Aku
rasa kan, aku ni memang tak layak nak ber blog. Tengok la aku punya tahap
kemalasan nak update..plus takde cerita sangat nak update pun.
Ok
first, selamat hari raya aildilfitri..mohon maaf kalo ada tersalah silap yang
tak sengaja yang buatkan sesapa terasa hati..sengaja atau tak sengaja..
Pasal
raya, tahun ni kan, raya memang agak meriah bagi orang yang dating bertandang
ke rumah aku. Tapi aku, hazabbbbb. Guests dating start lepas sembahyang raya
which at that time ayam pun tak masak lagi sampaiiii la malam. Tak berhenti
okeh. Gap yang takde guest paling lama adalah setengah jam sahaja. Penat gila.
Aku
beraya dengan apron dari pagi sampai la petang. Pagi aku pakai baju raya kejap
je time nak bersalam raya dengan parents and adik adik aku. Lepas tu, terus
tukar baju 2 tahun lepas rasanya. Lagi senang nak duk dapur camtu. Nak membasuh
pun senang. Dress tu takde blink blink glitter embroidery mana2. Tapi aku tak
lah seletih ummi aku. Aku ni keje nya hidang air, makanan, cuci pinggan
mangkuk, hidang air lagi..rotate same routine sampai la satu tahap aku siap
cakap kat ummi yang aku dah tak larat nak bercakap dah pun. Rumah penuh dengan
guests. Makcik and pakcik aku datang 2 kali tapi tak boleh nak masuk rumah
sebab dah ramai so depa balik. Datang lagi, pun ramai..balik lagi. Sudahnya malam
baru datang. Itu pun ada lagi 1 family guest.
Disebabkan
aku berapron maka takde gambar raya pun..if ada pun gambar aku pakai baju tahun
lepas masa raya kedua haritu. Siap cousin aku perli, “mana beli baju raya?cantik..”
Cis!kuang
ajaq. Tapi aku kan tak tau malu so aku selamba sound balik, “ni apron yang beli satu percuma satu. Ni pakai
yang percuma punya. Tak mampu aih nak beli2 ni”..wakaka
Raya
kedua baru la p beraya rumah atuk (atuk aku kawen dua. Dia stay dengan bini
muda), rumah makcik2, sepupu2..tu pun berapa rumah je since kitorang gerak
lepas jumaat. Plus pulak aku duk sakit perut. Dah tau sakit, lagi gatal nak
pakai heels.
Iklan: Aku gila betul kalo tengok
heels so beli la sepasang untuk raya ni..pakai sekali tu je pastu tak pakai
lagi. Lenguh rupanya kalo dah lama tak pakai heels. Itu baru yang 4inches. Aku bercita2
nak pakai yang 5inches tanpa sakit kaki dan kekok. *flip tudung laju2*..puiiii
Raya
ketiga, aku terlepek tak bangun sebab sakit perut. Bangun pun adik2 aku tolong
angkatkan. Khayal je aku duk kedarah ubat tahan sakit. Rasa macam dunia
berputar2 gitu.
Oh
haa, haritu 25ramadhan, I lost my baby. I mean kitten. Dia kena patuk ngan
ular. Aku treated him for almost 2 days sebab dia sakit hari khamis and kat
sini jumaat sabtu kan vet cuti. Aku duk harap dia mampu bertahan sampai ahad
tapi he didn’t make it. I slept with him, treated him, feed him milk, rubbing
him to comfort him, talked to him, cuci poo dia..and bila that day, around 1
am, dia tersentak2. Aku terjaga and riba dia. Dia tersentak2 dua kali and he
left me.
Aku menangis tak ingat.. aku teringat sebab sebelum aku tido malam tu,
he grabbed my hand bila aku sentuh dia..and keluarkan suara lepas almost 2 days
tak bersuara. And he just looked at me. Sayu sangat. Tapi sebab aku mengantuk
sangat, aku tertido sambil gosok dia.
If only I know he would leave me that night,
aku takkan tdo. Aku teman dia. Dekat seminggu aku menangis teruk. Siap demam
bagai. And I didnt even touch ayam pun for meals. Memang hilang selera makan. Bila
tengok ayam je, aku teringat dia. Kat bazaar haritu pun aku boleh menangis. Bila
ummi tanya nak makan apa, nak ayam tak..aku cuma leh cakap, “teringat dia” and terus menangis..almost 2 weeks aku tak sentuh
ayam sedangkan tu fav aku. And him also..
Malam
yang dia takde, aku carry dia ke bilik air, bersihkan najis dia..balut badan
dia..and aku cakap kat dia, “saya sayang awak.
Tidur lah. Saya minta maaf kalo saya terkasar selama ni. Kalo ada kekurangan
sepanjang saya jaga awak”. Aku peluk dia malam tu. Cium dia sebab aku tau
pagi nanti tak boleh dah..aku letak dia kat lengan aku. And darah mengalir tak
berhenti dari hidung dia..my poor baby..
Banyak
kali aku mimpi dia. Terbau dia. Nampak dia.
Aku
belum berani nak tengok gambar2 dia because everytime i did, i’ll be torn
apart.
I
missed him so much..:(
sedih nye cite..hehe...saya pun xde gambar raya...malas nak snap2...lelaki...
ReplyDeleteamboi perli nampak???
Deletehehe
itu normal bagi lelaki
kalo lelaki byk snap gambar, itu memang pelikkkk
haha..betul tu..pelik tengok lelaki yg suka snap2 pastu buat posing gedik...haha....
Delete