gucciglasogon.se

Thursday, January 31, 2013

'things' yang kadang nampak kadang tak

dah lama rasanya tak kena nosebleed ni. tadi tetbe aku lap idong, nampak ada darah. ingatkan aku salah tengok tapi bila lap lagi, ehh makin jelas nyata pulak darah tu.migrain pun tetibe datang lagi petang tadi. tapi kjap je. and sekarang sakit balik. aigoo. perut la tetibe nak sakit. ntah hape hape.

semalam kan, time aku solat, aku nampak tiba tiba baju kurung yang aku hang dekat kerusi tu bergerak macam ada angin/orang langgar. tapi the other side aje la. sebelah yang menghala ke arah sejadah tak bergerak pun. that time aku xpasang kipas pun. bergerak sendiri. ohooiii neves tetibe. rasa tengkuk kembang semacam aje. rasa takutt sangat.

rumah ni kan (or diri aku sendiri) ni macam pelik sket tau. i've seen things. dah lama dah sebenarnya nampak benda benda ni. lately macam buat balik. mimpi pun asik la bukan bukan. mimpi orang nak bunuh aku, nak sihirkan aku, pengsan dalam gaung and tak leh nak diselamatkan sebab kat 4 penjuru gaung tu ada ular yang besaaaaarr gila, mimpi dikelilingi kucing, mimpi kanak kanak or baby. mimpi tengok orang mati. semalam lak aku mimpi rumah yang aku tinggal ada hantu or org yang nak bunuh aku. seolah olah aku je yang diorang targetkan. yang lain semua nak bunuh aku. sudahnya protect dengan taburkan garam. so 'diorang' tak boleh step over line garam tu. scary okeh. and kenkadang kan bila bangun dari tido tu, letihh gila badan. 

kadang tu jugak, kaki aku rasa lenguh gila. seolah aku berjalan jauh. kaki aku pun ada lebam lebam. dari paha sampai la ke buku lali. dia macam beratur elok aje.

the other day, aku nampak ada orang (roommate) dalam bilik aku sedangkan roommate aku time tu ada exam. aku nampak dia berjalan jalan dalam bilik. and aku nampak dia duk kat kepala katil aku, bongkokkan badan and letak dahi dia atas dahi aku. aku tak sure time tu betul betul or aku mimpi. aku rasa macam aku dah bangun and berjalan dalam bilik tapi bila buka mata, aku still atas katil lagi. banyak kali jadi macamtu hinggakan aku dah macam "tolonglah cepat bangun dari mimpi ni"..takut gila. aku siap marah lagi 'orang' tu.aku tanya apsal letak dahi dia kat dahi aku camtu. aku ingatkan roommate aku. tapi bukan.huhuhu

and belalang pelesit tu masuk dalam bilik kitorang. alhamdulillah masa tu ada budak degree lagi. so xde la menggelupur aku nak buang beliau.

pernah tak rasa macam ada orang perhatikan kita?aku pernah.and siap nampak kelibat orang lagi. camno la aku tak tumbang awal malam malam kan. nak lagi sehari dua ni aku asik dengar suara orang. orang panggil aku, suara orang mendengus la, meratap la kengkadang. aku kekadang rasa nak menangis je. ye lah. aku kan duk sorang dah seminggu lebih dah. ofkos la takut kan.

and aku perasan jugak, few days sebelum ni, bila maghrib je, akan ada 2 ekor rama rama ni. aku haritu ingatkan nak bunuh aje sebab pakcik aku cakap kalau ada haiwan masuk rumah time senja, kena bunuh. takut dia bawak 'kiriman'. tapi rama rama tu makin aku nak halau dia makin dia dekat dengan aku. macam taknak keluar. aku tak tau la mana diorang datang

aku dah rasa lain macam. then aku bukak surah yasin. alhamdulillah dua dua ekor tu macam duk diam je tak bergerak gerak.macam menghayati. then esok pagi dia hilang. maghrib kang datang balik. time aku kat ruang tamu, dia akan duk kat dinding ruang tamu. bila aku memasak kat dapur, dia terbang p dapur. then aku tanya "kau datang nak teman aku yeh?ok teman lah.duk diam diam"..then terus dah rasa macam xtakut and tak kisah sangat dah and diorang pun duk diam aje

ada sorang ustaz ni bagitau, dia 'tengokkan' aku and dia cakap ada benda. and benda tu saka?wth
aku tak rasa benda ni saka. ustaz tu beria bagitau aku. explain semua. tapi aku macam keep denying.
sebab history family aku mana ada saka saka ni. and xde pulak aku went through upacara nak pass kan saka tu ke apa ke kan. tu yang aku tak percaya
and bila ustaz tu cakap pasal nak berubat, aku macam sakit hati gila
macam nak marah. sebelum ni pun bila family aku nak berubat, aku awal awal tarik diri
bila solat pun aku selalu lupa berapa rakaat

tapi kan.macam mana yeh nak cakap. dia macam ni. kadang kadang hati aku macam dipujuk untuk jadi baik. and the other half pulak akan datang untuk aku jadi jahat. macam tu lebih kurang. sampai satu tahap aku rasa aku dah gila. sebab diri aku berdialog dengan diri aku sendiri.huhu
that day kan, tiba tiba aku tercium bau wangi. malam malam buta.tapi buat dono aje even hati gila takut

setakat saat ni, takut tu memang takut tapi alhamdulillah belum lagi tahap menjerit jerit histeria.
rasa macam nak menjerit tu ada tapi aku lawan.
aku tau bila aku lose control dengan badan n minda aku, it'll take over.
tu yang my parents selalu cakap.
jangan jerit. nanti dia menang sebab semangat kita macam dia amik ke camne tah. tapi camtu la lebih kurang.

aku tau bila aku jerit, aku akan lose control over everything.
so aku pujuk balik diri aku yang 'they' cannot hurt me..
xboleh apa apakan aku.
Allah ada. selagi mana benda tak terzahir, insyaAllah dia takkan apa apakan aku.

tu pasal aku kena balik raya cina ni.
ummi nak bawak berubat katanya.
itupun kalau aku tak ubah fikiran lagi

trjumpa


Antara SEBAB mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :-

~ Gemar mengungkit-ungkit pemberian
~ Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
~ Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
~ Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
~ Riak bila bersedekah
~ Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
~ Tidak/kurang beristighfar
~ Tidak bersyukur/banyak mengeluh

--> REZEKI bukan sahaja dalam bentuk WANG, tapi KEBAHAGIAAN, PELUANG MENYAMBUNG BELAJAR, PELUANG KERJA, ANAK, JODOH dan lain-lain... Belajarlah BERSYUKUR atas setiap PEMBERIAN & ANUGERAH ALLAH

ni aku jumpa kat FB..page MyNewsHub..
hurmm..bila aku meluahkan pasal duit nak banyak guna, tu termasuk dalam "asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini" ke ye?
aku tak berniat nak mengatakan or mengeluh pasal aku tak cukup duit. tapi memang aku dalam keadaan yang mana duit adalah sangat penting and segala yang tak penting tu, aku xkan guna duit aku.

aku rasa aku kurang bersyukur.banyak mengeluh. mengeluh kat diri sendiri. tak bersyukur sebab orang lain ramai lagi yang kelaparan. aku even tak cukup duit, xde la tahap mati kebuluran..:(

Wednesday, January 30, 2013

takda tajuk aihh

aku rasa kan, ada bagusnya jugak living apart from ummi ni.. bagus dari segi berdikari la.. cuba kalo duk dengan ummi, huh. makin bebas la membesar dengan jayanya ketulan ketulan lemak kat badan. mana tak, celik mata aje, makan. tengok tv, nap, makan..itu aje kerja nya

aku kalo kat rumah and ummi tengah masak memang jarang aku masak sekali/tolong yang melibatkan memasak. aku basuh sinki pinggan mangkuk kuali sudip semua ada la tapi bab memasak aku tak involve sangat. aku jengah kejap kejap aje and kacau kejap kejap aje. unless she asked me to help. kalau tak, aku memang rasa kekok je duk kat dapur. sudahnya aku banyak duk bersembang. mana la tak marah ummi aku. pernah aku mintak ummi aku ajarkan aku siangkan ikan pari, boleh pulak ummi cakap "ah tak payah. melambatkan kerja ummi aje. nanti kang kejap kejap kau tanya itu ini." hahah.maka sebab itu lah ye. bukan sebab malas (laaaaa sangat)..wakaka

tapi bila sekarang tercampak jauh kat utara ni, plus sekarang kat rumah sewa ni tinggal aku je sorang since budak degree semua dah cuti kan..housemate aku semua budak degree. maka terkebil kebil la aku sensorang. akan tetapi sesungguhnya aku telah memulakan karier sebagai housewife ni.hahah.tang masak aje lah. nak jimat punya pasal kan. so masak la. 

kan aku ni bangsa yang tak berapa mahir bab memasak and if aku masak pun, aku akan makan laaaaamaa lepas tu. contohnya aku masak pagi, tengahari or petang baru aku akan makan. especially lauk yang bahannya adalah ayam/daging. sebab aku terbayang bayang rupa mereka sebelum mereka aku masak. and aku rasa tangan aku still berbau. tapi sekarang bantai aje lah. lapar weh. tak kuasa aku nak nunggu sampai petang. bangun pagi pun dah pukul 9 lebih. opkos dah lapar.aku sejak dua menjak ni asal bangun tido je perut lapar macam tak makan 2 3 hari.ntah hape hape

ok so percubaan aku minggu ni is:-
1. udang masak tomato
2. ikan and udang masak lemak cili api 
3. ayam masak merah versi aku
4. nasi goreng ikan bilis

itu je la pun. tapi haruslah rasa gumbira sebab ni pencapaian baru untuk aku yang tak berapa reti memasak ni..tak payah la compared dengan yang dah penuh ilmu persilatannya di dapur tu. aku nak masak tu pun kang kejap kejap aku call ummi, tanya nak taruk apa, halia nak taruk tak.bawang apa nak guna.xde serai boleh tak.bla bla bla. tapi so far ok la kut. perfectly seasoned gitu. hahaha. mungkin bila usia dah bertambah maka tahap kebijaksanaan bab seasoning pun meningkat kah? sebab biasanya kalau aku masak mesti rasa ke lauttt aje. terlebih gula. terkurang garam la. tapi yang ni aku campak campak aje. alter sana sini, rasa, done!boleh la nak sumbat dalam tekak kebulur aku ni

kenapa hanya 3 dishes aje?
ohh yeah. kerana saya memasak satu lauk untuk 2 hari sekaligus. esok tinggal nak panaskan aje. hahaha.gila pemalas kan. ala aku je pun nak makan. bukan nak bagi orang makan. masuk perut sendiri. so apa kisah?

sekarang ni kan, proposal dah hantar. tunggu nak defence je lagi bulan depan. so rasa macam boring gila. rasa macam takde kerja. walau hakikat sesungguhnya banyak lagi boleh buat. baca journal, siapkan slide presentation, melepak dekat lab, menyibuk research orang lain, prepare untuk sampling aku bulan 3 ni. tapi ntah kenapa macam sangat la malas. cuma rasa nak buat slide aje. prepare tu nanti lepas raya cina la. sebab itu memerlukan ratusan ringgit untuk set up alat alat. nak lepak kat lab pun malas. aku tengah mood sensitif sekarang and lab assistants semua jenis yang gurau kasar aje. sentap aku kang. banyak alasan aku kan?

esok la kot kalau rajin nak prepare slides.
dah few days ni keje aku bangun pagi, tengok tv3, cerita yang ntah hape hape. masak. makan. melepak kat sofa. malam, tdo. and esok nya macam tu la lagi. tak productive langsung

weekend ni ada seminar lagi kat shah alam. duit lagi. raya cina ni kena balik kampung gamaknya.
dari shah alam balik arau dulu lah. nanti kat sana kang terkapai kapai aku nak ke station bas nanti. then dari sini gerak ke terengganu. ummi minta balik time tu. semua adik adik aku pun balik time tu. so leh la gather gather and gaduh gaduh lagi. then balik arau dah nak kena menjadi perempuan yang tough gitu. and duit lagi. nak set up equipments and nak bayar boat pergi balik dari pulau dah satu hal. SV aku cakap, prepare la dulu duit. dalam 10k. huihh. senang aje bunyik kan? aigoo. aku tau dia pun rasa bersalah sebab still tak dapat grant lagi tapi bukan salah dia pun

tiba tiba rasa tak sedap hati aje.
huhuhu. aku rasa kan, dah berapa lama dah aku makan ubat so aku boleh tido dengan aman. kekadang mata susah nak lelap or terjaga tengah malam or mimpi bukan bukan, so aku memang ada spare ubat untuk buat aku sleepy. makan 2 3 biji, terus padam. bangun bangun dah pagi. sekurang kurangnya tak la rasa takut sangat. kenapa aku rasa takut itu tak boleh diceritakan malam malam la. tak besh.

owh haa, aku rasa kan aku punya allergic ni makin menjadi jadi la. that day ada BBQ staf lab buat. diorang grilled seafood. aku time tu rasa tak yakin so aku tak makan. diorang duk paksa aku makan. tak nampak dah aku duk terkeruk keruk gatal. baru cium bau okehh. balik rumah aku tengok tangan aku dah merah merah berbintat. and few days later dia jadi macam kembung and berair. gatallll gila okeh. kat bahu and anggota badan len toksah cakap la. kalo lalukan tangan, dah macam kertas pasir rupenya. muka pun dah keluar balik jerawat2 halus. benci betul. dah berapa hari dah. biji biji tu macam tak mengecil. makin besar ada la. kat leher la. lengan la. plus lagi aku masak n makan udang. lagi la susah nak baik

ke sebab tak fresh kut?sebelum ni if ummi aku masak kat umah, okay je aku makan. kecuali satu aje yang menyakitkan bila aku makan. KETAM. feveret aku tuh. tapi everytime lepas makan, my back and my pinggang akan sakit. rasa macam urat membengkak.

panjang pulak membebel. tadi nak cerita pasal kejayaan memasak aje.
biasalah. 
pompuan. 
tak terbabas bab bercakap, tak sah.
ah fedulik ape.sukati ai ler. *flip shawl*

Till Then,
Mommy

Sunday, January 27, 2013

saje nak merepek

few days lepas dapat email dari uitm..bagitau pasal lecture dari Prof dari Oxford University..pasal research..lecture tu 29 hb ni..which is lusa..and diwajibkan untuk student course aku and sem 1 and 2.. tapi aku tak pergi..sebab duit takde.aku tak sampai hati nak minta lagi..

baru je minta dengan my parents 2 days lepas..and kalau pergi lecture tu, 29 hb, tiket bas and makan dah 100++. then nak balik arau. nak pergi lagi untuk seminar nanti 2 and 3 Feb..xkan nak stay sana sepanjang gap tu?and if nak stay sana, nak stay mana?kawan yang aku tumpang bilik dia haritu dah balik cuti..so takleh tumpang bilik dia..rumah cousin aku jauh..kat Puchong and Damansara..cab mesti mahal gila..balik dari seminar boleh la nak naik train tapi pagi before seminar tu mesti tak sempat.

then dari shah alam nanti nak balik terengganu lagi..duit lagi..aku balik 3 haribulan..but my mom tanya apasal tak balik time raya cina. aku malas nak travel dari shah alam balik arau, then dari arau balik terengganu. penat okeh naik bas..:(

tapi kena balik jugak time tu..ada hal katanya..masalahnya 9hb aku dah janji nak pergi kenduri kahwin kawan aku kat sungai petani..kenduri sebelah lelaki.dia nikah semalam aku xpergi..dia kat Keratong..aku memang nak balik kampung tapi aku xnak balik lama..sebab nanti nak dapat balik momentum tu payah gila..nak kena prepare barang untuk buat sampling bulan 3 ni..duit lagi..

aku apply loan. tu je satu satunya jalan yang ada. Grant dapat bila pun xtaw lagi. duit sem depan nak pakai dalam 10k..SV aku cakap, readykan la duit. just in case grant xdapat..i just have no idea macam mana nak bagitau my parents..:(

aku pernah tanya, if tak mampu nak support aku, aku postponed aje study tapi diorang marah..sedih..:(
aku siap tahan lapar lagi..semata mata nak jimat.makan sekali sehari aje.and makan lately tak pernah tak habis. setiap butir nasi tu aku kutip..aku tau macam mana teruknya bila takde duit nanti.

gas baru je beli.so aku boleh masak and makan 2 kali sehari.tak perlu jimat sangat lagi.sebab masak sendiri. lauk pun pepandai la jimat. tapi still aku beli jugak makanan untuk aku makan time lapar. sebab aku tau perut aku bila time selalu lapar, memanjang la lapar. beli fries yang 3.50 sekilo aje. sebelum ni beli yang 7 8 ringgit. but now i know how valuable money is. telan la mana yang ada. time duduk dengan mak ayah, semua nak yang sedap aje. sekarang sedap ke x, makan aje la

nak makan kfc yang snack box tu pun aku pikir panjang.tapi time teringin sangat aku beli jugak. contohnya sate. tapi aku akan make sure aku habiskan sebab aku tahu betapa laparnya bila kena tahan lapar.
cuma 1 je yang perlu dijimatkan lagi.kena kurangkan nasi ayam yang selalu aku beli. itu je meal aku even sekali sehari pun.

teringin nak makan jagung kat kuala perlis. tapi kena jimat.
tapi teringin sangat nak makan.
if kat rumah ni, cakap pagi ni kat abah, petang karang dia balik kerja mesti dia belikan.

aku nak reply sms or call pun aku dah berkira.
nak makan pizza, yang paling kecik yang harga 8 ringgit tu pun tak termampu mampu lagi nak gagahkan diri nak keluarkan duit.dah dekat 2 minggu agaknya teringin nak makan tapi sabarrr aje lah.
ada jugak pujuk hati, beli pagi and boleh makan sampai malam. tapiiiii...biar dulu lah

sekarang kat rumah sewa ni tinggal aku je sorang sorang.
weekend tak kemana mana pun.
melepak aje sensorang depan tv yang hidup segan mati tak mau.
hadap kartun tv3 aje.channel lain xok sangat.
nak keluar berjalan, nanti nak kena isi minyak kereta lagi, makan lagi..so bertahan la duk kat rumah sorang sorang.

sekadar nak bercerita. i need 'someone' to talk to be it a blog pun.
xkan nak cerita kat kawan kawan kan?
kat mak ayah, lagilaaa tak.

that day sekali aku down gila. aku sorang sorang time tu.
aku tak call my parents sebab aku tau once aku dengar je suara diorang, memang hujan tak berenti la air mata ni keluar. its tough to live alone rupanya.
tapi kena la belajar. sampai bila nak jadi manja kan?

aku yang tak reti masak ni pun tetibe boleh reti sket sket.
campak campak dalam kuali, telannnn aje la.
ada lagi yang makan 2 hari sekali.
so aku yang makan sekali sehari ni tak sepatutnya merungut la, kan?

feels much better dah.
nak pergi angkat baju kat ampaian.
and masak.
and kalau rajin, nak beli jagung 1.boleh?teringiiiiinn sangat..:(

Till then, 
Mommy

Wednesday, January 23, 2013

kembali seperti dulu

these few days coming ni aku rasa aku akan kembali seperti dulu. HOT TEMPERED. banyak keje nak kena buat. so aku stress. bila aku stress, aku cepat marah and suka marah marah and selalu marah marah bla bla..

sebelum ni aku leh saiko kan kepala aku, "stress pun bukannya boleh tolong setelkan kerja..so chill.sambil chill sambil buat kerja" and it worked most of the time. tapi hari ni rasa stress tu takde sangat since proposal aku dah discuss dengan SV tadi and tak banyak sangat nak kena tukar..nampak macam banyak but since SV aku dah bagi idea, even complete sentence, tinggal lagi aku nak susun susun aje dalam proposal and alter sana sini sket. so stress tu tak terasa sangat.

tapiiiii..hari ini berlaku sesuatu hal yang menyebabkan darah aku menyirap berbuih buih menggelegak gila gila okehh. since incident tu tadi, aku memang naik hantu gila. boleh pulak laa seorang ni bagi title "pelawok" kat aku?darn u. pelawok in bahasa terengganu means LIARS.

aku dengan penipu pun aku cukup sakit hati gila, ni rilek je kau panggil aku macam tu?
serius aku rasa gila nak menyumpah.
dah lah sound kat FB.

yang kau kalau tau nak mengkondem aje, kejadahharem apekah kau pergi komen status aku?dah memang seadanya area rumah aku tu ada parit. ehh sejak bila kau lagi expert pasal area rumah aku ni?kau datang pun setahun sekali, banyak cantik kau eh?

bila dah aku sound balik, reti pulak kau "hot temper betul sekarang ni kan.patut lah amik break.balik kampung dulu"..yang kau gatal nak p sound aku tu kejadahnyeeeeee??

aku usik kau ke?
aku komen status kau ke?
aku condemn kau ke?
aku kutuk kau ke?

ye.aku memang hot tempered.i used to. and that bad side of me is back.again.
so tolongg lah. kot ye kau nak bergurau pun, jangan bagi ada sangkut paut dengan title penipu.

aku dah sedia terbeban dengan problem, lagi kau nak tambah aku punya pressure?
tau la kau tu kaya. berduit. tapi tak payah la selalu sangat nak underestimate orang.

aku balik dari jumpa SV aku, boleh pulak aku bantai p makan makanan yang ada telor lalat. aku bantai makan sate dah gila banyak and last punya sate tu baru aku nampak ada telor lalat tu. dah banyak mana la agaknya yang dah aku telan. jangan lah hendaknya menetas dalam perut aku.

tu lagi nak tambah stress.
nak betulkan proposal. tang nak pikir ayat n create flow chart and gantt chart ni yang aku leceh ni.

hati dah la asik teringat nak balik kampung aje.
sekali, ehhh dapat email kena attend another seminar. compulsory pulak tu.
duit lagi nak kena guna.
mata pun nak sakit lagi.kena cahaya aje kemain pedih.nampak kelabu aje.
abang kedai makan tu pun dah perasan aku asik sakit mata aje. dia pun pernah kena gak dulu.
makcik kat situ cakap aku kena kayap mata.
pekebenda tu?

tulang belikat aku sakit.
nyamuk bingai duk gigit kaki aku.
migrain aku start lagi.
makan pun asik la nak muntah aje.

benci okeh?

buattt lagii

ni buat lagi tabiat aku. nak hilang konsentrasi la tuh agaknya. macam yang aku cakap dulu. nak buat air, aku amik pinggan and so on. tapi kali ni aku rasa kejam gila aku. tak pepasal aku solat isyak 2 kali.

kenapa?

sebab aku lupa baca tahiyyat akhir. apekejadah la aku pikir time sembahyang. lepas je sujud and masa nak baca tahiyyat akhir (sepatutnya), boleh tetibe aku bantai p bagi salam. bila aku dah bagi salam kedua tu baru la aku tetibe "ehh"? baru notice yang aku tak baca tahiyyat. time sujud tu pun aku rasa aku bantai baca doa masa sujud sahwi. aku pikir apa tah tadi. lupa.

huhu..jangan lah jadi lagi. tak kelakar ok.
otak, please be nice to mommy ok?

kita buat baik kat Tuhan, nanti Tuhan buat baik kat kita..
ni nak menghadap Dia pun otak asik pikir benda lain, camno?

Till then,
Mommy

teknologi yg aku rasa terkebelakang

bila sebut teknologi, ofkos kita membayangkan sesuatu yang moden kan?
moden = moving forward. tapi tadi masa aku duk baca something kat blog ni, aku terjumpa new invention la kononnya.. maybe benda ni dah lama tapi aku je baru tau pasal kewujudan benda alah ni. aku bab ni tak berapa maju sangat okehh.

berbalik pada tajuk.
tau apekebenda yang aku rasa memang ciptaan yang rubbish gila?
MENSTRUATION MACHINE and machine nak bagi lelaki rasa pain macam yang perempuan rasa time bersalin..apekejadahharemnya la benda ni? dah tau sakit, lagi nak try ke?

aku tak tau la kalau ada yang interested nak try.
menstruation machine tu tolerable lagi tapi labor pain?
aku yang perempuan ni pun nak terkincit rasanya bila pikir pasal labor ni..lagi la pencipta alat tu nak bagi can orang lelaki rasa.what the fish la. 

maybe ada yang akan cakap "baguslah.baru lah diorang tahu hargai mak/bini"
tapi bagi aku still benda ni doesnt make sense la.
aku tak bersalin lagi so aku tak tau pain dia macam mana. sakit tu memang la kan tapi details nya aku tak tau.ngeri ok just to think of it.

selingan *syg, kita anak 2 je boleh?*..akakaka.tetibe.ok tak klaka.

yang menstrual tu aku boleh describe.
sebab aku selaluuuuu alami. ni kira monthly punya benda wajib la ni bagi aku.
apa yang aku rasa time menstrual pain/PMS/senggugut/whatever name la yang mereka ni dipanggil:-

1. sakit perut. dia rasa senak and memulas and sesekali macam ada contraction. urat perut rasa macam bengkak dan berdenyut denyut.
2. pinggang memulas.rasa macam nak putus. rasa macam bila sakit batu karang kekadang
3. sakit kepala
4. pening kepala
5. cramp dari pinggang ke bawah
6. muntah
7. 'bahagian' istimewa tersebut sakit gila. rasa bengkak bengkak. (mintok mahap la.xsenonoh bunyinya)
8. berjalan terkangkang kangkang. kadang kala terkepit kepit macam orang lepas bersalin. 

ada ke lelaki yang nak merasa semua tu?
aku sendiri yang lalui pun rasa gilaa takut bila dekat dah dengan cycle.

apa yang terjadi bila aku tengah bersenggugut?

1. rambut sanggul/ikat tinggi
2. berkain batik
3. berstokin
4. jalan dengan sangat perlahan dan terbongkok bongkok
5. most of the time terbaring aje kat katil, xbergerak langsung. an inch punya movement pun boleh menyebabkan kesakitan yg teramat
6. tak kuasa nak bergelak ketawa. aku jawab soklan or bagi respons angguk/geleng itu pun dah baguss

aku pernah pergi kedai makan berkain batik aje since sebarang tekanan memang perlu dielakkan dari kena perut.so xleh pakai seluar or pakaian bergetah. orang pandang aku semacam aje.aku pedulik pe. yang sakit tu, aku. bukan korang. tak makan, lapar. tapau makanan, aku xnak.owhh yes.aku fussy bab makan.

dia punya sakit tu (aku la.lain orang lain sakitnya) revolve around a week sebelum tu. tapi time tu tak sakit sangat. masih boleh bergelak ketawa. dia punya contraction jarang jarang so mampu tahan. tapiii bila time 'tu', 3 hari baru laa sembuh betul..kata doctor sebab aku punya contraction quick n kuat, tu salah satu penyumbangnya..doctor selalu tanya "awak ni severe camni ke tetiap bulan?"

ohh ye doctor.almost tetiap bulan.
aku pernah menangis depan doctor sebab gila tak tahan sakitnya.
doc tanya, "sakit sangat ke?"
aku apa lagi.. "sakit doctor.."..air mata keluar tak sedar apa dah. badan dah berpeluh peluh tahan sakit. nurse siap bagi aku potong que sebab dia tengok aku dah pucat gila and berpeluh bagai..

inject sedas, makan ubat and rest kat wad jap, then ok boleh senyum..hahahaha..doctor tu time dia visit aku kat wad, boleh dia gelakkan aku. ni doctor ni patut dapat nomination untuk rasa period pain ni macam mana.ngahahaha.aku tengah terburai air mata kau boleh gelak. nasib kau hensem abg doctor..

nanti dah ada duit nanti nak kena pergi jumpa gynecologist la. Doctor concern takut nanti ada long term effect aje. takut nanti effect time nak pregnant. tunggu kaya sikit nanti.akakakaka

so soalan aku adalah, 
ada ke lelaki yang nak sedekahkan diri dia untuk go through all the pain?menstrual pain aje. xpayah labor pain yang berpuluh kali ganda sakitnya tuh. ada?