gucciglasogon.se

Saturday, August 8, 2015

Sensitive. Insensitive.

Dah seminggu lebih pinggang aku ni start sakit. Memang selalu sakit pinggang, bengkak pinggang and sembab muka. Tapi tak pernah nak amik kisah sangat sebab memang selalu sangat dah sakit pinggang. Pulak tu biasanya takde la lama. Sehari dua camtu je.

Tapi ni kali ni lama pulak. Perut sebelah kiri pun sama sakit dan mengeras. Perut aku jadi buncit gila bahabs. Bahagian bawah perut tu pulak rasa macam hari pertana kedua period. Padahal lambat lagi periodnya. Asyik rasa bladder ni penuh, macam kan nak meletup. Tapi bila g tandas, ciss, indah rasa dari kejadian. Sikit je pee. Kejap lepastu rasa macam contraction lagi kat bawah perut. Rasa jugak bladder macam nak pecah. G toilet, kejadian sama lagi berulang.

Jalan pun dah terhincut hincut terbongkok bongkok terkangkang kangkang. Kalo jalan normal jap lagi merasa la sakit camne. Aku syak muscle spasm je sebab sebelum ni pun pernah jadi. Maka idok ler nak ke klinik.

Lagipun aku ni kalau sebut nak ke spital or clinic, rasa dah give up awal awal. Hampir tiap kali aku ke klinik, aku end up depressed. Bukan sebab aku tau sakit apa. Tapi sebab tak tau sakit apa. Paham tak?

Tapi parents aku dah bising suruh g jugak klinik. Katanya kot nanti ada masalah lain lagi besar ke apa ke kan. Okay so jom lah.

Buat ultrasound, and the result was left kidney aku dah bengkak, ada batu karang kecik kecik beberapa biji dalam kidney tu. Dan kidney tu macam tersumbat sikit, sebab tu jadi aku rasa bladder penuh tapi pee sikit. Lepastu tak sampai sejam bladder rasa ketat sendat balik. Padahal gtuu jugak pun pee nya.

Jujurnya bila doctor bagitau, aku sikit pun tak rasa apa. Aku tak tau la kenapa.
Sebab aku dah terlampau redha dan terbiasa dengan segala sakit.
Sebab aku lega akhirnya aku tau apa sakit aku.

Entah. Tak tau mana satu sebabnya.
Tapi serius tak rasa apa.

Tapi kan, bila kidney ni jadi gitu, rasa cepat sangat penat. Jalan sikit pun rasa penat yang amat. Ubat yang aku consume tu pun, bila makan, jadi sakit kat pinggang kiri. Tapi abah cakap tu normal. Sebab abah pun pernah bengkak jugak kidney nya.

Alhamdulillah setakat ni masih belum consume any pain killers. Doctor offer kot la aku nak inject pain killers or nak dia prescribe pain killers untuk aku. I said no. Sebab still boleh cope lagi. Kekadang sakit tu macamkan nak putus pinggang, denyut denyut rasa macam panas panas gitu, lepastu tergolek kejap sebab sakit. Tapi tahan je la. Aku cuma perlu bertahan sehingga badan aku berpeluh. Biasanya kalau dah berpeluh bila tahan sakit, sakit tu will fade away slowly.

Tadi aku pergi pasar. Otw balik aku singgah rumah makcik aku. Ada pulak guest ni sorang, tengok aku jalan terhincut gitu terus sound,

"Muda muda dah sakit pinggang"

Do u know how hurtful it is? Aku kan kalau bab sakit ni cukup sensetif. Sebab tu aku prefer untuk tak bagitau pape.

Aku ni dah la manjang rasa nak sentap ni. Mak aku tanya nak makan apa harini pun aku boleh sentap.

Tak tau la sebab aku yang sensitive.
Atau guest tu yang insensitive.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment