gucciglasogon.se

Friday, October 18, 2013

Raya Haji 2013.


tak raya sangat pun. years before ada la jugak sarung baju raya yang raya puasa punya. tahun ni idokkkk la ada. semacam je malasnya. aku pakai long inner je sepanjang hari tu. rambut ikat tinggi. pastu dah labuh sangat kain tu, aku amik getah, aku ikat and simpul kat pinggang. siap ada cousin aku tanya, "ehh along, baju tu memang dia buat macam tu ye?"

hurm. mari buat deduction from her statement. either she was proposing that the dress was designed to  look as gorgeous as if a model (read: me) wearing, OR she was proposing, "ehh apa ke pesen baju ni. buruk sungguh".. haha. well, i chose the first deduction. boleh?

dengan berbekalkan slogan "ala raya Haji je so tak payah beria sangat", maka ummi aku masak la nasi minyak seadanya aje. katanya, masak untuk kita kita aje. bila aku tanya nanti kalo guest datang and makan apa yg ada je, kita nak makan apa yang takde kah?..and she said makan apa yang ada. maka aku sebagai anak yang baik, redhoooooo aje. so masak la seperiuk sederhana tu je. tau tau je lepas solat raya, ramaiiii yang datang rumah. most yang amik bahagian korban kat surau depan rumah aku. so berkumpul kt rumah aku. and sedara ni semua yang dah biasa dengan kitorang, terus je menonong p dapur. sebab aku malas nak hidang kan. so sila layan diri.

siap ada yang duk bersimpuh sekali depan tv dengan aku, terus join aku makan time tu jugak. xsampai pukul 11 kot, nasi hanya tinggal kerak. tskk. aku sempat sepinggan je. dah la aku yang request nak makan nasi minyak. bukan kecewa sebab ramai orang datang. no. orang datang rumah kita, tu tanda rumah kita ni disukai. mungkin ada rahmat/berkat sekali dengan tetamu datang. tapi aku kecewa sebab sikit sangat buatnya. haha. esok lusa mari paksa ummi buat lagi nasi minyak.

abah selalu cakap, rumah yang ramai orang datang ni rumah yang penuh kebaikan. penuh rahmat.
tapi lately ni aku rasa something is definitely not right with me.
aku siap berharap jangan lah orang datang raya rumah aku. penat. tak reti layan.
dengar budak2 menangis, terjerit2 time raya and 2 malam lepas masa dine out punnnn aku boleh bengang.
cousin aku yang kecik pun aku malas nak melayan.
keje aku, warningggg aje. "kalo kak long dengar je perkataan 'nak balik' or nanges2 bila sampai kedai nanti, siap ko. kalo sekali lagi kak long dengar ko khianat kucing, aku khianat ko sama macam ko buat kat kucing tu. bagi terberak2 ko sebab sakit. nakk?" diammm je budak tu. redho je angguk pelan2.
pergi kedai malam tu pun, aku bersuara 'ehhh' sket je dia dah diam.
jahat pulak terasa.
padahal budak baru 4 tahun kot.

aku time layan budak, layan jugak.
time salah, maka sila terima hukuman.

lagi apa ehhh pasal raya. takde apa sangat kot.
daging alhamdulillah banyak gila.
tulang pun banyak.
syok ah dapat hadap sup tulang berhari hari.

ok nanti sambung lagi.
chow!

No comments:

Post a Comment