gucciglasogon.se

Tuesday, August 20, 2013

xleh suppress dah.kena express!

aku tengah rasa macam kemarahan melampau ni. aku tak leh nak suppress my anger, just not anymore.
so i'm expressing it, now!

kes nya begini, aku memerlukan satu form dari satu department ni untuk aku apply ptptn.
aku dah email beliau minggu lepas kott. before tu, this lady memang suh aku scan and email apa yang patut so aku pun dah reply. takde lah immediate reply tapi at least reply la jugak.
lagipun nak raya, what did u expect kan.
so aku reply last week and since awal raya, so xpe lah beliau tak reply lagi.
understood-able.

tapi minggu ni pun tak reply lagi?
aku email berkali kali kot.
siap forward email kat alternate email this lady lagi.
tapi sepatah haram pun tak reply.

so untuk follow up, aku call la tanya. and that lady minta nombor fax, dia kena fax kan.
dia takleh email sebab takde scanner.
ok fineeeeeeeeeeeeeee!!
aku p cari kedai yang provide fax services ni sebab malas nak p ofis department. leceh and aku memang malas.
dah dapat nombor fax tu, aku immediately email-ed her and later aku call lagi.
eh eh ehhhh..tetibe je cakap, "saya tak boleh reply hari ni and esok since sekarang ada audit. at most i can fax it to u this thursday"

hoiiiii.meng-haiwan-apakah iniiiiiiiii............
dalam email aku yang previous, aku dah mention minta scan and email me the document since it is completely worthless for me to travel almost 8 hrs only to collect the document..duit semua tu tau tak, duitttttt... 
if ko xde scanner, kenapakah tidak ko reply email aku yang dulu, bagitau awal2 so aku tak terkejar2??
and when u cant fax it immediately, tujuan apakah ko minta aku nombor fax and tak mention awal2 so aku tak terkejar2 tadi?
kenapa ko x mention awal2, or at least reply email aku?
hari hari aku ni duk bukak email, check reply from u tapi haremmmm.
ni agaknya kalo aku x call tadi, sampai sudah la email aku tu berkarat dalam folder kau, ye dak?

ahh stress.nak hantar document tu kat Kedah. masalahnya Kedah cuti jumaat sabtu. and if ko fax khamis petang, maksudnya next week baru aku boleh p anta document tu.
aku pernah minta dokumen ni dulu from a different department and dalam masa sehari je aku dah boleh collect dah. harini isi borang, esok dapat.
sebab benda tu bukannya ko kena taip pun. letterhead semua dah ready. cuma masukkan nama and few details aku like I/C and matric number sahaja.

geram betul lah.
dah lah aku ni keje asik la nak marah je ni. apa kena tah.
satgi nak p melawat family kawan aku. admit ward. miscarriage.
moga lah mood aku kembali ok.
janganlah hendaknya aku dirasuk hantu marah ni lagi.
ni pun menaip kat laptop ni pun aku rasa macam dah nak tenggelam keyboard ni aku tekan2.
dasarrr. marah kat benda lain, lempias nafsu amarah kat benda lain. 

Monday, August 19, 2013

Hantu Malas.

back to Araustralia this morning.
rasa macam nak tido tapi rasa berdosa pulak sebab asik tido je. wakaka
tapi nak tido jugak ah satgi.

keje dah melambak ni. mentang cuti itu hari, langsung tak sentuh keje
so disini adalah pasti yang Ahmad xleh challenge my level of kemalasan.

petang nanti la jadi rajin sket.
petang ni nak kena setelkan net untuk trap yang belum separuh siap itu.
tapi sekarang, err makan. lepas tu tido.
bolehkah?

Sunday, August 18, 2013

fun raya, sad puasa

Aku rasa kan, aku ni memang tak layak nak ber blog. Tengok la aku punya tahap kemalasan nak update..plus takde cerita sangat nak update pun.

Ok first, selamat hari raya aildilfitri..mohon maaf kalo ada tersalah silap yang tak sengaja yang buatkan sesapa terasa hati..sengaja atau tak sengaja..

Pasal raya, tahun ni kan, raya memang agak meriah bagi orang yang dating bertandang ke rumah aku. Tapi aku, hazabbbbb. Guests dating start lepas sembahyang raya which at that time ayam pun tak masak lagi sampaiiii la malam. Tak berhenti okeh. Gap yang takde guest paling lama adalah setengah jam sahaja. Penat gila.

Aku beraya dengan apron dari pagi sampai la petang. Pagi aku pakai baju raya kejap je time nak bersalam raya dengan parents and adik adik aku. Lepas tu, terus tukar baju 2 tahun lepas rasanya. Lagi senang nak duk dapur camtu. Nak membasuh pun senang. Dress tu takde blink blink glitter embroidery mana2. Tapi aku tak lah seletih ummi aku. Aku ni keje nya hidang air, makanan, cuci pinggan mangkuk, hidang air lagi..rotate same routine sampai la satu tahap aku siap cakap kat ummi yang aku dah tak larat nak bercakap dah pun. Rumah penuh dengan guests. Makcik and pakcik aku datang 2 kali tapi tak boleh nak masuk rumah sebab dah ramai so depa balik. Datang lagi, pun ramai..balik lagi. Sudahnya malam baru datang. Itu pun ada lagi 1 family guest.

Disebabkan aku berapron maka takde gambar raya pun..if ada pun gambar aku pakai baju tahun lepas masa raya kedua haritu. Siap cousin aku perli, “mana beli baju raya?cantik..

Cis!kuang ajaq. Tapi aku kan tak tau malu so aku selamba sound balik, “ni apron yang beli satu percuma satu. Ni pakai yang percuma punya. Tak mampu aih nak beli2 ni”..wakaka

Raya kedua baru la p beraya rumah atuk (atuk aku kawen dua. Dia stay dengan bini muda), rumah makcik2, sepupu2..tu pun berapa rumah je since kitorang gerak lepas jumaat. Plus pulak aku duk sakit perut. Dah tau sakit, lagi gatal nak pakai heels.

Iklan: Aku gila betul kalo tengok heels so beli la sepasang untuk raya ni..pakai sekali tu je pastu tak pakai lagi. Lenguh rupanya kalo dah lama tak pakai heels. Itu baru yang 4inches. Aku bercita2 nak pakai yang 5inches tanpa sakit kaki dan kekok. *flip tudung laju2*..puiiii

Raya ketiga, aku terlepek tak bangun sebab sakit perut. Bangun pun adik2 aku tolong angkatkan. Khayal je aku duk kedarah ubat tahan sakit. Rasa macam dunia berputar2 gitu.

Oh haa, haritu 25ramadhan, I lost my baby. I mean kitten. Dia kena patuk ngan ular. Aku treated him for almost 2 days sebab dia sakit hari khamis and kat sini jumaat sabtu kan vet cuti. Aku duk harap dia mampu bertahan sampai ahad tapi he didn’t make it. I slept with him, treated him, feed him milk, rubbing him to comfort him, talked to him, cuci poo dia..and bila that day, around 1 am, dia tersentak2. Aku terjaga and riba dia. Dia tersentak2 dua kali and he left me.

 Aku menangis tak ingat.. aku teringat sebab sebelum aku tido malam tu, he grabbed my hand bila aku sentuh dia..and keluarkan suara lepas almost 2 days tak bersuara. And he just looked at me. Sayu sangat. Tapi sebab aku mengantuk sangat, aku tertido sambil gosok dia.

 If only I know he would leave me that night, aku takkan tdo. Aku teman dia. Dekat seminggu aku menangis teruk. Siap demam bagai. And I didnt even touch ayam pun for meals. Memang hilang selera makan. Bila tengok ayam je, aku teringat dia. Kat bazaar haritu pun aku boleh menangis. Bila ummi tanya nak makan apa, nak ayam tak..aku  cuma leh cakap, “teringat dia” and terus menangis..almost 2 weeks aku tak sentuh ayam sedangkan tu fav aku. And him also..

Malam yang dia takde, aku carry dia ke bilik air, bersihkan najis dia..balut badan dia..and aku cakap kat dia, “saya sayang awak. Tidur lah. Saya minta maaf kalo saya terkasar selama ni. Kalo ada kekurangan sepanjang saya jaga awak”. Aku peluk dia malam tu. Cium dia sebab aku tau pagi nanti tak boleh dah..aku letak dia kat lengan aku. And darah mengalir tak berhenti dari hidung dia..my poor baby..

Banyak kali aku mimpi dia. Terbau dia. Nampak dia.
Aku belum berani nak tengok gambar2 dia because everytime i did, i’ll be torn apart.

I missed him so much..:(

Monday, July 22, 2013

kalo dah berbini buat cara berbini boleh tak?

aku tau ni bulan puasa, so kena banyak bersabar. ganda ganda punya sabar berbanding bulan bulan lain yang memang kena sabar jugak. tapi aku tengah marah dan bengang gila ni.

kau boleh tak, kalo ada bini, tolong buat gaya ada bini.
jangan nak menggatal dengan perempuan lain.
kalo ko dah mesej, call tapi aku tak respond dah berpuluh kali, jangan la bangang and benak sangat nak paham.
silap besar sebab ko tipu aku, and salah gunakan kepercayaan yang aku bagi.
no wonder aku rasa insecure gila time buat kerja dengan ko.

ko guna alasan memacam kan, nak tolong itu ini, tapi sebenarnya ko ada niat lain. tu silap ko.
ko call aku and bila aku tanya anak2 and bini ko dah call ke belom, ko jawab hari2 call padahal ko jaaaraaang gila buat. tu silap ko.
aku anggap ko kawan yang betul betul nak tolong aku setelkan kerja aku tapi ko buat sebab ko ada hidden agenda. tu silap ko.
ko dengan aku kenal baru je, tapi ko act macam kita dah kenal lama. nak jalan dekat2, xnak cakap pasal TTM (teman tp mesra) aku, duk kondem TTM aku, makan sibuk duk amik dalam pinggan aku which is my biggest no no aku. u dont usik my meal, kalo nak, mintak. aku bagi tapi jangan memandai2. bodoh! tu silap ko.
i gave u my trust and u end up misusing it, tu silap ko.

but above all, it was me to be blamed for sebab beri kepercayaan kat orang macam ko.
aku yang lawan gerak hati aku padahal hati aku dah terdetik something was fishy about this guy tapi konon la xnak berprasangka buruk, aku diamkan aje.
so aku pun sama silly.

ko tau yang bini ko called aku?
untung dia tak merempan rempan marah kat aku. dia tanya elok2 and sekarang aku dah jadi kaunselor tak bertauliah dia pulak. it's ok la sebab bini dia baik.
aku terus terang dengan dia.
dia terus terang dengan aku.
so kami boleh berkawan.

tapi aku tak paham, bini ko punya la baik lagi ko nak menggatal?
akak ni duk cerita, laki dia jaaaaaraaaang gila call and sms. if sms pun, nak tak nak je reply.
tapi kat aku, kemain je sms ye kau?
dasar tua kutuk gatal merenyam lagi tak sedar diri.pendek fizikal.pendek akal.

ko ingat bini kau tak pandai ke?
kalo x, xde dia berbisnes. 
bingai punya jantan.
kalo xpandai, xde dia boleh tahu even kau duk jauh kat sabah sana.
jantan bingai.

and to shock more, akak tu cerita yang sebelum ni pernah ada girl ni, siap cakap camni lagi, "akak ingat, H tu bahagia ke dengan akak?"..ini lagi sekor, bingai.
kalo tak bahagia, ko ingat boleh dapat 4 anak?
boleh hidup bersama almost 20 tahun?

kesian akak ni.
dia dah macam nak give up gila dah dengan laki dia. tapi sebab anak anak, dia bertahan.
akak ni memang hebat, aku percaya tu.

aku benci gila la jantan ni.kabaret.bingai.
aku benci sebab dia menipu, amik kesempatan, salah guna kepercayaan aku.
no wonder la time buat kerja ko asik nak promote diri ko je kan.
bangang. aku bukannya baru kenal dengan jantan penipu macam ko ni. kat fb kemain bercakap soal sunah, dosa pahala semua. bodoooooooooooh!
ex aku yang bingai tu pun pernah menipu. tu aku lagi bingai. p layankan dia menipu selama 2 tahun padahal hati aku dah terdetik something.

and fyi, ni bukan kali pertama la aku handle laki orang ni.
dasar tak reti menghargai.
ko ada bini, buat cara ada bini boleh tak?
tak payah nak menggatal dengan orang lain.
sudahnya aku jugak yang kena menjawab dengan bini bini korang.
kalo jenis paham dengan sekali explain takpe la, ini, berpuluh kali explain pun telinga tu taknak dengar.
lepastu mula nak meluah2 masalah rumahtangga kat aku.
aku suruh bincang dgn laki, banyak songeh pulak ko.
yang lain pulak, mentang bini ko tak sihat, tak boleh beromen, kau datang mengadu kat aku apesal?
p mengadu kat bini ko la. kat doktor.
ke kat dahi aku ada tulis, "Kaunselor Rumah Tangga Bergolak" or "Kaunselor Masalah Seksual LakiBini"?

jadi tolonglaaahh.
ko nak buat perangai, jangan libatkan aku.
aku taknak nanti tak memasal laki aku pun karang jadi macam korang.
cukup cukuplah hoii.

tapi aku heran, yang single susah pulak nak terpikat kat aku apsal tah.

Friday, July 19, 2013

Dugaan Berpuasa

dah masuk hari ke 10 dah puasa. cepat je rasanya kan.
tinggal lagi 19 hari je lagi.

harini mood macam kelaut. macam ada yang tak kena. tapi taktau la kenapa.
puasa aku baru beberapa hari aje. perempuan..:P
2 hari ni rilek aje kerja aku. students dah balik cuti. kerja aku melambak tapi macam biasa la..slooooow.
asal bukak paper je nak baca, mulut menguapp la xingat.
ni tengah menaip pun boleh menguap nguap.
padahal tido dah terlebih.

risau pun ada. aku kan asyik duk rindu kat arwah nenek aku..mimpi dia lagi..rindu sangat..
masuk harini, dah genap seminggu start muntah darah.start jumaat malam lepas. semalam muntah lagi kali ke 4.. dia punya time muntah cuma antara 11-12 malam. lagi few days tu kekadang berjaya je tahan, xde muntah apa pun..mampu tahan. tapi semalam, dah dekat kul 12, telan ubat xsampai seminit je dah mencurah curah muntah. cuma amount darah tu dah xbanyak sangat. sakit dalam perut la. tapi so far xde la kritikal sangat except for mood yang tak tentu hala. malas nak check.

first kena tu duk ingatkan cili ke apa tapi dah makin banyak.menjejeh2 keluar kot mulut. kali kedua siap dengan hidung pun berdarah sama.
mampu bertahan cuma mentally not kot sebab tu aku end up menulis kat sini.
nak luahkan tapi susah la.
macam semalam aku duk menyembang dengan few friends ni pasal condition aku DULU masa yang sakit 2 bulan haritu. tapi terus je lepas tu cakap takut la apa la.
aku dah la perempuan sensitif sekarang ni. terasa ok. aku kan dah recover dari yang sakit dulu.

sometimes kan, bila aku luahkan or cerita pape kat somebody doesnt mean i am weak to handle it on my own tapi it is simply because i trust them. tapi alwayssssss i ended up frustrated. scratched.

dugaan bulan puasa kot. 
nak kata yang muntah darah ni sebab luka laparoscopic operation haritu, macam impossible.
tapi memang ada sakit sakit lagi kat situ. 
dugaan bulan puasa.

sabar je sikit lagi. insyaallah sembuh.
mari menjadi positif..:)

oh ye, Ahmad, rindu kamu juga. hehe

till then,
Me


Saturday, July 6, 2013

Rindu mereka.

Few days back ni, aku rasa macam aku dah menjadi perempuan berhati kaca. pantang silap sikit, mula la nak sentap.. otak aku rasa macam berat je..kepala pun sama. dah memang seadanya otak ada dalam kepala, ofkos kalo otak berat, kepala pun berat. ok merepek.

dah 3 hari berturut rasanya aku mimpikan ummi abah..and pagi tadi lepas subuh aku sambung tido and dapat mimpi tak best. aku mimpi gaduh dengan ummi abah..sebab kecik je pun. and dalam mimpi tu jugak aku sakit. tapi kasih sayang mak ayah kan, even gaduh pun diorang sabar layan kerenah aku. aku mintak itu ini, diorang sabar je pujuk..cakap itu tak boleh, ini tak boleh, kenapa tak boleh..dalam mimpi tadi aku dah jadi macam sakit yang kembali jadi budak2.retarded kot.. bangun je dari mimpi tu, sedar2 aku rasa mata aku macam baru lepas nangis..:(

few days lepas, ada bersembang dengan ummi and abah. masa menyembang dengan ummi boleh la lagi nak tahan. tapi lepas je cakap dengan abah, berjurai jurai air mata keluar. dah la time tu kat kedai makan..i missed them both so badly..:(

kawan kawan aku ada tanya, kalo rindu kenapa tak call..aku ni bangsa yang kalo tengah lemah semangat, tak boleh call ummi abah. karang satu satunya perkataan yang keluar dari mulut aku adalah "ummi.."/"abah.."..lepastu apa lagi..kompem menangis. dah lah abah aku jenis tak boleh tengok/dengar anak anak menangis. kompem dia menangis sama..xselera makan, xboleh tido.. harini je dah berapa kali tah asik berair je mata..tapi boleh lagi la tahan.tak berjurai lagik keluar..huhu

dan tadi dalam kete masa keluar makan, kawan kawan ni duk menyembang pasal orang yang dah meninggal..teringat arwah nenek aku..dah 11 tahun meninggal..aku rapat gila dengan arwah..orang tua tua selalu cakap, kalo kita mimpi orang yang dah takde dan dalam mimpi tu dia diam dan tak cakap pape, maksudnya tu memang dia.bukan syaitan.

i remember having this dream.. years after she passed away. aku mimpi jumpa dia..2 3 kali.. dan kebanyakannya dia tak bersuara..dan dalam satu mimpi tu, aku mimpi aku peluk dia..rindu sangat..

aku rasa macam baru je aku nampak dia, duk buat kuih kat satu sudut kat rumah dia dulu..
aku rasa macam baru je tengok dia..
aku rasa macam baru je dengar suara dia..
aku rasa macam baru je dengar nasihat dia..
aku rasa macam baru je nampak dia tenung aku..pandang aku..

Allahu Rabbi..rindunya..
Jagakan ummi dan abah untuk aku..aku tau Kau menjaga lebih baik dari aku..
Bahagiakan nenek kat sana..sampaikan yang aku rindu dia..

dah tak boleh teruskan.

till then.

undang undang.


1. kalau tak suka baca, jangan baca.
2. kalau sakit hati and nak marah marah, sila pergi tempat lain.
3. kalau datang visit blog semata mata nak kondem, there is an 'X' button at the top right. sila klik.
4. aku mood tengah tak ok jadi malas nak marah marah. sukati la nak cakap apa pn ye. kalau berani dah komen pakai nama dah, ini bantai pakai 'anon'. kenapa?
5. kenapa nak kondem/marah kat blog aku? lain la aku ni retis. ini, bayaaaaang pun takde.

till then,
saya yang sedang sedih lagi terluka lagi kecewa.