for every good reasons we have to tell lies, we'll always have better reasons to tell the truth. and the good thing about telling the truth is that we dont have to remember what we said.
ummi pesan, "jangan belajar utk menipu. nak tutup penipuan pertama, akan selalu kena ada pembohongan lain"..one lie leads to thousands lies.
semoga dijauhkan dari sikap begini.
dari orang yang bersikap begini.
dari orang yang telah bersikap begini dan masih bersikap begini.
dari orang yang masih bersikap begini dan terus ingin kekal dengan sikap begini.
i dont need liars around me.
well, unless u lied saying i'm ugly when the truth is i'm a super gorgeous kind pretty beautiful lady.
sila muntah beramai ramai.
Wednesday, October 23, 2013
Monday, October 21, 2013
interview tersalah kementerian.
esok aku ada interview SPA. Pegawai Sains.
tapi yang aku dapat adalah jauuuuuuuuuhhhh dari bidang aku.
Kaji Serangga. Kementerian Kesihatan.
sepatutnya aku tercampak kat Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.
Marin/Oseanografi.
aku taktau nak jawab apa hoiii kang dia tanya.
buatnya dia tanya, "berikan nama saintifik bagi vektor penyebab malaria/denggi"
aku nak buat apa?
senyum ke?
gelak terbahak bahak ke?
atau collect fail aku, p bersalam dengan panel dan "saya minta diri dulu Puan, Dato' jumpa lagi nanti."?
begitu kah?
ahhhhhhhhh stress.
baca je apa yang patut.
sikit sikit aje lah.
sebab usahkan bayang, bau position ni pun macam dah jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh je dari aku.
tskkk. sila la allocate saya di tempat yang saya boleh bagi reasonable answer to ur questions.
pehlisssssssssssssssssssssssssssssssss.
sila doakan aku berjaya melalui interview dengan lancar. dan dapat keje jugak.
hahahahahaaaaktuiih.
sapa xaminkan, aku pang berdas das sampai pengsan.
dah sedar dari pengsan, aku pang lagi.
begitulah seterusnya.
tapi yang aku dapat adalah jauuuuuuuuuhhhh dari bidang aku.
Kaji Serangga. Kementerian Kesihatan.
sepatutnya aku tercampak kat Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.
Marin/Oseanografi.
aku taktau nak jawab apa hoiii kang dia tanya.
buatnya dia tanya, "berikan nama saintifik bagi vektor penyebab malaria/denggi"
aku nak buat apa?
senyum ke?
gelak terbahak bahak ke?
atau collect fail aku, p bersalam dengan panel dan "saya minta diri dulu Puan, Dato' jumpa lagi nanti."?
begitu kah?
ahhhhhhhhh stress.
baca je apa yang patut.
sikit sikit aje lah.
sebab usahkan bayang, bau position ni pun macam dah jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh je dari aku.
tskkk. sila la allocate saya di tempat yang saya boleh bagi reasonable answer to ur questions.
pehlisssssssssssssssssssssssssssssssss.
sila doakan aku berjaya melalui interview dengan lancar. dan dapat keje jugak.
hahahahahaaaaktuiih.
sapa xaminkan, aku pang berdas das sampai pengsan.
dah sedar dari pengsan, aku pang lagi.
begitulah seterusnya.
Friday, October 18, 2013
Raya Haji 2013.
tak raya sangat pun. years before ada la jugak sarung baju raya yang raya puasa punya. tahun ni idokkkk la ada. semacam je malasnya. aku pakai long inner je sepanjang hari tu. rambut ikat tinggi. pastu dah labuh sangat kain tu, aku amik getah, aku ikat and simpul kat pinggang. siap ada cousin aku tanya, "ehh along, baju tu memang dia buat macam tu ye?"
hurm. mari buat deduction from her statement. either she was proposing that the dress was designed to look as gorgeous as if a model (read: me) wearing, OR she was proposing, "ehh apa ke pesen baju ni. buruk sungguh".. haha. well, i chose the first deduction. boleh?
dengan berbekalkan slogan "ala raya Haji je so tak payah beria sangat", maka ummi aku masak la nasi minyak seadanya aje. katanya, masak untuk kita kita aje. bila aku tanya nanti kalo guest datang and makan apa yg ada je, kita nak makan apa yang takde kah?..and she said makan apa yang ada. maka aku sebagai anak yang baik, redhoooooo aje. so masak la seperiuk sederhana tu je. tau tau je lepas solat raya, ramaiiii yang datang rumah. most yang amik bahagian korban kat surau depan rumah aku. so berkumpul kt rumah aku. and sedara ni semua yang dah biasa dengan kitorang, terus je menonong p dapur. sebab aku malas nak hidang kan. so sila layan diri.
siap ada yang duk bersimpuh sekali depan tv dengan aku, terus join aku makan time tu jugak. xsampai pukul 11 kot, nasi hanya tinggal kerak. tskk. aku sempat sepinggan je. dah la aku yang request nak makan nasi minyak. bukan kecewa sebab ramai orang datang. no. orang datang rumah kita, tu tanda rumah kita ni disukai. mungkin ada rahmat/berkat sekali dengan tetamu datang. tapi aku kecewa sebab sikit sangat buatnya. haha. esok lusa mari paksa ummi buat lagi nasi minyak.
abah selalu cakap, rumah yang ramai orang datang ni rumah yang penuh kebaikan. penuh rahmat.
tapi lately ni aku rasa something is definitely not right with me.
aku siap berharap jangan lah orang datang raya rumah aku. penat. tak reti layan.
dengar budak2 menangis, terjerit2 time raya and 2 malam lepas masa dine out punnnn aku boleh bengang.
cousin aku yang kecik pun aku malas nak melayan.
keje aku, warningggg aje. "kalo kak long dengar je perkataan 'nak balik' or nanges2 bila sampai kedai nanti, siap ko. kalo sekali lagi kak long dengar ko khianat kucing, aku khianat ko sama macam ko buat kat kucing tu. bagi terberak2 ko sebab sakit. nakk?" diammm je budak tu. redho je angguk pelan2.
pergi kedai malam tu pun, aku bersuara 'ehhh' sket je dia dah diam.
jahat pulak terasa.
padahal budak baru 4 tahun kot.
aku time layan budak, layan jugak.
time salah, maka sila terima hukuman.
lagi apa ehhh pasal raya. takde apa sangat kot.
daging alhamdulillah banyak gila.
tulang pun banyak.
syok ah dapat hadap sup tulang berhari hari.
ok nanti sambung lagi.
chow!
Tuesday, October 8, 2013
hidup aku ni dah macam horror movie dah
u know what they always said about "selagi tak kena batang hidung sendiri, mana nak percaya. dah kena baru terhegeh nak percaya"?
i was one of those. tapi masa tu aku kecik lagi. tak akil baligh lagi.
my life lately revolved around these mystical things.
dalam bahasa kejamnya, hantu, suara suara, bayangan dsbgnya.
aku betul la rasa macam ada something wrong yang tak kena.
kan aku selalu sakit tanpa sebab, berbulan pulak tu kan.
so dah habis ikhtiar cara moden, ikhtiarlah dengan ustaz. ni pun doctor aku sendiri yang suggest.
dia pun dah give up gamaknya. perut aku, mulut aku dah berkali kena rodok.
toreh kat perut lagi.
scan berapa puluh kali pun tak tau.
ct scan yang hampir buat aku hilang nyawa.
xray. amik darah. yang amik darah biasa tu ok lagi, tapi yang amik nadi punya ni.
doctor dah warning yang amik darah kat pulse memaaaaaang sakit.
masa dia cucuk tu, sikit pun tak rasa apa. aku dah redha je dah. cucuk lah.
tapi lepas je dia tarik jarum tu, baru la mula terasa sakit.
lama sket, timbul biru seketul kat tempat dia cucuk. baru la sakitttttttt.
tapi diam je sebab aku malas nak kejut ummi aku. dia dah penat bersengkang mata jaga aku.
plus lepas ct scan tu, aku tak sedar. wayar berselirat kat badan. rupanya aku allergic contras. benda yang dia inject dalam vein masa ct scan tu. aku macam kena seizure gitu.
after operation, seizure lagi. aku dengar ummi aku cakap "along jangan macam ni..ummi takut. ummi sorang sorang ni" tapi aku tak leh bukak mata. abah aku pun dah usap kepala aku..panggil nama aku.
dah lah sebelum masuk OT tu abah aku cium dahi, lepas tu aku nampak dia menangis.
alahaiii abah. sedih pulak ingat.
ok kesimpulannya dari masa sakit2 tu, satu apa pun Dr xjumpa apa sakit aku.
sekali sakit berguling2 menangis terbongkok sujud semua.
tapi langsung tak jumpa sakit apa.
so berubat lah cara islam and traditional pulak.
banyak sangat pendapatnya. aku pun tak tau mana nak percaya.
ada yang cakap kena buatan orang. tuju kat aku.
ada yang cakap aku terkena apa yang orang tuju kat family.
ada jugak yang cakap 'mereka' dari alam 'sana' berebut aku. yang baik and jahat. aku sendiri kena kuat.
yang ketiga tu mungkin aku ada sket percaya sebab aku tahu yang baik tu ada.
'dia' akan kejut aku bangun subuh.
larang aku buat benda tak baik.
lembutkan hati aku dengan pujuk.
jangan tanya aku macam mana. aku tak boleh explain.
aku pun pernah mimpi stand in between black bear and white, pure bear. yang hitam ni duk kejar aku, nak terkam.and yang putih tu macam tgh standby utk selamatkan aku. i ran towards yang putih.
tapi tak nak la percaya sangat. mungkin syaitan nak perdaya.
masa sakit tu aku selalu tak boleh tido, murung. that one night, aku dengar suara cakap camni.."selagi ko tak kena sawan malam ni, aku tak bagi ko tido!"
after that memang kena seizure. lepas tu terussss boleh tdo.
but above all, ada lagi yang aku tak boleh nak terima langsung.
ada seorang pengamal perubatan islam ni cakap ni semua angkara SAKA.
hoiiiii apakah? sebab setahu aku, parents and grandparents aku takde amal benda ni.
bila aku tanya abah pasal saka yang biasa diwariskan, abah cakap takde.
TAPI jugak abah cakap, benda ni tak semestinya diturunkan dari satu keturunan ke satu keturunan.
sometimes dia skip few generations sebab dia tak jumpa orang yang sesuai/orang yang dia nak.
tapi lepas few things yang jadi couple of weeks ni, aku dah mula nak sangsi dah.
begini alkisahnya. aku buat ikut chronology yg aku ingat la eh. exact time yang kena tu aku tak berapa ingat tapi apa yang jadi memang betul aku ingat.
1. aku kan moved to new house. so a day or two days before moving tu, aku lepak rumah baru ni. and kereta aku park luar gate. masa nak balik tu, aku keluar dari gate and gerak ke kereta, aku nampak benda hitam kat rumah depan. bentuk dia macam orang. pernah tengok kes kena rasuk filem melayu yang benda tu duk mengangkang and lutut tinggi x? that is exactly how dia punya position. aku dah lembik dah lutut. aku sorang kat luar and cousin aku kat pintu rumah. tak bergerak gerak aku duk situ. aku nampak dia gerak ke depan, ready nak terkam. aku dah ngundur dah selangkah. sekali dengar suara cousin aku panggil and tanya kenapa. aku cakap lah aku nampak benda. then bila aku toleh balik kat tempat tu, benda tu dah takde.
aku cerita kat ummi, ummi cakap lenkali azankan je. tapi masa tu aku cakap la, "agaknya tudung makcik yang duk menyembang tu kut" walaupun nyata dan aku tahu BUKAN.
cousin aku takde pulak sepatah apa pun dia cakap masa tu. dia gelak je.
sekaliiiiiii 4 5 hari lepas dia gtau apa yang aku nampak malam tu, dia pun nampak.
dia pikir nak tutup pintu and cabut lari je tapi kesian pulak aku dah tercegat tak bergerak gerak depan tu.
keje gila betul. seyes lembik lutut aku.
2. parut kat badan. sampai sekarang still ada. dia keluar macam sepasang. macam bekas gigit. tapi ada 2 biji parut je tiap tempat. banyak jugak kekadang sesekali dia kuar. dari kaki sampai ke paha, dada, dari tapak tangan bergaris ke bahu. nasib la tak sakit.
3. yang ni aku lupa bila. rasanya selasa last week kot. ke past 2 weeks. rasanya last week.
aku otw balik dari kangar and sampai satu area ni, aku terlanggar ayam warna hitam. bergegar kereta.
aku nampak ayam tu. cousin aku pun ada sama and dia rasa kereta bergegar tapiiiii dia tak nampak ayam tu.
pakcik yang tgh bawak motor sebelah kereta aku, sepatutnya time aku langgar tu dia akan tertoleh or terkejut sebab dia betul2 sebelah kereta aku. tapi aku tgk rear window lepas aku langgar ayam tu, pakcik tu rilekkkk je macam takde apa. dan aku tak nampak ayam pun lepas tu. malam tu aku p intai lagi tempat tu, langsung takde tanda ayam mati/kena seret/kena langgar hatta darah sekali pun.
so yang aku langgar tu apa? sebab memang aku yakin aku langgar ayam. aku nampak dia serbu ke kereta aku and aku tak elak. kalo elak, tak tau la ceruk mana aku pergi.
lepas langgar tu, kaki cousin aku automatik jadi sakit and rasa berat.
4. hari yang sama lepas langgar ayam, kat rumah and masa maghrib. dalam kul 7 camtu.
aku dengar suara perempuan bagi salam. halus je suara. rapat gila dengan telinga aku. aku intai la jendela, kot ada orang bagi salam. tapi takde. so aku ingat aku salah dengar. once aku duduk, tetiba ada suara panggil macam 'hoi hoi' and bagi salam. macam bercampur campur. aku intai lagi, tak nampak. so ingatkan rumah jiran maka aku dengan bangangnya p bukak pintu. aku cerita kat angah (adik aku). marah betul dia sebab aku bukak pintu. dia cakap lenkali apa sekalipun jadi jangan bukak pintu.
5. takleh tidor malam. bukan aku je. cousin aku yang rapat dengan aku pun tak leh tidor. kitorang akan tertidur kalo pasang surah yasin sampai pagi. that one night, aku tengah nak tido tergolek sana sini tetiba dengar suara orang lelaki garau and marah gila sergah aku. dia cakap 'PUTUS'.. terkejut gila babas aku. nak putuskan apa, aku tak tau. tak paham. aku tarik bantal, tutup leher and muka. sebab leher aku rasa semacam so aku tau dia ada kat situ. karang gatal duk ushar kang sekali buruuuuuuuuuuuuuuuukkkkk muka kang terkincit i kt situ kang kanggg.
pernah sekali tu, masa tu aku in between tidor and jaga, macam khayal gitu. aku nampak diri aku melutut depan abah aku, menangis2. tapi yang bercakap tu bukan aku. suara tu suruh abah ubatkan aku sebab katanya aku dah terlampau sakit. zahir nampak sihat tapi dalaman aku sangat sakit. bila aku bukak mata je, mata aku memangg basah. esoknya aku menangis sebab takut mati. aku cerita kat cousin aku and dia suh aku cerita je kat abah sebab apa yg jadi ni memang aku tak cerita kat ummi abah.
nak ceritaaaaaa la sangat. dengar suara abah je aku dah berair mata.
terus pendekkan bersembang and letak phone.
gila gila aku menangis lepas tu. sedih gila.
6. mimpi. tu toksah cakap la. memang banyak sangat. nampak nenek tua duk ketuk tingkap, nak masuk rumah aku. tapi aku tak bukak pun. dan dia nak masuk kut tingkap. bukan pintu. mimpi bersalin, susukan anak, mimpi tengok orang kena bunuh tapi aku tak kena bunuh sebab dia nak aku dengan anak aku je lah. ntah pape.
7. cousin aku, Aten bagitau that day yang hari sama langgar ayam and orang bagi salam pastu aku bukak pintu tu, dia nampak rama rama putih masuk dalam rumah waktu maghrib, masuk dalam baldi aku and tak keluar keluar sampai sudah. kan orang tua selalu pesan, if ada haiwan masuk rumah time maghrib, tu bukan sekadar haiwan. paham2 la ye.
that same selasa jugak, aku, Aten and Angah nak p makan so masa dalam kereta tu aku cerita la kat Angah pasal apa yang jadi tetibe budak Aten kat belakang ni diam. masa dah sampai and tengah makan baru lah dia bagitau, masa tengah cerita kat Angah, dia nampak ada benda putih melayang tepi tingkap kereta. kesian budak tu. tak pasal kena tempias. dah lah dalam kereta aku, dia pernah nampak pocong.
otw balik dari makan tu, bau kemainnnn la agak busuk.
tapi disebabkan ummi pesan jangan tegur maka aku kembang kempiskan lah hidung.
aku tanya Aten n Angah, bau tak. sekali dia cakap tak.
ke aku yang busuk? wkakaka
dia pun cakap jugak yang setiap kali aku keluar dari rumah, akan ada satu lalat hitam ni masuk bilik.
dah banyak kali macam tu. asal aku keluar, dia akan masuk.
ke aku yang busuk? kahkahkaaahhhkahhhhh. ok tak kelakar.
after dah tak tahan sangat dah, rasa dah lemah gila dah badan, aku minta bos Wan (kawan aku) ikhtiarkan. bos dia ustaz jugak. kat paksu aku pun aku minta dia ubatkan tapi dia cakap susah sebab jauh. dia tak reti nak buat dari jauh.
so takpe sebab dah bagitau ustaz ni.
dia bagi paku 7 bilah, letak kat setiap penjuru bilik, bawah bantal dan kat pintu masuk bilik.
dia bagi sekali dengan air yang dia buatkan.
alhamdulillah BILIK aku dah ok.
tapiiii lepas selamat dah bilik aku, kat luar pulak kena.
housemate aku, Ika and few others kena.
orang goncang gril and SUIS tv tertutup sendiri.
kalo setakat off je paham lah kan. mungkin tv rosak.
tapi SUIS tertutup?
and tengah diorang duk ramai2 kat depan bilik aku, kat ruang tamu, tiub yang terpasang kat kipas tetiba melantun sendiri. nak kata dah uzur kipas, baruuuuu lagi.
tskk. dan semua ni jadi masa aku takde kat rumah.
dah pagar bilik, orang lain pulak kena.
lagi syok semalam Aten cerita kat aku yang Ika ni mimpi something.
dia mimpi nampak makcik tua nak masuk rumah. tapi tak masuk la. dia tunggu depan gate.
dalam mimpi dia, ada aku Aten n dia je.
dia approach makcik tu, tanya makcik nak apa.
sekaliiiiiii makcik tu cakap camni, "salah seorang dari kamu bertiga adalah MILIK AKU"
scary hoihhhhhhhh
mengucap panjang aku dengar..
pastu aku tanya Ika makcik tu dia punya appearance macam mana. tapi dia macam blurr. tak berapa ingat.
so aku bagi description makcik yang aku pernah mimpi tu. yang ketuk tingkap tu and nak masuk rumah aku.
muka berkedut kedut, tak gemuk tak kurus, pakai tarbus and selendang macam orang lama lama, pakai baju kurung berbunga halus, sekali dia cakap YA.
hoihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
aku tak tau nak cakap apa.
ada lagi tak perkataan yang lagi scary dari scary?
and guess what, angah pun tau makcik tu.
pernah jugak tetiba tu, macam tengah berkhayal khayal tapi tak tidor tu kan, aku dengar suara/tahu of how and why aku kena.
katanya 'dia' nak anak sulong perempuan dari anak perempuan terakhir.
tskkk. aku perempuan sulong n tunggal.
ummi aku anak perempuan bongsu.
Ya Allah, lindungilah aku dari gangguan dan tipu daya syaitan dan iblis. jangan biar aku terpesong dari ajaran Mu. Allahu Rabbi.
apa yang aku cerita ni cuma PART of apa yang aku pernah alami.
banyak sangat.
tapi ingat pun takde guna. kang yang masuk jamban tak tutup pintu, akuuuuuuuuuuuuu jugak.
dan aku tahu ada yang akan cakap ni semua rubbish, obses, hallucinate and semua semua.
tapi aku tak kisah. sebab aku dah biasa dengan orang yang tak percaya.
takkan lah aku, Aten, Angah, Ika, Dila, Shaza, Mira, Akma, Baya pun obses dan hallucinate?
pesan aku, jangan nafikan kewujudan diorang.
tapi jangan terlampau percaya. jangan pula terlampau tak percaya.
alam mereka ada.
sejauh mana pun usikan mereka, Tuhan tu ada.
jangan risau. kuasa Dia melampaui segalanya.
cewaaah pesan gitu. sendiri kena pun lembik jugak kekadang.
tapi sekadar mengingatkan aje lah.
jangan terlampau mudah menghukum.
above all, jangan cakap besar.
sebab nanti dah kena macam aku, baru lah reti nak percaya.
jangan sampai jadi begitu.
dan jangan gatal gatal cakap nak tengok or apa.
sebab tak semua dia tunjuk dalam rupa cantik
datang yang buruk, acane?
ok dah lenguh menaip.
nanti sambung lagi.
k bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)