aku kan ada satu tebiat buruk. banyak sebenarnya tapi ni salah satu nya la. aku memang malas memasak. kalau aku masak untuk orang lain, xpe. aku boleh je masakkan. tapi untuk aku sendiri masak untuk aku sendiri makan, aku is very the malas.
sebabnya kan bila aku masak, contohnya ayam, kalau aku masak pagi/tengahari, jawabnya petang karang la aku makan. aku macam terbau bau hanyir ayam tu kat tangan aku. aku sental banyak mana pun, macam terbau bau dan terbayang bayang ayam tu tak masak lagi la apa la.. tapi kalau ayam yang dah siap perap/segera, itu tidak la menjadi problemos.ngahaha.pemalas
aku lagi prefer buat kek/biskut camtu. masak lauk ni jarang. kalau pergi pasar, awal awal lagi my mom akan halau aku jauh jauh dari tempat jual daging/ayam. sebab nanti aku termuntah muntah. kalau kuantiti sikit takpe lagi, boleh lagi aku paksa paksa tengok or tahan bau tapi kalau banyak, muntah terus. pernah la jugak kena sound beberapa kali tapi aku fedulik apa. my mom xpernah lagi setakat hari ni paksa aku masak. sebab katanya bila sampai masanya nanti aku akan reti macam mana nak masak
dan masanya boleh dikatakan agak sampai jugak la. sekarang kan duduk rumah sewa. dulu masa degree pun duduk rumah sewa kejap so tiap kali nak masak kang, aku call my mom
"ummi, macam mana nak masak ayam masak serai ye?bawang banyak mana?serai banyak mana?serai nak taruk masa mana?"
"ummi, apasal nasi jadi keras ye?"
"ummi, sardin ni kan, haritu ummi masak macam mana eh?dah lupa.taruk air asam jawa kan?kenapa iqa ni masak dia tak taruk ye?"
dan banyak lagi soalan tak masuk akal aku tanya my mom. bertabahlah ummi punya anak cantik yang tak pandai masak.wakaka.oktakklaka
sekarang ni pun even duduk menyewa, aku is very malas nak masak. kadang kadang masak la jugak tapi most of the time aku beli je. aku makan nasi pun biasanya sekali sehari je, time lunch so rasa macam tak berbaloi nak masak.
nak dijadikan cerita, aku suka beli nasi kat kedai area belakang rumah sewa aku ni. so tadi disebabkan kedai tu dekat dan aku malas nak tukar tukar baju, (sekarang musim hujan ok kat sini so haruslah kuantiti baju tu dijimatkan.huahua) so aku bantai pakai tshirt, sweater (tengahari buta pakai sweater.ye.saya memang 'unik'..:P) dan berKAIN BATIK. sekali kedai belakang nih semuaaaa tutup. ada la dalam 3 4 buah kedai. semua tutup ok.semua.
aku dah la tengah kebulur. terpaksa la redah area area lain. nak menjejak bandar arau aku pusing. semata mata nak cari kedai tak ramai orang. nak balik tukar baju tak kuasa dah.
sudahnya satu kedai pun aku tak nampak bukak melainkan kedai RPA nih. jangan tanya aku RPA tu initials untuk apa.aku tak tau. gila ramai orang. bila aku sampai je, aku perasan ada yang tertoleh toleh tengok. i tau la i vogue.*pang*.haha.yang pompuan pandang aku dengan muka yang tak berapa nak percaya.
aku rasa tahap tebalnya muka aku adalah berpuluh cm dah. lapar punya pasal. aku tetibe datang idea so aku pun pura pura pegang perut aku. jalan terkepit kepit. dngan sweater yang aku pakai lagi. so orang mungkin anggap aku a sedang-berpantang mum, tengah pregnant (sebab perut aku nampak sedikit buncit since aku simpulkan kain batik kat tengah perut aku *padahal perut memang buncit, lagi nak berdalih*.tuii) or paling tak pun, orang cakap aku gila.sadis.
aku jalan pun tak pandang dah muka orang. malu weh. semua orang pakaian semua enak dan berperisa la jugak untuk ditonton.aku?haremm.
tapi aku tak tau kenapa. aku sangat suka pakai kain batik dan tshirt.
tapi tu lah, tadi tak kena time.
so, sape sape yang tertipu dengan lakonan sedang-berpantang mum or a pregnant lady or worse, gila punya orang, ampunkan aku. aku menjaga maruah dan keyakinan diri aku. ngahaha. buat muka yakin je berjalan. yakin dengan lakonan sendiri.
lagipun, aku ni memang berkeyakinan apa?
ngahahahahahaha
ok tak klaka jugak.
No comments:
Post a Comment