gucciglasogon.se

Tuesday, October 4, 2016

Redha. Senang tapi payah.

Hai.

Sebenarnya kan. Most of the time, it is always easier said than done kan. Cakap boleh. Nak buat payah.

Ni macam biasa, tentang aku.
Takde kisah orang pun.

Bagi aku, yang senang nak ucap tapi payah nak buat adalah REDHA.

Dalam sesetengah hal, boleh dan cukup senang untuk redha dan pasrah dengan apa yang jadi. But in some cases, masya Allah. Cukup susah. But still, ada masanya cukup kuat untuk redha. Ada masanya cukup rapuh nak ucap redha.

Aku bagi contoh dua benda.

Pertama. Kesihatan.
Aku adalah orangnya yang dilahirkan dengan cukup banyak flaws dari segi kesihatan. Kata parents aku, sejak umur setahun sebulan. Tapi itu, aku redha.
Sakit yang diketahui sakitnya, aku redha.
Tak rasa terbeban pun.
Aku cukup alah dengan semut yang gigit tu, dengan lopak lopak air, dengan air hujan yang atas jalan tu.

Growing up, being me, kadang tu ada la sedetik rasa cemburu. Bila tengok orang seronoknyaa mandi manda hujan, berkubang dalam parit. Tapi aku pandang aje lah. Tapi now bila dah besar ni benda tu tak jadi masalah langsung.

Then sakit tu Alhamdulillah makin menginjak remaja, makin hilang.

But then starting at 18yo, sakitnya bertimpa timpa. Kata abah, macam orang kaya tukar kereta. Tak sempat explore habis lagi satu kereta, dah tukar kereta lain. Belum habis rawat satu penyakit, dah datang penyakit yang lain. Kali ni, aku sangat jauh dari redha. Sebab sesungguhnya, mula dari saat tu, doktor tak pernah tau apa sakitnya.

Dan bila dah bertahun cuba dengan cara moden tapi takde hasil, maka ikhtiar cara islam. And yes, the result is as per expected.

Aku cukup redha dengan sakit yang memang diketahui sakitnya.
Tapi belum cukup redha dengan sakit yang diakibatkan orang.

Kedua. Perasaan.
Referring to my previous post. Mula nya rasa payah. Tapi entah dari mana datang kekuatan, aku bukak tafsir quran. Just randomly bukak. Sebab haritu rasa agak tewas dengan rasa sedih. Dan terbuka surah an Naml. Aku baca tafsirnya. Dan masya Allah.

Ayat 74-75.
"Dan sesungguhnya, Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di bumi, melainkan yang tercatat dalam kitab yang jelas (Luh Mahfuz)"

Entah kenapa. Rasa terpujuk.
Ada masanya, banyak hal yang nak diadukan tapi tak terucap. Dan Allah mengatakan, Dia mengetahui hatta yang tidak terucap sekalipun.

Aku mengagumi F.
Barangkali belum cukup untuk menghampiri.

Barangkali juga kerana Allah menyimpan yang terbaik untuk aku.
Barangkali juga kerana Allah mahu aku menjadi lebih baik.
Barangkali juga kerana Allah mahu mendidikku supaya lebih sabar.

Tipu la sekiranya aku sepenuhnya sudah redha. Baru beberapa hari kot. Cuma ntah. Dalam few days ni ada few ayat yang cukup soothing.

And this, to me, is just another phase.
I'll get over it.

Sesungguhnya Tuhanku tahu, betapa aku lelah, penat, sedih, kecewa. Tapi Tuhan, aku percayakan Mu.

Aku percaya aku akan sembuh.
Aku percaya yang haq mengatasi batil.
Aku percaya balasanMu.

Aku percaya pada rasa yang Kau tunaskan dalam hati.
Aku percaya Kau sentiasa beri yang terbaik.
Aku percaya Kau sentiasa ada.

Cuma pintaku, moga diberi kekuatan.
Kekuatan untuk redha atas sakit yang belum pernah terawat.
Kekuatan untuk redha atas hati yang belum cukup kuat.
Kekuatan untuk redha dengan hakikat.
Kekuatan untuk redha dengan segala yang tersirat.

Tapi entah kenapa.
Makin panjang bercerita, terasa makin jauh dari redha.
Terasa hati masih mengharap.

Allah.
Allah.
Allah.

Saturday, October 1, 2016

Hati, jiwa, fizikal dah tua..

Hai.

Aku tak tau orang lain. Ni aku cakap pasal diri sendiri.
I'm only near 27yo tapi rasa macam dah tua sangat.
Emotionally old.
And so is the soul within.

8-9 tahun kebelakangan ni really made me today.
Dulu dulu rilek je aku sakit perut bergulung gulung, muntah darah, siap boleh keluar pergi tengah laut lagi.
Pucat pucat pun rilek lagi.
Pernah ada sorang acquaintance yang aku baruuu kenal a week camtu, dia cakap kat adik aku "Your sister smiles. But she's ill kan?". That was how hard I tried to hide things tapi still jugak la beliau tu nampak. Orang tua tua kot.

But now, serious rasa macam dah tua sesangat. These past 8 9 years betul betul dah melemahkan semangat dan jiwa. Sakit sikit pun sekarang rasa macam dah tak larat sangat.
Selalu jugak rasa aku macam dah takde semangat langsung. Soulless. Rasa macam jasad je yang ada. Dah la tu, berjalan pun rasa macam tolong berjalan untuk 4 5 orang sekali.

When that happened, satu benda je yang tak membebankan. Breathing.
Yeah. Even nak makan minum pun rasa tak mampu. Dah habis limit dah kot agaknya badan aku ni.
Dah mula rasa macam apa je nak kena buat, baiklahh aku ikutkan aje.
Orang suruh makan itu, sembuh katanya.
Aku telan.
Orang suruh makan ini, elok katanya.
Aku telan.

Tapi pokoknya, rasa macam give up pun ada sometimes. More macam, korang decide lah apa pun. Aku ikut je. Ntah la. But at some times too, the will to fight were sangat berkobar kobar.
Ke pesen dia memang campur campur peel? Ntah..

Tapi satu yang pasti.
Letih.

Tu letih fizikal, jasad dan jiwa.
Sekarang pun emosi cukup cepat penat.

Dulu rilek je berbulan bulan makan hati dengan "kawan". But now one to two weeks pun rasa tak larat lahhh haiii.
I blogged about these guys dulu kot. Ke takde? Ntah. Lupa. Lagipun buatpe nak ingat? Menyakitkan jiwa aje. Kahkahkah.

Now. Apa nak diabadikan kat sini untuk aku baca dan reminisce balik is about a good fren of mine. Let us name him F.

Aku ni kawan dengannya dah lama.
5 ke 6 tahun ntah.
Dulu pernah la suka dia. Aku pun xtau kenapa. Sebab aku bosan kot so aku suka dia. Maybe jugak sebab dia ada iras hero yang aku suka..kot.
Then lost contact. Lama.
Pastu contact balik. Tapi takde rasa sangat.
But past few months, rasa tu macam makin ada. Sikit demi sedikit.
Then last week kot. Aku saja la confess.
Takde harap apa pun. Cuma menyembang nyembang. Reminiscing old times.
Tapi ntah kenapa ntah. Bila confess rasa macam ada satu rasa apa ntah. Please. Not lovey dovey ah.
Tapi takpe anggap je macam takde apa.
Sebab memang takde expect apa pun.
Aku tau mana aku duduk.
Dan aku tau mana dia berdiri.

But then as time flies, honestly aku cakap.
Ada satu rasa. And I recognize that.
Pain. Dari awal memasing selalu panggil each other dengan panggilan brother, sister. But then entah la ye.
Aku dah la bab elaborate ni mashaallahhhh dahsyat sekali.

So before rasa tu bertukar from "like and admire" to another stage which some may call "love", aku pilih untuk angkat kaki.

Bukan lah bermaksud aku nak putus kawan.
Angkat kaki dari rasa aku kat dia tu.
Cuma of course la macam akan affect sket kan. Dah xboleh selalu msg2 gurau2 sakat2. Hati ni kalau tak dijaga, bersepai la karang.

Sebelum bertukar rasa tu, baik lari.
So I gave myself 3 days untuk slowly lepas and buang rasa tu kat dia.
Bohong lah kan kalo dalam 3 hari tu boleh campak semua. Tapi at least I can use it as good guide. Bila habis hari ketiga I can no longer do as I did. Dalam tempoh 3 hari ni boleh lagi lah nak ada rasa tu. Cuma harapnya mulai esok, dah takde. Sebab harini last day hahahahahahahaha.

Dan aku memang boleh agak dah. Komfem akan demam punya lah nanti. Apa ke gila kan. Bukannya love lagi pun.

Yang aku nak, xnak aku.
Yang aku taknak, nak aku.
Yang masing masing nak, situasi pulak.

Hahahahahahaha.
Gelak besar. Tapi dalam jiwa rasa macam nak pecah hahahaha.
I promised to try not to cry.
Nanges tu insyaallah tak. Sedih tu iye.

So benda ni baru je jadi. Kiranya from last week after I confessed tu. Cuma itu lah. Macam aku cakap tadi. Hati, badan aku dah tua. Cepat penat. Dulu aku rilek je berkawan dengan orang yang main tarik tali dengan aku bertahun jugak kot. Kejap cakap suka aku, esoknya cakap tak. Hahahaha. Tapi now, kennot.

Ok almost 0000 dah. Almost end of the third day.
Moga esok lusa tulat etc etc kuatlah jiwa ye.
Moga tak terlebih caring.
Moga kau sembuh, F.
Moga kau tak lupa nasihat doctor, F.
Moga kau kekal menjadi kau, F.
Moga kau sentiasa senyum, F.
Moga kau sentiasa dapat yg baik baik, F.
Moga kau bahagia sampai bila bila, F.

Kalau ada masalah, cari je aku.
Aku ada je. Tak lari.
Feel je perlu dibawak lari.

Liking you was one of the good things in my life.
Kau ajar aku benda benda baik.
Insyaallah aku akan jadi baik sebagaimana aku melihat kau berubah jadi baik.

Moga kau istiqamah dengan cara kau.
Moga aku istiqamah untuk tak ada feel kat kau hahahahahaha.

Expect more of posts like this in few days lagi.
Takpe. Aku kang nanti bila dah okay, kompem aku gelak diri sendiri baca ni.
Takpe. Takpe.

I need somebody to talk to.
Thank God bloggeroid is here.. :P

Thursday, September 29, 2016

Temporary Solution

PILLS

This.
This is what a solution to my problems look like.
It helps me to sleep.
I tend to sleep a lot when having problems.
So these, they assure me to sleep.

I'm too old I guess.
I'm easily affected by little things around me.
And sometimes, it feels as if I am trapped in the most darkest, deepest hole.

I feel like i'm not me.
It feels like the vessel is mine.
The spirit within isn't mine.

Darn. This cant be harder to explain.

Wednesday, September 28, 2016

Been a while

Been quite a while since my last rambling.
Ada je sebenarnya. Tak kemana.

These past few months *almost a year* been veey rough and tough on me.
I was sick. Like, really sick that I thought I wouldn't be able to make it through.
But Alhamdulillah i'm surviving.

A lot happen.
I tried writing here within those time I disappeared. I wrote, then I deleted.
I kinda kept doing it few times.
Then I realized, maybe I wasnt ready to tell.

You know. I write because I dont want to forget.
So when another tough times comes, i'll be able to remember that i've been through a tougher times but I survived.
Not that I writs so people read.
I know, like literally nobody is reading this.

But still. Rambling, writing, spilling out everything I feel here makes me feel better.
Feels like I can tell almost anything and I really feel less burdened.

Ok then for now.

Sunday, April 17, 2016

Muntah Berdarah

Tak habis habis lagi issue ni. Dah agak lama stop, rasanya October tahun lepas last muntah berdarah. Ke ada lagi lepastu tapi aku tak ingat?

Ni jadi khamis malam jumaat beberapa hari lepas. I was alone, and my other family members went out for dinner. Aku tak ikut sebab nak bagi makan kucing.

Elokkkk je tengah cuci bekas makanan kucing lepas diorang makan, rasa nak termuntah. Rasa yang tak boleh tahan tahan dah. Kecur ailio ke tulang rahang semua.

Berlari masuk toilet. Muntah memula tak keluar apa melainkan darah campur dengan lendir sikittt je.

Muntah lagi, memang banyak keluar. Stok yang seketul tapi in thick solution gitu. Then keluar lagi. Menitik nitik keluar dari mulut.

Masa tu dalam kepala cuma "Allah..".
Tu je. Sebab sebelum muntah tu dah agak dah mesti keluar darah.

Dah habis muntah, keluar ke ruang tamu, kaki menggigil yang jenis tak boleh nak berdiri lama. Maybe sebab keluar darah kot.

Nak kata gastric, aku baru je dinner pukul 6 lebih. Air toksah cakap la kan.

And now, it seems like i'm in a phase of losing my weight, against my will.
Bila makan je nasi, rasa nak termuntah. Rasa sakit perut.
Kadang elok kadang tak.

Dan start losing my appetite.

Banyak lagi nak cerita pasal latest things going on in life tapi nanti lah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, April 13, 2016

Lama..

Dah lama tinggalkan sini.
Banyak benda yang jadi these past few months. Banyak sangat.

Dan masih ada lagi yang berbaki.
Moga diberi kekuatan hati.

Moga yang batil kalah.
I'll try to find some times to write here. Just so I wont forget my roughest wave.
And how I am fighting through it.

posted from Bloggeroid

Saturday, November 14, 2015

Just..

It feels so lonely. Empty. Feel unwanted. Third wheeled.
I need to sleep. A lot.
But my eyes are just reluctant to it.

Solution?
Pills. Doubled the amount.
That's the best fren of all.

posted from Bloggeroid