pause dulu eh cerita yang kena serang tu.nanti nanti aku cerita.aku sekarang dah tikar kerjaya.kerjaya aku yang sebelum ni, jadi penggoyang kaki dan penternak lemak berjaya dah terpaksa aku reduce kan dia punya kekencangan dan kehebatannya untuk memberi laluan kepada kerja sementara yang aku baru dapat.
aku sebenarnya dapat jadi substitute teacher kat SK** ni..tak boleh la bagitahu nama nya.gila kau.kang takde can aku nak merapu rapu.students dan teachers kat sini memandang aku sebagai seorang guru yang sopan.wakaka.sila muntah.
aku ganti seorang cikgu yang kebetulannya nama beliau sama dengan nama aku.aku syak mak dia mesti tiru nama aku ni untuk taruk kat nama anak dia.sebab tu nama kitorang lebih kurang je.students and teachers laen pun "eh, nama sama?".cikgu ni mesti diganti kerana beliau telah sampai ke penghujung kisah beliau..dia kena buatan orang..laki dia sendiri buat..hahaha.ye.dia bersalin.so aku take over classes dia, persatuan2 dan segala bentuk benda stress lagi.aku ajar Math and English.
aku ajar tahun 2, 4, 6 (Math) and tahun 3 (English).so far ok la cuma ada satu kelas ni je la memang huru hara sket.cikgu cikgu lain pun dah ramai yang warn aku.aku kena garang.tak boleh buat lemah lembut dalam kelas tu.and aku sokong sangat sebab aku masuk kelas tu kali pertama pun aku rasa darah aku berlari lari nak keluar dari badan disebabkan tekanan melampau yang dikenakan oleh kelas tersebut.tensi mak tauuuuu
day 1 tu aku diminta replace sorang cikgu ni..jaga exam budak darjah 1..aku rasa macam nak menangis.serius.sudahnya aku berdiri tengah tengah kelas tu and tengooookkk je.ingatkan diam la..sekali "cikgu, dia cucuk saya, cikgu dia jelir kat saya, cikgu dia cakap mencarut, cikgu dia amik buku saya, cikgu, nak pergi tandas, cikgu dia tak bukak buku..cikguu..cikguu..cikguu"..tengah huru hara tu tetibe gedeganggggg..dah tergolek sorang sebab jatuh kerusi..yang lagi sorang, fuhh selamba.dia tanya aku, "cikgu, boleh tak saya bg jawapan yang salah?", bila aku tanya kenapa, selamba dia cakap taknak jawab betul..nak jawab salah jugakk..aigoo..apa dosa aku.huhu
hari ni cikgu yang masuk kelas darjah 1 tanya aku ada janji ke nak masuk kelas tu sebab diorang duk cakap aku nak masuk kelas tu..kemain mengharap je diorang.kesian pulak aku
ohh haa semalam kan, aku rasa macam aku adalah seorang yang jahil je..dah sudahnya aku disekolahkan oleh budak darjah 1..macam ni alkisah nya
student: cikgu, nak bagitau cikgu ni
aku: ye syg apa dia?
student: kawan kita kan, nama dia Syahmi dengan Amirul, dia suka kat cikgu
aku: ohh ye?handsome tak?
student: tak pun cikgu.dah la botak, dahi dia ada parut.lepas tu berlagak kuat la kononnya
aku: laa..kalau camtu, awak berlagak pandai, boleh?
student: TAK BOLEH, CIKGU..BERLAGAK TU AMALAN SYAITAN..
dangggggg sebijik atas dahi aku.dah la aku nampak ustaz kat sebelah aku ni gelak gelak tapi dia cover cover.choiiiii.malu wehh.berputar putar dunia.pitam mak tau.how could u kids.
i wish i was a rat.boleh sembunyi tetibe.demmmm
No comments:
Post a Comment