Hi.
Harini bangun pepagi dah moody. Sebabnya mimpi tak best. Hahahaha mampu kauu? Dari mimpi terbawa bawa ke alam nyata emosinya. Mimpi si F. Memang bad dreams la considering yang aku dah mengutip serpihan serpihan *untuk kali kedua* selepas confess haritu.
Lepas first confess tu ada aku tulis sini. Then aku pun tak tau la apa ke gila last 3 weeks aku sembang lagi bab hati ni. Padahal dah tau member tu tak layan. Shameless betul. First confess tu macam ada la sedikit sedih tapi rilek je takde nanges takde apa. Macam frust tapi pendam aje sudah. Gitu kekdah nya.
Ehh elok kali kedua tu, dia punya sedih lain macam. Seriusss aku cakap. Esoknya tu memang menangis la jugak cuma takde la yang menjejes jejes bengkak mata bagai. Rasa mcm sarat dalam hati lepastu air mata macam tak leh nak tahan tahan, beliau keluar tanpa dipelawa. Hahahaha. Sapu air mata dua tiga kali terus rasa okay.
Lepas dari haritu pujuk diri sendiri. Jodoh tu rahsia Allah. Sayang tu memang sayang. Tapi dah kalau Allah kata bukan untuk aku, maka bukan lah. Walau hakikatnya ada 0.00001% aku mengharap. Yelah kau dah suka dia, takkan kau takde sebesar zarah pun kan rasa mengharap. Tapi itu lah kan, harapan tu pendammm aje dalam hati. Masa ni akal memang kena kerja asyik saiko hati je. Pujuk hati.
Jika orang yang bukan the right one pun aku dah sayang, cuba bayangkan jika the right one. Apa yang Allah buat, semua ada bersebab.
Barangkali juga sebab aku ni cukup jauh dari kebaikan. "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Pernah dengar kan. Jadi bawak bawak la sedar diri. Jika nak yang baik, berubah lah jadi baik. InsyaAllah, Allah akan hantar yang baik baik.
Mana dapat kekuatan nak pujuk diri sendiri?
Tafsir Quran.
Betul. Masa broken tu memang aku asyik la dengan Tafsir. Lepas solat maghrib ke subuh ke, aku bukak tafsir. Randomly. Dalam hati aku, Tuhan tau aku sedih dan aku perlu kekuatan. Aku minta Tuhan memujuk.
So aku bukak. Betul betul randomly.
Dan Alhamdulillah, most of the time ada keluar pasal ujian yang Allah bagi dan bagaimana manusia ingkar dan sebahagiannya lagi.
Kadang tu tak nampak mana relevannya dengan situasi tapi sesungguhnya Quran is miracle. Aku rasa terpujuk. Rasa macam ada rasa untuk cakap "it's okay. I'm okay". Tapi tak boleh la kalau orang taya banyak banyak kali hahahahahaha. Elok elok okay je kang orang tanya banyak kali or aku pikir berkali kali, tetap akan rasa sedih. Maybe sebab masih mengharap.
Kejar cinta Tuhan, tak kecewa dengan cinta manusia. Itu yang sepatutnya. Tapi hati ni, masih jugak mengharap cinta manusia.
Alahaiii F. Kalau la kau tau banyak nya aku doakan kau. Bila terfikir kau, setiap kali tu aku harapkan yang baik baik aje untuk kau. Tapi apa boleh buat, 6 tahun kenal pun kena rejectttttt lagi hahahahaha.
Ok panjang muqaddimah.
So dah macam okay sikit kan lepas confess kali kedua tu even kekadang ada time down jugak seminit dua tapi basically okay la. Mesej pun aku takde la rasa "sesuatu yang aneh" macam sebelum ni. Tapiiiii elok pulak semalam mimpi F ni.
Dah lah terjaga lepas mimpi tu almost 3am, aku rasa mata aku bertakung air mata and bengkak hahahaha. Menangis dalam tdo sebab mimpi macam sakit jiwa kot hahaha.
Aku mimpi aku kat rumah nya. Dengan family, adik beradik semua. We were close. Thennn tetiba ada dua perempuan datang untuk melamar dia dan abang dia. Yang abang dia bermasalah sikit sebab perempuan tu macam berusia ke apa ntah so aku jadi mediator supaya dua ni dapat kawen. Dah dua dua sama sama nak tapi orang keliling macam tak berapa bagi gituu.
Dan elok aku tengah sibuk setelkan abang dia, ntah macam mana F boleh terima terus lamaran perempuan yang datang tadi. Dan few days agaknya lepastu terus kahwin. Aku masih kat rumah dia. Tolong dia kawen. Aku rasa macam sakit dan sedih tu membawak ke alam nyata bila aku tersedar je mata bertakung. Lepas kawen tu, dia dengan wife dia yelah, pengatin baru so asyik la kemana mana bersama sama.
Sedangkan aku ada disitu.
Sedangkan aku dan dia were close.
Tau tak apa rasa dia? Hahahaha mimpi je pun tapi sebab memang aku ada rasa yang aneh kat dia in reality, so even mimpi macam tu sangat menyedihkan ye kawan kawan sekalian. Kahhhhh.
Ok back to reality.
Haritu aku cakap kat dia, kalau kawen nanti jangan jemput. Aku takkan datang.
But knowing myself, kalau masa tu aku masih ada lagi rasa kat dia, aku akan usahakan pergi.
Aku jenis yang akan menyakitkan hati sendiri. So nanti bila aku tengok dia kawen, aku akan of course la sedih kan, dan sakit hati. Aku akan guna sakit hati tu untuk lupakan dia. Kalau tak mampu pergi pun, aku hadap gambar kawen dia sampai tahap aku dah tak larat nak menangis, yang tinggal sakit hati aje. So nanti aku insyaallah boleh okay.
Tu yang aku buat dengan ex dulu.
Aku hadap gambar dia dengan pujaan hati dia. Aku buat desktop wallpaper gambar dedua tu supaya aku sakit hati sangat sangat. Lama lama sangat sakit hati, hati aku pun kebas so kau boleh pegi mammpusss. Gituu.
But as for now, rasa terpujuk.
Rasa ada kekuatan, sedikit.
Cuma masih ada secalit rasa mengharap.
Takpelah.
Allah ada
Yang penting, yakin. Yakin. Yakin.
Allah takkan buat aku kecewa.

No comments:
Post a Comment