gucciglasogon.se

Monday, September 22, 2014

Blue

Semalam teman cousin ushar some books she's been looking for. And ada sekumpulan kanak kanak lelaki jugak kat shelf novel tu.

Cousin: Kecik kecik pun dah baca novel?
Boy 1: Dia tengok cite 'blue' kak.*pointing to his other fren*
Cousin: *Terdiam. Pandang aku*
Boy 1: *Ulang lagi* Dia tengok cite 'blue' kak..hahahahah.
Me: Awak ni umo berapa?
Boys: 12 tahun
Me: Kecik kecik dah pandai bab blue tak blue ni?
Boys: Hehehe.
Me: Dah baligh belum ni?
Boys: Belum. Eleh. Akak pun mesti tengok cite blue kan?
Me: Astaghfirullah. Apasal merepek sangat korang cakap ni?
Boys: Elehhh. Akak tengok kan?
Me: Dik, awak tau tak kalo akak report polis ni awak boleh kena (tahan) tau tak? Sebab percakapan tak senonoh. Tau tak?

Pastu bebudak tu terus mundar mandir and then blah. Aku tau la bukannya boleh jadi kes polis pun kalo bercakap tak senonoh. Tapi saje gegar diorang sikit. Biar tau yang percakapan macam tu adalah salah.

And it was shocking too bila budak tu tanya "akak pun tengok blue kan"..shocking sebab dia tanya as if nengok cte sebegitu adalah terlalu normal hinggakan dia rasa semua pun buat. Aku terus terlintas dalam kepala, "ntah ntah diorang dah terbiasa tengok..sebab tu assume org dewasa pun tengok"..harap harapnya anggapan aku salah. Tak tercapai akal rasanya budak umo 12 tahun yang belum baligh cakap pasal benda seksual ni.

Kalo adik adik or anak buah or anak anak aku yang cakap camtu, merasa la kau amukan tak bertepi dari aku dengan suara halilintar siap pakej pelempang aku bagi. Aku ni pun kekadang cakap merepek merapu jugak tapi kau tu 12 tahun dik. UPSR pn tak habis lagi (kan ada paper kena retake sebab soklan bocor). Cakap pulak pasal benda yang merepek amat.

Na'uzubillah. Moga la apa yang aku fikirkan pasal budak tu salah. Macam mana la nak besarkan anak anak dengan situasi, kondisi dan teknologi sekarang. Mohon dijauhkan la benda sebegitu dari jadi kat aku, korang dan seluruh keturunan kita.

Thursday, September 11, 2014

Past and Future

Aku jumpa something kat fb tadi..

It says:
"when it comes to thinking about life, remember that no amount of guilt can solve the past. And no amount of anxiety can change the future"

Somehow it sounds so true.
Benda lepas, buat apa pun tak boleh nak betulkan. Yang dapat cuma rasa bersalah, terkilan.
Benda masa depan pulak, pikir and neves banyak mana pun, xkan ubah masa depan tu jadi elok/buruk.

So all we need to do is to live the present life. For what we do today is what we get tomorrow. Gituuu.

So marilah rajin sikit.
Ehh tapi harini nak ke Sg Petani dulu. Jumpa my ex crush. Wakaka. He's my best buddy now. Aku nak amik kasut yang dia tolong belikan haritu. Nak pakai p Langkawi esok.

Monday, September 1, 2014

Pensakit stress

Aku kat terengganu. Kat rumah aku. And guess what..3 out of 5 members of this family are now flat. Totally flat.

Aku dah sejak jumaat petang lagi. Diarrhea. Vomitting. Muntah berdarah lagi. Takde selera makan. Demam sampai tahap aku boleh rasa luarbiasa punya bahang panas tu. Aku kan tdo sorang. And malam biasanya memang aku lock pintu bilik. Jumaat malam tu aku langsung xleh gerak. Sakit nya la haii. Nak jerit panggil orang pun tak termampu. Aku doa je masa tu jangan lah kena seizure. Dia punya membahang demam and sakit badan tu memang kawkaw la. Aku terlantar dari jumaat malam sampai la sabtu petang baru boleh bangun. Tu pun menggigil gigil bangun. Bangun kejap pastu baring balik. Sakit oihh.

Nak minta tolong umi, she's not well too. Angah pun sama. Anak anak aku terbiar je tak terjaga. Dah kelaparan diorang. Tak sampai hati tengok, bangun jugak suapkan susu. Aku ni kebulur takpe lagi. Anak anak aku tu jangan laa haii. Tak sanggup tengok.

So disebabkan aku, ummi, angah semua flat maka segala urusan dapur abah yang take over. Kemas dapur, masak, hidang makanan, do the dishes. Kesian jugak tapi aku serius xlarat. Asyik nak termuntah je. Ni gara gara masuk angin dalam perut sebab demam la ni. Dah demam, xlalu nak makan..memang mendapat la kan.

Pagi tadi pun aku jalan p dapur tunggu masa je nak collapse. Memang kebulur gila. Pastu ingat ummi pesan kalo terlampau lapar jangan makan yang heavy dulu..alas dengan something light so aku minum nestum dulu. Tak sampai setengah jam, tengah duduk menyandar tengok tv perut dah rasa lain macam. Burping few times terus menyembur muntah kat sofa. Habis baju seluar muka semua. And again, there's blood. Sebab tu aku tak suka muntah sebenarnya. Bila tengok darah, aku tau something is not right.

Tapi now kan, aku rasa mungkin sebab perut aku luka kot. Aku ni jenis perut nipis..tu pasal la kot everytime muntah je mesti ada darah..

My ummi pun diarrhea jugak semalam..ummi ada low bp so even diarrhea je pun dah cukup to weaken her. Harini dah tengok flat sangat, abah took her to clinic. Drip air 2 bottles. Not much changes pun.

Angah pulak. Demam sebab kerja berat. Dia part time dengan abah time cuti ni. Abah kan kerja kampung je so memang banyak guna tenaga..and angah's body sometimes tak boleh tahan sangat. Sakit segala urat n tulang la tu.

So harini abah keje. Adik number 3 aku praktikal maka tinggallah kami 3 beranak saling membantu. Yang flat tolong yang flat. Anak anak pun sama kelaparan sebab mama diorang tak sihat.

Ehhh apasal la menaip ni pun rasa nak marah marah je ni. Aku punya kronologi cerita pun lintang pukang. Phone ni pun macam musibatun je ni. Aku taip lain kang jadi lain. Ke tangan aku dah gemuk?

Ehhhhhhhh stress and benci la menaip cmbi.
See? Aku nak tulis camni. Jadi cmbi pulak.