minggu ni rasanya antara my most stress weeks ever..haritu kan aku pernah mention pasal yang nak sambung belajar ni kan..so at last selepas few weeks of nightmares, emotionally torn and few sessions of membaling barang ke dinding, aku dapat..tapi bukan dari universiti X yang aku nak sangat tu..xdapat yang aku nak.supervisor aku yang awalnya skang kat uni X..xdapat dia, dapat SV len..yang SV ni pun ok je cuma frust la sikit.aku dapat UTM.
aku apply universiti X haritu..then bila result keluar, aku call diorang untuk tanya..sekali diorang cakap nama aku xde pun..aku minta double check n aku call fakulti..fakulti cakap aku dapat.surat tawaran diorang dh keluarkan dah pun.and dah issue dah pun surat kat siswazah..tapi siswazah cakap xdapat surat yang faculty issuekan.ada seorang \dr dari faculty tu dah forwardkan email kat aku n siswazah, mention yang aku dapat offer tu..tapi dah siswazah cakap takde surat dari faculty, diorang pn issue kan la lagi sekali..termasuk tu dah 3 kali issue suratnya.
so after 3 weeks, aku call siswazah, diorang cakap faculty tak issue surat kat diorang pun.i was kinda wondering.apebenda la jadik sebenarnya.so aku mmg dah give up dah pun.dah try nak apply kat UPNM and UMT..tapi sebelum sempat aku hantar permohonan tu, tergerak la "secebis hati yang terluka ini" untuk call UTM, tanya pasal application aku..and diorang cakap "permohonan awak dah diluluskan.kami akan hantar surat tawaran hari ni atau selewat2 nya esok"..so jumaat lepas aku check and confirm aku dapat..
sekarang betul2 tertekan rasanya..banyak borang nak isi..registration, loan, scholar, penangguhan bayaran balik..dengan keje lagi..students aku tengah exam minggu ni..so next week nak kena tanda kertas exam Tahun 2 3 4 6..masa ada seminggu..medical checkup tak buat lagi..loan huru hara lagi..
yang nak certified tu semua dah setel.aku paksa lecturer aku sign.hahahaha.aku cop kan, dia sign..nasib laa dia sporting.
semalam aku sms atuk sedara aku, bagitau aku dapat master ni..sebab sejak dulu memang pape aku tanya dia pasal master ni..dia pun tengah buat phd skang..dia suggestkan aku tunggu uni X tu dulu sebab dia nampak cam aku minat gila nak ke sana..tapi aku dah kecewa (read:patah hati jiwa raga) dengan uni X ni..time registration pun dah ditolaknya ke hulu ke hilir..nanti time aku apply nak grad, viva or pape, xmustahil benda sama boleh jadi lagi kan.tapi yurannya memang jauh lebih murah la..so at last aku cakap "if dalam masa 2 minggu sebelum register UTM ni orang dapat offer uni X, orang consider..tapi dah accept dah pn yang UTM"..
lagipun hati aku dah ke UTM dah.
patah hati.
kecewa.
sengsara.
over gila.haha
tapi betul.frust sket la.kawan aku yang pointer lebih kurang aku pun dah selamat start blaja kat sana..huhu..
dulu abah penah tanya aku "kalau dapat dua dua, nak pergi yang mana?" then aku jawab "mana dulu yang sampai surat tawarannya, itu yang orang pergi"
dan skang, yang sampai dulu adalah UTM.
so i'm going there.
yuran sedikit mahal tapi facuility ok.
and kat UTM, aku punya master in engineering.bukan lagi master in science.
duit memang tengah short gila gila sekarang
tak tau mana nak cekau
takpelah.
rezeki ada.usaha je dulu nak dapatkan.
loan, scholarship.dana mana2.semua aku apply.
masa sepuluh minit pertama aku dapat offer letter tu, aku happy gila.
then tetibe rasa berat hati nak pergi.
penyakit pebenda tah.
time takde, menggeletis cari.
dah ada, mula taknak itu ini.
then my bestgirlfren ni bgtau aku.."keputusan yang awak buat hari ni akan pengaruhi masa depan awak..saya yakin awak boleh"
aku terus cam baru tersedar dari pemesongan pemikiran yang sedang berlaku
so, ok.i'm going.
masalah sekarang is duit.duit.duit.
if ada rezeki dan dipermudahkan segalanya, SV aku minta aku buat terus ke phd
apa ke 'bukan syurga'-kah?
master pun semput aje nafas aku
UTM punya standard aku dengaq cerita, tinggi.
aku mula rasa kerdil.
sekerdil kerdilnya.
Salam..banyak2 lah bersabar ok..pernah tak dengar kalau kita kesusahan, kita kena perhatikan orang yang lebih susah dan dikenakan ujian yg lebih berat dari kita. Insyallah hati kita dpt menjadi tenang. Stiap ketetapan itu bersebab, mungkin sekarang kita tak nampak baiknya tapi apbla kita berjaya mengharungi ujian itu, baru kita sedar kemanisannya..
ReplyDeleteBuat master ni, minat kena ada, minat kat topik tu dan bkan minat nak buat research semata-mata. Supervisors biar pun kebanyakannya ok, tapi kena lihat juga track record supervisor tu. Maksudnya berapa orang dah diluluskan olh sv berkenaan. Kalau setiap tahun ada je postgrad yg grad bawah sv tu..tu maksud nya sv tu pemurah orgnya dan byk students yg mahukannya. Sv jgn cari yg dah nak pencen atau berkemungkinaan besar nak pindah, nanti susah nak kena tukar sv lain..
Lastly, dont rush..org biasanya akan compare, stdnt master ni dapat siap satu tahun, tapi student sorg tu dah masuk 3 tahun tak habis2..tu yang buat ramai stdnt master especially yg ambik by research dalam keaadaan stress..tapi kena fikir positiflah dan bersabar sbb walaupun 3-5 tahun, anggap itu sbg proses untuk mematang kita. Banyak contoh dah, thesis yg ambik masa lebih lama lagi baik dari yg express.
Tapi jika kita tekun, sabar dan istiqomah, insyallah kita dpt habiskan thesis dalam masa yg singkat dan berqualiti..
*banyak plak aku tulis ni...puihk!