gucciglasogon.se

Saturday, October 27, 2012

berpisah

aku pernah contact dengan seorang artis nasyid ni dulu.time tu aku form 4 or form 5 camtu.
aku hormat dengan dia.gila respect.
dia kawen masa aku form 5.
dan baru aku tau harini yang dia dan wife dia dah berpisah
he had 2 kids with her

sebelum ni aku tengok status fb dia, aku takde la expect yang dia betul betul alami
aku ingatkan sekadar luahan or lagu lagu dia
tapi harini baru aku tahu
dia dah berpisah dengan wife dia
aku pun tak tau kenapa aku sedih bila tau
aku tengok diorang macam happy je

tapi takkan aku nak tanya apsal bercerai
tak wajar.tak patut.bukan hak aku.
tapi aku sedih.tak tau kenapa.
hurmm..dia pun dah jumpa orang baru
and he really is in love
i can see that

aku harapkan dia betul2 bahagia
macam yang dia reply komen aku kat fb 

aku: akmal yg saya kenal 5tahun dulu tegas orangnya, yakin dan tahu setiap apa yg dia buat.i believe u are still the same as the one i knew before..oldebes!slmt hari raya juga!

dia: Insya'Allah.. I juz wanna b a better person.. And I wanna build a better new life.. Pray for me kay.. :)

hurmm
kenapa eh aku sedih
sebab aku kenal dia sebagai seorang yg sentiasa yankin dan tegas dengan keputusan dia dulu?
atau sebab aku pun berada dalam situasi yang hampir sama dengan dia yang mana aku rasa aku akan jadi lagi sedih bila my 'dia' jadi begitu?
jadi sedih macam yang artis ni rasa?




Thursday, October 25, 2012

tegur.bukan marah

hairan la aku.
kalau dah nak tukar waktu pejabat, tukar la kat semua saluran yang kau guna untuk advertisekan kau punya 'entiti' tu
ini tak.dalam website, tulis sampai 3.30
tadi aku pergi, dekat pintu nya tulis sampai 3 aje
kau nak tukar, ok tukar.takpe.hak kau.aku tak marah.
tak kisah.
tapi yang aku kisah, apasal buat keje separuh separuh?
orang dah rushing balik kerja dah satu hal, drive ke tempat kau lagi
harapkan website tu aje lah yang boleh aku tahu pasal 'entiti' kau
kalau call, haremmm nak jawab
please la
jangan la susahkan orang lain
takde nak marah.tegur aje
tapi tolong la.penat la nak berkejar2 macam ni

raya

esok dah raya.tapi kat rumah ni tak macam nak raya pongg.tadi keje tapi naseb bos bagi half day.
penat lagi rasanya.semalam baru sampai rumah.
cuti 2 hari.pergi daftar sambung belajar.
serius, besaaaaaarrrrrr gila UiTM Shah Alam wehh.
dah macam satu bandar.Bandar UiTM Shah Alam.
segala benda ada.bank 3 4 tajuk.Affin, CIMB, Bank Islam dan ntah hape lagi tajuk tajuk bank yang ada
ada carwash
ada workshop kete
ada hospital.(aku panggil sepital la dah gila besar.idok ler rupa klinik besar cenggitu)
ada kedai dobi
mini mart
muzium
arkib
berganda ganda besar
pulak tu semalam kali pertama jejakkan kaki kat sana
sesat dalam tu berjam jugak la
panjat turun naik tangga berbelas tingkat
malas nak tggu lif.ramai orang

esok plan nak buat (read: makan) nasi minyak
takde de aku nak masak
aku kan femalas
wakakakaka
mak aku takde kat rumah kang baru la aku terkial kial masak
dah selalu sangat
asal mak keluar 2 3 hari aje, aku dah risau
pikir nak makan apa
jap jap kang aku call mak aku 
"umi, nak masak stew daging, kena taruk halia banyak mana eh?bawang nak taruk bawang apa?banyak mana?cili umi taruk kat mana?tak jumpa la.."
redha aje mak aku

aku pun tak paham apsal aku tak berapa gemar memasak
parents aku tak memaksa
katanya sampai masa nanti aku akan pandai jugak

heaven la aku.
aku lagi suka baking kot
tapi biasanya kek dan biskut aku end up jadi hidangan kucing kucing dan ayam ayam
most of the time, kucing aku pun reject
cibai
bukan tak sedap pun.tapi memilih.dasarr kucing.kek punya 'sedaaaaaaapp' kau reject
eh
tadi nak cerita pasal raya.terbabas lagi.
lantak.fedulik hape
nak menambah kandungan lemak di bont*t.
wakakaka

Monday, October 22, 2012

hati saya hati kaca

macam kecik ati perisa ayam goreng aje ni.
aku ni memang bangsa yang suka menjawab.
if aku rasa aku betul and tak salah, memang aku pertahankan
tapi rupanya cara aku buat orang kecil hati
walaupun apa yang aku katakan tu adalah benar sebenar benarnya.
tapi disebabkan orang yang lebih tua wajib dihormati, aku kena diam je walaupun aku rasa aku tak salah

memang terasa against aku punya prinsip.
tapi hormat itu perlu.
aku tak nak end up as seorang yang kurang ajar atau tak cukup ajar.
no.
kena praktikkan untuk belajar menerima dan berdiam diri walaupun hakikatnya aku tak salah.
dan logiknya, memang apa yang aku buat adalah wajar.
tapi sebab kita muda, harus hormat yang lagi tua.
even hati gila memberontak tak setuju.

aku pernah baca ni somewhere, aku lupa siapa yang cakap.kalau tak salah aku, Imam Ghazali.ke Imam Syafie tah..he said

"seandainya sesuatu perbahasan itu boleh menyebabkan pergaduhan, maka berdiam diri lah walaupun kamu dipihak yang benar"

i really need to change my 23years punya prinsip.
semata mata nak berhipokritan.
terima kesalahan dan kemarahan orang lain even tak sepatutnya aku terima.

maka semua orang, marilah menyalahkan diri aku.
air tumpah, mari salahkan aku.
lapar perut dan takde makanan, mari salahkan aku.
makwe kau merajuk, mari salahkan aku.
pakwe kau marah, sila lah marahkan aku juga.
thesis kau tak siap, pun mari salahkan aku.

marilah semuanya.

Thursday, October 18, 2012

master

eh sebelum pape, nak say thanks dulu ah kat kanda thehellwithworld untuk nasihat anda..:P..sangat benar..:)

haritu aku cakap aku dapat UTM kan?hari isnin lepas, aku dapat sms dari Uni X..bagitau yang aku dapat buat master dengan diorang..and supervisor pun memang yang aku nak..sv aku yang ni dulu lecturer aku dekat UMT tapi dia pindah ke uni X ni..susah la nak tulis X X ni..UiTM la.aku gtaw terus.main campus dekat Shah Alam tapi since my sv stay dekat UiTM Arau, aku tinggal la di Arau..huh.sadis.jauh jauh

maka bermula la episod duka raya sebab terpaksa pilih antara 2 ni..yang UiTM tu Master in Science, major in Teknologi Marin n kat UTM us Master of Engineering (Mechanical-Teknologi Marin) juga..sv kat UTM ni pun pernah mengajar aku juga..aku nak pegi yang M.Eg tu tapi yuran adalah sedikit mahal..tak sikit la,sangat sangat mahal hokey.

aku punya pikir nak buat pilihan, siap migrain bagai.tak bercakap aku sehari tu haa.family aku pun takde dah nak usik2 lagi.sebab dah tahu, kang gelak ketawa yang diharap, sergah yang diorang dapat.wakakaka.jahat aku

so setelah berbadmood sekian hari, aku decide, aku pergi UiTM..xpe lah bukan engineering pun..research yang aku buat still sama..dan sebab utama yang aku decide nak sambung dulu adalah sebab sv aku ni..aku percayakan dia.dia memang tolong students dia.aku pernah buat research untuk final year project dengan dia..and dia memang tolong..kalau kau salah taip or ayat tak betul, xde dia cakap "ayat ni salah"..dia akan terus taipkan dan betulkan.ngahaha..hinggakan kawan aku cakap "aku rasa macam research ni prof yang buatkan thesisnya..aku cuma tengok aje"..wakakaka

lagipun aku nak jadi lecturer.xde pun cakap kalau lecturer wajib ada M.Eg kan.kalau ada rezeki aku nanti dlm engineering, xkemana jugak.

cuma sekarang ni tengah pikir.macam mana nak bgtaw sv dekat UTM yang aku nak pergi UiTM.
tak sampai hati.
dia minta aku buat dengan dia.
katanya "buat apa laa awak pergi Arau..jauh.datang Skudai ni hah"
tapi itu lah
aku dah biasa dengan sv aku yang dekat UiTM ni
dah siap bincang nak jadi Demo, GRA and assist dia punya research bagai dah
sv aku yg UiTM tu dah siap kirakan aku punya living cost lagi dah
tak cukup bagus lagi?
lagipun ramai lecturers cakap sv aku ni memang bagus
dan paling penting, i trust him
rabu depan register Shah Alam
balik Terengganu
pack ke Arau
*pengsan*

Sunday, October 14, 2012

htensi tensi tensi

minggu ni rasanya antara my most stress weeks ever..haritu kan aku pernah mention pasal yang nak sambung belajar ni kan..so at last selepas few weeks of nightmares, emotionally torn and few sessions of membaling barang ke dinding, aku dapat..tapi bukan dari universiti X yang aku nak sangat tu..xdapat yang aku nak.supervisor aku yang awalnya skang kat uni X..xdapat dia, dapat SV len..yang SV ni pun ok je cuma frust la sikit.aku dapat UTM.

aku apply universiti X haritu..then bila result keluar, aku call diorang untuk tanya..sekali diorang cakap nama aku xde pun..aku minta double check n aku call fakulti..fakulti cakap aku dapat.surat tawaran diorang dh keluarkan dah pun.and dah issue dah pun surat kat siswazah..tapi siswazah cakap xdapat surat yang faculty issuekan.ada seorang \dr dari faculty tu dah forwardkan email kat aku n siswazah, mention yang aku dapat offer tu..tapi dah siswazah cakap takde surat dari faculty, diorang pn issue kan la lagi sekali..termasuk tu dah 3 kali issue suratnya.

so after 3 weeks, aku call siswazah, diorang cakap faculty tak issue surat kat diorang pun.i was kinda wondering.apebenda la jadik sebenarnya.so aku mmg dah give up dah pun.dah try nak apply kat UPNM and UMT..tapi sebelum sempat aku hantar permohonan tu, tergerak la "secebis hati yang terluka ini" untuk call UTM, tanya pasal application aku..and diorang cakap "permohonan awak dah diluluskan.kami akan hantar surat tawaran hari ni atau selewat2 nya esok"..so jumaat lepas aku check and confirm aku dapat..

sekarang betul2 tertekan rasanya..banyak borang nak isi..registration, loan, scholar, penangguhan bayaran balik..dengan keje lagi..students aku tengah exam minggu ni..so next week nak kena tanda kertas exam Tahun 2 3 4 6..masa ada seminggu..medical checkup tak buat lagi..loan huru hara lagi..

yang nak certified tu semua dah setel.aku paksa lecturer aku sign.hahahaha.aku cop kan, dia sign..nasib laa dia sporting.

semalam aku sms atuk sedara aku, bagitau aku dapat master ni..sebab sejak dulu memang pape aku tanya dia pasal master ni..dia pun tengah buat phd skang..dia suggestkan aku tunggu uni X tu dulu sebab dia nampak cam aku minat gila nak ke sana..tapi aku dah kecewa (read:patah hati jiwa raga) dengan uni X ni..time registration pun dah ditolaknya ke hulu ke hilir..nanti time aku apply nak grad, viva or pape, xmustahil benda sama boleh jadi lagi kan.tapi yurannya memang jauh lebih murah la..so at last aku cakap "if dalam masa 2 minggu sebelum register UTM ni orang dapat offer uni X, orang consider..tapi dah accept dah pn yang UTM"..

lagipun hati aku dah ke UTM dah.
patah hati.
kecewa.
sengsara.
over gila.haha

tapi betul.frust sket la.kawan aku yang pointer lebih kurang aku pun dah selamat start blaja kat sana..huhu..
dulu abah penah tanya aku "kalau dapat dua dua, nak pergi yang mana?" then aku jawab "mana dulu yang sampai surat tawarannya, itu yang orang pergi"

dan skang, yang sampai dulu adalah UTM.
so i'm going there.
yuran sedikit mahal tapi facuility ok.
and kat UTM, aku punya master in engineering.bukan lagi master in science.
duit memang tengah short gila gila sekarang
tak tau mana nak cekau
takpelah.
rezeki ada.usaha je dulu nak dapatkan.
loan, scholarship.dana mana2.semua aku apply.

masa sepuluh minit pertama aku dapat offer letter tu, aku happy gila.
then tetibe rasa berat hati nak pergi.
penyakit pebenda tah.
time takde, menggeletis cari.
dah ada, mula taknak itu ini.

then my bestgirlfren ni bgtau aku.."keputusan yang awak buat hari ni akan pengaruhi masa depan awak..saya yakin awak boleh"

aku terus cam baru tersedar dari pemesongan pemikiran yang sedang berlaku
so, ok.i'm going.
masalah sekarang is duit.duit.duit.

if ada rezeki dan dipermudahkan segalanya, SV aku minta aku buat terus ke phd
apa ke 'bukan syurga'-kah?
master pun semput aje nafas aku
UTM punya standard aku dengaq cerita, tinggi.
aku mula rasa kerdil.
sekerdil kerdilnya.



Tuesday, October 9, 2012

random aje

these few days back ni, aku banyak spend masa free dengan budak budak pra sekolah.aku tak mengajar pun pra sebenarnya.tapi saje spend masa dengan diorang.kiddos ni semua memang best betul la.semalam aku dapat bunga dari diorang.bunga petik kat pokok dalam taman pra sekolah tu aje tapi jadik laa kan.nampak kesungguhan and appreciation diorang tu.

awalnya sorang aje yang bagi bunga, Syafiq.orang lain sibuk usik dia.tapi bila aku amik bunga yang dia bagi, budak len pun semua berebut nak bagi.sudahnya aku minta plastic bag kat assistant pra.taruk dalam plastik.hihi

aku simpan bunga tu sebab aku nak diorang tahu yang aku appreciate apa yang diorang bagi.sebab aku sendiri pun kan, bila aku bagi bunga kat cikgu dulu and cikgu simpan, aku delighted sesangat.i want them to feel the same way i felt before.ada sorang budak ni, aku memang touched gila. sorang boy ni, Thaqif namanya.dia tak bercakap dalam kelas.tak senyum.tak ketawa.aku try bercakap dengan dia pun, dia pandangg je aku.tapi sepatah pun tak keluar suara dia.masa tengah ramai ramai bagi bunga and aku tengah tunduk susun bunga2 tu, aku xperasan dia kat depan aku.bila aku angkat muka, aku nampak dia berdiri depan aku, pegang bunga.tapi still tak bersuara.dia pegang je bunga tu..sedih.aku tanya pun dia tak jawab.diaaam aje.aku amik bunga tu, smiled and said "terima kasih.."..itu yang paling aku hargai..:(

dalam ramai ramai budak pra ni kan, ada jugak sorang ni..special..dia handicapped. tangan kiri dia kecik sket..tak sama saiz dan lengan dia macam berpintal..dia selalu senyum.happy go luck.semalam dia tunjuk kat aku, "cikgu, tengok tangan saya.patah kan cikgu?"..aku rasa macam nak menangis time tu jugak.how innocent and pure he was.aku pegang tangan dia, aku cakap "ini bukan patah..tahu tak kenapa Tuhan buat tangan Zahir macam ni?sebab Zahir istimewa..special..Tuhan sayang.semua orang pun sayang Zahir.tau?"..serius aku cakap.sedih gila.

diorang semua ni selalu tanya aku nak datang lagi tak.nak main 'raket' lagi tak (badminton sebenarnya tapi diorang sebut main raket)..bila cakap tak nak datang, muka dah lain.siap cakap kat aku "kalau cikgu tak datang, nak bagitau guru besar"..siap suh aku janji lagi nak pegi jumpa diorang lagi..:)

tapi.....

bila masuk kelas 'tersebut', darah aku serta merta naik mendadak.menggelegak.mendidih.aku cikgu bertugas minggu ni.tadi ada student kelas tu datang report yang boys kelas tu cucuk bont*t girl dlm kelas tu.aku geramm gila.pakkal anak orang.kalo anak aku, memang aku sesah cukup cukup.tak reti betul la aku.sakit kepala ok.mata aku dah la sakit.merah dah mata aku.jangan jangkit ngan budak2 ni sudah.dah la diorang ni ada exam next week.

oh haa.marilah kita bersiap sedia untuk main badminton dengan berbaju kurung esok.
janji punya pasal.
kiddos... mana boleh mungkir janji.
kalo kelas len maybe aku pertimbangkan untuk mungkir
wakakakaka
kelas pra ni tara boleh
tarak sanggup