gucciglasogon.se

Sunday, January 27, 2013

saje nak merepek

few days lepas dapat email dari uitm..bagitau pasal lecture dari Prof dari Oxford University..pasal research..lecture tu 29 hb ni..which is lusa..and diwajibkan untuk student course aku and sem 1 and 2.. tapi aku tak pergi..sebab duit takde.aku tak sampai hati nak minta lagi..

baru je minta dengan my parents 2 days lepas..and kalau pergi lecture tu, 29 hb, tiket bas and makan dah 100++. then nak balik arau. nak pergi lagi untuk seminar nanti 2 and 3 Feb..xkan nak stay sana sepanjang gap tu?and if nak stay sana, nak stay mana?kawan yang aku tumpang bilik dia haritu dah balik cuti..so takleh tumpang bilik dia..rumah cousin aku jauh..kat Puchong and Damansara..cab mesti mahal gila..balik dari seminar boleh la nak naik train tapi pagi before seminar tu mesti tak sempat.

then dari shah alam nanti nak balik terengganu lagi..duit lagi..aku balik 3 haribulan..but my mom tanya apasal tak balik time raya cina. aku malas nak travel dari shah alam balik arau, then dari arau balik terengganu. penat okeh naik bas..:(

tapi kena balik jugak time tu..ada hal katanya..masalahnya 9hb aku dah janji nak pergi kenduri kahwin kawan aku kat sungai petani..kenduri sebelah lelaki.dia nikah semalam aku xpergi..dia kat Keratong..aku memang nak balik kampung tapi aku xnak balik lama..sebab nanti nak dapat balik momentum tu payah gila..nak kena prepare barang untuk buat sampling bulan 3 ni..duit lagi..

aku apply loan. tu je satu satunya jalan yang ada. Grant dapat bila pun xtaw lagi. duit sem depan nak pakai dalam 10k..SV aku cakap, readykan la duit. just in case grant xdapat..i just have no idea macam mana nak bagitau my parents..:(

aku pernah tanya, if tak mampu nak support aku, aku postponed aje study tapi diorang marah..sedih..:(
aku siap tahan lapar lagi..semata mata nak jimat.makan sekali sehari aje.and makan lately tak pernah tak habis. setiap butir nasi tu aku kutip..aku tau macam mana teruknya bila takde duit nanti.

gas baru je beli.so aku boleh masak and makan 2 kali sehari.tak perlu jimat sangat lagi.sebab masak sendiri. lauk pun pepandai la jimat. tapi still aku beli jugak makanan untuk aku makan time lapar. sebab aku tau perut aku bila time selalu lapar, memanjang la lapar. beli fries yang 3.50 sekilo aje. sebelum ni beli yang 7 8 ringgit. but now i know how valuable money is. telan la mana yang ada. time duduk dengan mak ayah, semua nak yang sedap aje. sekarang sedap ke x, makan aje la

nak makan kfc yang snack box tu pun aku pikir panjang.tapi time teringin sangat aku beli jugak. contohnya sate. tapi aku akan make sure aku habiskan sebab aku tahu betapa laparnya bila kena tahan lapar.
cuma 1 je yang perlu dijimatkan lagi.kena kurangkan nasi ayam yang selalu aku beli. itu je meal aku even sekali sehari pun.

teringin nak makan jagung kat kuala perlis. tapi kena jimat.
tapi teringin sangat nak makan.
if kat rumah ni, cakap pagi ni kat abah, petang karang dia balik kerja mesti dia belikan.

aku nak reply sms or call pun aku dah berkira.
nak makan pizza, yang paling kecik yang harga 8 ringgit tu pun tak termampu mampu lagi nak gagahkan diri nak keluarkan duit.dah dekat 2 minggu agaknya teringin nak makan tapi sabarrr aje lah.
ada jugak pujuk hati, beli pagi and boleh makan sampai malam. tapiiiii...biar dulu lah

sekarang kat rumah sewa ni tinggal aku je sorang sorang.
weekend tak kemana mana pun.
melepak aje sensorang depan tv yang hidup segan mati tak mau.
hadap kartun tv3 aje.channel lain xok sangat.
nak keluar berjalan, nanti nak kena isi minyak kereta lagi, makan lagi..so bertahan la duk kat rumah sorang sorang.

sekadar nak bercerita. i need 'someone' to talk to be it a blog pun.
xkan nak cerita kat kawan kawan kan?
kat mak ayah, lagilaaa tak.

that day sekali aku down gila. aku sorang sorang time tu.
aku tak call my parents sebab aku tau once aku dengar je suara diorang, memang hujan tak berenti la air mata ni keluar. its tough to live alone rupanya.
tapi kena la belajar. sampai bila nak jadi manja kan?

aku yang tak reti masak ni pun tetibe boleh reti sket sket.
campak campak dalam kuali, telannnn aje la.
ada lagi yang makan 2 hari sekali.
so aku yang makan sekali sehari ni tak sepatutnya merungut la, kan?

feels much better dah.
nak pergi angkat baju kat ampaian.
and masak.
and kalau rajin, nak beli jagung 1.boleh?teringiiiiinn sangat..:(

Till then, 
Mommy

9 comments:

  1. sila jangan mention 'suami'
    saya belum bersuami
    bahkan kekasih aja gak punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh...klau camtu, mention 'laki' je......boleh?

      Delete
    2. hahahah bolehhhh..
      boleh blaaaaahhhhh!
      wakakakaak
      *flip hair*

      Delete