Saja nak sembang sembang. Terasa macam nak meluahkan yang terbuku dalam ni. Tapi kan macam biasa la. I dont think i'd able to explain though. So bertabah je la kalau tak paham ye.
Nak sembang pasal kawan lelaki.
Aku rasa aku lagi ramai kawan lelaki daripada kawan perempuan. Dan aku juga selalu ada masalah bila bab ni. Bukan la kata bab berkawan tapi masalah diri aku sendiri. Aku yang bermasalah.
Aku ada satu 'illness' tau. Tapi nak cite detail kang susah pulak nak paham. So senang cite meh create a situation la ye.
Situation 1.
Aku kenal dengan beberapa orang kawan lelaki. Dan dari awal aku tau mereka ni memang dah beristeri, bertunang, ada girlfriend. Tapi aku elok je boleh berkawan and gelak ketawa. Siap boleh sembang pasal isteri/tunang memasing. Bukan tu je, siap aku ni boleh pulak lepak and kawan dengan wife diorang jugak.
Situation 2.
Aku kenal dengan guys yang juga ofkos adalah kengkawan aku. Dan aku juga rasa selesa dengan kengkawan ni sebagaimana aku selesa dengan kengkawan dalam situasi 1 kat atas. Tapi suddenly I know that they are with somebody. Maksud aku macam dah kawen, dah ada girlfren, minat kat somebody, dalam proses nak mengurat and etc lah. Aku akan rasa tak best. Sebab aku tau semua tu lepas aku mula rasa selesa berkawan dengan mereka. Padahal bukanlah aku ada feeling pape pun kat mereka.
Kalau macam dalam situasi 1 tu aku tau dulu status memasing dan aku still boleh get along, gelak terbahak bahak. Tapi situasi 2 ni, terbalik. Aku dah selesa, gelak ketawa gurau kutuk kawkaw punya dulu pastu baru tau. Aku jenis manusia yang ada circle. So mereka ni adalah antara yang berada dalam circle around me.
So bila situasi 2 tu jadi, aku jadi stress tau. Bukan sebab aku ni jatuh hati ke apa ke. Tapi aku rasa insecure. Aku rasa macam diorang ada dengan aku sekejap je. Nanti bila diorang punya special one ada, they'd leave me. Aku rasa akan ditinggalkan. Rasa akan dipinggirkan. Rasa macam perhatian akan teralih. So aku rasa tak best.
Dan hati aku pulak adalah jenis yang lembut hati. Kalau kau tengok memang aku nampak kasar tapi sebenarnya hampeh aku ni kat dalam. Jenis hati kapas. Hati tisu.
Aku ada few kawan lelaki yang rapat. Lebih dari kawan biasa tapi bukan boyfren. Gitu kekdahnya. Boleh bersayang berdear bagai tapi habis takat tu je la. Susah oo nak paksa hati supaya jadi 'habis takat tu' je. But still aku ok je berkawan.
Tapi nak go through the same phase again, with different people is seriously not that easy. Hati memang betul kena jaga. Aku kengkadang cepat suka dengan orang keliling aku. Tapi kengkadang ada jugak aku cepat tak suka kat orang yang nak masuk circle around me. Kira nya macam orang keliling aku adalah dari golongan yang aku suka.
Dan paling aku takut adalah bila perasaan suka tu bloom jadi lebih dari yang sepatutnya. Hati boleh nak di trick pakai akal tapi serious aku cakap, susah gila. Hari hari otak ni memang kena wash and saiko je lah. Aku takut gila oh. Sebab aku dah beberapa kali suka kat orang tapi at the end aku yang frust. Tu belum bercinta lagi tu. Oftennya memang aku kena bohong kawkaw la. Mana aku letak akal aku pun tak tau la yang senang senang je kena bohong ngan golongan ni.
Dari situ la datang insecurity yang aku cakap tadi tu. Aku rasa macam orang keliling aku, kawan rapat aku semua akan tinggalkan aku. Left me broken to pieces. All of them will break me. Susahnya lah nak cakap camne.
Now aku ada a new good fren. *please note that i'm a person who could easily get along with people but not that easy to pull them into my circle*. Kami adalah 80% identical except for gender.
Aku dah rasa selesa dah kawan dengan dia. Sebab dia macam reflects who I am. Macam we resemble each other gitu. But then aku tau dia ada girlfren. First thing yang aku rasa adalah frustrated. Takut. Aku takut dia akan tinggal aku sama macam orang yang penah rapat dengan aku buat. Wei sakit weii. Walaupun bukan bf tapi dia punya torn apart tu bukan calang calang. Aku jugak rasa selesa dengan dia dan aku risau kalo dari selesa and suka berkawan tu akan bloom jadi lebih dari yang sepatutnya sebab aku positive aku yang akan kecewa, macam biasa. Dan aku tak nak ruin the frenship. Priceless and valueable gila kami punya frenship. Nanti aku cite kenapa.
So untuk atasi rasa takut tu, aku doa kat Allah.
"Ya Allah, Kau yang lebih mengetahui apa yang akan jadi. Sekiranya dengan menyukai/ada perasaan pada dia (mention nama) akan membuatkan aku kecewa dan terluka pada hujungnya, jaga lah hatiku agar tak goyah. Agar aku terus memandangnya sebagai sekadar sahabat. Jagalah hatiku."
Moga Allah mendengar doa aku.
Lagi satu, aku rasa perasaan ni selain daripada triggered by pernah dan sering ditinggalkan oleh orang yang aku sayang dan rapat dengan aku, ada lagi satu trigger nya.
Tapi now aku dah lenguh menaip pakai phone ni. Aku sambung nanti.
No comments:
Post a Comment