gucciglasogon.se

Sunday, August 23, 2015

Rabun



Eh tolong lah. Aku punya tahap rabun ni melampau lampau sangat.

Ni kes pagi tadi la. Aku nak pakai lens lepastu tetiba rasa pedih mata.
Baru teringat malam sebelum tu aku apply lotion anugerah tu. So hangatnya masih bersisa.

So bukak balik lens tu letak dalam container tu. Boleh pulak lens tu tak betul masuk dalam container. Dia melekat kat tepi bekas tu.
So bila aku pusingkan and ketatkan penutup dia tu, sah sah la lens tu twist sama. Maka kembalilah beliau ke tempat yang sepatutnya.

Sedih aku tau.
Duit dah la tak berapa nak ada.
Dah kena buat baru.
Aku pakai lens, jarang pakai spec. Satu sebab power spec tu kurang. Satu lagi sebab susah nak gayakan tudung. Spec aku gila besar okeh.

Dont ask me why did I pick the super sized spec dulu masa beli.

Power aku now Right 500, left 350.

Rasanya macam tak logic. Sebab cepat sangat naik. Lagi satu haritu rasanya kiri yang lagi tinggi. Eh pape je lah.

Yang penting dah dapat lens baru.
Dah kempis beg duit.

Still, Alhamdulillah.

posted from Bloggeroid

Mirror Said

"Mirror mirror on the wall"
"Who's the sickest of them all?"

"You are."

Darn u mirror. Darn u. Mbahahaha.

#Below are the meds I consumed last night.
Folic acid
Surut bengkak.
Kidney stones.
Allergy.
Dizziness and nauseous.
Pain killer.

Haah. Memang kenyaaaaang sangat.

posted from Bloggeroid

Friday, August 21, 2015

Hidung kembang

Rasa macam lama gila tak tepek gambar sendiri. Mbahahaha. Pernah dengar tak kata kata ni, "disebalik 2 selfie seorang perempuan, ada berbelas selfie yang tak menjadi". Pernah dengar?

Aku la antara perempuan tu.

Oh ye. Sebelum aku sentap bila orang cakap, meh aku bagitau siap siap.

1. Hidung aku memang jenis kembang. Sebab aku bangun pagi pagi suka jolok thumb dalam idong. Aku pun tak tau kenapa. Tapi tu habit.
2. Muka aku berminyak. Tepek la bedak banyak mana pun tetap la nanti oily. Foundation dah lama tinggal.
3. Jerawat pasir. Ek elehhh. Lek la. Tu tandanya aku ni remaja muda belia.

Ok mokcik ngantuk.
Banyak rasa nak bercerita tapi tobat lenguh taip pepanjang pakai phone ni. Dulu lek je tapi sekarang maklumlah, dah tua.


posted from Bloggeroid

Wednesday, August 19, 2015

Love but Hate too.

Pernah tak rasa macam dalam sejam tu, kau alami patploh sembilan emosi dan rasa yang berbeza?

"Nak stay camni bla bla"
"Seronoknya dapat kawan bla bla"
"Tak bosan sangat dah"
Bla bla bla.

Then tetiba something triggered.
That something tu macam reminder untuk diri kau.

"Eh mana boleh stay gini"
"Kawan kau tu tinggal kau jugak nanti"
"Dia bosan nanti dia kawan org lain pulak"
Bla bla bla.

Dan segala rasa yang gembira di hari hari raya yang kau rasa memula tadi tu terus tercantas nafsu syahwat nya. Macam pofffff. Lenyap.

That "something" yang trigger tu could either be yourself. Or others.

Faham tak maksud aku?
Please forgive my inability to explain well.
I just suck at explaining things when it comes to emotional and feeling.

Pernah tak kau rasa?
Aku pernah. Baru je rasa.

Takbest langsunggggggggg.
Tapi macam elok jugak.
There I am again.

Love hate relationship with my mind.

posted from Bloggeroid

Saturday, August 8, 2015

Sensitive. Insensitive.

Dah seminggu lebih pinggang aku ni start sakit. Memang selalu sakit pinggang, bengkak pinggang and sembab muka. Tapi tak pernah nak amik kisah sangat sebab memang selalu sangat dah sakit pinggang. Pulak tu biasanya takde la lama. Sehari dua camtu je.

Tapi ni kali ni lama pulak. Perut sebelah kiri pun sama sakit dan mengeras. Perut aku jadi buncit gila bahabs. Bahagian bawah perut tu pulak rasa macam hari pertana kedua period. Padahal lambat lagi periodnya. Asyik rasa bladder ni penuh, macam kan nak meletup. Tapi bila g tandas, ciss, indah rasa dari kejadian. Sikit je pee. Kejap lepastu rasa macam contraction lagi kat bawah perut. Rasa jugak bladder macam nak pecah. G toilet, kejadian sama lagi berulang.

Jalan pun dah terhincut hincut terbongkok bongkok terkangkang kangkang. Kalo jalan normal jap lagi merasa la sakit camne. Aku syak muscle spasm je sebab sebelum ni pun pernah jadi. Maka idok ler nak ke klinik.

Lagipun aku ni kalau sebut nak ke spital or clinic, rasa dah give up awal awal. Hampir tiap kali aku ke klinik, aku end up depressed. Bukan sebab aku tau sakit apa. Tapi sebab tak tau sakit apa. Paham tak?

Tapi parents aku dah bising suruh g jugak klinik. Katanya kot nanti ada masalah lain lagi besar ke apa ke kan. Okay so jom lah.

Buat ultrasound, and the result was left kidney aku dah bengkak, ada batu karang kecik kecik beberapa biji dalam kidney tu. Dan kidney tu macam tersumbat sikit, sebab tu jadi aku rasa bladder penuh tapi pee sikit. Lepastu tak sampai sejam bladder rasa ketat sendat balik. Padahal gtuu jugak pun pee nya.

Jujurnya bila doctor bagitau, aku sikit pun tak rasa apa. Aku tak tau la kenapa.
Sebab aku dah terlampau redha dan terbiasa dengan segala sakit.
Sebab aku lega akhirnya aku tau apa sakit aku.

Entah. Tak tau mana satu sebabnya.
Tapi serius tak rasa apa.

Tapi kan, bila kidney ni jadi gitu, rasa cepat sangat penat. Jalan sikit pun rasa penat yang amat. Ubat yang aku consume tu pun, bila makan, jadi sakit kat pinggang kiri. Tapi abah cakap tu normal. Sebab abah pun pernah bengkak jugak kidney nya.

Alhamdulillah setakat ni masih belum consume any pain killers. Doctor offer kot la aku nak inject pain killers or nak dia prescribe pain killers untuk aku. I said no. Sebab still boleh cope lagi. Kekadang sakit tu macamkan nak putus pinggang, denyut denyut rasa macam panas panas gitu, lepastu tergolek kejap sebab sakit. Tapi tahan je la. Aku cuma perlu bertahan sehingga badan aku berpeluh. Biasanya kalau dah berpeluh bila tahan sakit, sakit tu will fade away slowly.

Tadi aku pergi pasar. Otw balik aku singgah rumah makcik aku. Ada pulak guest ni sorang, tengok aku jalan terhincut gitu terus sound,

"Muda muda dah sakit pinggang"

Do u know how hurtful it is? Aku kan kalau bab sakit ni cukup sensetif. Sebab tu aku prefer untuk tak bagitau pape.

Aku ni dah la manjang rasa nak sentap ni. Mak aku tanya nak makan apa harini pun aku boleh sentap.

Tak tau la sebab aku yang sensitive.
Atau guest tu yang insensitive.

posted from Bloggeroid

Friday, July 10, 2015

I need to stop

"Sometimes, to solve a problem, all you need to do is to stop caring"

Hurm. I find this super true.
Kita ni takde la nak kecewa atau sedih kalau kita tak amik kisah. Tapi bila amik kisah, tu yang sedih bila jadi pape.

I stopped caring months ago. But now, I started to care again. I'm such a weak hearted lady. Padahal aku dah tau ending nya macam mana tapi still jugak nak care. I told myself over and over again, stop caring, act like nothing is happening. Sometimes, I am good enough to not to care. But most of the times, I still care.

Duhai hati.. tolonglah kuat.
Jika kamu lemah, aku nanti bagaimana.
Jika kamu terluka, aku nanti bagaimana.
Jika kamu kecewa, aku nanti bagaimana.

Tolonglah berhenti hidup di luar kebiasaan.
Sebab nanti bila mereka takde, kau akan kembali ke kebiasaan kau, alone. Lonely.
Masa tu kau ta susahnya nak kembali ke kebiasaan. Tolonglah diri. Tolonglah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 7, 2015

to write list

hola hola holaaa.

hari ke 19 eh puasa harini? eh ke 18?
masih lagi kekurangan rasa nak menaip so meh aku listkan dulu apa aku nak taip nanti.
just so that i wont miss any of them.

1. Fourth minor operation
2. Living beyond ur norms. Then back to normal life again. Hurtful sangat tau.
3. Alone

Tu je la kot dulu yang aku ingat.
Nanti tua tua boleh baca balik kan. Nak harapkan ada orang baca, kahhhhhhhhhh. In your dreamsss lah pompuan.

Oh ye. Bebuka harini rasa nak makan ayam masak berlada. tapi nak jugak sambal bilis yang rangup rangup. nak jugak sambal telur masak tomato. Kuda sangat nafsu ni.

Tengok lah nanti mana yang rajin nak masak.
Aku kalau beli lauk ni kurengg sket. Melainkan kat kedai yang selalu beli dah.
Tapi ni bulan puasa, taktau akak tu meniaga kat mana.
Kurengg sebabnya satu ofkos la harga. Lagi satu sebab saaaaaangat susah nak jumpa yang mematuhi piawaian aku, Aku kan a very fussy and picky eater.

Eh ok lah.
Nak pergi buat buat sibuk.

Till then.