manusia kan ada banyak ragam. setiap orang lain ragamnya. so if kita ni dikelilingi beratus ratus orang, maka beratus ratus lah ragam dan jenis manusia yang akan kita jumpa. iya dak?
sepanjang aku hidup ni kan, banyak ragam dan perangai manusia yang dah aku jumpa, and ada la few yang caught my attention. of course la sebab golongan ni annoyed me and make feel way too sick to be around them. banyak lagi perangai manusia yang penuh variasi dan kepelbagaian tu tapi ni aku punya personal view je la kan.
Jenis jenis golongan dan tabiat manusia:
1. Suka meletakkan kesalahan pada bahu orang lain
golongan ni bukanlah golongan yang mengangkat sekilo kesalahan lalu menghempap ke atas bahu individu yang lain. itu perumpamaan sahaja ya adik adik. ada certain orang ni kan aku notice, bila dia buat salah or tahu yang dia akan face consequences of his/her wrong doings, dia akan immediately cari seseorang untuk dijadikan 'korban'.
contohnya, of course la aku.
aku pernah 'teenage'sit (xboleh cakap babysit sebab mereka sudah remaja) my 2 cousins ni. parents diorang and parents aku keluar sebab ada hal and aku pulak terkial kial sensorang kat rumah, so my uncle ni hantar anak anak diorang kat rumah aku. takkan nak tinggal anak anak dia kat rumah memalam pulak kan.
diorang hantar anak around 8.30pm macamtu. dah aku tengok diorang santai je, aku pun buat la kerja aku. panaskan lauk. cuci pinggan mangkuk. cuci periuk. kemas dapur. kemas rumah. cuci kencing berak anak anak kucing aku kat sinki ruang tamu. online. makan nasi. diorang pun tengah duk melayan Vokal final malam tu.
sekali dah pukul 11 lebih baru bagitau aku yang pakcik aku suruh anak dia minta aku ajarkan add math. bila aku tanya apsal tak cakap awal awal, boleh dia cakap "tadi tengok kak long macam banyak kerja je nak buat"..huh.akai ada pakai la dik. dah ko tak cakap dari awal, haruslah aku cari kerja untuk aku buat. lagipun macamkan sambil buat kerja lain tu aku tak boleh ajar kau ye?
bila aku cakap nanti kompem abah dia marah, dia dengan bahagianya cakap
"ala. nanti orang cakap la kak long banyak kerja"
tuihh.
then bapak ko ingat aku sengaja taknak ajar kau.
salah kau sebab tak bagitau awal awal. bukan salah aku pergi sibukkan diri sebab tv korang dah conquer.
come on la.common sense je pun ni.
jangan lah salahkan orang lain.
i is no like like tau
2. Nampak salah orang lain, salah sendiri uiii buta nak melihat
golongan ni..ish.nak cakap pun tak sampai hati.
contoh general la aku bagi ye. Cik A dan Cik B ni masing masing ada couple. alkisahnya suatu hari tu berlaku la perbualan seperti tertera di bawah ini (sambungan dari bicara tokoh oleh mereka berdua awal awal sebelum kejadian di bawah ini.aku malas nak taip dari awal)
bla..bla..bla..sambungan di bawah
Cik A: ohh ye ke Cik B?xtau la. kalau akak, dia jenis yang tak boleh sebut nama lelaki lain. nanti dia merajuk. manja kekadang camtu la jadinya
Cik B: eh. dia takde hak ok nak marah or merajuk.
Cik A: (dah sentap). dia bukan marah lama pun. 2 3 minit je. sebab dia tahu yang dia tak berhak nak larang malah dia bagi kebebasan untuk berkawan dengan sesiapa je as long as ada batas yang akak jaga.
dan dibeberapa waktu tak lama selepas insiden di atas,
Cik B: ehh mana ni tak reply lagi sms ni..
Cik A: ala bagi la dia masa. takkan sepanjang masa nak sms?
Cik B: time dia cakap dengan cik B haritu kan, dia bagi alasan engaged sebab dia sembang dengan kawan lelaki. logik ke?ntah ntah kawan pompuan. mana ada kawan lelaki sembang lama lama?
dan diwaktu lain...
Cik B: nak keluar ni..dengan bla bla bla..tadi kan dah bla bla bla..dah dalam kete dah bla bla bla.. (cakap phone dgn bf dia)
so soalan aku sekarang adalah,
bf aku yang merajuk manja 2 3 minit itu dikategorikan sebagai tak berhak, maka adakah situasi dia adalah berhak untuk tahu setiap masa apa yang bf dia buat, bf dia kena tahu apa yang dia buat (since kami dua dua long distance relationship), kena jawab phone or sms, kalau tak jawab sms or lewat sket jawab dah dikira curang?adakah itu yang Cik B definisikan sebagai berhak?
aku merajuk dengan bf aku 2 3 minit, adakah itu kategori tak berhak if compare dengan kau?
bf aku merajuk seminit dua, adakah itu jugak tak berhak compare dengan kau?
aku sms dengan dia jarang jarang, adakah itu lebih tak berhak berbanding kau?
atau sebab status bf kita tak sama?
tu pasal aku malas nak cakap soal pakwe pakwe ni.
aku lagi tak suka orang tanya if aku dah ada bf ke x.
itu hak peribadi aku.
kalau ada, kenapa?nak tengok siapa lagi hensem?
kalau takde, kenapa?nak offer pakwe kau kat aku?
tuiii.
tolong someone bagi aku definisi BERHAK sedikit or langsung TAK BERHAK ni macam mana?
sebab aku rasa condition aku dengan Cik B adalah sama sama tak berhak. bukan suami pun.
cuma intensity of aku punya tak berhak tu tak wajar dia pertikaikan sebab dia buat perkara yang laaaagi tak berhak. come on la. tak payah sound aku depan depan kalau kau selalu buat benda tu.
unless kau pernah buat tapi dah tak buat dah sekarang.
or tak pernah buat langsung.
acceptable la tu.
kalau kau pakai baju ketat, tak payah nak sound golongan yg seangkatan dengan kau unless it was ur past.
kalau kau makan sambil berlari, tak payah sound orang yang makan sambil berdiri.
kalau kau bawak kereta macam pelesit, xpayah sound orang yang bawak macam hantu.
see the point tak?
3. Aku punya level lagi tinggi, maka haruslah aku berlagak
golongan ni baru je aku temui.
to be exact, sorang.
budak tu buat Master jugak. tapi dia punya berlagak tu humangaaiii macam dia sorang je buat Master.
please la ok.
melambak lagi orang ada PhD..siap JUSA dah.takde nak berlagak macam kau.
takde nak jalan hentak hentak sebab kena alih kereta sebab kereta depan tak boleh nak ke kelas sebab kete kena block macam kau. takde nak bawak kete laju laju, masuk parking dengan pantas yang mana kelajuan kau tu boleh mencalarkan kereta aku. elok je aku reverse and stop kejap, kau dari mana datangnya terus zassss dengan lajunya mencelah antara kereta aku dengan kereta depan. tak sabar sangat ke?nasib aku tak masuk gear lagi.tolong la sopan sikit. kau dari jauh dah nampak aku tengah okekoke nak keluar, lagi kau nak mencelah celah. aku caras celah kangkang kau kang.
calar kereta aku, siapa nak bayar?
kau?memang tak la.
kau pakai kereta. aku pun.
kita sama sama pakai viva.
sama sama orang terengganu.
sama sama buat Master.
tapi kenapa kau perlu begitu sadis?
roommate aku cakap, "dia memang macamtu pun kak.."
aku tak tau kau ni berlagak pasaipa.
pasai kau buat master?
atau pasai pakwe kau hensem?
kau bukan satu satunya manusia yang buat master.
bukan satu satunya yang ada pakwe handsome.
dan kau jugak bukan satu satunya dalam semua hal.
ada orang lain yang selalu mengatasi kita.
4. Golongan yang tak puas hati tengok orang lain gembira
yang ni memang serius aku tak faham.
dulu aku curios kenapa ada orang macam ni.
then aku trjumpa satu quote ni..
maksud dia camni lebih kurang. orang yang selalu tak puas hati or sakit hati or cemburu dengan kita ni sebenarnya dia sakit hati, tak puas hati pada diri dia sendiri.
dia nampak diri kita ni sebagai reflection of herself/himself which they cannot be. paham?
dia nak jadi macam kita tapi tak berjaya. sebab tu dia sakit hati.
dia nak hidup gembira macam kita tapi asik la hidupnya dirundung musibah, sebab tu dia sakit hati.
dia nak hidup yang ada duit tapi dia tak mampu, tu pasal dia cemburu.
dia nak business dia mantap tapi xnak usaha or malas, itu dia tak puas hati.
tak perlu ok perasaan yang merosakkan macam ni.
semua orang ada bahagian masing masing.
usaha la.insyaAllah ada. Tuhan tak cipta hamba Dia supaya hidup kelaparan, sebab tu setiap orang ada rezeki masing masing. we just need to work hard n put some effort kalau nak lebih baik.
perasaan dengki ni kadang kadang ada baiknya.
contohnya dengki tengok orang hidup senang. so dari perasaan tu kau develop satu plan or effort apa yang kau nak buat supaya hidup kau pun jadi lebih baik. bukan sebab nak bersaing dengan orang yang lebih kaya tadi, tapi sebab kau nak hidup kau turns out better. nak bersaing tu boleh tapi bukan dengan cara yang salah.
contohnya (lagii contoh), kau tengok dia kaya, kau tak puas hati so kau jumpa bomoh untuk buat dia bankrupt. tapi at the end, kau tetap macam tu, tak de la harta dia tu terbang kat kau. takde kau menjadi kaya dengan kebankrupsian mangsa dengki kau tadi tu. duit kau habis lagi ada. kau ingat bomoh ni terima ke singgit dua nak khianat orang?mesti diorang punya upah pn mahal. nak berurut dengan makcik bidan yang takberapa bidan pun dah 50hinggit. inikan nak hire bomoh camtu
kalau dah bukan rezeki kau, orang tu bankrupt sekalipun, kau tetap takkan dapat bisnes dia.
itu yang kita namakan REZEKI.
kalau bukan bahagian kau, tetap takkan jadi milik kau.
nak lagi kalau cara tu awal awal lagi dah salah.
macam mana aku tahu semua ni?
yes.
sebab aku pernah alami semua situasi situasi di atas.
orang lain aku tak tahu.
yang aku tahu, aku.
dah la. golongan lain tu rasanya tak caught my attention as much as these golongan did kot so tak payah la membebel. dah malam. nak tido. report tak siap lagi.
esok la.
ye.
saya pencuri masa.
kenapa?
PROCRASTINATION IS A THIEF OF TIME.
huahuahua.
sekian dari saya yang cantik lagi jelita.
haha....nice.....setuju sangat......
ReplyDelete-aku yg hensem dan kacak-
haha..ahmad, setuju yg aku ni cantik?hahahahahaaaakkkktuihhh
ReplyDeletehaha