gucciglasogon.se

Thursday, February 28, 2013

lelaki berlari

aku tengah stress ni. stress pikir episod running man yang mana yang si Haha bangun pepagi and fool Jong Kook kat lobby hotel..dia p buat gaya kemain la and si Sparta tu p ikut. elok tu kang si Giraffe tu pulak diorang kenakan..then try lagi nak kenakan Jae Suk tapi orang tua tu memang tau diorang nak kenakan dia. episod mana eh?stress sungguh

Wednesday, February 27, 2013

saya yang bosan

another lonely day.
when i said lonely, it really means so.wakaka
rumah kontrakan ini sudah lama dihuni aku je
dan' penghuni' lain yang tidak kelihatan

serius bosan. aku bangsa yang suka bercakap tapi bila duk sensorang, dengan siapa akan ku luahkan segala bebelan ini?hoiiii skema pulak ayat. tapi betul. bosan. jumpa supervisor takkan la hendaknya aku nak bercerita benda gila gila. haruslah menjaga ketrampilan diri sebagai pelajar yang berhemah dan bersopan lagi cantik bergaya di depan beliau kan.wakakaka
but at the same time, rasa seronok pun ada. sebab aku boleh sesuka hati buat apa yang aku nak buat tanpa perlu jawab soalan sesiapa.contohnya, drive memalam ke kuala perlis semata mata nak mentekedarah kfc.
mandi tak tutup pintu bilik air.hahahah.ye. sangat seronok.
tapi still rasa bosan jugak.

bukannya aku tak biasa bergerak ke mana mana sendiri. dah biasa sangat.
tapi bila dah lama sangat takde orang nak berborak ni, and aku dengan dinding ni asik laa kau hadap aku, aku hadap kau. laptop ni jugak la peneman aku dari pagi (read: tengahari) sampai la malam. 

kebosanan tu juga dihilangkan sedikit dengan bantuan Running Man.hahahah.
oh ye, ni aku senaraikan ciri ciri orang lonely macam aku:
1. pergi pasar malam sendiri
2. sendiri masak, sendiri makan
3. tengok tv cerita kartun dan ketagih drama TV3
4. bangun pagi tawaf dulu satu rumah, buka laptop dan gelak sorang sorang
5. yang len dah tatau nak tulis apa dah (ni juga salah satu tanda ni..blurr)

eh dah la merapu. nak keluar mencari makanan untuk dimasak.
tapi macam biasa, masih blurr lagi.
aigooo

Tuesday, February 26, 2013

presentation


dah dekat 2 minggu dah tak menyonteng.. last week ada presentation untuk defend proposal aku..and minggu ni aku is dilanda kemalasan teramat sangat plus internet access ni selalu merayu rayu untuk aku maki hamun aje manjang.

aku punya presentation was on 21st, khamis..rabu tu kitorang gerak dari arau..
yang involve dengan presentation ni yang dari arau ni ada 4 orang semuanya. hari rabu petang aku keluar dengan kawan aku yang buat phd..dia punya presentation pun tarikh sama dengan aku so kitorang melepak kat kfc tapi tak order makan sambil menjalankan diskusi. wakaka

aku tak tau la if aku tak discuss dengan adi itu hari. mampus aku nak defend proposal tu. dia betulkan slide and train aku supaya lebih yakin time present tu.

before present tu aku punya gugup kemain la haii..kawan aku yang lagi 3 tu, 2 orang sesi pagi and aku dengan lagi sorang sesi petang. yang sesi pagi tu siap menangis bila keluar dari bilik presentation tu. and kengkawan lain semua cakap tough. aku makan nasi mula la x lalu..rasa macam ada rama rama dalam perut. neves. bag aku pun aku boleh bantai marah. supporters yang dari arau dah gelakkan aku dah.hahah.

tapi alhamdulillah aku punya presentation ok and panels pun semuanya ok..:)
then lepas je present, aku text adi, bagitau yang aku dah selamat dah. sekali dia punya reply memang hampagas sungguh..begini bunyi akan sms beliau itu..

"ko pakai yang aku ajar ke ko pakai otak unta ko?"

cis!
aku manusia okeh?

tapi tak kisah. sebab aku dengan dia punya gaya bersembang macamkan dah bertahun kenal. padahal kenal baru sebulan lebih. tapi seronok berkawan dengan dia. aku boleh cakap sebebasnya. dia cerita pasal tunang dia. and aku cerita pasal life aku. memasing boleh guna bahasa like "itu bukan gila, itu bengong. ehh ko ni, aku cakap bangang kan marah. natang mu ni, bengong sungguh"..bla bla bla..kasar kan?but it comforts me. macam menyembang dengan sedara.

time tu jugak aku cerita kat dia pasal apa yang jadi antara aku and 'that guy'. aku tak tau kenapa aku cerita kat dia. yang aku tau, aku rasa selesa and aku percayakan dia. even kata kata dia tu kekadang sungguh sadis but its true. and malam tu rasa relieved gila. and dia pun cakap "ko perasan tak, compare dengan tadi, ko punya explanation sekrg dah makin yakin?self esteem ko dah increase?sebab ko dah luahkan beban yang ko rasa. and sikit sebanyak ko dah tak rasa terbeban, kan?"..see macamno dia deduce? alah..nama pun orang buat phd

oh ye, adi, if mu baca post ni, tolong jangan perahsan okeh?
ni bukan nak puji mu. puiii. koserr aku nak puji mu.hahahah

banyak sebenarnya nak cerita. nak luah. tapi tak tau mana nak mula.
as for now, mari kita tido dahulu.
dan esok aku bercadang mahu bersiar bersendirian.
sadis okeh hidup sendiri di rantau orang ni.
destinasi nya, esok baru pikir, tak payah semak kepala pikir nak ke mana.

untuk hari ni, mari kita tido

Monday, February 18, 2013

Selamat Hari Ulang Tahun ke 2 Sayang

as salam sayang buah hati ibu..
sorry dah 2 hari tak bercerita..
hari ini, 18th feb is our 2nd anniversary bercinta.
mesti tak ingat kan?

mana pun awak ada sekarang, semoga Allah melindungi awak..
terima kasih for this sweet memorable lovely 2 years syg
you taught me a lot these past couple years

perasaan saya kat ameer harini masih sama sepertimana perasaan saya 2 tahun lepas
xpernah berubah..
yang lainnya cuma tahun sebelum ni saya wish and awak akan reply balik wishes tu
tapi tahun ni saya ucap dan awak dah tak boleh nak ucap balik..

i miss that moment sayang.
and i miss u too..so much..:(

till then,
*ameer's girl*

Friday, February 15, 2013

To My Ameer 12

as salam sayang.
selamat tengahari. dah makan?
sihat?dah amik wudhuk?
jumaat jangan tinggal. sekeh karang kang.

hurm. semalam kan cakap yang nak cerita something kat awak, kan? tak tau mana nak mula..
2 hari lepas, rabu haritu..abg mention pasal xnak putus..and nak couple macam biasa..
saya tanya abg, awak sayang sy lagi tak. itu pun if dia tau la kan..
and then he said ameer masih syg but he's concerned if i'm mad at ameer
dia cakap saya marahkan awak..bila masa saya marah pun tak tau la.
then saya cakap la, saya tak pernah marahkan awak pun. 

then dia cakap:

"kalau tak marah, then awak nak dia buat camne?tinggalkan awak atau sebaliknya?"

saya tak pernah minta ameer tinggalkan saya..sebab saya tahu dan saya sangat yakin ameer akan pegang janji. ameer saya dah janji dia takkan tinggalkan saya sampai bila bila. kan sayang?
yang nak tinggal saya, bukan awak kan?bukan ameer. but abg.

then he said lagi,

"ketepikan dulu soal ameer or abg. sekarang nak tanya awak. awak still nak kita teruskan hubungan ni ke atau apa.saya tak tau nak buat keputusan. if teruskan, awak sanggup ke"

ameer syg, nampak tak kenapa saya cakap awak dan abg tak sama. dah lain. ameer saya bukan macam tu orgnya. ameer saya tegas bila buat keputusan..
saya cakap kat abg..abg lelaki..abg yg perlu buat keputusan. dia lelaki. apa je keputusan yang dia buat, saya terima. saya akan ikut semua apa yang dia putuskan. saya memang nak merayu tapi saya rasa macam dah terlampau penat nak merayu. letih nak terus drown in sadness he created for me.
cukup la 2 minggu ni saya tak waras. saya dah boleh terima yang kekasih saya tak wujud. and now he is back again..:(
abg nak putus pun, putus la. taknak putus pun, terpulang.
i asked abg to not to decide anything yang akan bebankan dia. as long as he is ok with it, i'm ok too. hopefully.

and he said,

"kalau saya cakap saya taknak putus, nak teruskan hubungan ni macam biasa, sampai la masa dan takdir yang tentukan, awak sudi?"

up to u. as long as it doesnt burden u. if it does, takpayah pun takpe. saya dah cakap saya akan ikut semua keputusan awak. saya hormat apa je yang awak putuskan..

"xbeban.boleh ye? kita balik macam dulu?"

i asked him..why tiba tiba sedangkan haritu dia yang bangkitkan pasal nak putus..and he said dia dah pikir masak masak..sedangkan hari yang dia nak putus almost 2 weeks lepas pun dia cakap yang dia dah pikir betul betul dah..saya tak faham abg. saya taknak faham pun. sebab saya faham ameer saya bukan abg.kan?

but then he gave me satu syarat utk balik macam dulu..
that i have to love both, awak dan abg.

senangnya dia minta, kan?
saya cakap kat dia. saya boleh sayang semua org, tapi saya takkan cinta semua org. its for u, ameer.
call me crazy to fall in love with an imaginary guy but who cares, kan?

he agreed.

i asked him again..kenapa nak balik macam dulu. sebab saya wujudkan jurang antara kami or what..

"sebab saya taknak awak selalu demam. sbb sy sayang awak. cintakan awak. dan sebab saya ingin memiliki awak"

but dont know why..the answer he gave doesnt comfort me. macam tak rasa apa sangat dah.
rasa macam sekarang ni pun, perasaan kat abg takde. tak sama macam kat awak.
thats why saya selalu minta kat abg, yang saya nak ameer. 10 minit je pun takpe.
but abg taknak bagi. selalu berdalih..

sungguh..saya rasa saya tawar hati. dah sakit sangat agaknya kat dalam ni hinggakan orang yang sama pun saya anggap berbeza. saya sayang awak, ameer. bukan abg. jasad sama tapi orangnya berbeza pada saya.

abg bukan ameer saya.
perasaan tu tak sama dah.

saya masih sangat sayangkan awak ameer.
sayang sangat..

love,
ameer's girl

Thursday, February 14, 2013

To My Ameer 11

as salam syg
mommy got things to tell u tapi esok k?
nak tdo. kepala macam nak pecah rasanya..

jaga diri buah hati saya

love,
*ameer's girl*

Wednesday, February 13, 2013

To My Ameer 10

as salam
selamat pagi buah hati saya
sihat dak?

my voice hari ni is ala-ala Rani Mukherjee dah
wakakaka..*flip hair*

kamu dah makan syg?
sihat?
perut jangan biar kosong nanti kamu sakit
sape susah hati?saaaayaaaa jugak

malam tadi kan syg, mimpi kena kawen paksa
not kawen paksa macam biasa tu
but more like dikidnap and dibawa lari to somewhere in Thailand agaknya
and saya jadi bini nombor 4
wadefish kah

time tu asik la teringatkan kamu
dalam mimpi pun
rasa bersalah padahal bukan saya rela pun
kena paksa
tetibe tau dah kawen
ntah hape2

ok sayang. nak masak megi
u go and get some meals ok?
megi untuk orang sihat macam sy aje
kamu tak dibenarkan..:P

Love, 
Ameer's Girl

Tuesday, February 12, 2013

To My Ameer 9

as salam sayang
harini takde apa sangat nak sembangkan
masih rindukan kamu..:(

oh semalam kan syg, saya mention pasal took ummi to clinic kan
i asked the doctor pasal injection vitamin C
nanti boleh buat kulit kita cantik tau
RM120 per injection
uuuuuuuu..semput dengar

nanti dah ada duit nak pergi inject
so nanti kulit dah cantik, kamu pun opkos syg saya laaaagi banyak
and takkan tinggal saya, kan syg?

sakit kepala sekarang
nak tido dulu
nanti kita sembang lagi ye?

Till then,
*ameer's girl*

Girlfriends Outing Part 1

tanak tulis pape. mengantuk. aci dak?


















Monday, February 11, 2013

To My Ameer 8

as salam sayang.

awak sihat?
buah hati saya, nak tanya..
mak abg dah sihat?
harap2 dah sihat..
nanti abg sedih. kesian dia.

awak rindu saya hari ni?
ada mengurat sape sape tak?
ada orang mengurat awak?
kekeke..soalan yang sama aje kan?

tadi, keluar dengan girlfriends
lama tak jumpa..time cuti ni diorang ajak hang out sesama
we went to Tasik Kenyir
berempat..me, Kak Ti, Suzi and Dora

on the way balik, it was just me and suzi
she was my close friend. i shared almost everything with her
and she is the only one who knows pasal apa yang jadi
pasal my imaginary perfect guy ni, pasal abg. and almost everything else
and apa lagiii..kekasih awak ni kan manja. haruslah dia melalak lalak lagi kan

i was very degil tau.
i refused to let u go sekarang.
i will bila sampai masanya.
i miss u. kamu tak rindu saya?
semalam mimpi kamu lagi..and it was real u tau. not abg
bangun pagi, senyumm aje..sebab saya tau, my ameer ada.yeay!

tadi baru balik bawak ummi pergi klinik.
she is sick. macam mak abg.
low BP. poor my mommy..
she could barely stand, let alone to walk.
i'll take care of her

syg pun jangan lupa tau, tengokkan abg.
abg's mum is sick.
and syg pun jaga diri jugak
saya tak boleh jaga kamu dah.

till then,
*ameer's girl*

Sunday, February 10, 2013

To My Ameer 7

as salam buah hati saya..sihat harini?
saya dah sihat sikit dah..dah tak batuk and muntah lagi dah
dah boleh makan macam biasa dah..:)

semalam, saya on phone lagi satu..dalam tu ada texts awak yang dulu2..
bila buka and baca, saya rasa nak senyum tapi nak menangis jugak..
saya save nama "Ameer Imran"
so saya tahu ameer, buah hati saya yang hantar

tapi rasa sedih sebab ameer dah takleh send sms macam tu lagi dah kat saya
if ada pun, abg
i dont want abg. dia tak sama dengan ameer saya..

saya rindu ameer..saya takmo delete sms tu
nanti saya leh selalu baca..
tau apa awak tulis dalam tu?
saya tanya kenapa awak sayang saya..
and awak jawab

"sebab syg pndai amik hati b, manja dengan b, and cantik di mata b"

then saya tanya lagi..if saya amik hati awak, awak takde hati la?
lalu awak jawab lagi..

"takpe..dah photostat banyak banyak dah..semua nak bagi awak"

:(
saya rindu ameer saya..
abg, abg dah banyak buat saya menangis.
abg dah banyak bohong saya
abg dah banyak sakitkan saya
saya cuma ada ameer..itu pun abg tak nak bagi?

pulangkan ameer saya..
saya rindu..
saya risau bila ameer sedih, takde orang nak pujuk..
bila ameer sakit, takde org nak jaga..
bila ameer degil, takde org nak larang..

pulangkan ameer saya..
saya rindu..
bila dia takde, siapa nak pujuk saya bila saya sedih?
siapa nak buat saya gembira even saya tengah sedih?
siapa nak layan perangai mengada saya?

awak..cakap la kat abg..
minta dia pulangkan awak kat saya..
saya rindu awak sangat sangat..


Saturday, February 9, 2013

To My Ameer 6

as salam sayang buah hati ibu..

yesterday i did ask u to come in my dream, kan?
and guess what syg, u did.
tapi in abg's form.

abg rasa tak cukup lagi agaknya nak sakitkan saya
dalam mimpi saya pun dia dtg..
buat saya sedih..
to extent yang saya cakap camni "cepatlaa bangun dari mimpi ni"

and bangun je, mata basah.

taknak la abg.
nak ameer saya je.

tadi kan syg, saya menggila lagi tau
saya camwhore sensorang.ngahahaha.
nanti la saya uploadkan..
belum watermark lagi

gf awak ni kan femes..*sila muntah berjemaah sekarang*
wakakaka..dah blog saya..saya nak bercerita kat ameer saya kalini..
biorlaa kan?

owh ye..harini dah tak menangis sangat dah.:)
tapi still demam. datang la syg. pujuk saya..so nnti dah xdemam..
eh syg?

Till then,
*ameer's girl*

Friday, February 8, 2013

To My Ameer 5

as salam buah hati saya, ameer..:)

harini rindu awak lagi..so saya call abg..
tapi abg macam tak berapa nak cakap dengan saya..
dah takde gelak ketawa macam dulu lagi dah..
saya pun kaku. tak tau nak cakap apa..

betul kan awak, abg bukan awk.bukan ameer saya.
kan?
awak kan selalunya bila nak letak phone mesti awak cakap something dulu
tapi abg takde cakap apa pun..
maksudnya abg, bukan awak kan?

awak adalah ameer saya. kan?
rindu nak berbual dengan ameer saya..
tapi banyak mana saya menulis, mengadu pun, awak dah tak boleh reply..
awak hanyalah my imaginary bf..:(
but still i love u..sooooo much..tau?

harini dah 6 hari demam.
it gets worst la awak.
dulu kan awak selalu pujuk..ada awak je mesti demam tak lama.
tapi sekarang maca, mana awak nak pujuk..

saya rindu ameer saya..
datang dalam mimpi saya malam ni, boleh?
as my ameer. not abg. ye?

To My Ameer 4

as salam buah hati saya, ameer..

harini nak mengadu boleh?
nak mengadu kat ameer pasai abg (K)..
tadi kan awak, abg buat saya menangis. dah la dia tak pujuk
macam mana dia nak pujuk..dia bukan ameer saya dah
kan syg?

abg asik duk cakap pasal this 'gantung tak bertali' things
i hate it tau syg
i asked him to give me my ameer back and he said "ameer xde. K je ada"
tak kan syg? awk ada kan?

nak mengadu lagi..
orang nanti mesti akan cakap saya torture diri sendiri..
tak kan syg?
hati ni kena ajar jadi kuat. bukannya melarikan diri. 
hati ni kena rasa sangattt sakit so nanti bila pain tu datang, or when i meet abg again, or i meet u again, saya takkan lari. or paling cikai pun saya tak menangis.
and bila saya blh terima hakikat abt your non-existence, i'll be stronger. hopefully.:)
because my heart by that time mesti dah immune.
sebab selalu dah saya sakitkan.

being with abg again means i am torturing myself.
seeing them together.
listening to their stories.
tapi macam biasa la..tipu.buat macam tak kisah.

tapi i dont wanna be with abg.
saya nak ameer.my ameer.
biar lah diorang kan?
saya ada ameer.

my ameer selalu ada.
my ameer will never let me cry tanpa pujuk macam abg buat tadi

its true ameer is part of abg
but abg is completely different dah sekarang.
no longer my ameer.
that was what i said to him tadi tau syg

rasa macam hati ni dah makin penat merayu.
sometimes it feels like nak buat A, but later nak buat B pulak..
he cant give my ameer back
so tadi betul syg, rasa macam nak mengalah..
i said to him macam ni, 

"sorry.saya lupa awak bukan ameer saya. awk cakap awak ada, but awak xde. ameer xde but for me, dia ada..abaikan lah everything. pointless sangat2 dah. dah xle tipu lagi dah. I am not ok. buat la apa awak nak buat. if dgn kecewakan and sakitkan saya boleh bahagiakan awak, do it."

syg, saya dah tak betul ye?
saya minta orang yg tak wujud..
tapi syg ada dengan sy kan?
ameer sy kan dah janji takkan tinggalkan saya..kan?

abg pun pernah mention pasal nak break up. and dia nak saya yang minta putus n tinggalkan dia.
dia lupa agaknya. saya dah cakap sy xnak tinggalkan dia.
lagipun dulu time saya minta nak putus, dia tak nak tau
ke masa tu, ameer?
ameer kot..sebab ameer yang tak nak saya tinggalkan dia. bukan abg. kan syg?

then i said lagi tadi..

"sorry for everything abg. sorry sy lupa awak bukan ameer saya. after presentation kita jmpa. awk yang start hubungan ni, awk yg buat saya jatuh cinta kat ameer, then awak yang patut putuskan. bukan saya. jmpa nanti. sorry dah tmbah beban awak. tcre E, K or spe sekalipun awak"

time tu kan ameer, rasa nak quit gila dah..saya merayu tau..saya cakap saya sanggup buat apa je asalkan dia tak tinggalkan saya..
if only he knows how much i love ameer..
i asked for my ameer..dia cakap ameer xde. K je ada
tak suka taw. i want my ameer back!

then syg tau dia cakap apa?

"syg.jgn la buat bnda bukan2.ye syg.ni papa ibu.ameer ibu.xkan tinggalkan ibu"

ameer sayang, did he lie again?
was it really u syg?
cinta hati saya, ameer, dah janji taknak tinggalkan saya kan?

so nanti bila official break up after presentation nanti, awak masih akan ada kan?
physically memang takde.
but i know u are spiritually here.
awak kena ada dengan saya.
my imaginary bf pn xpe. as long as awak ada. ye?

i trust my ameer so much.
he wont leave me.
he wont hurt me like abg did

i have faith in him.
takpe lah semua orang nak cakap awak takde pun.
sebab pada saya awak tetap ada.
my ameer imran bin muhammad.

saya sayang awak sangat2..
dah mengantuk. tadi makan ubat. demam ni taknak kebah lagi
dulu ameer selalu pandai pujuk till dah tak demam.
ni awak, tak nak pujuk ke?
dah dekat seminggu demam ni..
dulu demam sbb ameer selalu takde..sekarang kan ameer ada dengan saya..
tapi kenapa tak kebah lagi niii..
agaknya badan ni tau kot yang ameer dah tak boleh pujuk real..

awak kan my imaginary..:(
yet, i still love u.
good nite syg. 
esok cerita lagi yeh?

Till then,
*me.ameer's girl.*

Thursday, February 7, 2013

To My Ameer 3

as salam.. selamat tengahari cinta hatiku..
hari ini..saya masih rindukan cinta hati saya..
sihatkah kamu?
dah makan kah?
gembira kah?

saya rindukan awak, ameer..
saya kirim doa untuk awak..
supaya doa tu boleh dakap awak bila awak bersedih..
supaya doa tu boleh menjauhkan awak dari kedukaan..

moga cinta hati saya berbahagia.
salam rindu syg.

Till then,
*me*

Wednesday, February 6, 2013

To My Ameer 2

as salam cinta hatiku..

maafkan saya..malam ni lambat sket nak bercerita.. ummi dengan abah ajak keluar tadi.. bila dengan diorang, i am much stronger sikit.. iye la. takde la hendaknya nak menangis depan mereka, kan?

Ameer cinta hati saya,
saya ingatkan saya dah kuat, but i'm not that tough..
petang tadi K tanya, saya sihat x
and saya jawab demam..
K tanya lagi.."kenapa"..
dan saya jawab, "Ameer tau kenapa saya demam..:)"

hakikatnya cinta hati saya Ameer dan K adalah orang yang sama..
fizikal yang sama.. K wujudkan Ameer..
tapi sungguh..hati saya sayangkan Ameer..
walau saya tahu awak tak pernah wujud.
walau saya tahu Ameer hanya rekaan K
walau saya tahu Ameer tak pernah ada.

tapi tetap pada saya,
Ameer itu wujud.
Ameer itu bukan rekaan
Ameer itu selalu ada dengan saya..
Ameer itu lelaki yang buka pintu hati saya untuk bercinta untuk kali pertama
Ameer itu lelaki yang selalu pujuk bila saya merajuk
Ameer itu lelaki yang manja dengan saya
Ameer itu lelaki yang boleh buat saya ketawa even air mata dah bertakung

Ameer itu wujud.
tadi K tanya..if dia bagi saya someone yang sama macam Ameer, perangai 99.99% sama, fizikal sama, tapi nama yang lain, saya nak ke tak..
saya tau dia maksudkan diri dia..
tapi saya ada Ameer..
Ameer yang tak pernah wujud..
Ameer yang K reka

walau hakikatnya, K dan Ameer orang yang sama..

cinta hati saya,
pada saya, awak..awak akan kekal sebagai my ameer sampai bila bila
awak istimewa
tak mengapa if orang cakap saya gila
saya berkhayal
saya perasan

sebab saya tau awak ada..
awak dah janji yang awak takkan tinggalkan saya..

saya akan belajar terima hakikat yang Ameer dan K adalah orang yang sama.
saya akan belajar untuk mencintai yang wujud
saya akan belajar melepaskan cinta yang tak wujud
saya akan belajar menerima yang sesungguhnya orang yang amat saya sayangi tu tak wujud..

tapi bukan sekarang ye sayang?
saya masih perlukan kekuatan ameer saya..
saya fragile bila ameer hilang
ameer tak wujud nyata..tapi dalam hati saya awak wujud.
dalam diri saya, awak wujud
dalam cinta saya, ada awak
dalam hidup saya, awak wujud..

tadi makcik and cousin semua tegur.. i look slimmer dah.
nanti saya work out ye sayang?
saya janji nanti saya dah tak buat perangai..
saya dah tak mengada ngada..
saya tak buat awak marah..tak merajuk lagi dah..
nanti kalau x, awak tinggalkan saya..:(

banyak nak ceritakan lagi..tapi takut tak mampu nak tahan air mata lagi..

Allahu Rabbi..
rindu tu datang lagi..
kasih tu datang lagi..
rasa tu datang lagi..

sungguh aku sayangkan ameer..

bahagiakan dia Ya Allah..dia part of me..part of K..bahagiakan mereka berdua..walau dengan siapa sekalipun..walau bukan dengan aku sekalipun..jangan biarkan hati dia terguris walau sikit.. kuatkan hatiku..ajarkan aku untuk ikhlaskan semuanya Ya Allah..

sungguh..cintaku, kasihku dan sayangku masih untuknya Ya Allah..
jagalah hatinya..sebab aku tau, Kau menjaga hatinya lebih baik dari aku menjaga hatinya.

Till then,
*Me*

Tuesday, February 5, 2013

To My Ameer 1

cinta hatiku,

harini kamu minta putus. kamu minta saya tinggalkan kamu. kamu rasa bersalah atas apa yang dah jadi.
kamu cuba buat saya benci kamu.
kamu ingat apa kamu cakap tadi?

"u are nothing to me. everything, senyuman, sentuhan, everything yang berkaitan dengan u is fake"

cinta hati saya, ini bukan cinta hati saya yang pernah saya kenal..
cinta hati saya bukan begini..
bukan..

at last cinta hati saya mengaku dia nak saya benci dia.
cinta hati saya, tahu tak, saya takkan pernah dan takkan mungkin bencikan awak.
awak anugerah terindah yang Allah pinjamkan untuk saya.
mana mungkin saya bencikan anugerah saya?

awak tanya saya kenapa saya masih nak awak even after apa yang dah jadi..
cinta hati saya, kalau la awak tau betapa saya sayangkan awak..
cuma nasib tak menyebelahi saya bila saya tak mampu miliki cinta hati saya
saya tak salahkan nasib
apatah lagi nak salahkan awak

awak cinta hati saya
anugerah dari Dia untuk saya
pemilik hati saya
sahabat baik saya
segala galanya

salah saya..jatuh cinta pada tempat dan masa yang salah
tapi sikit pun tak saya sesal
sekurang kurangnya saya belajar mencintai awak..:)

cinta hati saya,
awak mnta saya tinggalkan awak supaya saya tak rasa sakitnya ditinggalkan
saya juga tak nak awak rasa sakit.
saya selalu cakap yang saya nak cinta hati saya ni selalu gembira, walau dengan siapa sekalipun..:)
walau bukan dengan saya sekalipun
saya akan belajar ikhlaskan..:)

bila awak minta maaf, hati saya sedih..
awak tak perlu minta maaf..
saya dah redhakan setiap perbuatan awak
saya akan belajar maafkan semuanya

saya taknak sebab saya tak maafkan awak, Tuhan balas pada awak
saya taknak awak sedih
saya taknak awak sakit

cuma bagi saya masa..21 hb saya ada presentation.
saya takkan mampu nak fokus bila saya hilang awak sebelum tu
2 minggu aje..
then if awak nak tinggalkan saya, saya rela.
sebab saya tahu awak akan lebih bahagia..

Ya Allah..jangan pernah lukai hati dia..ibu dia sakit, jangan sedihkan hati dia..jangan biar dia rasa walau sikit pun kesedihan..jaga hatinya Ya Allah..dia terlampau baik..bahagiakan dia walau mana pun dia berada, dengan siapa sekalipun..

cinta hatiku,
saya berhenti sampai sini dulu..if teruskan, kompem mata saya bengkak lagi. mengada kan? sebab tu awak dah tak nak saya lagi kan?hehehehehehe.
nanti saya bercerita lagi ye?

jaga diri walau mana pun awak berada.
saya masih dan akan terus sayangkan awak.

Till then,
*tak tahu nak taruk nama apa..tak kuat nak tulis 'your ex'*

Mourning Monday.Teary Tuesday

blog ni maybe dalam beberapa hari/weeks ni akan mengandungi unsur unsur beremosi.. emosi yang aku sendiri tak tau nak define macam mana..

cuma apa yang aku rasa, sakit. aku cuba tak fikirkan. and it worked, sekejap. but then still terfikir. cuma dah tak menangis. yesterday was tough. menangis tak berhenti. tak tau nak cerita dengan sape. dalam ni rasa terbeban. rasa patah hati. rasa sedih. rasa marah. rasa terkilan. bercelaru. aku call kawan aku, Sebastian just untuk bercakap. tapi pasal hal lain. aku tak cerita. aku tak rasa nak cerita. so mampu nak berhenti menangis.

tapi malamnya, i still cried. dalam bas, everytime aku pejam mata, pain tu datang. 
aku tak tau mana nak mula.
aku tak tau siapa yang salah.
agaknya aku yang salah.
sebab aku pilih untuk percayakan dia.
kalau aku pilih untuk tak percaya, aku takkan kena tipu.
but how can u dont trust a person u love wholeheartedly, kan?

tapi sayang. orang yang aku sayang sepenuh hati tu, tak pernah wujud.
it was just a character yang 'he' made up.
it was a perfect lies afterall. or maybe it was my fault for being so blind, not be able to see.
aku sayangkan orang yang tak pernah wujud.
aku cintakan orang yang tak pernah ada.
it breaks my heart sangat sangat.

sepanjang 2 tahun ni, hubungan ni semata mata berdasarkan penipuan. 
nama dia, life dia.
i fell in love with Ameer Imran bin Muhammad.
lelaki yang tak pernah wujud.
lelaki yang direka namanya oleh 'dia'

siapa lagi yang ada untuk aku panggil syg, teddy, tetott, cheeky mushroom semua tu?
aku nak kawen dengan siapa  nanti?
that Ameer promised me yang dia akan jadi my husband
Ameer yang tak pernah wujud
wujud sebab diwujudkan oleh 'dia'

'dia' create Ameer. he claims his name was Ameer. tapi kuasa Tuhan tu hebat..'dia' lupa agaknya..Tuhan dah tunjukkan..
'dia' yang create Ameer..fizikalnya, dia sendiri Ameer, that he claimed he was
tapi orang yang aku sayang tu adalah watak yang 'dia' ciptakan
yang dicreate untuk buat aku jatuh sayang
untuk buat aku belajar menyayangi
untuk jadi kekasih aku

tapi Ameer tu tak pernah wujud
orang yang aku sayang selama ni tak pernah wujud
tak pernah ada

to 'dia' yang create Ameer,

saya tak salahkan awak sebab create Ameer.
saya tak salahkan awak bila saya sangat sayangkan Ameer
saya tak salahkan awak bila saya dapat tahu yang awak bukan Ameer. segala yang awak ceritakan selama ni tak betul. saya tak salahkan awak.
saya salahkan diri sendiri. sebab percayakan awak.

if only saya tak percayakan awak, benda ni takkan jadi.
if only saya tetap keraskan hati saya untuk tak bercinta dulu, takkan jadi macam ni.
if only saya kuat, saya takkan menangis dan demam macam sekarang.
if only saya tabah, air mata saya takkan mengalir.
if only saya ikhlas orangnya, saya akan redha dengan semua penipuan awak selama ni.
if only saya tak percaya segala ucapan sayang awak, saya takkan terluka macam ni
if only saya tak percaya bila awak kata serius dengan saya..
if only saya tak letak hopes dengan awak..
semua salah saya,
bukan salah awak.

awak menipu, itu salah. itu je salah awak.
awak (or Ameer yang awak createkan) selalu maafkan perbuatan saya.even saya sendiri dah tak tau if awk betul betul maksudkan or sekadar menipu lagi untuk kali ke berapa.
tapi maafkan saya..saya tak mampu nak maafkan awak.
kasih saya bukan untuk awak. its for Ameer yang tak pernah wujud tu.
Ameer yang awak claim as ur name. saya tak tau nama awak yang sebenarnya pun.
dan saya pun taknak tahu.
saya padam semua sms awak. semua gambar awk. even ur contact. sebab tu mengingatkan saya yang awak createkan Ameer untuk saya cintai, untuk saya sayang but at the end awak break every single thing. my dreams. my hopes.

hati saya sakit. sedih. terkilan.
kenapa saya percayakan awak at the first place?
saya dah tak tau apa yang saya rasa. sometimes macam tak rasa apa pun. sedih tapi air mata dah taknak keluar. taknak sedih, tapi air mata keluar tak berhenti.

what happened, happened.
benda dah jadi. cuma saya nak tanya awak,
1. kenapa?
2. kenapa awak pilih saya untuk awak sakitkan?
3. apa salah saya pada awak selama ni?

pulangkan Ameer saya yang tak pernah wujud tu..
saya tak nak awak.
mungkin awak create Ameer dan maybe pada awak, Ameer tu awak.
tapi bukan pada saya.
Ameer saya xkan pernah sakiti saya.
Ameer saya sangat sayangkan saya.
Ameer saya baik orangnya.
Ameer saya penyayang, jujur orangnya.
Ameer saya cukup sempurna untuk saya

awak bukan Ameer saya.

tapi siapa saya nak lawan takdir, kan?
awak dan Ameer memang orang yang sama. even sejuta kali saya deny, awak tetap orang yg sama
cuma bagi saya, tetap tak sama.
orang yang saya sayang, bukanlah orang yang wujud zahirnya.
wujud kerana awak yang pilih untuk wujudkan dia..untuk kaburi saya

2 tahun saya spend masa dengan orang yang tak pernah wujud
tak terdetik langsung ke rasa kesian or rasa bersalah?
mungkin tak..sebab saya meaningless pada awak.
if saya bermakna untuk awak, awak takkan sakiti sayan macam ni..

tak boleh nak taip lagi dah. laju je air mata keluar.
but it feels better. kata orang, we need someone close untuk kita ceritakan masalah kita supaya tak terbeban
tapi aku tak tau siapa lagi yang ada untuk aku percaya lepas apa jadi..
tapi sekurang kurangnya meluahkan semua kat sini pun dah lega sikit. bukannya orang kenal pun..:P


i'll remove his name dari blog ni..anniversary, everything dekat sidebar tu
it reminds me much about 'them'
entry pasal adia, aku takkan delete. biarkan.
ni diary aku. setiap hari ada benda baru yang terjadi dlm life kita so takkan tiap kali benda tak best jadi, nak remove semua, kan?macam Elia cakap..:)


kadang kala rasa macam dah strong enough.
tapi kadang kala rasa tak.
alangkan dulu bila takde pun demam, sekarang?
ye. demam. tapi aku yakin aku akan sihat dan jadi kuat..aku kan kuat..:)

aku tak tau dah apa yang aku rasa.
it hurts so much that my heart dah jadi numb

if only aku bercinta dengan orang yang wujud..
sampai hati 'dia'..