gucciglasogon.se

Friday, March 7, 2014

my crush has crashed.

ehem ehem.. bismillahh.. lama betul tak hidup disini kan. aku pun dah tak ingat bila last aku merempan kat sini.. takde lah busy pun sebenarnya tapi hantu malas tu manjang je merasuk. bukan malas sebenarnya. tapi aku selalu online guna phone je pun sekarang. and pakai phone ni aku tak berapa reti nak update from it. maklumlah, buta IT. kekeke.

panjang je alasan aku kan.
kalo dah dasar malas tu, memang expert bab bagi alasan berjela ni.
hihi!

aku kat lab lagi. masih melepak. past few weeks ni memang agak busy untuk lab sebab ada audit.
tapi aku takde la busy pun. sebab aku balik kampung before tu. urgency.
so minggu ni back to lab, aku tumpang buat buat sibuk lah. hihi!

ni nak cerita pasal crush aku sebenarnya. i liked this guy sorang ni.
i met him 2 3 times camtu masa ada sampling kat one of the islands around here.
first time jumpa tu takde rasa apa pun sebenarnya. malah tak pandang pun dia.

second and third time tu barulah start that liking part tu.
aku duk tengok je dia dari jauh masa first day sampling (second time jumpa) tu. 
ada lah sikit rasa berdebar bila pandang tu tapi boleh lah nak ushar ushar cenggitu je kan.
and second day sampling (ni dah third time jumpa), masa nak balik dari laut tu, ribut gila kuat. hujan agi. angin lagi. ombak takyah cakap la kan. 

that critical time, he kindly sat depan aku..halang air dari percik kat aku.*padahal dia nak cari port selamat untuk dia je kottt.panggg sedass*. smiling, he said to me, "kalih ke belakang..nanti air tak terpercik".
oh my God...masa tu gila rasa berdebar. bukan berdebar kena hempas dengan ombak, tapi berdebar sebab dia ni laaa. malam tu during dinner, I saw him talking to this Dr from somewhere and again, he smiled. not just ordinary smile.. he giggled too! Ya Rabbi masa tu aku rasa macam nak tanggal jantung just to see his smile.

gila budak sekolah punya versi kan? tapi serius. there was something about him that attracted me. i didnt know what..and i still dont pun. aku minta dia punya email sebab senang untuk aku contact dia since he once did the same research as i am doing now. so kami berbalas email.

masa berbalas email ni, aku tau yang dia dah kahwin. waaaaaaaa heartbroken oooo.
rasa macam frust gila. macam nak pecah rasa dalam hati. haha. *pangggggg* 
hihihi! tapi memang betul pun. so disebabkan dia dah kawen, maka marilah lupakan hasrat untuk mengurat dia.

i still like him. i still admire him. but nothing more than that. strictly suka sahaja.
just like kita minat retiss. minat yang takkan ke mana. haaa camtu la lebih kurang.
dah tau hak orang kann. maka marilah kita suka seadanya sahaja.
and good for me, i managed to set limit and boundaries on how much am i going to like him.

gambar dia pun aku buat desktop background kat laptop ni haa. gila intense ni aku punya minat.
tapi again, strictly minat. itu sahaja.
and now, kami dah advance sket. takde email email dah. email if ada documents penting je.
dah berwhatsapp dah sekarang.
aku minta phone number dia kat somebody. tapi pasal keje la masa tu.

and kami whatsapp pun almost 90% adalah kerja punya hal.
we sometimes shared experience and stories too.
but being a lonely heartbroken me, ofcos la dapat mesej keje dari crush pun nak menggedik kan. 
kekadang rasa nak lempang je diri sendiri sebab gedik sangat.

tadi kat lab, staffs and lecturer sini bantai p bukak lid laptop aku and tengok gambar dia.
sekaliiiii lecturer tu cakap, "hahhhhh aku kenal ni..ni geng *** nii"

arrrghhhhh die hard la aku kalo dia p bagitau org tu.
this guy tak tau pun aku minat dia.

waaaaaaaaaaaaaaa.
crashed segalanya. 

Monday, January 13, 2014

lawak mengandung pulakkkkkkkkkk

baru lepas jumpa Tn Haji untuk key in markah students. sekali dia tanya soalan baikkkk punya..

him: ehh Irma, u mengandung ke?
me: ishhhh Tn Haji. tak lah. ada pulak. saya belum kawen lah.
him: ohh. sebab saya tengok awak pakai baju mengandung tu.

tsskk. apakah lawak iniiiiii.
punya vogue blouse merah ni aku pakai. boleh dia bantai baju mengandung.
huhu. Abah Ummi saya yang pilihkan and belikan baju ni tauuu.

tapi kan, ntah ntah sebab perut aku boroi?
cis! kena makan jamu dah ni.
Jamu Susuk Dara.muahahaha.

Saturday, January 11, 2014

Langkawi-Pulau Payar-Pulau Kaca-Pulau Lembu

last friday -  monday, aku pergi sampling. gerak dari Langkawi. 3 stations at Payar, 2 control stations at Pulau Kaca n Pulau Lembu. so kalo korang tengah diving kat area tu and nampak tools aku, jangan usik. tau? 

aku ni nama je budak marin tapi aku adalah sangaaaaaaat takut dengan air yang banyak. first day sampling tu, aku langsung tak masuk air. haha. padahal sebelum tu dah kena warning dengan divers semua..sama ada aku turun secara rela atau depa lempar je aku dalam laut. tapi aku buat dono je.

second day je terjun laut. pakai life jacket ofkos. aku mana reti berenang. tapi dia punya takut tu gila lahhh. tapi bila pikir balik, apa yang aku takut pun tak tau la. padahal keliling aku semua ada 5 6 divers gitu. sampai la tahap ada sorang diver ni offer untuk ajar aku snorkelling and water confident. aku dah lama tinggal snorkelling ni so dia punya ketakutan tu gilaaaa lah berganda. lepas dah setel keje second day tu, belajar lah aku..tapi start dari shore kauuuuuu. dah nama penakut. nasib la diver tu layankan aje. aku dah siap cakap camni kat dia awal awal, "jangan tinggal saya.jangan lari jauh dari saya. saya nak pegang nanti. minta maaf kalo tersentuh mana mana"..masa tu yang aku pikir cuma aku takmau mati lemas je. 

tapi nak lemas jadahnyaaaaaaa. dah pakai life jacket. sah sah la floating. dasarrrrrr penakutt. tapi aku buat berani sket. bukak life jacket. and pakai goggle je semata mata nak amik underwater punya gambar. muahaha. tapi gambar underwater tu ada kat camera diver la pulakkkkk.

malas dah nak merepek repek. aku ni kat lab tau ni. hari Sabtu pulak tu. rasa macam tak percaya kat diri sendiri. muahahaha. padahal keje tak siap. wakaka.

gambar bawah ni ada gambar aku dengan guys tapi itu bukanlah pakwe gua. takde kaitan pape pun. kaitannya adalah aku suka bergambar. and so he was. dah jumpa geng kannnnn. tapi itu lah. aku upload kat fb je, kemainnn la nak ber ehem ehem semua ye. choii sangat tau.

aku masih kecewa ni. cinta gua diambil orang. motifff ko bagitauu?

day 1. before gerak to Pulau Payar

part of the team

abg apis n abg dan. the divers

divers..at Payar

tow divers from Station 1..depa xlarat nak ke St 2. penat hoih dive

muahaha. Abg Dan. teman gaduh

Abg Dan

Abg Am.

Abg Am

masa yang 2 gambar last tu kan, tu kat pulau kaca. divers semua ada dalam air. haha. jahat aku. aku kat atas boat duk posing sakan. divers nampak lobster gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa besar. then bila depa tau aku duk bergambar atas tu, diorang cakap aku penyebab lobster lari. hahaha. ehhhh aku ni pelaris tau. tu pasal depa dapat tengok lobster. ngahaha. ni kalo depa baca, mampus gua. wakaka.

Till Then.

Wednesday, January 1, 2014

Tasik Melati

yesterday, the last day of 2013. we (me, my cousin and my housemate) went for photoshoot-ing ourself. cant say selfie though. haha. camera maniac like me cant happen to admit this kan? hehe. went there after Asar and came back at 7. and at night we went to Kangar for a festival of what ntah. dah lupa. but at last, not the festival that we went to. but we went through a veryyyyy frustrating, a so-money-based situation. got a love letter from JPJ. later i'll write on this.

here are some pictures at Tasik Melati..tapi kami ni bangsa perasan..haruslah feeling feeling bagaikan di China kannnn. dengan design dia.. beyond beautiful!




















aku malas letak caption. tengah sibuk bercinta ni.

nak muntah? oh please. silakan.
wakakaka.

Tuesday, December 31, 2013

kecewa.

harini tahu result interview PTD yang aku attend dulu.
and it said, "maaf, anda tidak berjaya".

rasa serabut je. stress je.
padahal aku tahu dah memang almost impossible untuk berjaya interview PTD ni dengan sekali pergi je.

but still..
dont know why.
but it feels so not ok within.


Monday, December 30, 2013

KAYA

"definisi kaya ni macam ni.. bila perbelanjaan kita kurang dari pendapatan.. tak melebihi pendapatan.. dan masih ada baki lagi dari pendapatan kita.. tu sebenarnya dikatakan orang kaya.. kalau gaji RM20000 sebulan tapi expenses bulanan RM21000, tu tak kaya sebenarnya."

they both never failed to teach me new things. share the experiences.
ada je benda baru tiap kali ada discussion.

benda simple macam ni je tapi tak pernah pulak terlintas.
atau sebenarnya tak pernah ambil tahu?
aku la tuuu.

tapi kan, berdasarkan definisi tu.. maksudnya aku ni kategori tak kaya la ye.
kena berusaha jadi kaya lepas ni. ada lebih sepuluh ringgit bulan bulan pun takpe.
selagi mana ada untuk simpanan. dan tak lebih pendapatan.
eh, kau ada pendapatan ke Irma?

berangan lebihhhhhhh.

powerful combination..

bila mereka berdua bergabung..aku seperti biasa.. terdiam..

Tn Haji: sekarang ni nak buat homestay pun susah. saya buat rumah dua biji pun dia dah duk tanya "apahal Pak Aji ni..nak bukak cawangan baru la tu"

Prof: buat je rumah lagi satu.. senang.. cadang awal awal.. susah sangat kat sini, tuu..seberang sana ada..hahaha..

Tn Haji: haha..orang perempuan punya graf emosi ni turun naik..tambah pulak nak menopaus ni..kita ni kena pandai la jaga hati depa.. nak maintain graf bagi naik je yang susah tu. ..

Prof: betul tu.. orang perempuan ni emosi lebih.. benda kecik pun nak membebel.. memang camtu lah. meleter je. i kalo wife i bising bising, i diam je. tak layan. buat tak tau je.

Tn Haji: saya ni, kalo Mem merajuk, senang je i pujuk. ajak kawan kawan datang rumah. sah sah dia kena masak pisang goreng ke, keropok ke..haaa masa tu baik lerr. ok lah lepas tu. 

ohhh..agaknya mereka lupa..atau tak terperasan..bahawasanya aku ni perempuan.
perempuan yang emosi tu aku.
yang suka berleter tu aku.
yang menopaus tu..err..bukan aku.

aku dah cakap dah. bergabung je dua orang ni, hilanglah kemampuan aku nak membidas balik. jadi pelajar yang baikkkk je aku. haha.

redhaaaa.