gucciglasogon.se

Saturday, November 29, 2014

Insecurities Part 1.

Saja nak sembang sembang. Terasa macam nak meluahkan yang terbuku dalam ni. Tapi kan macam biasa la. I dont think i'd able to explain though. So bertabah je la kalau tak paham ye.

Nak sembang pasal kawan lelaki.
Aku rasa aku lagi ramai kawan lelaki daripada kawan perempuan. Dan aku juga selalu ada masalah bila bab ni. Bukan la kata bab berkawan tapi masalah diri aku sendiri. Aku yang bermasalah.

Aku ada satu 'illness' tau. Tapi nak cite detail kang susah pulak nak paham. So senang cite meh create a situation la ye.

Situation 1.
Aku kenal dengan beberapa orang kawan lelaki. Dan dari awal aku tau mereka ni memang dah beristeri, bertunang, ada girlfriend. Tapi aku elok je boleh berkawan and gelak ketawa. Siap boleh sembang pasal isteri/tunang memasing. Bukan tu je, siap aku ni boleh pulak lepak and kawan dengan wife diorang jugak.

Situation 2.
Aku kenal dengan guys yang juga ofkos adalah kengkawan aku. Dan aku juga rasa selesa dengan kengkawan ni sebagaimana aku selesa dengan kengkawan dalam situasi 1 kat atas. Tapi suddenly I know that they are with somebody. Maksud aku macam dah kawen, dah ada girlfren, minat kat somebody, dalam proses nak mengurat and etc lah. Aku akan rasa tak best. Sebab aku tau semua tu lepas aku mula rasa selesa berkawan dengan mereka. Padahal bukanlah aku ada feeling pape pun kat mereka.

Kalau macam dalam situasi 1 tu aku tau dulu status memasing dan aku still boleh get along, gelak terbahak bahak. Tapi situasi 2 ni, terbalik. Aku dah selesa, gelak ketawa gurau kutuk kawkaw punya dulu pastu baru tau. Aku jenis manusia yang ada circle. So mereka ni adalah antara yang berada dalam circle around me.

So bila situasi 2 tu jadi, aku jadi stress tau. Bukan sebab aku ni jatuh hati ke apa ke. Tapi aku rasa insecure. Aku rasa macam diorang ada dengan aku sekejap je. Nanti bila diorang punya special one ada, they'd leave me. Aku rasa akan ditinggalkan. Rasa akan dipinggirkan. Rasa macam perhatian akan teralih. So aku rasa tak best.

Dan hati aku pulak adalah jenis yang lembut hati. Kalau kau tengok memang aku nampak kasar tapi sebenarnya hampeh aku ni kat dalam. Jenis hati kapas. Hati tisu.

Aku ada few kawan lelaki yang rapat. Lebih dari kawan biasa tapi bukan boyfren. Gitu kekdahnya. Boleh bersayang berdear bagai tapi habis takat tu je la. Susah oo nak paksa hati supaya jadi 'habis takat tu'  je. But still aku ok je berkawan.

Tapi nak go through the same phase again, with different people is seriously not that easy. Hati memang betul kena jaga. Aku kengkadang cepat suka dengan orang keliling aku. Tapi kengkadang ada jugak aku cepat tak suka kat orang yang nak masuk circle around me. Kira nya macam orang keliling aku adalah dari golongan yang aku suka.

Dan paling aku takut adalah bila perasaan suka tu bloom jadi lebih dari yang sepatutnya. Hati boleh nak di trick pakai akal tapi serious aku cakap, susah gila. Hari hari otak ni memang kena wash and saiko je lah. Aku takut gila oh. Sebab aku dah beberapa kali suka kat orang tapi at the end aku yang frust. Tu belum bercinta lagi tu. Oftennya memang aku kena bohong kawkaw la. Mana aku letak akal aku pun tak tau la yang senang senang je kena bohong ngan golongan ni.

Dari situ la datang insecurity yang aku cakap tadi tu. Aku rasa macam orang keliling aku, kawan rapat aku semua akan tinggalkan aku. Left me broken to pieces. All of them will break me. Susahnya lah nak cakap camne.

Now aku ada a new good fren. *please note that i'm a person who could easily get along with people but not that easy to pull them into my circle*. Kami adalah 80% identical except for gender.

Aku dah rasa selesa dah kawan dengan dia. Sebab dia macam reflects who I am. Macam we resemble each other gitu. But then aku tau dia ada girlfren. First thing yang aku rasa adalah frustrated. Takut. Aku takut dia akan tinggal aku sama macam orang yang penah rapat dengan aku buat. Wei sakit weii. Walaupun bukan bf tapi dia punya torn apart tu bukan calang calang. Aku jugak rasa selesa dengan dia dan aku risau kalo dari selesa and suka berkawan tu akan  bloom jadi lebih dari yang sepatutnya sebab aku positive aku yang akan kecewa, macam biasa. Dan aku tak nak ruin the frenship. Priceless and valueable gila kami punya frenship. Nanti aku cite kenapa.

So untuk atasi rasa takut tu, aku doa kat Allah.
"Ya Allah, Kau yang lebih mengetahui apa yang akan jadi. Sekiranya dengan menyukai/ada perasaan pada dia (mention nama) akan membuatkan aku kecewa dan terluka pada hujungnya, jaga lah hatiku agar tak goyah. Agar aku terus memandangnya sebagai sekadar sahabat. Jagalah hatiku."

Moga Allah mendengar doa aku.

Lagi satu, aku rasa perasaan ni selain daripada triggered by pernah dan sering ditinggalkan oleh orang yang aku sayang dan rapat dengan aku, ada lagi satu trigger nya.

Tapi now aku dah lenguh menaip pakai phone ni. Aku sambung nanti.

Tuesday, November 25, 2014

PokerFace

Aku bukan lah suka sebenarnya memalukan diri sendiri. Tapi ntah kenapa benda memalukan selalu jadi kat aku. Ke sebab aku ni pokerface n shameless? Kahkahkah.

Tadi cruise around islands kat Langkawi. Pastu singgah kat Pulau Tuba. Aku nak pegi kedai runcit tapi xtau jalan so aku tanya la guy kat jeti tu. Pastu dia offer moto dia suh guna. Pegi kali pertama dengan dia. Pastu kedai tutup.

Sembang dengan dia.

Me: Abg buat sewa yeh moto ni?
Guy 1: Eh tak lah. Buat sewa moto lain. Ni moto sendiri guna.

Pastu pegi kali kedua kedai tu dengan sorang student ni. Dah siap beli semua n sampai jeti semua dah tengah beratur nak naik bot. Aku tengok abg yg bg pinjam moto tu xde. So aku tanya sorang lagi guy yang ada kat situ.

Me: Eh mana tuan moto tadi? Nak pulang moto dia.
Guy 2: SAYA LA TUAN MOTO NI.
Me: Eh? Bukan moto abg tadi ke?
Guy 2: Bukan. Ni moto saya.

Kahkahkah. Patutlah masa sampai dia pandaaaang je. Gila malu ah. Nasib la aku ni bangsa tak tau malu. Muahahahahaha.

Bak kata sorang crew bot ni, "awk ni kalo campak kat somalia pun boleh hidup kalo camni".

Yang penting, muka kena tebal.
Muahahahahahaha.

Ni dia bukti betapa tak malu nya aku pose camni kat depan jeti depan Pulau Tuba. Hahahahahaahaha.

Sunday, November 23, 2014

Hantu Pulau

* ni entry bulan 5. Tadi aku bukak nk edit apa tah pastu ttbe tarikh dia terus jadi harini. Pakai phne update ni so takleh edit.

Akhirnyaaa..after more than a week at pulau, dah boleh tengok daratan. Kekeke. Tapi sat je la. Esok pagi dah balik pulau. Balik sebab nak guna internet je pun. Nak cari journals sket.

Semalam kan, aku nyumpah seranah kat "benda" tu. Aku lepak jeti petang semalam. Nak balik ke Pusat (bilik) dari jeti tu kena lalu satu selekoh kat jeti tu jugak. Kat selekoh tu la selalu ada benda bertenggek. Dulu pun penah nampak bertenggek kat situ. Muka dah la buruk. Ingatkan aku je yang nampak..sekali abg staf yang jalan sekali dengan aku pun nampak.

Yang kes semalam ni camtu la. Masa nak sampai kat port dia tu, boleh pulak aku ternampak dia bertenggek atas batu tu. Dah la aku jalan sorang semalam. Orang lain tak gerak balik lagi. Dan dan aku jalan mengundur. Pastu cakap kat abg yg tengah jalan ke arah aku, "jom abg.lepak dulu lah.sat gi baru balik.lahanat betul.p bertenggek atas batu tu pulak".

Gelak sakan member. Then masa nak balik, aku jalan dengan lagi dua orang abg staf ni. Sorang jalan laju, tak pandang kiri kanan dah. Yang sorang lagi tetiba "ya hananaa ya hananaaaa"..depa nampak something lagi rupanya. Haihh la. Menjadi jadi betul kebelakangan ni. Malam sebelum tu pun depa nampak dah.

Aku nampak kat dapur jugak. Bertenggek atas tanah curam kat tepi meja makan dapur. Barua sungguh. Aku dah la jalan sorang. Pastu asal malam je bau nasi minyak. Bau nasi lemak. Bau makanan. Malam pulak nak lepas kul 12malam.

Tu antara sebab lain aku balik sekali malam ni. Dah "mereka" duk mengganas sakan..baik aku blah sebelum aku kena untuk kali ke berapa belas dah ni. I is pentakut tau. Tapi tak setakut abg ni sorang. Lawak betul. Nak p minum air kat dapur pun ajak aku teman sebab takut. Hoihh. Baru pukul 8malam hoihhh masa tu.

"ema nak p mana?dapur?teman abg boleh?abg nak makan ubat..tapi air takde.takut nak p sorang"

Hehe.sabar je lah tauu.

Banjir. Arau.

Tadi pukul 4, air segan segan lagi nak muncul. Now 9 pm air dah melimpah ruah atas jalan. Kat market belakang dah ramai gila org queue beli barang makan. Roti pun xde dah.

Area rumah sewa aku insyaallah tak naik air. Tapi kawasan sekeliling naik air. Depan belakang semua. Jadi pulau la cenggitu ni.

Mintak jauh la. Aku serius takut banjir kat tempat orang ni. Nak mandi camne? Nak makan apa? Nak keluar camna?

Esok sampai jumaat takde kat sini. Pegi sailing. Tapi ngeri je terbayang bayang bila balik jumaat tu hujan masih tak berhenti. Memang aku nanges tak ingat lahh. Nauzubillah. Takut.

Lambak

Banyak nak cerita tapi as usual. Me and laziness parts never.

Ni nak sembang pasal sailing.
Esok ada trip bebudak. P sailing sampai khamis. Tadi aku tengok tentatif macam almost semua nya kelas.
Yang survival punya cuma sekali je.
Means diorang cuma perlu lompat ke laut sehari je.

Students 14 orang.
Lecturers maybe dua orang je.
Pengiring pompuan (aku) sorang je.

So kalo class dari pagi sampai malam maka aku nak berfungsi sebagai apa? Mannequin? 

Kali ni aku rasa aku pergi bercuti ni. Free cruise. Masuk kelas memang tak la kan. Kahkahkah. Masuk la jugak tapi takde la nak ngadap sampai habis. So serious memang aku rasa aku pegi ni untuk bercuti. Padahal aku manjang je cuti.

Khamis minggu lepas (13 - 14/11) aku kat Langkawi. Attend sampling budak budak. Gila macam lunyai badan aku. Hari khamis 2 kali pergi balik dari laut. Hari jumaat 2 kali pergi balik. Hari sabtu sekali. So total adalah 5 x 2 (pergi dan balik) = 10kali trip. Pastu sabtu tengahari dah check out. Merempat kat jetty sebab tiket pukul 5. Balik dari Langkawi pulak ombak beralun. Gila nak termuntah aku. Hahahaha. Tapi tak muntah pun. Aku uwek uwekkan kat orang sebelah. Hahahahahahaha. Nasib kau la Hanif. Panik dia. Takut aku muntah atas dia. Hahaha.

Sampai kampus sabtu tu dah pukul 8 malam. Pastu ahad tu rehat sehari. Esoknya isnin ada kursus basic safety training. Dari pagi sampai petang. Selasa ada sea survival and fire drill budak budak. Pun balik malam.

Rabu p klinik sebab badan aku dah naik bintat besar gila. Banyak pulak tu. Aku rasa sebab motel kat langkawi tu. Pastu kena inject. Pastu ngantuk ngantuk pun drive ke pusat akuatik nun kat Gunung Keriang sana sebab aku tertinggal baju basah aku kat sana. Ada spender. Sebab tu kena amik. Kahkahkah. Aku drive sambil tdo. Ngantuk kena inject.

Pastu khamis ada kelas dari pagi sampai petang. Jumaat terbangun lambat so xmasuk lab. Terus moody. Perut and pinggang pun sakit. Jadahnya la tetibe je kan.

Weekend rehat. Esok dah sailing.
Seriously macam berjalan je keje aku bulan ni. Huhuhu.

Ok dah lah. Nak solat.
Bertabahlah dengan entry lambak ni. Semua gamble masuk sekali.
Oh ye nanti aku ada cte tragis nak cite. Kahkahkah. Tapi nanti lah.

K bye.

Tuesday, November 11, 2014

Mengantuk

Aku adalah manusia yang tak dapat dipisahkan dari mengantuk. Sesekali kalo datang rasa mengantuk, bukan calang calang. Tambah pulak kalo jenis yang mengantuk kat kepala. Bukan kat mata. Rasa macam kepala mengantuk. Pastu menguap bagai nak dislocate jaw. Tapi mata tak ngantuk sangat.

Tu jadi kalu, sambil drive pun aku mampu terlelap. Apatah lagi kalo dalam jamban. Takat jamban duduk tu apalah sangat. Jamban cangkung pun aku boleh lelap. Tengah tahiyyat/sujud pun kadang aku lelap.

Kalo tahan jugak mata xnak tdo, lepastu karang ada lah yang guna shampoo sebagai sabun, langgar pintu atm, makan nasi tapi amik cawan, tahiyyat akhir baca doa qunut, terlupa tahiyyat akhir, terlebih rakaat solat, orang cakap A aku dengar B. Tu biasaaaaaa.

Tu namanya unik. Yang unik itu rare. Yang rare tu istimewa. Yang istimewa tu beautiful. Yang beautiful tu aku lah. Kahkahkah.

Thursday, November 6, 2014

Buli

Aku baru tengok video yang kes buli tu. Tu pun tengok kat berita tv9 tadi.

Now aku faham kenapa mother mother yang tengok video tu bengang. Serius. Aku yang tengok pun gila sakit hati. Aku rasa kalo la jadi kat adik adik or anak anak aku, lunyai pembuli tu aku kejekan. Parents hantar asrama bukan untuk ko buli or jadikan kuli.

Come on la.
Ni aku mula nak bermulut *tangan* jahat ni.
Yang kes kat Asrama Anak Yatim tu, apahal ko?
Sedar diri sikit boleh? Ko kat asrama ANAK YATIM. Ko patut lebih sensitif issue ni. Jangan sebab ko takde mak bapak untuk say itu salah ini salah, maka ko beranggapan tiap kesalahan ko tu tak salah.

Sebab tu Tuhan bagi ko akal. DIA tak bagi ko parents untuk bagitau mana betul mana salah tapi ko dah cukup besar untuk utilizekan otak ko tu. Tapi sayang, ko pilih untuk tak guna akal tu. Ko pilih untuk jadi bangang. Yang boarding school tu pun sama. Belajar dah tempat bagus, tapi malangnya tertinggal otak kat kelas prep agaknya. Tu yang tak pikir bila nak buli kaw2. Ni namanya belajar pandai pandai tapi bodo berkati kati.

Seyes aku cakap, kalo jadi kat family aku, headlines tu akan jadi "Pembuli dipukul sehingga.nyawa nyawa ikan oleh keluarga mangsa". Pastu gambar aku antara yang terpampang sebab join sekali bantai si pembuli.

Salah satu sebab aku emosi adalah sebab benda tu salah. Sangat salah. Dan menyakitkan mangsa.
Satu lagi adalah sebab aku pun pernah jadi mangsa buli for 5 years. Cuma aku bukan physically abused/bullied. Aku was tortured mentally. Diorang *boys* taknak kawan aku. Salah satu sebabnya adalah nama aku pelik. Macam haremjad je kan? Pastu did the name calling yang aku tak suka.

Lantak lah. Walaupun sesungguhnya i'm scarred for life. Moga satu hari nanti aku ikhlas nak maafkan. Saat ni, masih belum mampu.

Wednesday, November 5, 2014

JPJ

Sejak JPJ start operasi ni, nk kua dengan kete pun pikir dua kali. Aku tak salahkan JPJ..aku paham diorang implement dasar/law gomen kita. Dan aku mengaku salah aku sebab eksyen taknak tinted biasa. Lagi nak tambah gelap ada la. Tapi bawak bawak la bertenang dulu. Biar habis operasi dulu.

Tapi yang aku nak question ni ada satu benda. Tak tau lah kot aku je yang bangang tak paham proses ke apa kan. Tadi aku renew lesen..and since cip kat ic aku corrupt, peg tu amik gambar baru. Tapi sesungguhnya bila tengok gambar yang diambil tu, macam berbakul je caci maki nak keluar.

Seyes gambar buruk nak mamps.
Aku tau la aku pun takde la cantik tapi kenapa gambar tu jadi begitu? Kalo buat ic kat JPN, they'll guide u. Bagitau tunduk ke, chin up ke, teleng le kiri ke kanan ke. Ni, nan ado.

Gmbar aku jd kelam macam ko snap gambar time malam. Pastu eih buruk lah. Camera tu ko place lower than customers's height n masa snap ko nampak gmbar tu. Why dont u guide? Sumpah memang buruk. Aku rasa kalo ada roadblock lps ni, JPJ akan pandang aku n lesen tu silih berganti.

So tell me one thing.
Adakah polisi dia amik gambar paling buruk untuk renew lesen?
Atau polisi nya "ehh lantak kau lah gambar kau buruk. Sape suh xadjust sendiri kedudukan muka? Pepandai ko lah"?

Sakit ati aku tengok lesen tu.

Takpe. Mari bersangka baik.
Barangkali dia tak reti bab gambar.
Barangkali dia jeles aku cantik so dia buat gambar aku jd buruk.

Kak, tell u what.
Saya ni memang cantik since birth. Akak buat gambar sy buruk pun, saya tetap jelita hakikatnya.
It's just a fact u cant easily swallow hah?

Wakakaka.