gucciglasogon.se

Wednesday, October 21, 2015

Sembang kosong



Saja mentepek gambar sendiri. Muehehehe.

Aku kat UMT ni. Tunggu Lab Assistant.
Mana ntah ni. Tadi janji jumpa pukul 1.
Ni dah satu setengah. Keluar lunch kot.

Dah la badan lemau niii.
Sila la cepat Encikkk.

Sementara tu jom sembang.
Tu gambor tu aku snap tadi. Dalam kete sebelum datang sini.
Aku ni tengah penat sebenarnya.
Letih macam nak mati padahal takde la buat apa sangat pun.
Dia punya letih tu sampai tahap berjalan pun takde tenaga. Macam nak mati rasanya.

Ni gagahkan jugak datang.
Dah lama asyik bertangguh kan.
Kadang tu la masalahnya.
Time sihat, masa tak sempat.
Time banyak masa, tak sihat pulak.

Dengan jerebu lagi k now.
Haihhh. Bertambah tambah la sakitnya.
Now dalam proses berubat secara perubatan Islam. Macam rukyah gitu.
Dengan seorang ustaz dari Indonesia ni.
Baru pertama kali pergi selasa haritu.
Next esok malam pulak.

Aku ni dah macam berat hati nak pergi sebenarnya. Risau kot jadi macam selasa lepas. Selasa tu ustaz tu cakap scan aje dulu. Tengok ada sakit ke tak. Ada gangguan ke. Or sakit biasa ke. Tengah buat tu aku meronta. Menjerit jerit.

Abah cakap 3 orang lelaki pegang pun aku boleh meronta lagi. Empat orang pegang barulah okay sikit. Sudahnya pengsan.

Bila dah sedar dan nak selesai semua aku dengar abah sembag dengan ustaz dan pembantu dia. Katanya bukan kena buatan orang. Yelah, aku kan selalu sakit sakit aje kan.

So abah tanya la apa masalahnya. Kata mereka, jin pendamping. Dan susah nak buang sebab benda dah lama dengan aku. Dah bersatu. Aku pun tak paham apa yang bersatu.

Aku selalu jugak sebenarnya mimpi dibawa berjalan tempat yg macam kampung jauhhhh dari orang, mimpi ada baby, susukan baby. Macam tu adalah my another life gitu. Tapi ingatkan just gangguan biasa kan. Aku pun selalu je macam tau yang I have a guy with me. Everytime aku sedih ke apa kan, dia macam ada. Takde la nampak kan tapi macam ada. Rasa dia ada.

Bila ustaz kata nak kena pisahkan, aku rasa sedih.

Dia ada bila aku sedih.
Bila aku nak something tapi tak dapat, dlm mimpi confirm dapat.
Macam real tau.
Ntah la ye nak cakap macam mana.

To some people, maybe aku merapu aje kan.
Aku pun ingat gitu.
But when u experience it urself, baru tau.
Unexplainable.

Ntah la.
Rafaa. I really loved him.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment