gucciglasogon.se

Tuesday, September 22, 2015

Gelak Menangis

..and it's happening again.

I guess because i'm a pathetic idiot. Ngahaha. Semalam tdo memang kaw2 punya mengigau lah. Sedih sungguh dengan diri sendiri ni.

Dan bangun lambat.
Selalunya kalau tengah susah hati atau terasa hati memang ni la sign nya. Kalau aku tdo mengigau yang bukan calang calang, stok hentak kaki semua tu, memang maksudnya ada yang tak kena la tu.

Tak tau nak respon macam mana dah. Rasa macam nak gelak dengan kebodohan sendiri tapi dalam masa yang sama mata ni sibuk nak nanges sebab kesian dengan diri sendiri.

Paham tak rasa tu macam mana?
Painfully smiling ke smiling painfully?

Ah lantok.

posted from Bloggeroid

Sunday, September 13, 2015

Down

Aku pernah cakap pasal breaking point, pasal melting down. And aku rasa aku makin mendekat ke arah tu. No. I'm already there dah pun.

Semalam aku pergi klinik. Checkup kidney and breasts. Pergi buat ultrasound. Kot la stones tu dah gerak keluar dari kidney. And the result was so devastating. Stones tu semua masih dalam tu. Tak bergerak. Ada satu yang dah besar. Yang lain banyak tapi kecik kecik. Kidney sebelah kiri dah terlampau bengkak.

Kidney sebelah kanan, semalam scan jugak, pun sedikit bengkak dan ada two visible stones dalam tu.

Dah rasa down.

Dan breast, yang operate buang lump last May, membengkak dan bila check, possibilities nya adalah infections. Dan fluid terlebih. Dulu masa operate buang ketumbuhan tu, saiznya agak besar. So breast pn jadi sedikit distorted first day tu. Tapi reconstructed balik bila fluid fill ruang ketumbuhan yang dibuang tu. Now, fluid tu terlampau banyak. Lebih. Kena sedut buang.

Double down.
Semalam balik dari klinik, aku nanges sambil drive. Time drive, nyanyi lagu tapi mata menangis. Hati rasa berat sangat. Mulut dan muka nak tunjuk yang aku happy je takde masalah. So orang takkan tanya bila aku frowning. Tapi hati rasa terbeban sangat.

Aku tak call pun parents. Tak bagitau pun.
Aku perlu bertenang dulu. Amik masa untuk aku sendiri terima situasi ni. Sebab kalau tak, time cerita kat my parents, aku konfem akan nanges. And I know my parents so well. Aku nanges je nanti mula la abah tak lalu makan, tak boleh tdo. Ntah ntah esok pagi terpacak depan rumah sewa aku ni.

Now rasa a bit better. Cuma rasa letih.
Sangat cepat letih.
Dan berat alhamdulillah naik sekilo. Dah jadi 47. Sebelum ni 49 50kg. Turun mendadak 46kg.


Dan mengikut doctor, berat takkan naik.
Dalam situasi ni, akan makin menurun.

Allah.
Beri aku kekuatan

posted from Bloggeroid

Friday, September 11, 2015

Saja sembang sorang

Hi myself.

Tengah queue kat KFC. Dah dekat seminggu rasanya nak makan, tapi memandangkan aku kan punya ability untuk saiko diri sendiri supaya tak beli, so tertangguh tangguh la.

Mahal dowh.
Hahahahahahahahahahaha.
Ye kena berkira.

Meal now huru hara. Kadang makan sehari sekali je. Macam semalam. Breakfast telur je sebiji. Then next meal pukul 6. Nasi ayam. Tu pun tak habis makan. Ayamnya besar yakmatttt - -

Dah malam mula la rasa lapar. Tapi takmau masak sebab tak rajin. Nak beli kat luar, kurang bernafsu pulokkkk.

So g beli mcchicken tu. Tu punn masih lagi berbaki 1/4. Ada tu haaa. Jap lagi makan.
Beger yang kecik tu pun aku kalau makan sekaligus, maksudnya terus habiskan, memang teruwek uwek la. Perut aku kan anjerrr anjerr gtu. Terlebih makan, muntah. Makan cepat, sakit perut. Kurang makan, aku jadi moster. Mbahahaha.

Eh k lah.
Dah nak sampai turn.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 10, 2015

Penat

Penatnyaaaa lah haiii.
Tadi pergi test run instrument kat lab. Kehulu kehilir. Panjat almari. Angkut air.

Gila macam nak terbengkok tulang belakang aku tadi. Aku taruk air dalam storage box yang color biru tu. Size sederhana punya tu. Angkat box tu letak kat sinki terus. Tak kuasa aku nak angkut sikit sikit pakai cebok kecik tu. Sekaliiiii tima nak angkat dari sinki tu ya ampunnnn berat.

Dasarrr sangat. Nak cepat konon.
Now lenguhh dari pinggang ke bawah.
Penat. Rasa macam nak demam.
Mata pun ala ala nak ada eyebag dah sket.

Ni tadi la kat lab. Tengah tunggu staf datang. Lab coat tak pakai sebab takde. Lagipun tak guna chemical or process pape punn. Kahhhh. Bab alasan memang terer kan kau pompuann.


posted from Bloggeroid

Monday, September 7, 2015

Cant Be Truer

Hi myself.



Kan? Kan?
Tu yang aku experience most of the time.
Tu jugak penyebabnya aku end up disini.

Harini aku rasa dah tiga kot post aku. Eh ke empat? Nampak sangatttttt takde kawan sembang.
Sebelum ni takde jugak pun cuma ntah. Tak de rasa sunyi gini.
Plus my mom baru balik Terengganu jumaat lepas, bertambah tambah la sunyi.

Housemates baru ada.
Tapi sembang gitu gitu je la.
Aku banyak berkurung dalam bilik je.

Eh ok.
Nak solat. Dan nak tengok cite apa tu, Return of Superman ke apa ntah. Reality show korea tu. Takpun layan Mourning Grave. Pukul 11 moh tdo.
Tdo lambat nanti lapar.

posted from Bloggeroid

Hari hari pun mental

Sakit hati dengan diri sendiri.
Mau nya tak, duk library dari pagi santak ke petang tapi keje yang buat nya ciput yakmat.

Apakah iniii. Love hate relationship dengan diri sendiri sangat nii.

Lagi satu, dilema okeh. Aku breakfast pagi tadi je sekali, nasi goreng, ikan kering and air milo panas. Now dah 6pm satu apa pun tak makan lagi. Melainkan gula gula. Now rasa nak makan tapi banyak sangat nak makan.

Nak makan chicken chop.
Ke nak g tebus pizza rm2 tu?
Ke beli dinner plate kfc? Boleh makan untuk dinner and breakfast esok ayam nya.

Tapi dah otak ni senak sangat tak tau nak pilih mana, sudahnya balik rumah.
Masak nasi jap lagi, masak ikan masak kicap. Kalau lapar lagi, baru pikir.

Mental.

posted from Bloggeroid

Mereka Nak Apa?

hi myself.

dah lama rasanya takde unsur mistik dalam hidup ni. Alhamdulillah. syukur sangat sangat.
ada tu ada la cuma not as severe as before. takde lagi penampakan unsur pelik pelik, takde lagi bunyi panggil panggil. aku kan, walaupun dah selalu nampak, takut tu ada lagi okeh. gila kau tak takut.

tapiiiii, sejak seminggu ni aku notice yang aku start having those dreams balik dah.
mimpi tengok orang dibunuh.
mimpi aku dibunuh.
mimpi jatuh dari tempat tinggi.
mimpi kena gigit dengan harimau.
mimpi lalu depan harimau yang kaler hitam tu.

haritu sekali aku tengah sakit yang amat sebelah malam. batu karang aku tu la kan.
dari pukul 11 duk ehek ehek sakit tapi malas nak bangun.
bangun pun bukan hilang sakit. so lantakkan.
pejam mata, tido tido ayam tapi dalam pukul 3 pagi tu dah tak tahan sangat sakitnya.

tapi ntah kenapa masa aku nak bukak mata tu, aku teringat insiden yang aku bukak mata, benda tu betul betul atas muka aku. dalam sejengkal dua je lagi dari muka aku. ni pernah jadi dulu sekali.
tapi sebab dah tak tahan sangat sakitnya, plus rasa nak pee, gagahkan jugak bukak mata.

sekaliii boleh pulak aku terpandang pompuan rambut serabai. muka macam hitam hitam hangus gitu.
bongok okeh. aku dah la nak terkencing. nasib la tak terkencing kat katil.
masa tu aku rasa macam ahh ni khayalan je ni. tapi now bila pikir balik, aku nampak pompuan tu atas muka aku lepas aku bukak mata dah. not the same yang aku nampak dulu tu.

stress aku.
boleh tak jangan mengganggu aku ni.
aku ni pentakut okeh
tak tau apa yang dia nak sebenarnya. or should i say apa yang mereka nak.

kadang kan, rasa macam aku share badan dengan benda lain.
camne eh nak cakap. macam aku nak sangat buat something ni tapi rasa macam ada benda lain yang suppress and empowered me. so sudahnya aku jadi stress. contohnya gini, aku naaaaaaaaak sangat pegi library, tapi rasa macam badan aku ni taknak bagi. macam push aku supaya tak pergi. padahal aku sendiri naaaaaaaaaaaak pergi. bila jadi gini, aku jadi serabut tau. sebab apa yang aku nak buat, tak dapat.

sebab tu kekadang kalo benda gini nak buat, aku kena on the spot.
takyah nak pikir 'ohh esok nak g sana. esok nak setelkan tu ni'. konfem tak jadi.

ke sebenarnya tu kemalasan berleluasa?
kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. gila.

ok now, seriously. kembali pada kisah asal.
benda tu nak apa sebenarnya ye?
aku takde menuntut ilmu pelik.
takde pulak aku pergi punggah barang mereka.
tak pernah pulak bersapa dengan mereka. ok pernah la tapi takde la direct conversation pun.

nak apa sebenarnya ni?

Sunday, September 6, 2015

Last Resort

Hi myself.

Seems like gonna have to start being fren with this blog again. A really good fren.

Nobody to talk to.
Talk = Letting out of whatever I am feeling.

Aku ni jenis suka bersembang.
Tapi tak suka sangat mengadu or cerita apa aku rasa kat orang. Rasa macam apa yang aku nak sampaikan tu, orang tak faham. So end up aku jadi macam ehh dia ni faham tak. Ke faham benda lain dia ni.
Gitu kekdahnya.

Nak cerita kat fb? No lah.
Alangkan yang aku share jokes or bukan masalah peribadi pun ada few people keep calling me "meroyan" "emo" whatnot.

Kalo nak ikutkan, aku taip tu sambil gelak gelak kot. Tapi ntah kenapa la mereka punya judgement ni macam binawe sket.

Kalau dah aku xsuka cerita kat orang, xcerita kat fb, takde kawan nak bercerita maka jawabnya sini je la penyudahnya ye.
Cousin aku cakap aku suka memendam. Taknak cerita. Dah tu kalau cerita pun aku rasa orang tak faham, acanerr?

Menulis kat sini senang, orang tak kenal aku. Orang takde nak sibuk judge aku. Takde jugak hateful comments. Dan rasa lagi puas dapat sembang sini. Padahal bukannya ada orang baca pun. Aku yang tulis, aku yang baca.

Takpe. At least aku tak berjalan seperti zombie sebab rasa terbeban, emotionally.

posted from Bloggeroid

Saturday, September 5, 2015

Kidney kidney kidney

"The pain closest to the pain of giving birth, is the pain of passing kidney stones"

I googled some information about swollen kidney and kidney stones. About the symptoms and their remedies. And found that realest (I made this word up) of the real quotes.

My whole family, my Abah, Ummi, and my three younger brothers have all experienced the kidney stones. And one of the doctor once said, "Ada tiga jenis sakit yang sangat sakit. Beranak, batu karang dan gout".

And now that I am experiencing this, I couldnt be any more afraid of how painful the pain could get. I mean, to which extent of pain would I have. Not to mention that the stones literally are still in my kidney, blocking the whatever saluran that it shouldnt, leaving my kidney swollen. Darn it.

I cant lay on my tummy, it kinda gives pressure to my left lower abdomen. Everytime i'm flat on my tummy, it happens. Yeah. Everytime.

And the pain at the back. It feels as if my whole kidney, ovary, uterus are all spinning. Memulas. I can feel the muscles contracting, very rough and hard. Honestly, it's super painful at times. Normally, the super pain last only 15-20minutes. It magically disappeared when I started to sweat heavily from the pain. And guess what, I didnt take any pain killer during that super pain moment. Because I know, I just need to endure it for at most 20minutes. Then i'll be fine.

But, there are times too when the pain is bearable, not as painful as the super pain. This kind of pain however took a longer time to recover. It could last up to hours. Or a day. And, i'll have my left side of my back swollen. I could even feel the scratchy pain within my lower left abdomen. And at my cervix too. It feels as if the stones are there. But wonder why, still not coming out. (Cis, sendiri yang kurang minum air lagi mau question why).

These past few days, (or is it more than a week?), I easily feel so tired. Fatigue. As if I was running around for hours. I too, sometimes kept losing my appetite. And there are times when I kept being hungry. But u know, the more I eat, the more frequent the pain is. Was it my kidney doings again? Does my swollen kidney has anything to do with this?

Also, i'm starting to lose weight. 49kg to 46something kgs. I would've been glad if I lose it not because of my health. But now that it is caused by my worrisome health conditions, I dont feel glad at all.

I'm hungry. All the time.
When I eat, I end up tired. And pained.
When I dont, I could've blacked myself out.

But it's ok. Above all the tests, i'm grateful.
He chose me. He knows I am good at handling health issues.
Just need to work more on refha, ikhlas, redha and enduring the pain well.

Till then.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 3, 2015

Semua tak kena

Rasa serabut sangat.
Semua nak jadi dalam satu hari. Or two.

And now i'm in pain. Mentally. Physically. Worrying sick.
Mentally tu lenkali cerita.

Now tengah tergolek macam tenggiling. Breast yang operate haritu sakit.
Pinggang sakit.
Keje banyak.
Tak tau nak mula mana. Tak tau nak makan ubat apa.

Nak tido tak lena.
Makan langsung tak lalu.