semalam kan panjang je aku mengadu masalah pasal the so called fren of mine tu kan. siap menangis nangis lagi kan disebabkan hal tersebut. tapi sesungguhnya perancangan and bantuan Tuhan tu ada. wujud.
camni cerita dia.
semalam around 6++pm my family sampai kat Arau ni..datang hantar adik aku, angah untuk registration. so alang alang dah sampai, aku ajak depa p pasar malam kat Kangar. saja la jalan jalan cuci mata. nak datang lagi ntah bila. ingat dekat Terengganu dengan Perlis? jauuuuuh okeh.
ok berbalik pada cerita semalam.
time nak keluar tu, ajak la cousin aku sekali. dia pun baru register jugak..*iklan: cun x kami bertiga kat sini?hehe..rumah semua kat Terengganu. duk sini dekat2*.
after fetch dia, dia bagitau yang roommate dia kena transfrer ke P.Pinang sebab UiTM salah allocate dia kat sini..hnsffff.macam mana boleh salah pn xtau.
so rumah dia ada satu spot kosong. budak yang nak pindah ni, Faz, terus cakap kat cousin aku supaya aku boleh masuk rumah tu. sebab aku selalu gak lepak rumah depa beberapa hari lately ni.
still kena tunggu dia keluar this Saturday. hopefully takde orang contact owner tu dulu sebab nanti takut berebut pulak.
tapi setakat semalam, owner dia suh Faz carikan orang.
selesai semua masalah soal ni. kan?
dekat dengan Aten (cousin aku).
sebelah katil je.mihmihmihmih
dan tak perlu serumah dengan 'mereka'..
tapi tuan rumah yang aku duduk ni la pulak. reply mesej aku macam xde mood je.
yelah kan. tetiba penyewa dia nak lari tempat lain.
adat lah tu. takkan dia nak bergelak ketawa kan.
tapi sesungguhnya rumah Aten lagi luas dan tenang.
aku tak rasa rimas, takut, or 'panas' sekalipun kat rumah tu.
rumah ni?
aku dengar suara orang menangis. mendayu dayu. suara sambung aku nyanyi lagu. orang hempas pintu padahal takde orang/angin. aku nampak kelibat orang berkali kali.
dalam bilik aku.
dalam bilik air.
nampak orang menunduk kat kepala aku time aku tengah baring.
member aku dengar suara orang perempuan menangis kat tempat parking kereta kat rumah ni.
aku tak cakap rumah ni yang bermasalah. mungkin aku yang bermasalah dengan benda ni.
wallahua'alam la kan.
tapi most of all, aku pun tak tau kenapa aku nak pindah jugak.
gamaknya sebab aku nak repay balik kot apa so called fren of mine tu buat kot.
ohh haa. tadi si Z bagitau aku yang diorang nak pindah.MAYBE.
and cecepat explain yang decision tu made on the spot.lepas kelas, p tengok rumah, terus berkenan, terus setuju. nak bagitau aku, dia cakap aku nampak macam bz.
handphone dia rosak agaknya. tu yang tak boleh nak at least text aku dulu.
tapi, cakap on the spot. after class, sempat p tengok rumah n terus berkenan.
ingatkan nak cakap yang on the spot tu tanpa p tengok rumah.
haaaiiiii la. p tengok rumah ada masa. nak text aku seminit xde masa ye?
biarkan laah. bersangka baikkkkkkkk katanya kan.
lepas dia gtau tu, aku just anggukkan kepala je.
sebelum dia gtau tu pun aku buat buat bz.
ohoooo bila tadi cakap nak pindah? hujung bulan ni ye?
saksikan aku keluar end of weekend ni ye.
SAKSIKAN..SAKSIKANLAAAAAAAHHH...bagi echo sket.
SAKSIKAAAAN OLEHMU...*nyanyi ikut tiun lagu Iwan, memori daun pisang okeh*
ish. tapi kan, sekali Faz cakap yang spot tu owner dah ada orang nak sewa dah.
tssskk. maka sadislah endingnya.
cuak pulak aku.
dah la aku dah berniat tak baik ni.
minta jauhhh la.
minta minta jadik lah.
si Aten ni lambat pulak balik kelas. i is cuak tau tau taaaauuu.
No comments:
Post a Comment