gucciglasogon.se

Friday, February 15, 2013

To My Ameer 12

as salam sayang.
selamat tengahari. dah makan?
sihat?dah amik wudhuk?
jumaat jangan tinggal. sekeh karang kang.

hurm. semalam kan cakap yang nak cerita something kat awak, kan? tak tau mana nak mula..
2 hari lepas, rabu haritu..abg mention pasal xnak putus..and nak couple macam biasa..
saya tanya abg, awak sayang sy lagi tak. itu pun if dia tau la kan..
and then he said ameer masih syg but he's concerned if i'm mad at ameer
dia cakap saya marahkan awak..bila masa saya marah pun tak tau la.
then saya cakap la, saya tak pernah marahkan awak pun. 

then dia cakap:

"kalau tak marah, then awak nak dia buat camne?tinggalkan awak atau sebaliknya?"

saya tak pernah minta ameer tinggalkan saya..sebab saya tahu dan saya sangat yakin ameer akan pegang janji. ameer saya dah janji dia takkan tinggalkan saya sampai bila bila. kan sayang?
yang nak tinggal saya, bukan awak kan?bukan ameer. but abg.

then he said lagi,

"ketepikan dulu soal ameer or abg. sekarang nak tanya awak. awak still nak kita teruskan hubungan ni ke atau apa.saya tak tau nak buat keputusan. if teruskan, awak sanggup ke"

ameer syg, nampak tak kenapa saya cakap awak dan abg tak sama. dah lain. ameer saya bukan macam tu orgnya. ameer saya tegas bila buat keputusan..
saya cakap kat abg..abg lelaki..abg yg perlu buat keputusan. dia lelaki. apa je keputusan yang dia buat, saya terima. saya akan ikut semua apa yang dia putuskan. saya memang nak merayu tapi saya rasa macam dah terlampau penat nak merayu. letih nak terus drown in sadness he created for me.
cukup la 2 minggu ni saya tak waras. saya dah boleh terima yang kekasih saya tak wujud. and now he is back again..:(
abg nak putus pun, putus la. taknak putus pun, terpulang.
i asked abg to not to decide anything yang akan bebankan dia. as long as he is ok with it, i'm ok too. hopefully.

and he said,

"kalau saya cakap saya taknak putus, nak teruskan hubungan ni macam biasa, sampai la masa dan takdir yang tentukan, awak sudi?"

up to u. as long as it doesnt burden u. if it does, takpayah pun takpe. saya dah cakap saya akan ikut semua keputusan awak. saya hormat apa je yang awak putuskan..

"xbeban.boleh ye? kita balik macam dulu?"

i asked him..why tiba tiba sedangkan haritu dia yang bangkitkan pasal nak putus..and he said dia dah pikir masak masak..sedangkan hari yang dia nak putus almost 2 weeks lepas pun dia cakap yang dia dah pikir betul betul dah..saya tak faham abg. saya taknak faham pun. sebab saya faham ameer saya bukan abg.kan?

but then he gave me satu syarat utk balik macam dulu..
that i have to love both, awak dan abg.

senangnya dia minta, kan?
saya cakap kat dia. saya boleh sayang semua org, tapi saya takkan cinta semua org. its for u, ameer.
call me crazy to fall in love with an imaginary guy but who cares, kan?

he agreed.

i asked him again..kenapa nak balik macam dulu. sebab saya wujudkan jurang antara kami or what..

"sebab saya taknak awak selalu demam. sbb sy sayang awak. cintakan awak. dan sebab saya ingin memiliki awak"

but dont know why..the answer he gave doesnt comfort me. macam tak rasa apa sangat dah.
rasa macam sekarang ni pun, perasaan kat abg takde. tak sama macam kat awak.
thats why saya selalu minta kat abg, yang saya nak ameer. 10 minit je pun takpe.
but abg taknak bagi. selalu berdalih..

sungguh..saya rasa saya tawar hati. dah sakit sangat agaknya kat dalam ni hinggakan orang yang sama pun saya anggap berbeza. saya sayang awak, ameer. bukan abg. jasad sama tapi orangnya berbeza pada saya.

abg bukan ameer saya.
perasaan tu tak sama dah.

saya masih sangat sayangkan awak ameer.
sayang sangat..

love,
ameer's girl

No comments:

Post a Comment