gucciglasogon.se

Monday, December 30, 2013

KAYA

"definisi kaya ni macam ni.. bila perbelanjaan kita kurang dari pendapatan.. tak melebihi pendapatan.. dan masih ada baki lagi dari pendapatan kita.. tu sebenarnya dikatakan orang kaya.. kalau gaji RM20000 sebulan tapi expenses bulanan RM21000, tu tak kaya sebenarnya."

they both never failed to teach me new things. share the experiences.
ada je benda baru tiap kali ada discussion.

benda simple macam ni je tapi tak pernah pulak terlintas.
atau sebenarnya tak pernah ambil tahu?
aku la tuuu.

tapi kan, berdasarkan definisi tu.. maksudnya aku ni kategori tak kaya la ye.
kena berusaha jadi kaya lepas ni. ada lebih sepuluh ringgit bulan bulan pun takpe.
selagi mana ada untuk simpanan. dan tak lebih pendapatan.
eh, kau ada pendapatan ke Irma?

berangan lebihhhhhhh.

powerful combination..

bila mereka berdua bergabung..aku seperti biasa.. terdiam..

Tn Haji: sekarang ni nak buat homestay pun susah. saya buat rumah dua biji pun dia dah duk tanya "apahal Pak Aji ni..nak bukak cawangan baru la tu"

Prof: buat je rumah lagi satu.. senang.. cadang awal awal.. susah sangat kat sini, tuu..seberang sana ada..hahaha..

Tn Haji: haha..orang perempuan punya graf emosi ni turun naik..tambah pulak nak menopaus ni..kita ni kena pandai la jaga hati depa.. nak maintain graf bagi naik je yang susah tu. ..

Prof: betul tu.. orang perempuan ni emosi lebih.. benda kecik pun nak membebel.. memang camtu lah. meleter je. i kalo wife i bising bising, i diam je. tak layan. buat tak tau je.

Tn Haji: saya ni, kalo Mem merajuk, senang je i pujuk. ajak kawan kawan datang rumah. sah sah dia kena masak pisang goreng ke, keropok ke..haaa masa tu baik lerr. ok lah lepas tu. 

ohhh..agaknya mereka lupa..atau tak terperasan..bahawasanya aku ni perempuan.
perempuan yang emosi tu aku.
yang suka berleter tu aku.
yang menopaus tu..err..bukan aku.

aku dah cakap dah. bergabung je dua orang ni, hilanglah kemampuan aku nak membidas balik. jadi pelajar yang baikkkk je aku. haha.

redhaaaa.

Monday, December 9, 2013

ternakan

kehantuan apakah yang telah merasuk ni. coco crunch + honey stars dah selamat 2 mangkuk.. milo + nestum juga dah selamattt dalam perut ni. tapi masih terasa kosong perut. hoiiiiii ko xturun ke perut ke? ko masuk ke usus terus ke?

sapa punya hantu yang menumpang nii.
sapa punya jin yang menyinggah nii.

tolong lah amik balik. ternakan aku dah banyak.
tak mampu nak ternak hantu dan jin baru pulok.
ke ada sape2 nak adopt?

Saturday, December 7, 2013

bad day

my bad day agaknya harini..but i'm doing quite good. enduring well. suppressing anger very well.

1. pergi kedai makan, gaya ekslusif gila. lampu pun malap ala romantik gitu. theme suram kot. n bila minta sos cili, diberi botol sos. kalo warung ok lah buat macam tu. faham lah. tapi kedai tu xde image warung sangat pun. hurm. kalo begitu, nanti kami minta nasi putih, akak angkut rice cooker sekali ye. kalo minta telor dadar pun, bawakkan telor mentah n kuali sekali ye?

bukannya aku ni bangsat sangat hinggakan bab ni pun nak berkira. no! cuma macam tak sesuai la service dengan style kedai. agak mahal la jugak seposen dua. pinggan mangkuk men campak2 je depan pelanggan. apakahhhh?

2. balik singgah beli topup, uncle tu baling je topup tu atas meja. ok takpe. mungkin dia tak sengaja. tapi duit balance pun men baling je atas meja. apakahh? terbantut niat nak beli NyamNyam. kalo ku tau begitu, aku campak je duit kat meja dia. lagi cun kalo semua duit syiling seposen.

apalaaaahh. awak tu berniaga uncle. jangan buat macam tu. rude. nanti pelanggan lari. contohnya saya. saya ni bekas pelanggan dah tau. kecik ati i tauuuuuu.

3. sampai rumah, mau pakai mask yang baruuuuuuuuuuuuuuuu je beli (aku beli mask, tu point nye..hehe) siang tadi. tengok expired date, lagi seminggu. powder mask. mana sempat pakai semua oii. baru nak feeling gegirl2 pakai mask semua ni tauuuu. kena jadi boyish gamaknya sampai ke tua aku ni.

ok dah banyak membebel. pat on my back for enduring very well. hehe. it's good, if only i could stay enduring well this way. huahua.

Mommy.

Friday, December 6, 2013

katanya Dukacita. tapi aku tak kecewa

Keputusan temu duga yang telah Tuan/Puan hadiri bagi jawatan yang tersebut adalah seperti berikut: 


Jawatan : PEGAWAI SAINS GRED C41 (KAJI SERANGGA)

Tarikh Temu Duga : 22/10/2013
Keputusan Temu Duga : Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini.

aku tak rasa pelik pun. sebab SERANGGA kot. miahaha. dah expect awal2 dah. tukang interview tanya, "harini almost semua xde qualifications yg kami nak..tapi takpe lah..tell me anything u know pasal serangga"... and aku pun dah jawab "i'm sorry but honestly i know nothing about insects"..



dah jawab begitu, lagiiii nak expect dapat ke?

kang kalo memandai jawab tahu, buatnya dia tanya, "ok then please tell me scientific names for mosquito, flies and ants.."..mengucap terus aku kat situ.

xpe. rezeki orang lain.

rezeki aku kat tempat lain insyaallah.

Thursday, December 5, 2013

entry Pulau Songsong yang malas

lama tak menulis kan..maklumlah..broadband kena potong.muahaha.online pun pakai hp je.mana nak boleh update..oh btw, last week (30/11-1/12) aku pergi trip ke Pulau Songsong..bawa undergrad students untuk sampling..collect data untuk Final Year Project dia..and guess what, aku terjatuh hati la pulakkkk. tapi bukan kat student tu la. orang lain. hehe. cinta lokasi nakkkk. kau ingat artis je ada cinta lokasi? aku pun ada tauuuu. itu nanti lah cerita. ni aku nak tepek gambar je. malas lah nak menaip panjang2. ohh haa lagi satu, haritu kami colaborate dengan USM punya team since we both dapat grant research yang sama..:)

next trip is Pulau Payar pulak. moga tak lah bertambah tambah tahap hitam aku nnti.



ni kannn..aku bukannya mabuk tauuuu. tapi tdo bagi menghilangkan rasa bosan. wakaka

aku tak watermark pun gmbar sebab bukan nampak muka pun..kekeke..gambar lain malas ah nak taruk..kang taruk gambar mancing ke, gambar hasil pancingan ke, ada yang mencemburui pulak. hehe

till then,
Mommy

Saturday, November 2, 2013

holiday turns to hospital day.

aku kat Terengganu. semalam sampai. saja la balik sebab cuti awal muharram and hujung minggu jugak sekali.
but 2 days before jumaat tu, abah called bagitau adik aku admit ward.
sakit pinggang. bila p clinic, Dr suh refer hospital.
dah carry ct scan and the result is, dia punya pelapik tulang belakang dislocated. pelapik eh nama dia. ke apa tah. tapi something pasal piring/disc tulang belakang la. plus dia punya point ke 5 tulang belakang macam x berada dalam kedudukan yang sepatutnya.

so semalam sampai dalam kul 6.40 terus datang hospital. dah dekat kul 12 baru balik rumah.
angah tunggu semalam. sebab he was too weak.
and pagi tadi, tukar shift. aku pulak stay sini.

harap harap takde apa yang serious lagi.
ni baru lepas buat fisio. if fisio helps to at least reduce the pain, boleh la discharge kot.
but if tak berkesan jugak, last resort is operation. tapi ni operation tulang belakang. risau jugak.
tersalah pape kang, maunya lumpuh ke apa. na'uzubillah. minta jauh.

aku pun postpone dulu lah nak balik perlis. work can wait.
family cant. masa aku sakit dulu, dia duk bersengkang mata jaga aku. papah aku p bilik air. angkat aku time aku nak bangun. amik meals and tak bagi aku gerak langsung. ikat rambut aku.
so it is so not right to not be here at this moment where he needs his family around.
adik aku yang kat Thai tu pun balik esok lusa.
tapi tak bagitau pun lagi pasal yang nombor 3 ni admit ward.

oh ye. orang depan ni bising ah oiiii.
kalo ada guest datang, dia punya cakap tu macam kat pasar. tak respect orang langsung.
aku dah geram sangat so semalam bila pakcik aku datang sekeluarga, sengaja je aku cakap kuat kuat.
rasakan! haha. orang sakit diam je tapi bila guest datang, bini dia cakap gila kuat.
cakap phone pun nak loudspeaker. kang aku pasang dikir dangdut aku kanggg.

semalam kan adik aku weak je, plus dia baru lepas kena inject so he needed a proper rest and sleep.
tapi kalau dah bising sangat, kesian dia.
abah aku request minta bilik lain but so far, no luck.
takde bilik kosong lagi.
aku ingat nak buat "syhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh" sekuat kuatnya dan sepanjang nafas aku tapi kang berdosa pulak buat macam tu kat orang tua. ummi aku pun asik jeling je bila aku duk tak puas hati depa bising. tadi pun aku p jumpa nurse tanya pasal bilik, aku cakap yang jiran ni sungguh la bising. 

camne nak buat eh?
aku cakap camni boleh, "makcik, diam sket boleh?saya sepak mulut makcik kanggg"??
boleh?

ok tak boleh.
fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.