Banyak nak cerita tapi as usual. Me and laziness parts never.
Ni nak sembang pasal sailing.
Esok ada trip bebudak. P sailing sampai khamis. Tadi aku tengok tentatif macam almost semua nya kelas.
Yang survival punya cuma sekali je.
Means diorang cuma perlu lompat ke laut sehari je.
Students 14 orang.
Lecturers maybe dua orang je.
Pengiring pompuan (aku) sorang je.
So kalo class dari pagi sampai malam maka aku nak berfungsi sebagai apa? Mannequin?
Kali ni aku rasa aku pergi bercuti ni. Free cruise. Masuk kelas memang tak la kan. Kahkahkah. Masuk la jugak tapi takde la nak ngadap sampai habis. So serious memang aku rasa aku pegi ni untuk bercuti. Padahal aku manjang je cuti.
Khamis minggu lepas (13 - 14/11) aku kat Langkawi. Attend sampling budak budak. Gila macam lunyai badan aku. Hari khamis 2 kali pergi balik dari laut. Hari jumaat 2 kali pergi balik. Hari sabtu sekali. So total adalah 5 x 2 (pergi dan balik) = 10kali trip. Pastu sabtu tengahari dah check out. Merempat kat jetty sebab tiket pukul 5. Balik dari Langkawi pulak ombak beralun. Gila nak termuntah aku. Hahahaha. Tapi tak muntah pun. Aku uwek uwekkan kat orang sebelah. Hahahahahahaha. Nasib kau la Hanif. Panik dia. Takut aku muntah atas dia. Hahaha.
Sampai kampus sabtu tu dah pukul 8 malam. Pastu ahad tu rehat sehari. Esoknya isnin ada kursus basic safety training. Dari pagi sampai petang. Selasa ada sea survival and fire drill budak budak. Pun balik malam.
Rabu p klinik sebab badan aku dah naik bintat besar gila. Banyak pulak tu. Aku rasa sebab motel kat langkawi tu. Pastu kena inject. Pastu ngantuk ngantuk pun drive ke pusat akuatik nun kat Gunung Keriang sana sebab aku tertinggal baju basah aku kat sana. Ada spender. Sebab tu kena amik. Kahkahkah. Aku drive sambil tdo. Ngantuk kena inject.
Pastu khamis ada kelas dari pagi sampai petang. Jumaat terbangun lambat so xmasuk lab. Terus moody. Perut and pinggang pun sakit. Jadahnya la tetibe je kan.
Weekend rehat. Esok dah sailing.
Seriously macam berjalan je keje aku bulan ni. Huhuhu.
Ok dah lah. Nak solat.
Bertabahlah dengan entry lambak ni. Semua gamble masuk sekali.
Oh ye nanti aku ada cte tragis nak cite. Kahkahkah. Tapi nanti lah.
K bye.
No comments:
Post a Comment