aku rasa kan, ada bagusnya jugak living apart from ummi ni.. bagus dari segi berdikari la.. cuba kalo duk dengan ummi, huh. makin bebas la membesar dengan jayanya ketulan ketulan lemak kat badan. mana tak, celik mata aje, makan. tengok tv, nap, makan..itu aje kerja nya
aku kalo kat rumah and ummi tengah masak memang jarang aku masak sekali/tolong yang melibatkan memasak. aku basuh sinki pinggan mangkuk kuali sudip semua ada la tapi bab memasak aku tak involve sangat. aku jengah kejap kejap aje and kacau kejap kejap aje. unless she asked me to help. kalau tak, aku memang rasa kekok je duk kat dapur. sudahnya aku banyak duk bersembang. mana la tak marah ummi aku. pernah aku mintak ummi aku ajarkan aku siangkan ikan pari, boleh pulak ummi cakap "ah tak payah. melambatkan kerja ummi aje. nanti kang kejap kejap kau tanya itu ini." hahah.maka sebab itu lah ye. bukan sebab malas (laaaaa sangat)..wakaka
tapi bila sekarang tercampak jauh kat utara ni, plus sekarang kat rumah sewa ni tinggal aku je sorang since budak degree semua dah cuti kan..housemate aku semua budak degree. maka terkebil kebil la aku sensorang. akan tetapi sesungguhnya aku telah memulakan karier sebagai housewife ni.hahah.tang masak aje lah. nak jimat punya pasal kan. so masak la.
kan aku ni bangsa yang tak berapa mahir bab memasak and if aku masak pun, aku akan makan laaaaamaa lepas tu. contohnya aku masak pagi, tengahari or petang baru aku akan makan. especially lauk yang bahannya adalah ayam/daging. sebab aku terbayang bayang rupa mereka sebelum mereka aku masak. and aku rasa tangan aku still berbau. tapi sekarang bantai aje lah. lapar weh. tak kuasa aku nak nunggu sampai petang. bangun pagi pun dah pukul 9 lebih. opkos dah lapar.aku sejak dua menjak ni asal bangun tido je perut lapar macam tak makan 2 3 hari.ntah hape hape
ok so percubaan aku minggu ni is:-
1. udang masak tomato
2. ikan and udang masak lemak cili api
3. ayam masak merah versi aku
4. nasi goreng ikan bilis
itu je la pun. tapi haruslah rasa gumbira sebab ni pencapaian baru untuk aku yang tak berapa reti memasak ni..tak payah la compared dengan yang dah penuh ilmu persilatannya di dapur tu. aku nak masak tu pun kang kejap kejap aku call ummi, tanya nak taruk apa, halia nak taruk tak.bawang apa nak guna.xde serai boleh tak.bla bla bla. tapi so far ok la kut. perfectly seasoned gitu. hahaha. mungkin bila usia dah bertambah maka tahap kebijaksanaan bab seasoning pun meningkat kah? sebab biasanya kalau aku masak mesti rasa ke lauttt aje. terlebih gula. terkurang garam la. tapi yang ni aku campak campak aje. alter sana sini, rasa, done!boleh la nak sumbat dalam tekak kebulur aku ni
kenapa hanya 3 dishes aje?
ohh yeah. kerana saya memasak satu lauk untuk 2 hari sekaligus. esok tinggal nak panaskan aje. hahaha.gila pemalas kan. ala aku je pun nak makan. bukan nak bagi orang makan. masuk perut sendiri. so apa kisah?
sekarang ni kan, proposal dah hantar. tunggu nak defence je lagi bulan depan. so rasa macam boring gila. rasa macam takde kerja. walau hakikat sesungguhnya banyak lagi boleh buat. baca journal, siapkan slide presentation, melepak dekat lab, menyibuk research orang lain, prepare untuk sampling aku bulan 3 ni. tapi ntah kenapa macam sangat la malas. cuma rasa nak buat slide aje. prepare tu nanti lepas raya cina la. sebab itu memerlukan ratusan ringgit untuk set up alat alat. nak lepak kat lab pun malas. aku tengah mood sensitif sekarang and lab assistants semua jenis yang gurau kasar aje. sentap aku kang. banyak alasan aku kan?
esok la kot kalau rajin nak prepare slides.
dah few days ni keje aku bangun pagi, tengok tv3, cerita yang ntah hape hape. masak. makan. melepak kat sofa. malam, tdo. and esok nya macam tu la lagi. tak productive langsung
weekend ni ada seminar lagi kat shah alam. duit lagi. raya cina ni kena balik kampung gamaknya.
dari shah alam balik arau dulu lah. nanti kat sana kang terkapai kapai aku nak ke station bas nanti. then dari sini gerak ke terengganu. ummi minta balik time tu. semua adik adik aku pun balik time tu. so leh la gather gather and gaduh gaduh lagi. then balik arau dah nak kena menjadi perempuan yang tough gitu. and duit lagi. nak set up equipments and nak bayar boat pergi balik dari pulau dah satu hal. SV aku cakap, prepare la dulu duit. dalam 10k. huihh. senang aje bunyik kan? aigoo. aku tau dia pun rasa bersalah sebab still tak dapat grant lagi tapi bukan salah dia pun
tiba tiba rasa tak sedap hati aje.
huhuhu. aku rasa kan, dah berapa lama dah aku makan ubat so aku boleh tido dengan aman. kekadang mata susah nak lelap or terjaga tengah malam or mimpi bukan bukan, so aku memang ada spare ubat untuk buat aku sleepy. makan 2 3 biji, terus padam. bangun bangun dah pagi. sekurang kurangnya tak la rasa takut sangat. kenapa aku rasa takut itu tak boleh diceritakan malam malam la. tak besh.
owh haa, aku rasa kan aku punya allergic ni makin menjadi jadi la. that day ada BBQ staf lab buat. diorang grilled seafood. aku time tu rasa tak yakin so aku tak makan. diorang duk paksa aku makan. tak nampak dah aku duk terkeruk keruk gatal. baru cium bau okehh. balik rumah aku tengok tangan aku dah merah merah berbintat. and few days later dia jadi macam kembung and berair. gatallll gila okeh. kat bahu and anggota badan len toksah cakap la. kalo lalukan tangan, dah macam kertas pasir rupenya. muka pun dah keluar balik jerawat2 halus. benci betul. dah berapa hari dah. biji biji tu macam tak mengecil. makin besar ada la. kat leher la. lengan la. plus lagi aku masak n makan udang. lagi la susah nak baik
ke sebab tak fresh kut?sebelum ni if ummi aku masak kat umah, okay je aku makan. kecuali satu aje yang menyakitkan bila aku makan. KETAM. feveret aku tuh. tapi everytime lepas makan, my back and my pinggang akan sakit. rasa macam urat membengkak.
panjang pulak membebel. tadi nak cerita pasal kejayaan memasak aje.
biasalah.
pompuan.
tak terbabas bab bercakap, tak sah.
ah fedulik ape.sukati ai ler. *flip shawl*
Till Then,
Mommy
No comments:
Post a Comment