Harini,
Aku masih mencuba.
Cuba mengumpul kekuatan,
Untuk himpunkan semua dalam simpulan,
Untuk aku kirimkan,
Kembali kepada Tuhan.
Sulit, memang sulit,
Hati yang pernah terisi,
Sungguh, amat sulit,
Untuk aku lepaskan pergi.
Saat aku mencari,
Kau pergi,
Saat aku mula berdiri,
Kau kembali,
Tanpa kau ketahui,
Betapa banyak telah aku tangisi.
Entah berapa kali hati terguris,
Guris bukan darimu,
Tapi kerana sendiri yang menangis,
Kerana masih ada rasa untukmu.
Sungguh, aku cuba,
Untuk lepas kau pergi,
Untuk aku lupa segala rasa,
Tapi masih berdegil hati ini.
Duhai hati..
Sampai bila harus begini,
Duhai diri..
Sampai bila harus menanti.
Irma.
04122016
Aku masih mencuba.
Cuba mengumpul kekuatan,
Untuk himpunkan semua dalam simpulan,
Untuk aku kirimkan,
Kembali kepada Tuhan.
Sulit, memang sulit,
Hati yang pernah terisi,
Sungguh, amat sulit,
Untuk aku lepaskan pergi.
Saat aku mencari,
Kau pergi,
Saat aku mula berdiri,
Kau kembali,
Tanpa kau ketahui,
Betapa banyak telah aku tangisi.
Entah berapa kali hati terguris,
Guris bukan darimu,
Tapi kerana sendiri yang menangis,
Kerana masih ada rasa untukmu.
Sungguh, aku cuba,
Untuk lepas kau pergi,
Untuk aku lupa segala rasa,
Tapi masih berdegil hati ini.
Duhai hati..
Sampai bila harus begini,
Duhai diri..
Sampai bila harus menanti.
Irma.
04122016
No comments:
Post a Comment