gucciglasogon.se

Friday, April 20, 2012

Di Bawah Lindungan Kaabah+Rindu Cintaku..:(


siapa pernah tengok cite ni?cite ni skang tgh tayang kat ABO movies..cite ni part hujung2 mmg sedih sgt2..i sendiri ngaku first time tengok, mata berair tp tahan sebab nk kasi nampak macho kan.jadah ape tah pompuan jadi macho..

byk ayat2 dlm cite ni yg bila i dengar/tengok, it gave me such strength..xtaw kenapa..sepanjang tgk pn, doa supaya me n him wont end up like Hamid and Zainab..i miss him..:(

ni antara ayat2 DBLK yg diciplak dari sini

Tentang cinta dan kasih sayang

“Untuk melewati badai, kita harus terus berjalan dan bukan berhenti. Dan untuk terus berjalan hanya ada 2 hal yang harus kita bawa, keyakinan dan cinta.”
<itu yg saya bawa selama ini awak..keyakinan yg awk akan bahagia dan hubungan ni akan direstui Allah dan saya bawa cinta awak bersama saya, walau jauh mana pn kita terpisah..sy rndu awk..>

“Bahawa apa yang saya rasakan untuk Zainab terlalu besar berbanding kesedihan ketika saya difitnah dan diusirkan daripada kampung ini.”
<cinta saya pada awk melebihi segalanya..lebih dari apa yg saya rasakan utk diri sy sendiri..sy sygkan awk ameer..>

“Lelaki yang mencintaiku dan aku cintai.”
<awak lelaki yg sangat saya cintai..lelaki pertama dan saya harapkan awk juga yg terakhir..dan saya tahu, walau sy bukan yg pertama utk awk, cinta awk masih saya rasai..sy kasihkan awk syg..:(  >


Tentang segalanya yang melebihi kehendak diri

“Pendamkan saja rasa yang bersarang. Telan saja pahit yang mengelatkan hatimu.”
<saya cuba lakukan yg terbaik utk awk..walau itu bererti pahit utk saya..bahagia awk adalah bahagia saya..>


Surat daripada Zainab kepada Hamid


"Aku beranikan menulis surat ini dengan keyakinan surat ini akan dibawa ke rumah-Nya, di mana ku tahu di sanalah engkau akan tiba. Setiap pagi aku terbangun dengan air di mata. Bukan kerana aku menderita oleh cinta, bukan juga kerana hidup yang tak berpihak kepada kita, tapi kerana syukur bahawa dia masih memberiku nafas untuk menunggumu. Dan di sinilah aku hamid, menunggumu satu-satunya lelaki yang aku bayangkan akan menjadi imamku kelak. Lelaki yang mencintaiku dan aku cintai. Hamid, jika dunia ini terlalu sempit untuk kita, biarlah Allah membukakan pintu lain untuk kita ke tempat di mana sejenis sesuatu menjadi abadi. Dan semoga ketika dunia tidak merestui cinta kita, kita punya Allah yang akan merestuinya."

<pause jap..sedih..sy xtaw mcm mana nk ckp kat awak..xde satu perkataan pn dpt gmbrkan betapa saya menyayangi awk..:(..Tuhanku..lindungi cintaku..lindungi dirinya..sungguh aku rindu..> 


Surat daripada Hamid kepada Zainab

Zainab, maafkan aku pergi tanpa sempat pamit secara pantas kepadamu. Maafkan aku kerana baru berkirim khabar setelah melalui perjalanan yang panjang. Dan saat ini, akhirnya aku bisa berada di tanah suci Mekah. Selama perjalanan panjang kelmarin Zainab, kau memang tak hadir secara kasar mata di dekatku, tapi aku tak perlu mata untuk merasakan kehadiranmu ke dalam jiwaku. Tuhan memberiku kekuatan luar biasa untuk terus mencintai. Bahkan di saat-saat ku kalah, cinta ku tak dibiarkan lekang dan hilang. Maka di sinilah aku berada Zainab, di negeri di mana impian kita berpusat. Ku bawa jiwamu, cintamu dan cinta-Nya bersama ku. Teruslah memohon Zainab, agar cinta kita menuju jalan terindah milik Allah semata.

<Allahu Rabbi..rindu ni xpernah lekang utk dia..xpernah..saya nk awk taw..sy sgt sygkan awk..kita jauh, selalu gaduh, merajuk, cemburu..tp cinta saya pada awak xpernah pudar..dan insyaAllah xkan pernah..Allahu Rabbi..peliharalah cinta ini..kuatkan hatiku..sy rindu awk sgt2..balik laa awk..sy tggu..>



Allahu Rabbi..aku tahu cinta dan hubungan ini xkan berakhir dengan bahagia buat kami berdua..andai bahagia itu kami pilih, sesungguhnya pilihan itu akan meretakkan kebahagiaan org lain..redha kan hatiku Ya Rabbi..kuatkan hati dan jiwa ini..:(




No comments:

Post a Comment