gucciglasogon.se

Thursday, November 22, 2012

letih

hampir 2 tahun.aku rasa penat.rasa tak mampu lagi dah nak teruskan.aku penah baca yang in a relationship, bukan sekadar give and take, but it must also be a give and give.tapi kalau aku aje yang asyik give sejak bertahun ni?
aku yang kena start sms dulu most of the time
aku yang kena call dulu
aku yang kena pegi jumpa dia, bukan dia yang jumpa aku
aku yang kena selalu tanya news pape.kalo x memang aku takkan tahu sampai mati
aku yang kena ikut semua yang dia nak
aku kena bagi apa dia nak

sampai bila?
serius aku penat.
aku rasa macam perempuan yang sangat bodoh
hati rasa sakit sangat
everytime cakap, kau nak mengelak
susah ye kau nak faham?

kau penah bercinta dulu dengan ramai perempuan
kau pernah rasa kecewa tu macam mana
kau pernah rasa sakitnya bila org ignore
yet you keep doing it over and over again

aku rasa keputusan aku dah tak salah
dan dalam hubungan kita ni, aku xsalahkan kau
aku yang bodoh sebab expect too much.
padahal kau cuma satu lagi ciptaan Tuhan yang datang menyakitkan hati aku
sama macam kawan2 aku alami

satu yang sangat aku kesalkan.
aku kesal cinta pertama aku xsempurna
kesal sangat sangat



Wednesday, November 7, 2012

email

tadi check email
baru dapat internet access..kat sini payah sket nak dapat line
tambah tambah kalau celcom

and hasil dari penge'check'an email tu, aku is very blurr
dalam email tu cakap suh hantar proposal selewat lewatnya 19 hb 11 ni
hantar untuk buat Defence of Research Proposal
masalahnya aku baru sampai perlis ni ahad lepas
takde progress pape lagi

tapi mungkin sebab dia cakap pun proposal, so bentangkan yang aku bagi haritu je la kot
dan kekdahnya jugak
nak pergi DRP tu kena ada certificate daripada Research Skill Seminar
dan yang lagi haru, tak boleh apply
dia ada untuk September 2012
sekarang kan bulan Nov
tarikh pun semua bulan September
camna ni wehh
cuak dah aku

Saturday, October 27, 2012

berpisah

aku pernah contact dengan seorang artis nasyid ni dulu.time tu aku form 4 or form 5 camtu.
aku hormat dengan dia.gila respect.
dia kawen masa aku form 5.
dan baru aku tau harini yang dia dan wife dia dah berpisah
he had 2 kids with her

sebelum ni aku tengok status fb dia, aku takde la expect yang dia betul betul alami
aku ingatkan sekadar luahan or lagu lagu dia
tapi harini baru aku tahu
dia dah berpisah dengan wife dia
aku pun tak tau kenapa aku sedih bila tau
aku tengok diorang macam happy je

tapi takkan aku nak tanya apsal bercerai
tak wajar.tak patut.bukan hak aku.
tapi aku sedih.tak tau kenapa.
hurmm..dia pun dah jumpa orang baru
and he really is in love
i can see that

aku harapkan dia betul2 bahagia
macam yang dia reply komen aku kat fb 

aku: akmal yg saya kenal 5tahun dulu tegas orangnya, yakin dan tahu setiap apa yg dia buat.i believe u are still the same as the one i knew before..oldebes!slmt hari raya juga!

dia: Insya'Allah.. I juz wanna b a better person.. And I wanna build a better new life.. Pray for me kay.. :)

hurmm
kenapa eh aku sedih
sebab aku kenal dia sebagai seorang yg sentiasa yankin dan tegas dengan keputusan dia dulu?
atau sebab aku pun berada dalam situasi yang hampir sama dengan dia yang mana aku rasa aku akan jadi lagi sedih bila my 'dia' jadi begitu?
jadi sedih macam yang artis ni rasa?




Thursday, October 25, 2012

tegur.bukan marah

hairan la aku.
kalau dah nak tukar waktu pejabat, tukar la kat semua saluran yang kau guna untuk advertisekan kau punya 'entiti' tu
ini tak.dalam website, tulis sampai 3.30
tadi aku pergi, dekat pintu nya tulis sampai 3 aje
kau nak tukar, ok tukar.takpe.hak kau.aku tak marah.
tak kisah.
tapi yang aku kisah, apasal buat keje separuh separuh?
orang dah rushing balik kerja dah satu hal, drive ke tempat kau lagi
harapkan website tu aje lah yang boleh aku tahu pasal 'entiti' kau
kalau call, haremmm nak jawab
please la
jangan la susahkan orang lain
takde nak marah.tegur aje
tapi tolong la.penat la nak berkejar2 macam ni

raya

esok dah raya.tapi kat rumah ni tak macam nak raya pongg.tadi keje tapi naseb bos bagi half day.
penat lagi rasanya.semalam baru sampai rumah.
cuti 2 hari.pergi daftar sambung belajar.
serius, besaaaaaarrrrrr gila UiTM Shah Alam wehh.
dah macam satu bandar.Bandar UiTM Shah Alam.
segala benda ada.bank 3 4 tajuk.Affin, CIMB, Bank Islam dan ntah hape lagi tajuk tajuk bank yang ada
ada carwash
ada workshop kete
ada hospital.(aku panggil sepital la dah gila besar.idok ler rupa klinik besar cenggitu)
ada kedai dobi
mini mart
muzium
arkib
berganda ganda besar
pulak tu semalam kali pertama jejakkan kaki kat sana
sesat dalam tu berjam jugak la
panjat turun naik tangga berbelas tingkat
malas nak tggu lif.ramai orang

esok plan nak buat (read: makan) nasi minyak
takde de aku nak masak
aku kan femalas
wakakakaka
mak aku takde kat rumah kang baru la aku terkial kial masak
dah selalu sangat
asal mak keluar 2 3 hari aje, aku dah risau
pikir nak makan apa
jap jap kang aku call mak aku 
"umi, nak masak stew daging, kena taruk halia banyak mana eh?bawang nak taruk bawang apa?banyak mana?cili umi taruk kat mana?tak jumpa la.."
redha aje mak aku

aku pun tak paham apsal aku tak berapa gemar memasak
parents aku tak memaksa
katanya sampai masa nanti aku akan pandai jugak

heaven la aku.
aku lagi suka baking kot
tapi biasanya kek dan biskut aku end up jadi hidangan kucing kucing dan ayam ayam
most of the time, kucing aku pun reject
cibai
bukan tak sedap pun.tapi memilih.dasarr kucing.kek punya 'sedaaaaaaapp' kau reject
eh
tadi nak cerita pasal raya.terbabas lagi.
lantak.fedulik hape
nak menambah kandungan lemak di bont*t.
wakakaka

Monday, October 22, 2012

hati saya hati kaca

macam kecik ati perisa ayam goreng aje ni.
aku ni memang bangsa yang suka menjawab.
if aku rasa aku betul and tak salah, memang aku pertahankan
tapi rupanya cara aku buat orang kecil hati
walaupun apa yang aku katakan tu adalah benar sebenar benarnya.
tapi disebabkan orang yang lebih tua wajib dihormati, aku kena diam je walaupun aku rasa aku tak salah

memang terasa against aku punya prinsip.
tapi hormat itu perlu.
aku tak nak end up as seorang yang kurang ajar atau tak cukup ajar.
no.
kena praktikkan untuk belajar menerima dan berdiam diri walaupun hakikatnya aku tak salah.
dan logiknya, memang apa yang aku buat adalah wajar.
tapi sebab kita muda, harus hormat yang lagi tua.
even hati gila memberontak tak setuju.

aku pernah baca ni somewhere, aku lupa siapa yang cakap.kalau tak salah aku, Imam Ghazali.ke Imam Syafie tah..he said

"seandainya sesuatu perbahasan itu boleh menyebabkan pergaduhan, maka berdiam diri lah walaupun kamu dipihak yang benar"

i really need to change my 23years punya prinsip.
semata mata nak berhipokritan.
terima kesalahan dan kemarahan orang lain even tak sepatutnya aku terima.

maka semua orang, marilah menyalahkan diri aku.
air tumpah, mari salahkan aku.
lapar perut dan takde makanan, mari salahkan aku.
makwe kau merajuk, mari salahkan aku.
pakwe kau marah, sila lah marahkan aku juga.
thesis kau tak siap, pun mari salahkan aku.

marilah semuanya.

Thursday, October 18, 2012

master

eh sebelum pape, nak say thanks dulu ah kat kanda thehellwithworld untuk nasihat anda..:P..sangat benar..:)

haritu aku cakap aku dapat UTM kan?hari isnin lepas, aku dapat sms dari Uni X..bagitau yang aku dapat buat master dengan diorang..and supervisor pun memang yang aku nak..sv aku yang ni dulu lecturer aku dekat UMT tapi dia pindah ke uni X ni..susah la nak tulis X X ni..UiTM la.aku gtaw terus.main campus dekat Shah Alam tapi since my sv stay dekat UiTM Arau, aku tinggal la di Arau..huh.sadis.jauh jauh

maka bermula la episod duka raya sebab terpaksa pilih antara 2 ni..yang UiTM tu Master in Science, major in Teknologi Marin n kat UTM us Master of Engineering (Mechanical-Teknologi Marin) juga..sv kat UTM ni pun pernah mengajar aku juga..aku nak pegi yang M.Eg tu tapi yuran adalah sedikit mahal..tak sikit la,sangat sangat mahal hokey.

aku punya pikir nak buat pilihan, siap migrain bagai.tak bercakap aku sehari tu haa.family aku pun takde dah nak usik2 lagi.sebab dah tahu, kang gelak ketawa yang diharap, sergah yang diorang dapat.wakakaka.jahat aku

so setelah berbadmood sekian hari, aku decide, aku pergi UiTM..xpe lah bukan engineering pun..research yang aku buat still sama..dan sebab utama yang aku decide nak sambung dulu adalah sebab sv aku ni..aku percayakan dia.dia memang tolong students dia.aku pernah buat research untuk final year project dengan dia..and dia memang tolong..kalau kau salah taip or ayat tak betul, xde dia cakap "ayat ni salah"..dia akan terus taipkan dan betulkan.ngahaha..hinggakan kawan aku cakap "aku rasa macam research ni prof yang buatkan thesisnya..aku cuma tengok aje"..wakakaka

lagipun aku nak jadi lecturer.xde pun cakap kalau lecturer wajib ada M.Eg kan.kalau ada rezeki aku nanti dlm engineering, xkemana jugak.

cuma sekarang ni tengah pikir.macam mana nak bgtaw sv dekat UTM yang aku nak pergi UiTM.
tak sampai hati.
dia minta aku buat dengan dia.
katanya "buat apa laa awak pergi Arau..jauh.datang Skudai ni hah"
tapi itu lah
aku dah biasa dengan sv aku yang dekat UiTM ni
dah siap bincang nak jadi Demo, GRA and assist dia punya research bagai dah
sv aku yg UiTM tu dah siap kirakan aku punya living cost lagi dah
tak cukup bagus lagi?
lagipun ramai lecturers cakap sv aku ni memang bagus
dan paling penting, i trust him
rabu depan register Shah Alam
balik Terengganu
pack ke Arau
*pengsan*