gucciglasogon.se

Wednesday, September 26, 2012

kenapakah.kenapakah.

aku ada satu habit yang tidaklah aku suka dan sengaja melakukannya tapi selalu sahaja berlaku secara tidak sengaja maka gara gara akan hal yang tersebut, aku kelihatan seperti sengaja memalukan diri sendiri.ada ke yang sengaja memalukan diri sendiri?

antara hal yang selalu and pernah aku buat:

1. keluar dari toilet kat Giant, selamba menarik spender aku.betulkan.padahal dalam toilet sepatutnya dah betulkan.apa jenis penyakit pun tak tau la.sekali aku angkat muka, nampak ada lelaki keluar dari toilet berhadapan sambil pandang aku.demm.mesti dia ingat aku gila.

2. tarik tarik bra, dan macam biasa.ntah dari mana datang lelaki/perempuan kat depan aku.pandang je seolah olah aku sudah gila.ahhhhchoooooooiiiiiiii

3. dalam fitting room, lupa aku bukan kat rumah, aku selamba "tak boleh keluar laa..baju ni nipis.nampak kaler baju dalam".dan bila aku pandang kat satu sudut dengan kepala keluar tapi badan dalam fitting room lagi, aku nampak sorang guy ni,pandang aku terkelip kelip.umpama sangatlah terkejut

aku tak tau kenapa aku suka berkelakuan begini.bukan sengaja buat.tapi dia like, dah jadi baru sedar.
ni namanya dah terantuk baru terngadah.baru nak malu.
berak cirit baru menyesal makan jeruk.
ntah hape hape.

Monday, September 24, 2012

meluap luap

aku lupa bila kali terakhir aku marah gila meluap luap hinggakan aku rasa badan aku terketar ketar tahan marah, dada rasa macam nak pecah.serius aku dah lupa bila last.

tapi harini
aku marah yang betul betul punya marah
aku ni kan bukan yang jenis penyabar
nak pulak kalau aku duk mengulang benda yang sama hari hari iaitu 'jangan bising'
tapi laaagiii nak bising

semalam aku masuk kelas untuk subject english
ada yang request buat game
kemain lagi aku surf tenet cari educational game untuk kasi fun kelas
sambil sambil belajar
bawak keluar kelas
tapi sia sia aku rasa
sia sia aku gagahkan diri menapak ke giant, cari present
aku rasa xberbaloi duit aku

aku bawak keluar tapi bising makin menjadi jadi
lompat longkang la
menjerit la
sepak kawan la
men beskal la
hoiiiii.aku kan panggil nak mengajar
sudahnya aku jerit sekuat hati aku "aku jadi baik, susah.aku garang kang cakap aku garang.kemas beg, naik kelas sekarang.aku dengar sepatah je suara, siap semua sekelas"
kasar bahasa aku
badan aku dah gila terketar ketar sebab tahan marah

aku masuk kelas, "saya jadi baik, awak pijak kepala saya kan?saya garang, awak komen cakap saya garang.homework yg minggu lepas, siapa tak siapkan, esok buat dekat koridor.lepas ni kalau saya mengajar, ada lagi suara even seorang, semua sekali saya denda.try la kalau nak rasa."

masa tu aku tgk budak paling nakal n rude dalam kelas pn diam.
aku rasa limit aku setakat situ je.
kalau bising sebab nak tnya soalan xpe
ini tak
bising sebab bersembang.
sebab bergaduh.

aku masuk bilik guru pn aku tengok ada cikgu pandang aku semacam je
macam tak berani nak tegur.
aku kalau dah marah, memang jelas terlihat la kat muka aku

ni tadi dah la gastrik.dah amik Paracetamol.
hilang la gastriknya
pening pulak
macam mana nak drive balik pun aku tak taw la
ustaz belakang aku ni offer balik dengan dia
tapi tak payah la aku merisikokan diri aku
untuk dijeling oleh "manusia yang sangat sempurna"
terima kasih je la

aku minta phone number ustaz tu pun boleh nak pandang aku semacam.
jumpa aku tengah jalan pun pandang atas bawah je
macam kan aku berbogel depan kau kak oi
aku minta number sebab senang kalo ada emergency pape
aku sakit hati la.rasa macam nak pergi lempang kasi bergulung gulung usus dan lidah dia.

tapi mummy aku cakap "biar je la.lari ke ceruk dunia mana pun, manusia busuk hati tetap ada"
kan?
lantak.jangan susahkan hidup aku dah.
kang dengan kau sekali aku denda.



Sunday, September 23, 2012

migrain

kenapa ye, aku punya migrain ni macam makin menjadi jadi je?siap naik meloya loya, pening, nak termuntah bagai..aku tak la pulak mengandung.pregnant lagilah tak.berisi pun tak.

pagi ni je dah 2 pil migrain aku telan, tp macam makin menjadi jadi.nasib la aku tak jadi singa tetiba dalam kelas tadi.serius weh, macam nak pecah kepala rasanya.tak tau nak buat macam mana lagi dah.nak kata sebab lens, tak pakai lens pun sakit jugak hendaknya.

ni nak balik ni tak tau la macam mana, jangan aku tidur sambil memandu udehh.aku ni sambil drive pun aku boleh terlelap.haritu letih punya pasal, boleh pulak bangangnya aku tertidur sambil iron baju..tengah duk syok iron, tetibe tersengguk sengguk.aku solat maghrib pun aku rasa dua rakaat je.duk tahiyyat akhir tetibe aku "eh ni tahiyyat awal ke akhir?".huhu

hari ni ada guru buatkan nasi dagang, tapi aku adalah tidak berkemampuan nak makan.aku alah gila gila dengan ikan tongkol.nanti badan aku naik bintik bintik merah yang gatal, lengan kaki dan muka aku jugak tiba tiba akan sangat bermuafakat untuk mengeluarkan parut parut kehitaman.benci.hilang kelicinan kulit makk tauu

makan memang dah tak, tapi bau dia tu..perghh..bau je ok, bau dia je dah buatkan kulit aku gatal gatal dan aku jugak dah perasan ada beberapa bintik merah kat lengan aku.nak garu garu je belakang aku tapi kang rosak imej aku yang sopan

nak balik ah.
malas nak stay back
esok la stayback.
kalau rajin.

Tuesday, September 18, 2012

minta nyawa..minta nyawa....

minta nyawa..minta nyawa..mintak nyawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

tensi mak tau.hari hari ada kelas Eng tahun 3..hari hari kena jerit berjam jam..

aku dapat lagi jawapan best hari ni..aku suh salin apa yang aku ajar, dia jawab "MALAS"
aku suh bagi jawapan lagi nak malu malu.
macam la kalau bagi jawapan salah, aku hentam.
usahkan hentam, marah pun tak.
nama pun nak belajar.tapi laaaaaagii nak main main.

dengan cikgu sebelum ni takde pun nak jawab macam tu.
sebab apa?
sebab cikgu sebelum ni garang?
dan aku cikgu baru so boleh la nak perkotak katikkan?
ooohhhh hell no.not a chance.
in your dreams la kids.in your dreams.

aku tak garang dengan budak budak.
tapi kelas ni special case.terpaksa jadi garang.
sudahnya, hati aku sakit.
minda aku terseksa.
jiwa aku terganggu.
emosi aku kacau bilau.

demmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

chegu.cikgu.cekgu.cegku.pape lah

pause dulu eh cerita yang kena serang tu.nanti nanti aku cerita.aku sekarang dah tikar kerjaya.kerjaya aku yang sebelum ni, jadi penggoyang kaki dan penternak lemak berjaya dah terpaksa aku reduce kan dia punya kekencangan dan kehebatannya untuk memberi laluan kepada kerja sementara yang aku baru dapat.

aku sebenarnya dapat jadi substitute teacher kat SK** ni..tak boleh la bagitahu nama nya.gila kau.kang takde can aku nak merapu rapu.students dan teachers kat sini memandang aku sebagai seorang guru yang sopan.wakaka.sila muntah.

aku ganti seorang cikgu yang kebetulannya nama beliau sama dengan nama aku.aku syak mak dia mesti tiru nama aku ni untuk taruk kat nama anak dia.sebab tu nama kitorang lebih kurang je.students and teachers laen pun "eh, nama sama?".cikgu ni mesti diganti kerana beliau telah sampai ke penghujung kisah beliau..dia kena buatan orang..laki dia sendiri buat..hahaha.ye.dia bersalin.so aku take over classes dia, persatuan2 dan segala bentuk benda stress lagi.aku ajar Math and English.

aku ajar tahun 2, 4, 6 (Math) and tahun 3 (English).so far ok la cuma ada satu kelas ni je la memang huru hara sket.cikgu cikgu lain pun dah ramai yang warn aku.aku kena garang.tak boleh buat lemah lembut dalam kelas tu.and aku sokong sangat sebab aku masuk kelas tu kali pertama pun aku rasa darah aku berlari lari nak keluar dari badan disebabkan tekanan melampau yang dikenakan oleh kelas tersebut.tensi mak tauuuuu

day 1 tu aku diminta replace sorang cikgu ni..jaga exam budak darjah 1..aku rasa macam nak menangis.serius.sudahnya aku berdiri tengah tengah kelas tu and tengooookkk je.ingatkan diam la..sekali "cikgu, dia cucuk saya, cikgu dia jelir kat saya, cikgu dia cakap mencarut, cikgu dia amik buku saya, cikgu, nak pergi tandas, cikgu dia tak bukak buku..cikguu..cikguu..cikguu"..tengah huru hara tu tetibe gedeganggggg..dah tergolek sorang sebab jatuh kerusi..yang lagi sorang, fuhh selamba.dia tanya aku, "cikgu, boleh tak saya bg jawapan yang salah?", bila aku tanya kenapa, selamba dia cakap taknak jawab betul..nak jawab salah jugakk..aigoo..apa dosa aku.huhu

hari ni cikgu yang masuk kelas darjah 1 tanya aku ada janji ke nak masuk kelas tu sebab diorang duk cakap aku nak masuk kelas tu..kemain mengharap je diorang.kesian pulak aku

ohh haa semalam kan, aku rasa macam aku adalah seorang yang jahil je..dah sudahnya aku disekolahkan oleh budak darjah 1..macam ni alkisah nya

student: cikgu, nak bagitau cikgu ni
aku: ye syg apa dia?
student: kawan kita kan, nama dia Syahmi dengan Amirul, dia suka kat cikgu
aku: ohh ye?handsome tak?
student: tak pun cikgu.dah la botak, dahi dia ada parut.lepas tu berlagak kuat la kononnya
aku: laa..kalau camtu, awak berlagak pandai, boleh?
student: TAK BOLEH, CIKGU..BERLAGAK TU AMALAN SYAITAN..

dangggggg sebijik atas dahi aku.dah la aku nampak ustaz kat sebelah aku ni gelak gelak tapi dia cover cover.choiiiii.malu wehh.berputar putar dunia.pitam mak tau.how could u kids.

i wish i was a rat.boleh sembunyi tetibe.demmmm


Wednesday, September 12, 2012

kena serang

senonoh la sikit tajuk kali ni.ada la perkaitannya dengan isi kandungan alkisah kali ni.tapi jap before tu kan, lama rasanya tak conteng blog..broadband kena barred..2 bulan tak bayar.wakaka.i is very the miskin now.dah bayar pun blog tetap tak update.kenapakah?

ye.sebab saya femalas.

aku kan sebenarnya baru baru ni kena attack.kena serang.dua kes pulak tu.bezanya satu kes ni serang secara direct dan yang lagi satu ni secara indirect, dia serang aku melalui kawan aku.deyyyy, nak serang, nak kutuk, depan depan la..jangan main belakang

alkisah yang pertama ni.aku nak mengaku kawan pun macam dah tak berapa nak sanggup lagi dah.maka aku namakan dia sebagai ex-fren aku la ye.mari kita menamakan beliau, X. aku dengan X ni dulu roommates, masa first year.agak rapat jugak la.first year tu kitorang duduk berempat satu bilik ni.

nak dijadikan cerita, beberapa bulan lepas..xsalah aku dalam bulan 4 atau 5 camtu, kitorang plan la nak keluar..aku, X dan lg sorang ni, Jie.yang lagi sorang tak dapekk nak ngikut.pengantin baru.haruslah berulit dengan laki.wakaka.lagi sorang tu tak ikut sebab dah ada komitmen lain.so keluar la kami bertiga ni kan.kitorang tahu pasal si X dan ex bf dia, mari kita menamakan beliau sebagai R pula.si R ni selalu jugak sms aku, lepas dia dengan X ni dh break off.tapi aku layan pun as kawan je la.lagipun bukan aku yang bagi phne number aku ni kat si R..si X ni yang pegi bagi dekat R.konon la time bercinta dulu kan, kalo tak dapat nak kontek si X, haruslah terjah roommates yang lain.tiba tiba sungguh tidak cerdik aku rasa tindakan itu.

ok berbalik kepada kisah tadi.aku dengan si R ni rapat la juga.selalu sms, kadang tu dia call.saje nak hilang bosan.aku pn melayan aje la tanpa ada rasa sangsi walau secubit pun.apatah lagi sesudu.time aku admit ward, si R ni datang n start dari situ kitorang makin rapat la.(rapat as fren maksud aku.aku kan dah ada teddy.takkan nak mentigakan dia pulak.mampus aku kang).selalu hang out together dengan kawan kawan len.dan nak dijadikan lagi complicated, mamat R ni dah pulak feeling2 kat aku.dia tahu aku dah ada bf.aku pn time tu selesa berkawan dgn dia.agaknya salah aku sebab aku layan dia even intention aku tu just untuk berkawan.

tapi aku ni tak cukup hilang akal lagi nak amik si R ni dari X even diorang ni dah putus dekat 3 tahun dah.aku tahu si X ni masih mengharap dengan R tapi dalam masa yang sama aku jugak tahu yang R ni dah xnak dengan si X ni.jadi masa kitorang keluar bertiga haritu (aku, X dan Jie), aku berkias2 la..mungkin cara aku tak betul cuma aku tak nak si X terus mengharap. X ni sakit so aku tak nak dia pressure diri dia dengan terus mengharap dengan si R. R ni pun dah ada gf lain dah dan dah break off jugak.maksudnya lepas R dan X ni break, R ni dah move on.aku penah tanya dekat si R kenapa dia taknak terima X lagi.xkesian ke.then dia bgtahu aku kenapa.aku jadi speechless.so aku tahu yang harapan X ni untuk get back dengan si R ni memang dah gila tipis.maka aku berlaku kejam dengan berkias kias dengan si X time kitorang keluar bertiga tu.aku taknak dia terus berharap.tu je.

aku tanya X ni, dia marah ke aku tanya n provok dia macam macam.dia kata tak.tapi sebenarnya dia marah.dia tak bgtahu aku directly tapi dia bagitau Jie.tu silap dia.si Jie ni pulak bgtahu aku.jadi aku rasa macam ada sedikit 'disrespect' kat situ.kau tak payah tipu aku tapi dalam masa yang sama kau pegi blow bluff kau dekat orang lain.kalau Tuhan nak tunjuk, kejap je.macam sekarang la.Jie forward balik sms tu yang X send tu kat aku.terkesima kejap aku baca.

aku pelik la.X ni tahu yang aku ni dah couple ngan orang lain.habis tu, menatangharamjadahpukimakberuk apakah dia buat camtu?kalau aku nak si R tu, lama dah aku amik.tapi dah Tuhan takdirkan hati perasaan aku untuk orang lain.aku bukan macam kau la X. couple dengan orang lain, tipu couple kau sendiri dan keluar jumpa ex kau yang lain.

i totally dont get it.aku dah minta maaf dengan dia.apsal dia pilih untuk beritahu dekat orang lain sedangkan dia tahu better dia cerita kat aku je terus dan aku boleh explain direct je kenapa.kau dengan aku beza umo kemain bertahun tapi benda simple ni pun nak aku ajar ke?aku perasan dia ni pun dah makin berubah sejak tu.fb pun dia xde nak tegur ke, sms memang tak la.

series la aku kecik ati kawan aku buat aku camni.kau nak R, amik la.tapi masalahnya R tak nak kau.dan aku pun tak nak R.tak perlu la aku nak nyatakan segala dalil kenapa aku tak nak dia.nanti memalukan dia dan kau.kata kau punya EX BF kan?

aku tak paham orang macam ni.series.kitorang berkawan dah lama.tggal sekali pun bertahun lama.pun kau tak faham lagi aku macam mana?

i dont care if she accused me.i dont care if she hated me.i dont care who she was before.i care because she lied to me.instead of saying the truth directly to my face, she chose to express how she felt towards me to others.

aku benci orang menipu.
aku tak penah tolerate orang menipu.
aku jugak pernah putus kawan sebab menipu.
aku tak kisah.sebab pada aku, aku tak rugi kalau hilang seorang kawan yang suka menipu.
aku lagi rugi berkawan dengan orang yang suka menipu.hidup aku ni bukan untuk ditipu.

come on la.kita bukan budak budak lagipun.

aku punya prinsip senang.aku kadang kala senang nak percaya orang, kadang kala aku susah percaya org.tengok la macam mana aku selesa atau tak dengan orang tu.that affects my trust.akan tetapi, once aku tahu orang yang aku percaya tu menipu, memang aku akan cop dia penipu sampai mati la.aku memang takkan percaya lagi dah.kau cakap apa pun, aku dengar telinga kanan masuk telinga kiri je.

dia dah tipu kita sekali, tak mustahil dia boleh tipu kita di masa akan datang.
yang lagi kelakar, bila penipuan tu dikantoikan dengan sendirinya.kot ye pun nak jadi penipu, kadilah penipu yang berwawasan sket.

cerita kena serang lagi satu tu nanti la aku sambung.
nak pergi servis badan dulu.wakaka