gucciglasogon.se

Thursday, January 31, 2013

'things' yang kadang nampak kadang tak

dah lama rasanya tak kena nosebleed ni. tadi tetbe aku lap idong, nampak ada darah. ingatkan aku salah tengok tapi bila lap lagi, ehh makin jelas nyata pulak darah tu.migrain pun tetibe datang lagi petang tadi. tapi kjap je. and sekarang sakit balik. aigoo. perut la tetibe nak sakit. ntah hape hape.

semalam kan, time aku solat, aku nampak tiba tiba baju kurung yang aku hang dekat kerusi tu bergerak macam ada angin/orang langgar. tapi the other side aje la. sebelah yang menghala ke arah sejadah tak bergerak pun. that time aku xpasang kipas pun. bergerak sendiri. ohooiii neves tetibe. rasa tengkuk kembang semacam aje. rasa takutt sangat.

rumah ni kan (or diri aku sendiri) ni macam pelik sket tau. i've seen things. dah lama dah sebenarnya nampak benda benda ni. lately macam buat balik. mimpi pun asik la bukan bukan. mimpi orang nak bunuh aku, nak sihirkan aku, pengsan dalam gaung and tak leh nak diselamatkan sebab kat 4 penjuru gaung tu ada ular yang besaaaaarr gila, mimpi dikelilingi kucing, mimpi kanak kanak or baby. mimpi tengok orang mati. semalam lak aku mimpi rumah yang aku tinggal ada hantu or org yang nak bunuh aku. seolah olah aku je yang diorang targetkan. yang lain semua nak bunuh aku. sudahnya protect dengan taburkan garam. so 'diorang' tak boleh step over line garam tu. scary okeh. and kenkadang kan bila bangun dari tido tu, letihh gila badan. 

kadang tu jugak, kaki aku rasa lenguh gila. seolah aku berjalan jauh. kaki aku pun ada lebam lebam. dari paha sampai la ke buku lali. dia macam beratur elok aje.

the other day, aku nampak ada orang (roommate) dalam bilik aku sedangkan roommate aku time tu ada exam. aku nampak dia berjalan jalan dalam bilik. and aku nampak dia duk kat kepala katil aku, bongkokkan badan and letak dahi dia atas dahi aku. aku tak sure time tu betul betul or aku mimpi. aku rasa macam aku dah bangun and berjalan dalam bilik tapi bila buka mata, aku still atas katil lagi. banyak kali jadi macamtu hinggakan aku dah macam "tolonglah cepat bangun dari mimpi ni"..takut gila. aku siap marah lagi 'orang' tu.aku tanya apsal letak dahi dia kat dahi aku camtu. aku ingatkan roommate aku. tapi bukan.huhuhu

and belalang pelesit tu masuk dalam bilik kitorang. alhamdulillah masa tu ada budak degree lagi. so xde la menggelupur aku nak buang beliau.

pernah tak rasa macam ada orang perhatikan kita?aku pernah.and siap nampak kelibat orang lagi. camno la aku tak tumbang awal malam malam kan. nak lagi sehari dua ni aku asik dengar suara orang. orang panggil aku, suara orang mendengus la, meratap la kengkadang. aku kekadang rasa nak menangis je. ye lah. aku kan duk sorang dah seminggu lebih dah. ofkos la takut kan.

and aku perasan jugak, few days sebelum ni, bila maghrib je, akan ada 2 ekor rama rama ni. aku haritu ingatkan nak bunuh aje sebab pakcik aku cakap kalau ada haiwan masuk rumah time senja, kena bunuh. takut dia bawak 'kiriman'. tapi rama rama tu makin aku nak halau dia makin dia dekat dengan aku. macam taknak keluar. aku tak tau la mana diorang datang

aku dah rasa lain macam. then aku bukak surah yasin. alhamdulillah dua dua ekor tu macam duk diam je tak bergerak gerak.macam menghayati. then esok pagi dia hilang. maghrib kang datang balik. time aku kat ruang tamu, dia akan duk kat dinding ruang tamu. bila aku memasak kat dapur, dia terbang p dapur. then aku tanya "kau datang nak teman aku yeh?ok teman lah.duk diam diam"..then terus dah rasa macam xtakut and tak kisah sangat dah and diorang pun duk diam aje

ada sorang ustaz ni bagitau, dia 'tengokkan' aku and dia cakap ada benda. and benda tu saka?wth
aku tak rasa benda ni saka. ustaz tu beria bagitau aku. explain semua. tapi aku macam keep denying.
sebab history family aku mana ada saka saka ni. and xde pulak aku went through upacara nak pass kan saka tu ke apa ke kan. tu yang aku tak percaya
and bila ustaz tu cakap pasal nak berubat, aku macam sakit hati gila
macam nak marah. sebelum ni pun bila family aku nak berubat, aku awal awal tarik diri
bila solat pun aku selalu lupa berapa rakaat

tapi kan.macam mana yeh nak cakap. dia macam ni. kadang kadang hati aku macam dipujuk untuk jadi baik. and the other half pulak akan datang untuk aku jadi jahat. macam tu lebih kurang. sampai satu tahap aku rasa aku dah gila. sebab diri aku berdialog dengan diri aku sendiri.huhu
that day kan, tiba tiba aku tercium bau wangi. malam malam buta.tapi buat dono aje even hati gila takut

setakat saat ni, takut tu memang takut tapi alhamdulillah belum lagi tahap menjerit jerit histeria.
rasa macam nak menjerit tu ada tapi aku lawan.
aku tau bila aku lose control dengan badan n minda aku, it'll take over.
tu yang my parents selalu cakap.
jangan jerit. nanti dia menang sebab semangat kita macam dia amik ke camne tah. tapi camtu la lebih kurang.

aku tau bila aku jerit, aku akan lose control over everything.
so aku pujuk balik diri aku yang 'they' cannot hurt me..
xboleh apa apakan aku.
Allah ada. selagi mana benda tak terzahir, insyaAllah dia takkan apa apakan aku.

tu pasal aku kena balik raya cina ni.
ummi nak bawak berubat katanya.
itupun kalau aku tak ubah fikiran lagi

trjumpa


Antara SEBAB mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :-

~ Gemar mengungkit-ungkit pemberian
~ Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
~ Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
~ Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
~ Riak bila bersedekah
~ Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
~ Tidak/kurang beristighfar
~ Tidak bersyukur/banyak mengeluh

--> REZEKI bukan sahaja dalam bentuk WANG, tapi KEBAHAGIAAN, PELUANG MENYAMBUNG BELAJAR, PELUANG KERJA, ANAK, JODOH dan lain-lain... Belajarlah BERSYUKUR atas setiap PEMBERIAN & ANUGERAH ALLAH

ni aku jumpa kat FB..page MyNewsHub..
hurmm..bila aku meluahkan pasal duit nak banyak guna, tu termasuk dalam "asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini" ke ye?
aku tak berniat nak mengatakan or mengeluh pasal aku tak cukup duit. tapi memang aku dalam keadaan yang mana duit adalah sangat penting and segala yang tak penting tu, aku xkan guna duit aku.

aku rasa aku kurang bersyukur.banyak mengeluh. mengeluh kat diri sendiri. tak bersyukur sebab orang lain ramai lagi yang kelaparan. aku even tak cukup duit, xde la tahap mati kebuluran..:(

Wednesday, January 30, 2013

takda tajuk aihh

aku rasa kan, ada bagusnya jugak living apart from ummi ni.. bagus dari segi berdikari la.. cuba kalo duk dengan ummi, huh. makin bebas la membesar dengan jayanya ketulan ketulan lemak kat badan. mana tak, celik mata aje, makan. tengok tv, nap, makan..itu aje kerja nya

aku kalo kat rumah and ummi tengah masak memang jarang aku masak sekali/tolong yang melibatkan memasak. aku basuh sinki pinggan mangkuk kuali sudip semua ada la tapi bab memasak aku tak involve sangat. aku jengah kejap kejap aje and kacau kejap kejap aje. unless she asked me to help. kalau tak, aku memang rasa kekok je duk kat dapur. sudahnya aku banyak duk bersembang. mana la tak marah ummi aku. pernah aku mintak ummi aku ajarkan aku siangkan ikan pari, boleh pulak ummi cakap "ah tak payah. melambatkan kerja ummi aje. nanti kang kejap kejap kau tanya itu ini." hahah.maka sebab itu lah ye. bukan sebab malas (laaaaa sangat)..wakaka

tapi bila sekarang tercampak jauh kat utara ni, plus sekarang kat rumah sewa ni tinggal aku je sorang since budak degree semua dah cuti kan..housemate aku semua budak degree. maka terkebil kebil la aku sensorang. akan tetapi sesungguhnya aku telah memulakan karier sebagai housewife ni.hahah.tang masak aje lah. nak jimat punya pasal kan. so masak la. 

kan aku ni bangsa yang tak berapa mahir bab memasak and if aku masak pun, aku akan makan laaaaamaa lepas tu. contohnya aku masak pagi, tengahari or petang baru aku akan makan. especially lauk yang bahannya adalah ayam/daging. sebab aku terbayang bayang rupa mereka sebelum mereka aku masak. and aku rasa tangan aku still berbau. tapi sekarang bantai aje lah. lapar weh. tak kuasa aku nak nunggu sampai petang. bangun pagi pun dah pukul 9 lebih. opkos dah lapar.aku sejak dua menjak ni asal bangun tido je perut lapar macam tak makan 2 3 hari.ntah hape hape

ok so percubaan aku minggu ni is:-
1. udang masak tomato
2. ikan and udang masak lemak cili api 
3. ayam masak merah versi aku
4. nasi goreng ikan bilis

itu je la pun. tapi haruslah rasa gumbira sebab ni pencapaian baru untuk aku yang tak berapa reti memasak ni..tak payah la compared dengan yang dah penuh ilmu persilatannya di dapur tu. aku nak masak tu pun kang kejap kejap aku call ummi, tanya nak taruk apa, halia nak taruk tak.bawang apa nak guna.xde serai boleh tak.bla bla bla. tapi so far ok la kut. perfectly seasoned gitu. hahaha. mungkin bila usia dah bertambah maka tahap kebijaksanaan bab seasoning pun meningkat kah? sebab biasanya kalau aku masak mesti rasa ke lauttt aje. terlebih gula. terkurang garam la. tapi yang ni aku campak campak aje. alter sana sini, rasa, done!boleh la nak sumbat dalam tekak kebulur aku ni

kenapa hanya 3 dishes aje?
ohh yeah. kerana saya memasak satu lauk untuk 2 hari sekaligus. esok tinggal nak panaskan aje. hahaha.gila pemalas kan. ala aku je pun nak makan. bukan nak bagi orang makan. masuk perut sendiri. so apa kisah?

sekarang ni kan, proposal dah hantar. tunggu nak defence je lagi bulan depan. so rasa macam boring gila. rasa macam takde kerja. walau hakikat sesungguhnya banyak lagi boleh buat. baca journal, siapkan slide presentation, melepak dekat lab, menyibuk research orang lain, prepare untuk sampling aku bulan 3 ni. tapi ntah kenapa macam sangat la malas. cuma rasa nak buat slide aje. prepare tu nanti lepas raya cina la. sebab itu memerlukan ratusan ringgit untuk set up alat alat. nak lepak kat lab pun malas. aku tengah mood sensitif sekarang and lab assistants semua jenis yang gurau kasar aje. sentap aku kang. banyak alasan aku kan?

esok la kot kalau rajin nak prepare slides.
dah few days ni keje aku bangun pagi, tengok tv3, cerita yang ntah hape hape. masak. makan. melepak kat sofa. malam, tdo. and esok nya macam tu la lagi. tak productive langsung

weekend ni ada seminar lagi kat shah alam. duit lagi. raya cina ni kena balik kampung gamaknya.
dari shah alam balik arau dulu lah. nanti kat sana kang terkapai kapai aku nak ke station bas nanti. then dari sini gerak ke terengganu. ummi minta balik time tu. semua adik adik aku pun balik time tu. so leh la gather gather and gaduh gaduh lagi. then balik arau dah nak kena menjadi perempuan yang tough gitu. and duit lagi. nak set up equipments and nak bayar boat pergi balik dari pulau dah satu hal. SV aku cakap, prepare la dulu duit. dalam 10k. huihh. senang aje bunyik kan? aigoo. aku tau dia pun rasa bersalah sebab still tak dapat grant lagi tapi bukan salah dia pun

tiba tiba rasa tak sedap hati aje.
huhuhu. aku rasa kan, dah berapa lama dah aku makan ubat so aku boleh tido dengan aman. kekadang mata susah nak lelap or terjaga tengah malam or mimpi bukan bukan, so aku memang ada spare ubat untuk buat aku sleepy. makan 2 3 biji, terus padam. bangun bangun dah pagi. sekurang kurangnya tak la rasa takut sangat. kenapa aku rasa takut itu tak boleh diceritakan malam malam la. tak besh.

owh haa, aku rasa kan aku punya allergic ni makin menjadi jadi la. that day ada BBQ staf lab buat. diorang grilled seafood. aku time tu rasa tak yakin so aku tak makan. diorang duk paksa aku makan. tak nampak dah aku duk terkeruk keruk gatal. baru cium bau okehh. balik rumah aku tengok tangan aku dah merah merah berbintat. and few days later dia jadi macam kembung and berair. gatallll gila okeh. kat bahu and anggota badan len toksah cakap la. kalo lalukan tangan, dah macam kertas pasir rupenya. muka pun dah keluar balik jerawat2 halus. benci betul. dah berapa hari dah. biji biji tu macam tak mengecil. makin besar ada la. kat leher la. lengan la. plus lagi aku masak n makan udang. lagi la susah nak baik

ke sebab tak fresh kut?sebelum ni if ummi aku masak kat umah, okay je aku makan. kecuali satu aje yang menyakitkan bila aku makan. KETAM. feveret aku tuh. tapi everytime lepas makan, my back and my pinggang akan sakit. rasa macam urat membengkak.

panjang pulak membebel. tadi nak cerita pasal kejayaan memasak aje.
biasalah. 
pompuan. 
tak terbabas bab bercakap, tak sah.
ah fedulik ape.sukati ai ler. *flip shawl*

Till Then,
Mommy

Sunday, January 27, 2013

saje nak merepek

few days lepas dapat email dari uitm..bagitau pasal lecture dari Prof dari Oxford University..pasal research..lecture tu 29 hb ni..which is lusa..and diwajibkan untuk student course aku and sem 1 and 2.. tapi aku tak pergi..sebab duit takde.aku tak sampai hati nak minta lagi..

baru je minta dengan my parents 2 days lepas..and kalau pergi lecture tu, 29 hb, tiket bas and makan dah 100++. then nak balik arau. nak pergi lagi untuk seminar nanti 2 and 3 Feb..xkan nak stay sana sepanjang gap tu?and if nak stay sana, nak stay mana?kawan yang aku tumpang bilik dia haritu dah balik cuti..so takleh tumpang bilik dia..rumah cousin aku jauh..kat Puchong and Damansara..cab mesti mahal gila..balik dari seminar boleh la nak naik train tapi pagi before seminar tu mesti tak sempat.

then dari shah alam nanti nak balik terengganu lagi..duit lagi..aku balik 3 haribulan..but my mom tanya apasal tak balik time raya cina. aku malas nak travel dari shah alam balik arau, then dari arau balik terengganu. penat okeh naik bas..:(

tapi kena balik jugak time tu..ada hal katanya..masalahnya 9hb aku dah janji nak pergi kenduri kahwin kawan aku kat sungai petani..kenduri sebelah lelaki.dia nikah semalam aku xpergi..dia kat Keratong..aku memang nak balik kampung tapi aku xnak balik lama..sebab nanti nak dapat balik momentum tu payah gila..nak kena prepare barang untuk buat sampling bulan 3 ni..duit lagi..

aku apply loan. tu je satu satunya jalan yang ada. Grant dapat bila pun xtaw lagi. duit sem depan nak pakai dalam 10k..SV aku cakap, readykan la duit. just in case grant xdapat..i just have no idea macam mana nak bagitau my parents..:(

aku pernah tanya, if tak mampu nak support aku, aku postponed aje study tapi diorang marah..sedih..:(
aku siap tahan lapar lagi..semata mata nak jimat.makan sekali sehari aje.and makan lately tak pernah tak habis. setiap butir nasi tu aku kutip..aku tau macam mana teruknya bila takde duit nanti.

gas baru je beli.so aku boleh masak and makan 2 kali sehari.tak perlu jimat sangat lagi.sebab masak sendiri. lauk pun pepandai la jimat. tapi still aku beli jugak makanan untuk aku makan time lapar. sebab aku tau perut aku bila time selalu lapar, memanjang la lapar. beli fries yang 3.50 sekilo aje. sebelum ni beli yang 7 8 ringgit. but now i know how valuable money is. telan la mana yang ada. time duduk dengan mak ayah, semua nak yang sedap aje. sekarang sedap ke x, makan aje la

nak makan kfc yang snack box tu pun aku pikir panjang.tapi time teringin sangat aku beli jugak. contohnya sate. tapi aku akan make sure aku habiskan sebab aku tahu betapa laparnya bila kena tahan lapar.
cuma 1 je yang perlu dijimatkan lagi.kena kurangkan nasi ayam yang selalu aku beli. itu je meal aku even sekali sehari pun.

teringin nak makan jagung kat kuala perlis. tapi kena jimat.
tapi teringin sangat nak makan.
if kat rumah ni, cakap pagi ni kat abah, petang karang dia balik kerja mesti dia belikan.

aku nak reply sms or call pun aku dah berkira.
nak makan pizza, yang paling kecik yang harga 8 ringgit tu pun tak termampu mampu lagi nak gagahkan diri nak keluarkan duit.dah dekat 2 minggu agaknya teringin nak makan tapi sabarrr aje lah.
ada jugak pujuk hati, beli pagi and boleh makan sampai malam. tapiiiii...biar dulu lah

sekarang kat rumah sewa ni tinggal aku je sorang sorang.
weekend tak kemana mana pun.
melepak aje sensorang depan tv yang hidup segan mati tak mau.
hadap kartun tv3 aje.channel lain xok sangat.
nak keluar berjalan, nanti nak kena isi minyak kereta lagi, makan lagi..so bertahan la duk kat rumah sorang sorang.

sekadar nak bercerita. i need 'someone' to talk to be it a blog pun.
xkan nak cerita kat kawan kawan kan?
kat mak ayah, lagilaaa tak.

that day sekali aku down gila. aku sorang sorang time tu.
aku tak call my parents sebab aku tau once aku dengar je suara diorang, memang hujan tak berenti la air mata ni keluar. its tough to live alone rupanya.
tapi kena la belajar. sampai bila nak jadi manja kan?

aku yang tak reti masak ni pun tetibe boleh reti sket sket.
campak campak dalam kuali, telannnn aje la.
ada lagi yang makan 2 hari sekali.
so aku yang makan sekali sehari ni tak sepatutnya merungut la, kan?

feels much better dah.
nak pergi angkat baju kat ampaian.
and masak.
and kalau rajin, nak beli jagung 1.boleh?teringiiiiinn sangat..:(

Till then, 
Mommy

Wednesday, January 23, 2013

kembali seperti dulu

these few days coming ni aku rasa aku akan kembali seperti dulu. HOT TEMPERED. banyak keje nak kena buat. so aku stress. bila aku stress, aku cepat marah and suka marah marah and selalu marah marah bla bla..

sebelum ni aku leh saiko kan kepala aku, "stress pun bukannya boleh tolong setelkan kerja..so chill.sambil chill sambil buat kerja" and it worked most of the time. tapi hari ni rasa stress tu takde sangat since proposal aku dah discuss dengan SV tadi and tak banyak sangat nak kena tukar..nampak macam banyak but since SV aku dah bagi idea, even complete sentence, tinggal lagi aku nak susun susun aje dalam proposal and alter sana sini sket. so stress tu tak terasa sangat.

tapiiiii..hari ini berlaku sesuatu hal yang menyebabkan darah aku menyirap berbuih buih menggelegak gila gila okehh. since incident tu tadi, aku memang naik hantu gila. boleh pulak laa seorang ni bagi title "pelawok" kat aku?darn u. pelawok in bahasa terengganu means LIARS.

aku dengan penipu pun aku cukup sakit hati gila, ni rilek je kau panggil aku macam tu?
serius aku rasa gila nak menyumpah.
dah lah sound kat FB.

yang kau kalau tau nak mengkondem aje, kejadahharem apekah kau pergi komen status aku?dah memang seadanya area rumah aku tu ada parit. ehh sejak bila kau lagi expert pasal area rumah aku ni?kau datang pun setahun sekali, banyak cantik kau eh?

bila dah aku sound balik, reti pulak kau "hot temper betul sekarang ni kan.patut lah amik break.balik kampung dulu"..yang kau gatal nak p sound aku tu kejadahnyeeeeee??

aku usik kau ke?
aku komen status kau ke?
aku condemn kau ke?
aku kutuk kau ke?

ye.aku memang hot tempered.i used to. and that bad side of me is back.again.
so tolongg lah. kot ye kau nak bergurau pun, jangan bagi ada sangkut paut dengan title penipu.

aku dah sedia terbeban dengan problem, lagi kau nak tambah aku punya pressure?
tau la kau tu kaya. berduit. tapi tak payah la selalu sangat nak underestimate orang.

aku balik dari jumpa SV aku, boleh pulak aku bantai p makan makanan yang ada telor lalat. aku bantai makan sate dah gila banyak and last punya sate tu baru aku nampak ada telor lalat tu. dah banyak mana la agaknya yang dah aku telan. jangan lah hendaknya menetas dalam perut aku.

tu lagi nak tambah stress.
nak betulkan proposal. tang nak pikir ayat n create flow chart and gantt chart ni yang aku leceh ni.

hati dah la asik teringat nak balik kampung aje.
sekali, ehhh dapat email kena attend another seminar. compulsory pulak tu.
duit lagi nak kena guna.
mata pun nak sakit lagi.kena cahaya aje kemain pedih.nampak kelabu aje.
abang kedai makan tu pun dah perasan aku asik sakit mata aje. dia pun pernah kena gak dulu.
makcik kat situ cakap aku kena kayap mata.
pekebenda tu?

tulang belikat aku sakit.
nyamuk bingai duk gigit kaki aku.
migrain aku start lagi.
makan pun asik la nak muntah aje.

benci okeh?

buattt lagii

ni buat lagi tabiat aku. nak hilang konsentrasi la tuh agaknya. macam yang aku cakap dulu. nak buat air, aku amik pinggan and so on. tapi kali ni aku rasa kejam gila aku. tak pepasal aku solat isyak 2 kali.

kenapa?

sebab aku lupa baca tahiyyat akhir. apekejadah la aku pikir time sembahyang. lepas je sujud and masa nak baca tahiyyat akhir (sepatutnya), boleh tetibe aku bantai p bagi salam. bila aku dah bagi salam kedua tu baru la aku tetibe "ehh"? baru notice yang aku tak baca tahiyyat. time sujud tu pun aku rasa aku bantai baca doa masa sujud sahwi. aku pikir apa tah tadi. lupa.

huhu..jangan lah jadi lagi. tak kelakar ok.
otak, please be nice to mommy ok?

kita buat baik kat Tuhan, nanti Tuhan buat baik kat kita..
ni nak menghadap Dia pun otak asik pikir benda lain, camno?

Till then,
Mommy

teknologi yg aku rasa terkebelakang

bila sebut teknologi, ofkos kita membayangkan sesuatu yang moden kan?
moden = moving forward. tapi tadi masa aku duk baca something kat blog ni, aku terjumpa new invention la kononnya.. maybe benda ni dah lama tapi aku je baru tau pasal kewujudan benda alah ni. aku bab ni tak berapa maju sangat okehh.

berbalik pada tajuk.
tau apekebenda yang aku rasa memang ciptaan yang rubbish gila?
MENSTRUATION MACHINE and machine nak bagi lelaki rasa pain macam yang perempuan rasa time bersalin..apekejadahharemnya la benda ni? dah tau sakit, lagi nak try ke?

aku tak tau la kalau ada yang interested nak try.
menstruation machine tu tolerable lagi tapi labor pain?
aku yang perempuan ni pun nak terkincit rasanya bila pikir pasal labor ni..lagi la pencipta alat tu nak bagi can orang lelaki rasa.what the fish la. 

maybe ada yang akan cakap "baguslah.baru lah diorang tahu hargai mak/bini"
tapi bagi aku still benda ni doesnt make sense la.
aku tak bersalin lagi so aku tak tau pain dia macam mana. sakit tu memang la kan tapi details nya aku tak tau.ngeri ok just to think of it.

selingan *syg, kita anak 2 je boleh?*..akakaka.tetibe.ok tak klaka.

yang menstrual tu aku boleh describe.
sebab aku selaluuuuu alami. ni kira monthly punya benda wajib la ni bagi aku.
apa yang aku rasa time menstrual pain/PMS/senggugut/whatever name la yang mereka ni dipanggil:-

1. sakit perut. dia rasa senak and memulas and sesekali macam ada contraction. urat perut rasa macam bengkak dan berdenyut denyut.
2. pinggang memulas.rasa macam nak putus. rasa macam bila sakit batu karang kekadang
3. sakit kepala
4. pening kepala
5. cramp dari pinggang ke bawah
6. muntah
7. 'bahagian' istimewa tersebut sakit gila. rasa bengkak bengkak. (mintok mahap la.xsenonoh bunyinya)
8. berjalan terkangkang kangkang. kadang kala terkepit kepit macam orang lepas bersalin. 

ada ke lelaki yang nak merasa semua tu?
aku sendiri yang lalui pun rasa gilaa takut bila dekat dah dengan cycle.

apa yang terjadi bila aku tengah bersenggugut?

1. rambut sanggul/ikat tinggi
2. berkain batik
3. berstokin
4. jalan dengan sangat perlahan dan terbongkok bongkok
5. most of the time terbaring aje kat katil, xbergerak langsung. an inch punya movement pun boleh menyebabkan kesakitan yg teramat
6. tak kuasa nak bergelak ketawa. aku jawab soklan or bagi respons angguk/geleng itu pun dah baguss

aku pernah pergi kedai makan berkain batik aje since sebarang tekanan memang perlu dielakkan dari kena perut.so xleh pakai seluar or pakaian bergetah. orang pandang aku semacam aje.aku pedulik pe. yang sakit tu, aku. bukan korang. tak makan, lapar. tapau makanan, aku xnak.owhh yes.aku fussy bab makan.

dia punya sakit tu (aku la.lain orang lain sakitnya) revolve around a week sebelum tu. tapi time tu tak sakit sangat. masih boleh bergelak ketawa. dia punya contraction jarang jarang so mampu tahan. tapiii bila time 'tu', 3 hari baru laa sembuh betul..kata doctor sebab aku punya contraction quick n kuat, tu salah satu penyumbangnya..doctor selalu tanya "awak ni severe camni ke tetiap bulan?"

ohh ye doctor.almost tetiap bulan.
aku pernah menangis depan doctor sebab gila tak tahan sakitnya.
doc tanya, "sakit sangat ke?"
aku apa lagi.. "sakit doctor.."..air mata keluar tak sedar apa dah. badan dah berpeluh peluh tahan sakit. nurse siap bagi aku potong que sebab dia tengok aku dah pucat gila and berpeluh bagai..

inject sedas, makan ubat and rest kat wad jap, then ok boleh senyum..hahahaha..doctor tu time dia visit aku kat wad, boleh dia gelakkan aku. ni doctor ni patut dapat nomination untuk rasa period pain ni macam mana.ngahahaha.aku tengah terburai air mata kau boleh gelak. nasib kau hensem abg doctor..

nanti dah ada duit nanti nak kena pergi jumpa gynecologist la. Doctor concern takut nanti ada long term effect aje. takut nanti effect time nak pregnant. tunggu kaya sikit nanti.akakakaka

so soalan aku adalah, 
ada ke lelaki yang nak sedekahkan diri dia untuk go through all the pain?menstrual pain aje. xpayah labor pain yang berpuluh kali ganda sakitnya tuh. ada?

Monday, January 21, 2013

saya yang 'aneh'

bila dah meningkat dewasa ni kan, macam ada perasaan aneh je bila tengok kengkawan lepas sorang, sorang pregnant and ada anak.. rasa macam kat hati ni camane yeh nak cakap..macam ada perasaan aneh la camtu. perasaan cemburu kot. and perasaan macam "best nya diorang..kan best kalo aku pun ada jugak baby"..haaa camtu la..

does that make me a merenyam punya perempuan?sebab umo baru 24..ke patut cakap umo dah 24?
feeling tu makin hari makin bercambah.
bila tengok baby, rasa nak p terkam n gomol la tu jugak.
tapi apakan daya.anak orang.
perghh ayat

tapi betul la. kenapa ye?
normal ke aku ada perasaan cenggini?
ke aku abnormal?

ahh lantak. sila bekerja.
otak, be nice to me today!

Till then, 
Mommy

Sunday, January 20, 2013

penipu.pembohong.benci okeh

aku kan BENCIIIII betul dengan orang yang menipu ni.
dia punya benci tu bukan calang calang okehh. once aku dah set dalam palotak aku yang kau tu penipu, sampai sudah la aku takkan percaya apa kau cakap. melainkan kes kes terpencil. aku kan bangang jugak sesekali. dah kena tipu pun lagiii nak percaya. tapi tu certain cases aje la.

tapi serius aku sangat anti dengan golongan penipu ni. apekejadah yang best sangat menipu ni? pada aku la, menipu ni dia macam chain reaction tau.berantai. untuk cover kau punya first lie, kau akan menipu or berbohong lagi and it keeps going. endless. apa yang susah sangat? cuba la kau cakap terus terang, jujur. paling tak pun orang marah kau sekejap. tapi tak la to the extent to hate u kan. nak pulak bangsa macam aku. most memang aku tak tolerate dah. penipu ni bagi aku akan kekal penipu sampai bila bila.

if kau menipu untuk kebaikan, which is aku rasa sangat rare, forgivable. tapi yang menipu untuk kebaikan ni biasanya mak ayah aje. untuk kepentingan anak anak. kalau orang lain, menipu untuk kesenangan diri sendiri ada la.

to that person who is a concern of this post, lepas ni jangan tanya kenapa aku tak banyak bercakap or banyak tanya soalan lagi dah. sebab i can really feel you lied to me most of the time so apekejadahharemnye la aku nak pergi tidak-mencerdikkan diri aku untuk tanya soalan which i know may end up being answered with a lie.kan? jangan tanya aku. sebab if kau tanya, nescaya kau tak makan nasi dah. kenyang makan hati berulam jantung je kena sembur dengan aku kang.

 i'm being 'kind' not to let u tambah ur saham menipu tu. cukup cukup la. 2 tahun dah kot kau duk menipu. yang tak caught menipu tu tak tau la banyak mana lagi.eiiiiiiiii benci la penipu ni. tolong laaa jangan paksa aku benci kau sama. benci ni bukan perasaan yang leh ditarik balik once dah given. bukan perasaan yang selalu ada. rare. so bila rare maka tendency untuk kekal perasaan benci tu sampai bila bila adalah sangat tinggi. paham?

belajor tinggi, kije besor, hok tu pong dokleh pikir.
kang kalu kate kang mule aa nok wase ati, nok gogeh jiwa. nok sseduk perut.
payoh guh.

i is homesick one i tell u

lately ni kan, hampir tiap hari aku call ummi. takde la pelik bagi orang lain but for me, yes. dulu aku jarang call..call seminggu sekali je kengkadang..or bila nak duit. okeh itu adalah sangat jahat. or bila aku sakit. tapi betul. bukan la aku sibuk duk berjoli jola hula hoop yang lupa kat diorang. i just dont call. itu aje.

tapi lately ni almost every day i called her. kengkadang bukan sembang apa pun..just tanya khabar, buat apa, tengah masak apa, and pasal kucing kenkadang. thats it. sometimes tak sampai seminit pun but being me now, dengar suara my ummi aje dah rasa ok dah.. dah jadi macam a must pulak. dengar suara je, then its ok..

adakah ini patanda bahawa aku sedang homesick?haha..rindu nak makan masakan ummi
rindu environment kampung..padahal baru 3 minggu datang sini..
tapi rasa macam lama sangat..

badan pun dah susut..
pergelangan tangan ni dulu leh ukur pakai telunjuk and thumb tapi sekarang, siap ada space another 1 ruas jari lagi..
jeans yg quite tight sebelum ni most dah longgar..

how i miss them.
kalau kat kampung ni, memang mencanak naik berat.

harini pun sejak pagi tadi just minum milo segelas..itu pun dari pagi sampai pukul 3 baru habis segelas.
petang baru kua cari pisang goreng. tu pun takleh makan banyak.
started to burp already. kapur kot.

malam ni nak masak megi, scramblekan sardin sekor and thats it. my meal for today.
itupun kalo megi itu dimasak. if not, lets just crush the mackerel and penyek2kan biscuit, mix and eat.
that will do..
melampau kan makanan?mengalahkan orang sakit.
aku pedulik pe
*flip hair dengan gojes*

Saturday, January 19, 2013

buah hati

buah hati saya?
ada ramai..8 semuanya..2 antaranya adalah mereka.. <3






kenapa saya suka Lee Kwang Soo si Girin ini?
simple. sebab dia selalu buat saya tersenyum and ketawa. i mean dengan telatah dia la..idok la beliau buat beta tersenyum face to face..*untung la kalo iyee*..and dia manja..i is suka lelaki yang manja *kadang*..put aside dia punya betrayal icon's nickname tu..kekekeke

Kang Gary pula adalah disukai oleh aku sebab dia ni jenis yang unpredictable. Lurus tapi boleh mengejutkan kita dengan dia punya act or performance. and dia punya romantik tu bukan romantik yang geli geleman punya romantik..and dia setia even orang yang dia nak tu sangat susah nak di'jinak'kan..:P

nama Teddy kat phone aku pun aku bantai taruk LeeGwangSooTheGirin..hahahah..mampus kalo dia tahu aku save nama dia camtu..dia boleh dikatakan selalu gak la buat aku senyum sensorang dengan tindakan manja and mengada dia sesekali. thats why. even kekadang banyak yang bergaduh aje. hahahah. nasib la dapat gf suka cari pasal macam aku *fliphair*

Teddy ni pun dia macam Gary. maksud aku perangai dia. unpredictable sangat2. tapi dari segi lain la kan. nak jugak samakan.puihh.haha.tapi bab romantik yang bukan versi geli tu yang aku suka pasal dua dua ni..:)

pernah tengok Shah Rukh Khan n Kajol dalam Kabhi Khushi? diorang selalu gaduh and si SRK ni selalu mengalah bila kena marah dengan Kajol even bukan salah dia, kan? macam tu la jugak Teddy. aku pernah marah dia sebab aku senggugut. ye aku tau aku mengada. tapi seronok okeh. and dia minta maaf. even bukan salah dia. aku selalu buat dia marah. aku selalu marah dia. tapi untuk dia marah aku balik, very rare ok. susah gila..dia iyakan aje apa aku cakap sebab endingnya aku jugak minta maaf sbb marah dia suka suka hati aje..dan kembali lah kami beramah mesra.ngahahahaha

tapi kejap aje la. selang beberapa hari kang aku cari pasal balik. aku suka cari pasal. tapi dengan dia aje la.
aku suka tanya soalan sama hampir hari hari.
and dia tak pernah bosan jawab soalan yang sama sejak 2 tahun lalu.

awak sayang saya lagi hari ni?
banyak ke sikit?
lagi, apa perasaan awak kat saya hari ni?
berubah tak sejak dulu?
harini ada orang ngurat tak?
harini kamu ngurat orang tak?
nak kawen dengan saya tak?
bosan tak dengan saya?

dan alhamdulillah..SETAKAT HARI NI xpernah lagi my questions left unanswered..:)
my sweet little teddy
mommy miss u..*sila muntah dengan penuh semangat*

inilah kekdahnya kalau long distance relationship ni kan..
best jugak. boleh feeling rindu rindu macam orang muda muda.
puihhh

masa ni la nak kutip memori bebanyak.
for tomorrow might not be ours anymore dah.
pergghh ending. ok aku geli dengan statement aku sendiri

dah. nak sambung keje yang tak gerak satu hape pun lagi sejak beberapa hari (ke minggu?) ni

Till then,
Mommy

Thursday, January 17, 2013

pisang goreng ke goreng pisang?

rasa macam dah MAKIN kurus. nampak caps perkataan makin tu?haha.nak jugak emphasizekan dah memang seadanya kurus.wakaka.

aku pun tak paham. apsal nak sangat jadi kurus. dulu aku duk syok menggila konon nak kurus. padahal makan tak hengat dunia. aku punya berat biasanya maintain. naik or turun sekilo and dia balik ke angka asal. dulu pernah naik 3kg.liat nak mamfus nak turun balik

tapi sejak duk sini, berat macam dah makin turun..:(
tak best sebab too skinny adalah tak cantik. berjalan pun macam goyang aje nak kena tiup dek angin.
too skinny jugak boleh affect kita punya health.
and dengan berat skang, adalah dikategorikan underweight.

berat skang dah turun to 46kg. mungkin sebab duk jauh dari family ni makan tak berapa nak terjaga..
i really need my other 2kg..tak nak la kurus..huhu
aku ni bangsa yang cerewet bab makan. aku rela tak makan n berlapar if aku tak berkenan..
betapa tak bersyukurnya aku..ramai lagi yang kelaparan..:(
i just cant. not just yet
memang aku gila fussy bab makan..parents aku nasib la jenis yang paham
if aku order makanan len n kedai tu bagi xsama macam yang aku nak, contohnya diorang tetibe taruk sayur, memang abah aku akan minta tukar..sebab dia tahu aku xkan makan and akan buat perangai sampai ke sudah.. nasib la anak pompuan sorang..

aku tak suka cuba tempat and makanan baru. if aku dah selesa kat situ, memang situ je la aku beli makanan aku..if kedai tu tutup, aku xmakan la jawabnya..

macam kat U dulu..hampir 4 tahun aku hadap kedai makan yang sama tiap hari..if try tmpat baru jarang jarang sangat la..most mesti aku tak puas hati.. 

sekarang ni antara yang boleh tekak aku telan is nasi ayam kat satu kedai kat area sini..itu la yang aku hadap sejak aku mengenali beliau almost 3 weeks dah kot..sebelum tu everytime lunch memang jarang aku mampu habiskan makanan aku..selalu membazir..rasa bersalah sangat..tapi tekak aku takleh telan..

macam hari ni, kedai nasi ayam tu tutup. maka tak makan la aku time lunch.
ushar jugak kedai lain, lauk punya banyak tapi ntah la.takde rasa nak makan. perut lapar takyah cakap la tapi aku tau if aku beli, it ends up kat tong sampah jugak..so better jangan beli..

sekarang biasanya makan time lunch aje.
dinner jarang dah.
if beli mesti xhabis so better tak payah beli.
nak makan nasi goreng or yang bergoreng goreng, nak kena ada keropok ikan
aku kan memang dasar anak sejati terengganu
takleh berpisah oo

rasa nak makan kfc tapi nanti mesti aku bising sebab kfc kat sini macam xberapa sedap. xsama dengan kfc yang selalu aku pergi..ayam n fries n cheese dia amatlah tak sedap. so if beli pun mesti tak abes..tekak ni rasa nak makan yang ummi masak..:(

mengada kan?macam la tengah peknen.
aku kalo peknen nanti tak tau la camne.
mau nye berjalur muka aku kena lempang dengan laki nanti kalo still camni perangainya

so sekarang ni tengah tunggu nak beli pisang goreng kat gerai depan ni..
itu je la motifnya..panjang tak mukaddimah aku?

Wednesday, January 16, 2013

macam sakit hati tapi tak

kekadang kan, bila duk sensorang aku ada satu feeling ni yang datang sendiri. rasa tak puas hati kat 'something'. apa benda yang 'something' tu pun aku tak tau. tapi perasaan tu memang macam sangat sakit hati, tak puas hati and rasa nak menjerit jerit macam orang gila.

nak kata tengah pikir pape, takde pulak. dia macam ni tau, kita duk relax je, or tengok tv je TANPA pikirkan pape pun, feeling tu datang. dia umpama pinggang ni rasa macam kosong and kekadang rasa macam ada orang peluk camtu. eh bukan rasa macam orang peluk. rasa seriau. and tak puas hati sangat

lately ni banyak kali dah jadi. aku biasanya kalo tengah sakit hati or pape aku prefer tido aje. kalo ko tengok aku seharian tidoooo aje means ada la tu yang tak kena or paling tak pun aku tak sihat. tapi bila feeling camni datang, nak tido pun takleh. kaki rasa tersentak sentak. macam kena sentap.

balik dari terengganu ke arau haritu pun dah jadi sekali dalam bas. tak pepasal. hampir aku nak menjerit okeh dalam bas. sepatutnya aku tdo. memang gila mengantuk tapi takleh tido. macam tak dibagi tdo. then masa balik dari shah alam ke arau few days back, pun macam tu. tapi feeling ni tak la bertahan lama. around an hour to two je tapi nak harung tu memang la sengsara.

rasa nak marah kat semua orang.
rasa nak menjerit.
rasa sakit hati sangat kat orang.

pasaipa jadi pun aku taktaw.
roommate aku cakap, "setan tu agaknya kak"

feeling tu dah berkurang dah.
aku sumbatkan telinga dengan surah jin.
alhamdulillah dah berkurang tapi macam ada lagi residue nya.

petang tadi pun aku leh bantai tido lamaa gila. dari kul 3-6 aku tdo.
rasa mengantuk yang teramat sangat.
cam letih gila.
padahal takde buat apa pun hari ni.
semalam tido awal, bangun pun lewat.

and aku pun memang dah lama tak tido petang.
tapi tadi rasa sangattt mengantuk. mengantuk tahap langsung takleh nak bukak mata. nak reply sms pun tak termampu. ni pun sambil menaip sambil menguap nguap ni.

benci la perasaan macam ni.

ache

pinggang aku sakit lagi. macam dulu punya.
rasa macam tulang temulang ni saling mencucuk.
lenguh yang sakit.

ke sebab duduk lama?
aku dah alaskan dengan comforter dah.
kemain selesa dah bontot nih.
xde pulak Dr cakap takboleh duduk lama

ok serius sakit.

Tuesday, January 15, 2013

NSF Man

aku kan rasa pelik. if umo kita meningkat, kita punya body elasticity pun berkurang ke?
sorry. mungkin tak senonoh sket tapi aku rasa macam ada changes kat badan aku lately.
harini baru perasan.
ada bahagian tertentu yang dah tak macam dulu

aku baru 24..belum berkahwin n sah sah belum pernah mengandung or bersalin.
tapi changes ni macam .......
aku ingatkan sebab aku duduk lama kot, tu pasal b*nt*t punya measurement macam larikk aje

bila test seluar len, pun sama.
tapi bahagian drumstick itu macam longgar aje
adakah bermakna paha mengecik?and if paha mengecik maka dia akan mempengaruhi b*nt*t?

tak leh jadi
kena cari gym.
walaupun malas nak bersenam.
huahuahua.

i wish my mum is here. sebab selalunya aku duk menyembang dengan mak aku pasal benda camni 

"ummi, tengok ****** ni macam ****** tak ummi?"
"xde lah. biasa aje"

but she is not here.
huwaaaa.
i miss her.

rasa macam nak pakai cream yang boleh membantu %$&%%*% sket but teddy said

"xpayah. saya tak bagi. dah itu yang Tuhan bagi. terima aje lah. lain la kalau awak tu suka lelaki pandang awak kat 'situ' aje."

elehh.
jeles cakap la jeles.
apa kau ingat awek kau ni cantik vogue de vass yang orang lain asik nak pandang n ushar?
cantik tu xde sygku.
JELITA ada.

hahahahaha.
ok tak klaka.

segalanya memerlukan duit

dulu masa mula mula sambung belajar ni, aku tak nampak pun mana yang pakai banyak duitnya.
tapi makin hari aku terasa makin banyak duit yang nak guna.
nak pulak aku belum officially a research assistant, or dapat financial assistance pape lagi..skim UPTA belum bukak lagi untuk tahun ni.. MARA n JPA lambat lagi bukak.
PTPTN pun tak lepas lagi nak apply.
aku punya course code takde dalam list diorang

so the only choice left is Skim Biasiswa Ummi Abah.
tapi macam bersalah gila selalu nak minta.
sku rasa sepatutnya at the age of 24, i should be the one yang bagi diorang duit but it doesnt happen that way. aku yang asik minta duit dengan diorang. ni dalam masa sebulan lebih ni lagi la banyak duit nak pakai.

aku punya main campus memang shah alam but since my supervisor kat arau, aku conduct research aku kat arau. tapi seminar and presentation and segala urusan pentadbiran memang kat shah alam. kena travel jugak. expenses nak travel tu bukannya singgit dua. jejak beratus jugak. bagi orang macam aku ni, beratus tu sangat berharga okehh

tengok aku punya travel date from Arau to Shah Alam:
12 13 Jan : Seminar
before 31st Jan : Submit Research Proposal untuk Defense hujung bulan 2
2 3 Feb : Seminar
21 Feb : Presentation

itu belum nak kira dengan daily expenses lain..topup je kemain laju bergerak. padahal aku bukannya bangsa yang selalu toktektoktek dengan handphone. nanti nak kena buat BST punya course lagi. beratus jugak. nak buat lesen diving lagi. swimming class lagi.

26 Jan ni close friend aku kawen..geng U dulu dah contact tanya nak pergi ke x.
aku serba salah.
time tu aku tengah in middle of pre presentation n seminar
aku memang nak pergi..aku antara yang first tau dia nak kawen. dia gitau aku sebaik je dia lepas bertunang.
time dia bertunang pun aku tak attend. aku off phone maxis and she texted me kat maxis.
few days later dia tanya aku balik and dia cakap lama dia tunggu aku datang pagi tu..:(

tapi masalahnya dia tak kawen di Arau.
di Terengganu pun bukan.
di Shah Alam juga bukan.
tapi di Muadzam Shah.

mana nak korek duit?
mana nak curi masa?

aku punya proposal yang nak kena hantar lagi dua minggu ni pun huru hara lagi.
tak tau mana nak start.
pening.

Monday, January 14, 2013

tak salah if tak sama

pernah dengar tak orang cakap, "masing masing punya pendapat, so terpulang la kan"..pernah?
kompem pernah kan?
pada aku la kan, tak salah if pendapat kita tak sama or berbeza dengan orang lain as long as pendapat tu tak mendatangkan sebarang keburukan or menjadi satu dosa.

contohnya si A mengatakan yang kita tak boleh sesuka hati melempang orang bila kita tengah stress. dan si B mengatakan kita boleh lempang orang dengan sesuka hati anak tekak kita aje bila kita tengah stress dengan something. pendapat berbeza kan? tapi pada aku in this situation, perkara yang "masing masing punya pendapat, so terpulang la kan" itu sangat laa tak boleh pakai.

maksudnya, tak semua situasi la sesuai gunakan pendekatan "masing masing punya pendapat, so terpulang la kan" tu.

macam tadi aku dengan roommate aku bersembang la pasal amik maid ni kan. pada aku, aku perlu amik seorang maid sebab aku tak rasa aku mampu nak uruskan rumah tangga aku nanti. aku nak bekerja. so masa untuk uruskan rumah tangga tu akan sedikit terbatas la kan. so aku perlu maid untuk settle kan semua CHORES. bukan bagi daily care kat husband or amik tahu hal sekolah and education anak anak aku.

tapi pada dia, dia tak nak amik maid sebab dia takut suami dia curang dengan dia, bawak lari harta benda dia. and dia nak besarkan sendiri anak anak dia n jadi suri rumah sepenuh masa. terpulang la kan. hak dia. and dia cakap kalau boleh memang dia tak nak bekerja. aku pulak nak bekerja. aku nak ada duit aku sendiri yang aku boleh sesuka hati nak buat pape. memang la husband boleh bagi if kita minta, itu pun kalo dia bagi la kan, tapi lagi senang aku rasa if duit tu aku yang punya. if jadi pape yang tak diingini, at least aku tau cari duit sendiri and reti hidup berdikari.

itu la pesan my mom pun..even kita ni pompuan, kerja and ada duit sendiri. jangan duk mintak dengan suami. time mood ok kot la dia bagi. kot kalo mood dia tak ok?haah.dia bagi.bagi kau pelempang dua tiga das. na'uzubillah.mintak jauh.

so berbalik pada kisah tadi. pendapat kami berbeza tapi pada aku its ok to have different views sebab benda tu memang tak salah. kau nak amik maid if kau mampu, tak salah. kau tak nak amik maid sebab kau nak uruskan sendiri rumah tangga kau, pun tak salah.

semua benda ada pro and con memasing.
tapi kalau dah nyata pendapat tu salah, tetap la jugak salah.
tapi sometimes ada jugak yang dah tau pendapat tu salah but still keep on clinging to that pendapat.
contohnya, aku. aku kan keras kepala.
tak payah la nak mention apa benda pendapat aku tu kan.

cuma kadang kala macam aneh.
ye aku tau pendapat aku tu salah tapi orang yang duk sibuk berkias kias pasal pendapat aku ni salah pun buat salah jugak. lebih kurang je macam yang aku buat. cuma yang aku buat tu takde la obvious sangat unless aku cerita kat dia. ni dia tak. dah jelas nyata berlaku depan aku, lagi nak menegur or berkias macam aku buat salah sensekor.

we are both having defects.
so camtu la alkisahnya.
aku pun tak tau pekebenda aku merepek ni.

duk online cari bahan nak masuk dalam literature review, mood macam hilang pulak.
so i is want to sleep la.
makan ubat tu memang mengantuk oo.tapi tadi petang aku berjaya melawan nafsu tersebut.
perghh. cayalah.
aku mampu bertahan dari tak tido?

itu antara pencapaian hebat aku. *betulkan spekmate itam jalan melenggang ikat tali kat pinggang*
ariaaappppppaaaa

kenapa lelaki tersebut kadangkala sangat aneh?

lelaki tersebut ok. bukannya SEMUA lelaki. aku kan baru balik seminar. semalam sampai Araustralia balik. (puiihh). alkisahnya time seminat tu, time tu jugak aku sakit mata. 

aku rasa penyebabnya nasi goreng yang aku makan that jumaat la. lepas je aku makan, mata aku terus pedih, merah n takleh bukak. kiri kanan takleh bukak. maybe ada sos tiram or sos yang aku takleh makan kot depa taruk dalam nasi goreng tu.kawan aku (aku tumpang bilik dia tie seminar tu..nak duk hotel?banyaaaaakk duit kau?) cakap yang aku letih agaknya so dia suh aku tido.

taaaaaaapii bangun keesokan harinya lagi mata aku langsung tak leh bukak. camno nak attend seminar. spec aku pulak power lama punya. aku pakai lens je so terpaksa la pakai jugak even mata sakit sekalipun. time seminar tu semua pandang aku macamkan aku menangis. malam tu memang tak tahan menangis nangis aku call kawan aku suh bawak p klinik. tangan aku dah berbintat gila besar punya kaler merah. anggota badan len toksah cakap la kan..

so disebabkan aku ni manusia yang mengada, aku text la teddy, gtau aku sakit itu ini. tau la kitorang jarang contact or kau selalu busy tapi at least selepas 2 3 hari dah pun, takleh ke kau tanyakan khabar aku? mata dah ok ke? apa ke. ini tak. kekdahnya asik la aku yang tersua dengan kau. seronok agaknya buat aku rasa camtu? sesungguhnya kadang kala terlintas untuk aku pulak ignore dia. kang aku buat, ada yang reply sms aku "x", "ntah", "xde"..dah kau tau tak suka orang buat kau camtu, janganlah buat kek orang camtu kekdahnya.

ini tak. kawan aku tu la yang duk mengangkut aku dari shah alam p cari klinik kat kl. bawak aku makan. pujuk aku makan. belikan aku karipap buat alas perut, hantar aku balik shah alam, tanyakan khabar aku dah makan ke belum. mata dah ok ke x. kang kalau aku cerita kebaikan dia kat kau, cakap aku ni berskandal pulak. kang tetiba "fine. pergilah kat dia. nak sangat kan?"

deyyyyyy. kau sendiri layan aku nak dengan tak nak je, and bila ada orang layan aku lagi baik, pesal kau nak marah? ada aku cakap sebab dia baik maka aku fall dengan dia?

aku tau la aku sayang kat hang tapi toksah la duk permain aku ghupe aku ni duk tergila kat hang. 
time hang rasa nak, hang cari.
time taknak, xcari.
sms aku bukannya tiap hari.
kot ye tiap hari pun, itu jarang berlaku.
call?toksah mimpi la.
sedangkan kau tau bila kau takde, aku selalu demam.
seronok ye?
bila aku nak buat kau macam tu, reti bahasa pulak "ehhh..janganlaa"
puih

kau kalau tengah busy toksah la hendaknya nak muncul hilang muncul hilang macam chipsmore.
kau sms sekeping n bila aku reply, kau diaaammmm.

bila sms kau tu aku reply sepatah sepatah, mula la xnak reply sms aku. reply pn nak tak nak aje.
reti pulak kau ye?
time aku sms kau, sepatah sepatah kau jawab, takde kau nak persoalkan ye?
siap aku pulak terhegeh hegeh sms kau berpuluh kali even kau tak reply.

mentang mentang aku sayang kat hang, jangan duk amik kesempatan sangat.
hang lupa, yang seribu kali sayang sekalipun kalau dah takleh sabar sangat, hilang jugak sabarnya.
jangan sampai aku mention yang aku menyesal sayang kat hang.

aku kali ni betul dah sakit hati gila gila dah.

Wednesday, January 9, 2013

ENTRY NSF YANG TENGAH MAKAN DAN BERMINUM MINUM

SISTEM YANG MELIBATKAN MANUSIA TAK LEMBAP SEBENARNYA. YANG MELEMBAPKAN SISTEM TU ADALAH MANUSIA DI DALAM SISTEM TU SENDIRI.

EFFICIENT SIKIT LAA. KAU PUNYA INEFFICIENCY TU DAH GIVE MUCH TROUBLES TO PEOPLE YANG MEMERLUKAN SYSTEM KAU TU.

INI TAK.
TAIK DAH HUJUNG KAT BONTOT BARU MENGGELABAH NAK CARI JAMBAN.NAK ANGKAT KAIN. NAK ANGKUT AIR. BARU NAK PERGI BELI SABUN. BARU NAK REPAIR JAMBAN. ALAMATNYA TERCIRIT LA KAU N THE GENG KAT SITU.

YANG SUSAHNYA, SIAPA?
ORANG YANG NAK KENA TENGOK AND BAU TAIK KAU TU. SAH SAH ORANG LAEN YANG KENA CUCIKAN TAIK KAU TU. TAKDE LA HENDAKNYA KAU YANG TENGAH BERGELUMANG DENGAN TAIK TU NAK BERJALAN MERATA NAK MENCUCI NAJIS KAU TU.

SEE THE POINT TAK?
NAMPAK X MACAM MANA KE-BER-TANGGUHAN KAU TU MENYUSAHKAN ORANG?
DAN JUGAK MENYUSAHKAN SISTEM BADAN KAU JE
TERTAHAN TAHAN NAK KELUARKAN

PTUIHHHH
NAMA JE LEBIH

Tuesday, January 8, 2013

couple bagi aku yang kolot

WARNING: entry ini bakal menyaksikan kemuntah-belahakan beramai ramai sekiranya dibaca. tidak sesuai untuk golongan mengandung dan mengalami morning sickness. tuii

ohoiiii..bila dengar orang bertukar tukar kekasih dalam jangka masa sekejap, berkali kali, sometimes aku wonder, kenapa senang sangat ye nak bukak hati kat orang yang baru?aku bukan nak pertikaikan. no. absolutely not. cuma aku curious. aku wonder. how is that possible ye?

aku sendiri kan, jujur aku cakap, selain monyet punya version yang beberapa hari (tu tak diconsider love..time tu menatang apa love pun aku tak reti), aku cuma ada seorang buah hati. umur aku dah 24 tapi itu la hakikatnya. aku start ada hubungan istimewa pun time aku umur dah 22. sadis. adakah kerana aku sangat hodoh kategori hitam hinggakan tak siapa berani merapati? atau aku terlampau gojes vogue de vasss kah?*pang sampai pengsan*.ngahahaha

aku bukan nak menunjuk yang aku ni setia la apa la.bukan ye kanak kanak sekalian.
ahkak cuma wonder why certain people boleh move on and bagi peluang pada orang yang baru?i mean in just quite a short time.

i've read before somewhere yang kita kena teruskan hidup dan cuba bagi peluang kat orang yang baru.
that is an undeniable fact la kan. tapi aku tak rasa aku mampu. aku salute sangat orang yang selalu berpandangan positif and keep moving on. well, i can keep moving on but i'll bring along my memories from my past life. cenggitu la lebih kurang. sampai bila, itu aku tak tau

macam aku sekarang kan, ada few friends aku yang suggestkan aku berkenalan dengan lelaki lain. bagi peluang kat lelaki lain. aku tau diorang buat sebab takut aku sangat kecewa nanti. alangkan teddy outstation or busy 4 5 hari tu pun aku dah demam, inikan bila clash.huhu.

kitorang memang long distance relationship but alhamdulillah dah bertahan dekat 2 tahun dah. gaduh biasa tu adat la kan. aku still lagi berkawan dengan lelaki. strictly berkawan. dia tahu bukan hak dia nak larang. cuma bila nak kenal lebih tu, aku tak rasa aku mampu.

kalau aku clash pun nanti, aku tak rasa aku boleh jatuh hati lagi sekali. mesti semua benda aku bandingkan dengan teddy nanti.
teddy baik.
teddy sabar.
teddy layan karenah aku.
padahal aku tak kenal pun lagi orang baru tu macam mana. 
aku sendiri yang tak nak bagi peluang.
peluang untuk berkawan, yes. sentiasa terbuka.
tapi bila bab cintan cintun ni, hati aku laaagi more to teddy. 
layan biasa biasa ada, but not to the extent of love la. like teddy always said, "awak bebas berkawan dengan sesiapa je.bebas nak bermesej dengan sesiapa je. as long as awak tau mana HAD dan BATAS awak"

aku pun tak tau la eh nak cakap camne.
yela. soal masa depan, kita tak tau kan. kalau panjang jodoh, alhamdulillah.
kalau tak, nak buat camne.
tapi setakat hari ni aku still rasa tak mampu kot nak bukak hati n jatuh hati kat orang lain dalam masa sekejap. maybe takes time. how long the time is, itu laaaagi la tak tau kan. lagipun at this age aku tak rasa it is suitable lagi untuk involve in a relationship with no commitment.nehiiii la kan.

ye. benda tu normal. normal untuk amik masa nak let go yang sebelumnya.
itu pasal aku wonder, kuat dan cekalnya hati orang yang move on dengan cepat ni.
atau diorang sebenarnya nampak je happening n look as if they are moving on but deep inside they cried to sleep every night? we'll never know la kan?

tapi itu lah. macam aku cakap tadi. itu soal masa depan.
and apa yang aku rasa hari ni, is just for saat ni.
mana la tau kot kot besok bangun pepagi kang tetibe aku dah terbukak hati nak bagi peluang kat orang baru pulak kan. tapi saat ni, my answer is still a 'NO'.




menekan punat kamera bersama kanak kanak ribena

petang semalam around 6 camtu pegi survey tempat nak mendaki. konon la nak tingkatkan stamina. daki anak tangga je tapi kawan aku cakap tinggi jugak la. lupa apa nama tempat tu. Taman Rindu Alam eh. ke Taman Alam Rindu camtu. tapi tak exercise lagi. exercise dengan camera ada la..

aku is very pantang dengan camera. pantang jumpa. pantang nampak. ngeee. ehh tetibe kanak kanak ribena itu juga sama addict to camera as i am pulok.

mereka ini tidaklah kategori kanak kanak but since most of them are younger than me and called me ahkak *uhuk uhuk*, it makes them kanak kanak la. aku jadi kategori mak mak. apa tah aku merepek.

dah. nak siap siap. janganla hendaknya perkara lawak seperti semalam berlaku lagi. nescaya tidak akan lawak lagi untuk kali kedua.





















Monday, January 7, 2013

dari diri sendiri kepada diri sendiri

aku kan tak tau la kenapa. suka sangat buat lawak tak berapa cerdik dan menyakitkan hati kat diri aku sendiri. nak kata lawak pun, aku tak rasa nak ketawa. lagi aku rasa nak balun kepala aku ada.

hari ni aku buat lagi lawak jenaka tersebut kat diri sendiri.
aku nak pergi matikan setem hasil kat LHDN. kemain la aku yakin melangkah.
macam mana la punya tak cerdik aku boleh bagi agreement kosong.
kenapa laaa hai aku tak terpikir untuk menge-fill dulu form tersebut

kanda LHDN tu suh aku balik fill dulu.
aku tak boleh la nak fill and submit terus since aku perlukan witness untuk cop n sign.
aku dah tercengang cengang depan tu.

maka balik lah aku dengan penuh rasa bangga setelah berpusing pusing cari entrance ke LHDN.
LHDN Kangar ni tepi jalan aje. senang nampak.
tapi nak pusing ke sebelah sana jalan tu dah satu hal. pusing kangar dulu.
aku memang insyaAllah akan sesat kalau aku pakai route yang aku tak biasa pakai.

so terpaksa la pusing dulu.
aku failed sesangat bab direction.
alangkan dalam satu bangunan pun aku boleh sesat.

aku tak tau la nak cakap apa kat diri sendiri.
patutkah aku mengucapkan tahniah? 
tak pepasal esok kena mengulangi lagi hal yang sama.

tensi punya pasal, boleh pulak aku tersalah masuk lorong lain time yang otw nak balik rumah dari LHDN
thank Lord rumah ni pusing tempat sama.

aku kekadang kalau otak tengah khayal or stress or sibuk pikir pape, ada la benda tak cerdik aku buat.
that day, aku showerkan badan aku dengan shampoo.
dah tengah duk sabun sabun tu baru terpikir apsal takde buih. sekali cium bau, bau shampoo aku.
aku nak amik nasi kang tetibe aku amik cawan p tadah kat ummi aku suh taruk nasi.
nak buat air kang aku bawak pinggan ke pantry.

stress!!
(sila baca dengan nada sepertimana Kang Gary)

Sunday, January 6, 2013

saya mummy terlampau.

aku rasa kan, bila aku ada anak nanti, aku akan jadi seorang ibu yang teruk.
teruk maksud aku bukannya dari segi perangai..aku kan baik.haktuihhhh.
tapi maksud aku teruk dari segi terlampau spoilkan anak.
sekarang aku faham kenapa cousin aku redha je dengan perangai anak dia.

kenapa aku rasa aku akan spoilkan anak anak aku?
lagikan 'anak anak' aku yang bukan kategori manusia tu pun aku terlampau sayang sangat, apatah lagi la kalau anak anak aku tu manusia yang sebenar benarnya dan nak lagi kalau aku bela dari kecik kan. tak kisah la aku sendiri lahirkan ke tak tapi as long as aku jaga sejak kecik, lagi laa berganda ganda kekdahnya aku rasa aku memanjakan mereka.

'anak anak' aku sekarang are kittens. aku kan banyak spend masa kat rumah lately.
so memang aku jaga betul betul. aku tak letak kat luar sebab taknak nanti dia sejuk.
aku hiaskan 'rumah' diorang kat tepi rumah aku.
aku cover tak nak bagi kena angin.
aku suapkan makanan dari kecik sampai la sekarang ni diorang (Nan n Capang) berdua tu kadang kadang tak reti makan benda yang jatuh kat lantai. it has to be either me feeding them or  letak dalam pinggan makan dia. otherwise diorang tak reti makan.
diorang ni akan duk dalam rumah dari pagi sampai maghrib and most of the time, diorang poop n pee dalam rumah. tapi xmerata. ada 2 spot yang selalu diorang melepas. aku tak marah. instead aku cucikan aje be it 2 3 times a day.
if aku marah sekalipun, tak kan lama.aku sedih.
aku denda letak kat depan sliding door kejap je dah mengiau nak masuk dalam rumah.
dah lah hujan time tu.
sedih aku..:(

i would rather cuci semua 'buangan' diorang daripada biarkan diorang sejuk kat luar.
aku takleh sangat sangat dengar diorang mengiau. aku sedih.
kang elok je dua beradik tu mengiau takde apa, aku yang berair mata. emo lebih.
tapi sekarang dah tak buang air dalam rumah dah.dah pandai buang kat tempat sepatutnya.
pandai anak mummy kan?
:P

abang and kakak si Nan n Capang sebelum ni tak berak dalam rumah sejak kecik.
tapi yang ni tak tau kenapa.
susah nak didik.
aku jentik jentik sket or piat dengan lidi kang dia jadikan lidi tu mainan dia. langsung tak takut.
kalo yang abang2 n kakak2 diorang ni dulu, dengar je suara abah aku or abah aku bersin or batuk, berterabur lari semua. apatah lagi kalau abah aku marah diorang.
tapi bebudak berdua ni haisyy takde de nak berganjak. lagi dia betulkan duduk and pandang abah aku dengan muka mintak nak kena lempang ada.

budak berdua ni kan, lesen besar betul. tengah elok aku selimutkan n tido kat sofa n tengah syok duk lena tido, dia dengar je aku makan keropok, berlari la jawabnya.
kau cakap la apa pun, dia xdengar dah.
larang ke. marah ke.
dia akan panjat riba kau, n if dia tak dapat lagi kang dia sua suakan muka dia kat muka kau
saje tau nak bagi mummy kesian.

dia dah kenyang sekalipun, asal je nampak aku makan, dia akan menyibuk jugak. kekadang dapat 2 3 suap pun jadik laa. then p sambung tido.
tangan aku dah calar balar kena cakar n gigit.
tapi aku tak boleh marah.
marah kejap je.seminit dua.
then aku yang sedih n pegi pujuk balik.

dah la haritu pernah hilang dah si Nan ni..aku punya la sedih.
bukak je sliding door tu.
aku tunggu Nan balik.
kejap kejap kang aku intai pintu. kot dia balik. dah la hujan time tu.
Capang dah nak demam dah si Nan takde. melepek je tido. rindu agaknya.

malam baru laa balik. kesian anak aku.
hujan.balik pun tak ceria. macam penat sangat.
tak berlari pergi dapur pun.
kebulur sangat agaknya. makan pn kena pujuk.
dia tido sensorang kat sofa.
macam trauma.
sedih aku. takleh nak ingat la. berair dah ni mata..:(

aku jaga diorang dari kecik.
aku cucikan kencing berak diorang.
aku pujuk n mandikan diorang.
aku pujuk bila diorang merajuk.
aku susah hati bila diorang sakit.
aku yang blend makanan dia, nak pelbagaikan meal dia tiap hari.
aku yang tidokan dia.
aku tido sekali dengan diorang.

aku tadah tangan aku bila diorang nak muntah.
aku korek makanan dalam mulut diorang bila diorang termuntah.
aku bangun pagi pagi terus cari and keluarkan diorang dari cage n bawak masuk dalam rumah.
aku sediakan makan minum diorang.
aku pujuk bila diorang merajuk.
aku tadah muka and tangan aku untuk diorang cakar.


aku tak suka ada tangan lain pegang diorang. parents n adik2 aku xpe.diorang pun tolong tengokkan sama.
aku tak suka tangan orang luar sentuh diorang.
aku tak ajar diorang rapat and jadi mesra dengan strangers. nanti dia tak sayang aku lagi dah.
aku tak bagi orang marahkan diorang.
aku amik diorang bawak masuk bilik bila abah aku nak marah diorang.
aku protect in every way i can.
aku tak suka diorang main kat luar, nanti kotor.
aku tak suka diorang makan makanan yang aku baling ke luar.
aku tak nak diorang end up eating macam kucing jalanan. no!
aku tak suka orang usik anak anak aku.
aku jerkah cousin aku yang usik anak anak aku tido.
aku marah cousin aku bila dia gurau melebih dengan diorang.

they have to grow up in the best way i could ever provide them.

itu cara cara anak yang bukan manusia.
if anak yang manusia nanti?
anak aku sendiri nanti?
anak yang aku jaga sejak kecik nanti?

alangkan anak orang yang aku dukung kejap n bila budak tu tertido kat riba aku pun aku tak bagi kaki terjuntai kena pasir kat pantai, apatah lagi anak aku sendiri.
aku tak boleh tengok budak budak menangis. nanti aku nangis sama.
teddy cakap aku cengeng sebab nanges.
ish, kesian tau dak tengok budak budak menangis. diorang bukan tau apa pun.
tambah lagi kalo yang menangis tapi tak keluar suara, air mata je yang keluar.
kejap kang aku yang teresak sama.

am i gonna turn out to be such an over protective mum?
am i gonna turn out to be a mum yang akan spoil anak2 dengan being too protective?
am i gonna turn out to be a mum yang anaknya besar kepala sebab mak terlampau sayang?

kekadang takut jugak pikir.
jangan la nanti aku ada anak, aku scold anak aku tapi sudahnya aku yang sedih.
elok je tengah sedih kang terus melalak sebab kena lempang berdas-das-dengan-penuh-kesakit-hati-an oleh husband aku..

ye.
aku tau aku melampau lampau.
its just me.
me yang selalu gojes gitu.