gucciglasogon.se

Monday, July 22, 2013

kalo dah berbini buat cara berbini boleh tak?

aku tau ni bulan puasa, so kena banyak bersabar. ganda ganda punya sabar berbanding bulan bulan lain yang memang kena sabar jugak. tapi aku tengah marah dan bengang gila ni.

kau boleh tak, kalo ada bini, tolong buat gaya ada bini.
jangan nak menggatal dengan perempuan lain.
kalo ko dah mesej, call tapi aku tak respond dah berpuluh kali, jangan la bangang and benak sangat nak paham.
silap besar sebab ko tipu aku, and salah gunakan kepercayaan yang aku bagi.
no wonder aku rasa insecure gila time buat kerja dengan ko.

ko guna alasan memacam kan, nak tolong itu ini, tapi sebenarnya ko ada niat lain. tu silap ko.
ko call aku and bila aku tanya anak2 and bini ko dah call ke belom, ko jawab hari2 call padahal ko jaaaraaang gila buat. tu silap ko.
aku anggap ko kawan yang betul betul nak tolong aku setelkan kerja aku tapi ko buat sebab ko ada hidden agenda. tu silap ko.
ko dengan aku kenal baru je, tapi ko act macam kita dah kenal lama. nak jalan dekat2, xnak cakap pasal TTM (teman tp mesra) aku, duk kondem TTM aku, makan sibuk duk amik dalam pinggan aku which is my biggest no no aku. u dont usik my meal, kalo nak, mintak. aku bagi tapi jangan memandai2. bodoh! tu silap ko.
i gave u my trust and u end up misusing it, tu silap ko.

but above all, it was me to be blamed for sebab beri kepercayaan kat orang macam ko.
aku yang lawan gerak hati aku padahal hati aku dah terdetik something was fishy about this guy tapi konon la xnak berprasangka buruk, aku diamkan aje.
so aku pun sama silly.

ko tau yang bini ko called aku?
untung dia tak merempan rempan marah kat aku. dia tanya elok2 and sekarang aku dah jadi kaunselor tak bertauliah dia pulak. it's ok la sebab bini dia baik.
aku terus terang dengan dia.
dia terus terang dengan aku.
so kami boleh berkawan.

tapi aku tak paham, bini ko punya la baik lagi ko nak menggatal?
akak ni duk cerita, laki dia jaaaaaraaaang gila call and sms. if sms pun, nak tak nak je reply.
tapi kat aku, kemain je sms ye kau?
dasar tua kutuk gatal merenyam lagi tak sedar diri.pendek fizikal.pendek akal.

ko ingat bini kau tak pandai ke?
kalo x, xde dia berbisnes. 
bingai punya jantan.
kalo xpandai, xde dia boleh tahu even kau duk jauh kat sabah sana.
jantan bingai.

and to shock more, akak tu cerita yang sebelum ni pernah ada girl ni, siap cakap camni lagi, "akak ingat, H tu bahagia ke dengan akak?"..ini lagi sekor, bingai.
kalo tak bahagia, ko ingat boleh dapat 4 anak?
boleh hidup bersama almost 20 tahun?

kesian akak ni.
dia dah macam nak give up gila dah dengan laki dia. tapi sebab anak anak, dia bertahan.
akak ni memang hebat, aku percaya tu.

aku benci gila la jantan ni.kabaret.bingai.
aku benci sebab dia menipu, amik kesempatan, salah guna kepercayaan aku.
no wonder la time buat kerja ko asik nak promote diri ko je kan.
bangang. aku bukannya baru kenal dengan jantan penipu macam ko ni. kat fb kemain bercakap soal sunah, dosa pahala semua. bodoooooooooooh!
ex aku yang bingai tu pun pernah menipu. tu aku lagi bingai. p layankan dia menipu selama 2 tahun padahal hati aku dah terdetik something.

and fyi, ni bukan kali pertama la aku handle laki orang ni.
dasar tak reti menghargai.
ko ada bini, buat cara ada bini boleh tak?
tak payah nak menggatal dengan orang lain.
sudahnya aku jugak yang kena menjawab dengan bini bini korang.
kalo jenis paham dengan sekali explain takpe la, ini, berpuluh kali explain pun telinga tu taknak dengar.
lepastu mula nak meluah2 masalah rumahtangga kat aku.
aku suruh bincang dgn laki, banyak songeh pulak ko.
yang lain pulak, mentang bini ko tak sihat, tak boleh beromen, kau datang mengadu kat aku apesal?
p mengadu kat bini ko la. kat doktor.
ke kat dahi aku ada tulis, "Kaunselor Rumah Tangga Bergolak" or "Kaunselor Masalah Seksual LakiBini"?

jadi tolonglaaahh.
ko nak buat perangai, jangan libatkan aku.
aku taknak nanti tak memasal laki aku pun karang jadi macam korang.
cukup cukuplah hoii.

tapi aku heran, yang single susah pulak nak terpikat kat aku apsal tah.

Friday, July 19, 2013

Dugaan Berpuasa

dah masuk hari ke 10 dah puasa. cepat je rasanya kan.
tinggal lagi 19 hari je lagi.

harini mood macam kelaut. macam ada yang tak kena. tapi taktau la kenapa.
puasa aku baru beberapa hari aje. perempuan..:P
2 hari ni rilek aje kerja aku. students dah balik cuti. kerja aku melambak tapi macam biasa la..slooooow.
asal bukak paper je nak baca, mulut menguapp la xingat.
ni tengah menaip pun boleh menguap nguap.
padahal tido dah terlebih.

risau pun ada. aku kan asyik duk rindu kat arwah nenek aku..mimpi dia lagi..rindu sangat..
masuk harini, dah genap seminggu start muntah darah.start jumaat malam lepas. semalam muntah lagi kali ke 4.. dia punya time muntah cuma antara 11-12 malam. lagi few days tu kekadang berjaya je tahan, xde muntah apa pun..mampu tahan. tapi semalam, dah dekat kul 12, telan ubat xsampai seminit je dah mencurah curah muntah. cuma amount darah tu dah xbanyak sangat. sakit dalam perut la. tapi so far xde la kritikal sangat except for mood yang tak tentu hala. malas nak check.

first kena tu duk ingatkan cili ke apa tapi dah makin banyak.menjejeh2 keluar kot mulut. kali kedua siap dengan hidung pun berdarah sama.
mampu bertahan cuma mentally not kot sebab tu aku end up menulis kat sini.
nak luahkan tapi susah la.
macam semalam aku duk menyembang dengan few friends ni pasal condition aku DULU masa yang sakit 2 bulan haritu. tapi terus je lepas tu cakap takut la apa la.
aku dah la perempuan sensitif sekarang ni. terasa ok. aku kan dah recover dari yang sakit dulu.

sometimes kan, bila aku luahkan or cerita pape kat somebody doesnt mean i am weak to handle it on my own tapi it is simply because i trust them. tapi alwayssssss i ended up frustrated. scratched.

dugaan bulan puasa kot. 
nak kata yang muntah darah ni sebab luka laparoscopic operation haritu, macam impossible.
tapi memang ada sakit sakit lagi kat situ. 
dugaan bulan puasa.

sabar je sikit lagi. insyaallah sembuh.
mari menjadi positif..:)

oh ye, Ahmad, rindu kamu juga. hehe

till then,
Me


Saturday, July 6, 2013

Rindu mereka.

Few days back ni, aku rasa macam aku dah menjadi perempuan berhati kaca. pantang silap sikit, mula la nak sentap.. otak aku rasa macam berat je..kepala pun sama. dah memang seadanya otak ada dalam kepala, ofkos kalo otak berat, kepala pun berat. ok merepek.

dah 3 hari berturut rasanya aku mimpikan ummi abah..and pagi tadi lepas subuh aku sambung tido and dapat mimpi tak best. aku mimpi gaduh dengan ummi abah..sebab kecik je pun. and dalam mimpi tu jugak aku sakit. tapi kasih sayang mak ayah kan, even gaduh pun diorang sabar layan kerenah aku. aku mintak itu ini, diorang sabar je pujuk..cakap itu tak boleh, ini tak boleh, kenapa tak boleh..dalam mimpi tadi aku dah jadi macam sakit yang kembali jadi budak2.retarded kot.. bangun je dari mimpi tu, sedar2 aku rasa mata aku macam baru lepas nangis..:(

few days lepas, ada bersembang dengan ummi and abah. masa menyembang dengan ummi boleh la lagi nak tahan. tapi lepas je cakap dengan abah, berjurai jurai air mata keluar. dah la time tu kat kedai makan..i missed them both so badly..:(

kawan kawan aku ada tanya, kalo rindu kenapa tak call..aku ni bangsa yang kalo tengah lemah semangat, tak boleh call ummi abah. karang satu satunya perkataan yang keluar dari mulut aku adalah "ummi.."/"abah.."..lepastu apa lagi..kompem menangis. dah lah abah aku jenis tak boleh tengok/dengar anak anak menangis. kompem dia menangis sama..xselera makan, xboleh tido.. harini je dah berapa kali tah asik berair je mata..tapi boleh lagi la tahan.tak berjurai lagik keluar..huhu

dan tadi dalam kete masa keluar makan, kawan kawan ni duk menyembang pasal orang yang dah meninggal..teringat arwah nenek aku..dah 11 tahun meninggal..aku rapat gila dengan arwah..orang tua tua selalu cakap, kalo kita mimpi orang yang dah takde dan dalam mimpi tu dia diam dan tak cakap pape, maksudnya tu memang dia.bukan syaitan.

i remember having this dream.. years after she passed away. aku mimpi jumpa dia..2 3 kali.. dan kebanyakannya dia tak bersuara..dan dalam satu mimpi tu, aku mimpi aku peluk dia..rindu sangat..

aku rasa macam baru je aku nampak dia, duk buat kuih kat satu sudut kat rumah dia dulu..
aku rasa macam baru je tengok dia..
aku rasa macam baru je dengar suara dia..
aku rasa macam baru je dengar nasihat dia..
aku rasa macam baru je nampak dia tenung aku..pandang aku..

Allahu Rabbi..rindunya..
Jagakan ummi dan abah untuk aku..aku tau Kau menjaga lebih baik dari aku..
Bahagiakan nenek kat sana..sampaikan yang aku rindu dia..

dah tak boleh teruskan.

till then.

undang undang.


1. kalau tak suka baca, jangan baca.
2. kalau sakit hati and nak marah marah, sila pergi tempat lain.
3. kalau datang visit blog semata mata nak kondem, there is an 'X' button at the top right. sila klik.
4. aku mood tengah tak ok jadi malas nak marah marah. sukati la nak cakap apa pn ye. kalau berani dah komen pakai nama dah, ini bantai pakai 'anon'. kenapa?
5. kenapa nak kondem/marah kat blog aku? lain la aku ni retis. ini, bayaaaaang pun takde.

till then,
saya yang sedang sedih lagi terluka lagi kecewa.

Tuesday, July 2, 2013

sampah pun sampah laaaa

salam and hye!
lama menghilang kan? jangan ditanya kemana. malas nak ingat. 
cis. macamkan ada orang kesah.

hurm. back to Arau. menanti projek yang tak boleh nak conduct lagi.
weather tak cun.
barang nak turun laut tak ready.
aku pun tak rajin.

babies kat rumah dah bertambah. currently dah ada 12. Putih, Bulat, Sipit, Nan, Ceknin, Ibu, Tett, Mekbuas, Mei, Mektam, Belang and ;agi sekor takde nama lagi..:P

perangai makin manja. mengada dan menjadi jadi.
haritu duk rumah 2 bulan disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan and suddenly datang sini, terasa rindu sangat kat diorang. bila sesekali balik, hoihh semua nak kena dukung cium peluk gosok.

harini students ada exam and alhamdulillah subject yang aku handle bersama, diorang boleh jawab. 
sangat gembira!
tapi tetiba dapat mesej, 

"Miss, assignment splicing and knots saya dah hantar tp dalam namelist cakap xhantar",
 "Miss, report sea survival group saya dah hantar kat tuan haji tp dia misplaced agaknya"

huhu..baru puji sket dah tetiba jadi macam ni..dah hantar kat Tuan Haji, p la consult dia. yang mai duk tanya aku ni apsal. huhu. tapi tak sampai hati pulak nak marah. yang patut consult aku, diorang p consult Tn Haji n begitu lah sebaliknya. mana la aku tak menggelegak.

dah la aku ni bangsa tak rajin nak p kampus. ofis aku pun aku tak jejak kaki.

takpelah. buat lah selagi termampu.
tolong mana yang boleh.
dah since test and assignment memang aku mark dengan strict
salah satu perkataan, dikira SALAH ye.
and jika kopipes, keep on dreaming to get full marks.
memang tak lah.
presentation pun sila in english ye. bantai la broken pun as long as english.
dengan Tuan Haji korang boleh gelak gelak and main main but its a big no no with me ye.
I've even locked the door once. mana la tak marah. kelas pukul 3, 3.45 baru nak masuk.
itu pun aku dah kasi can start kelas lambat setengah jam.
lagiiiii nak lambat 45minit.huh!

aku baru sedar bahawa sesungguhnya aku kat luar class and dalam class adalah completely different person.
jangan tanya aku kenapa.

dulu dah set rules diorang tak boleh address aku as "akak" anymore.
it's a strictly professional relationship.
address me as either "Miss" or "Ma'am" sahaja.
tapi yang ada kes terpencil p bantai panggil aku Madam ni kenapakah?

i am not yet married.
tsk..tsk..

entry macam sampah kan?
ala takpe aku jugak yang baca sudahnya.
got to get ready. budak bilik berdua ni mau p mengionizekan kaki kaki mereka.
aku?tukang teman.
dan tukang makan capati kat kedai sebelah.

till then,
Me.