Hai.
Sebenarnya kan. Most of the time, it is always easier said than done kan. Cakap boleh. Nak buat payah.
Ni macam biasa, tentang aku.
Takde kisah orang pun.
Bagi aku, yang senang nak ucap tapi payah nak buat adalah REDHA.
Dalam sesetengah hal, boleh dan cukup senang untuk redha dan pasrah dengan apa yang jadi. But in some cases, masya Allah. Cukup susah. But still, ada masanya cukup kuat untuk redha. Ada masanya cukup rapuh nak ucap redha.
Aku bagi contoh dua benda.
Pertama. Kesihatan.
Aku adalah orangnya yang dilahirkan dengan cukup banyak flaws dari segi kesihatan. Kata parents aku, sejak umur setahun sebulan. Tapi itu, aku redha.
Sakit yang diketahui sakitnya, aku redha.
Tak rasa terbeban pun.
Aku cukup alah dengan semut yang gigit tu, dengan lopak lopak air, dengan air hujan yang atas jalan tu.
Growing up, being me, kadang tu ada la sedetik rasa cemburu. Bila tengok orang seronoknyaa mandi manda hujan, berkubang dalam parit. Tapi aku pandang aje lah. Tapi now bila dah besar ni benda tu tak jadi masalah langsung.
Then sakit tu Alhamdulillah makin menginjak remaja, makin hilang.
But then starting at 18yo, sakitnya bertimpa timpa. Kata abah, macam orang kaya tukar kereta. Tak sempat explore habis lagi satu kereta, dah tukar kereta lain. Belum habis rawat satu penyakit, dah datang penyakit yang lain. Kali ni, aku sangat jauh dari redha. Sebab sesungguhnya, mula dari saat tu, doktor tak pernah tau apa sakitnya.
Dan bila dah bertahun cuba dengan cara moden tapi takde hasil, maka ikhtiar cara islam. And yes, the result is as per expected.
Aku cukup redha dengan sakit yang memang diketahui sakitnya.
Tapi belum cukup redha dengan sakit yang diakibatkan orang.
Kedua. Perasaan.
Referring to my previous post. Mula nya rasa payah. Tapi entah dari mana datang kekuatan, aku bukak tafsir quran. Just randomly bukak. Sebab haritu rasa agak tewas dengan rasa sedih. Dan terbuka surah an Naml. Aku baca tafsirnya. Dan masya Allah.
Ayat 74-75.
"Dan sesungguhnya, Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. Dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi di langit dan di bumi, melainkan yang tercatat dalam kitab yang jelas (Luh Mahfuz)"
Entah kenapa. Rasa terpujuk.
Ada masanya, banyak hal yang nak diadukan tapi tak terucap. Dan Allah mengatakan, Dia mengetahui hatta yang tidak terucap sekalipun.
Aku mengagumi F.
Barangkali belum cukup untuk menghampiri.
Barangkali juga kerana Allah menyimpan yang terbaik untuk aku.
Barangkali juga kerana Allah mahu aku menjadi lebih baik.
Barangkali juga kerana Allah mahu mendidikku supaya lebih sabar.
Tipu la sekiranya aku sepenuhnya sudah redha. Baru beberapa hari kot. Cuma ntah. Dalam few days ni ada few ayat yang cukup soothing.
And this, to me, is just another phase.
I'll get over it.
Sesungguhnya Tuhanku tahu, betapa aku lelah, penat, sedih, kecewa. Tapi Tuhan, aku percayakan Mu.
Aku percaya aku akan sembuh.
Aku percaya yang haq mengatasi batil.
Aku percaya balasanMu.
Aku percaya pada rasa yang Kau tunaskan dalam hati.
Aku percaya Kau sentiasa beri yang terbaik.
Aku percaya Kau sentiasa ada.
Cuma pintaku, moga diberi kekuatan.
Kekuatan untuk redha atas sakit yang belum pernah terawat.
Kekuatan untuk redha atas hati yang belum cukup kuat.
Kekuatan untuk redha dengan hakikat.
Kekuatan untuk redha dengan segala yang tersirat.
Tapi entah kenapa.
Makin panjang bercerita, terasa makin jauh dari redha.
Terasa hati masih mengharap.
Allah.
Allah.
Allah.