajuk seminit dua, adakah itu jugak tak berhak compare dengan kau?
aku sms dengan dia jarang jarang, adakah itu lebih tak berhak berbanding kau?
atau sebab status bf kita tak sama?

tu pasal aku malas nak cakap soal pakwe pakwe ni.
aku lagi tak suka orang tanya if aku dah ada bf ke x.
itu hak peribadi aku.
kalau ada, kenapa?nak tengok siapa lagi hensem?
kalau takde, kenapa?nak offer pakwe kau kat aku?

tuiii.
tolong someone bagi aku definisi BERHAK sedikit or langsung TAK BERHAK ni macam mana?
sebab aku rasa condition aku dengan Cik B adalah sama sama tak berhak. bukan suami pun.
cuma intensity of aku punya tak berhak tu tak wajar dia pertikaikan sebab dia buat perkara yang laaaagi tak berhak. come on la. tak payah sound aku depan depan kalau kau selalu buat benda tu.
unless kau pernah buat tapi dah tak buat dah sekarang.
or tak pernah buat langsung.
acceptable la tu.

kalau kau pakai baju ketat, tak payah nak sound golongan yg seangkatan dengan kau unless it was ur past.
kalau kau makan sambil berlari, tak payah sound orang yang makan sambil berdiri.
kalau kau bawak kereta macam pelesit, xpayah sound orang yang bawak macam hantu.

see the point tak?


3. Aku punya level lagi tinggi, maka haruslah aku berlagak
golongan ni baru je aku temui.
to be exact, sorang.
budak tu buat Master jugak. tapi dia punya berlagak tu humangaaiii macam dia sorang je buat Master.
please la ok.
melambak lagi orang ada PhD..siap JUSA dah.takde nak berlagak macam kau.

takde nak jalan hentak hentak sebab kena alih kereta sebab kereta depan tak boleh nak ke kelas sebab kete kena block macam kau. takde nak bawak kete laju laju, masuk parking dengan pantas yang mana kelajuan kau tu boleh mencalarkan kereta aku. elok je aku reverse and stop kejap, kau dari mana datangnya terus zassss dengan lajunya mencelah antara kereta aku dengan kereta depan. tak sabar sangat ke?nasib aku tak masuk gear lagi.tolong la sopan sikit. kau dari jauh dah nampak aku tengah okekoke nak keluar, lagi kau nak mencelah celah. aku caras celah kangkang kau kang.

calar kereta aku, siapa nak bayar?
kau?memang tak la.
kau pakai kereta. aku pun.
kita sama sama pakai viva.
sama sama orang terengganu.
sama sama buat Master.
tapi kenapa kau perlu begitu sadis?

roommate aku cakap, "dia memang macamtu pun kak.."

aku tak tau kau ni berlagak pasaipa.
pasai kau buat master?
atau pasai pakwe kau hensem?

kau bukan satu satunya manusia yang buat master.
bukan satu satunya yang ada pakwe handsome.
dan kau jugak bukan satu satunya dalam semua hal.

ada orang lain yang selalu mengatasi kita.

4. Golongan yang tak puas hati tengok orang lain gembira
yang ni memang serius aku tak faham.
dulu aku curios kenapa ada orang macam ni.
then aku trjumpa satu quote ni..

maksud dia camni lebih kurang. orang yang selalu tak puas hati or sakit hati or cemburu dengan kita ni sebenarnya dia sakit hati, tak puas hati pada diri dia sendiri.
dia nampak diri kita ni sebagai reflection of herself/himself which they cannot be. paham?

dia nak jadi macam kita tapi tak berjaya. sebab tu dia sakit hati.
dia nak hidup gembira macam kita tapi asik la hidupnya dirundung musibah, sebab tu dia sakit hati.
dia nak hidup yang ada duit tapi dia tak mampu, tu pasal dia cemburu.
dia nak business dia mantap tapi xnak usaha or malas, itu dia tak puas hati.

tak perlu ok perasaan yang merosakkan macam ni.
semua orang ada bahagian masing masing.
usaha la.insyaAllah ada. Tuhan tak cipta hamba Dia supaya hidup kelaparan, sebab tu setiap orang ada rezeki masing masing. we just need to work hard n put some effort kalau nak lebih baik.

perasaan dengki ni kadang kadang ada baiknya.
contohnya dengki tengok orang hidup senang. so dari perasaan tu kau develop satu plan or effort apa yang kau nak buat supaya hidup kau pun jadi lebih baik. bukan sebab nak bersaing dengan orang yang lebih kaya tadi, tapi sebab kau nak hidup kau turns out better. nak bersaing tu boleh tapi bukan dengan cara yang salah.

contohnya (lagii contoh), kau tengok dia kaya, kau tak puas hati so kau jumpa bomoh untuk buat dia bankrupt. tapi at the end, kau tetap macam tu, tak de la harta dia tu terbang kat kau. takde kau menjadi kaya dengan kebankrupsian mangsa dengki kau tadi tu. duit kau habis lagi ada. kau ingat bomoh ni terima ke singgit dua nak khianat orang?mesti diorang punya upah pn mahal. nak berurut dengan makcik bidan yang takberapa bidan pun dah 50hinggit. inikan nak hire bomoh camtu

kalau dah bukan rezeki kau, orang tu bankrupt sekalipun, kau tetap takkan dapat bisnes dia.
itu yang kita namakan REZEKI.
kalau bukan bahagian kau, tetap takkan jadi milik kau.
nak lagi kalau cara tu awal awal lagi dah salah.

macam mana aku tahu semua ni?
yes.
sebab aku pernah alami semua situasi situasi di atas.

orang lain aku tak tahu.
yang aku tahu, aku.

dah la. golongan lain tu rasanya tak caught my attention as much as these golongan did kot so tak payah la membebel. dah malam. nak tido. report tak siap lagi.
esok la.

ye. 
saya pencuri masa. 
kenapa?
PROCRASTINATION IS A THIEF OF TIME.
huahuahua.
sekian dari saya yang cantik lagi jelita.