dah dekat 2 minggu dah tak menyonteng.. last week ada presentation untuk defend proposal aku..and minggu ni aku is dilanda kemalasan teramat sangat plus internet access ni selalu merayu rayu untuk aku maki hamun aje manjang.
aku punya presentation was on 21st, khamis..rabu tu kitorang gerak dari arau..
yang involve dengan presentation ni yang dari arau ni ada 4 orang semuanya. hari rabu petang aku keluar dengan kawan aku yang buat phd..dia punya presentation pun tarikh sama dengan aku so kitorang melepak kat kfc tapi tak order makan sambil menjalankan diskusi. wakaka
aku tak tau la if aku tak discuss dengan adi itu hari. mampus aku nak defend proposal tu. dia betulkan slide and train aku supaya lebih yakin time present tu.
before present tu aku punya gugup kemain la haii..kawan aku yang lagi 3 tu, 2 orang sesi pagi and aku dengan lagi sorang sesi petang. yang sesi pagi tu siap menangis bila keluar dari bilik presentation tu. and kengkawan lain semua cakap tough. aku makan nasi mula la x lalu..rasa macam ada rama rama dalam perut. neves. bag aku pun aku boleh bantai marah. supporters yang dari arau dah gelakkan aku dah.hahah.
tapi alhamdulillah aku punya presentation ok and panels pun semuanya ok..:)
then lepas je present, aku text adi, bagitau yang aku dah selamat dah. sekali dia punya reply memang hampagas sungguh..begini bunyi akan sms beliau itu..
"ko pakai yang aku ajar ke ko pakai otak unta ko?"
cis!
aku manusia okeh?
tapi tak kisah. sebab aku dengan dia punya gaya bersembang macamkan dah bertahun kenal. padahal kenal baru sebulan lebih. tapi seronok berkawan dengan dia. aku boleh cakap sebebasnya. dia cerita pasal tunang dia. and aku cerita pasal life aku. memasing boleh guna bahasa like "itu bukan gila, itu bengong. ehh ko ni, aku cakap bangang kan marah. natang mu ni, bengong sungguh"..bla bla bla..kasar kan?but it comforts me. macam menyembang dengan sedara.
time tu jugak aku cerita kat dia pasal apa yang jadi antara aku and 'that guy'. aku tak tau kenapa aku cerita kat dia. yang aku tau, aku rasa selesa and aku percayakan dia. even kata kata dia tu kekadang sungguh sadis but its true. and malam tu rasa relieved gila. and dia pun cakap "ko perasan tak, compare dengan tadi, ko punya explanation sekrg dah makin yakin?self esteem ko dah increase?sebab ko dah luahkan beban yang ko rasa. and sikit sebanyak ko dah tak rasa terbeban, kan?"..see macamno dia deduce? alah..nama pun orang buat phd
oh ye, adi, if mu baca post ni, tolong jangan perahsan okeh?
ni bukan nak puji mu. puiii. koserr aku nak puji mu.hahahah
banyak sebenarnya nak cerita. nak luah. tapi tak tau mana nak mula.
as for now, mari kita tido dahulu.
dan esok aku bercadang mahu bersiar bersendirian.
sadis okeh hidup sendiri di rantau orang ni.
destinasi nya, esok baru pikir, tak payah semak kepala pikir nak ke mana.
untuk hari ni, mari kita tido
No comments:
Post a Comment