gucciglasogon.se

Wednesday, March 27, 2013

saya yang sedih

kepala otak aku dah starts to step towards blurr-ing mode ni.huhuhu.
yesterday was my first lecture. sebelum ni dah attend class dengan students tapi ada lecturer lain sekali. semalam aku handle sorang sorang. ohooo alhamdulillah. those girls and guys were so co-operative. class pun sejam je dah habis since lecture pun tak lama.

tadi pergi jumpa supervisor, discuss nak upgrade and correct aku punya proposal. kena present lagi sekali. huhu. then zasss p jumpa co SV aku. aku mengajar and jadi teaching assistant untuk subjects co SV aku, Tuan Haji. subjects nya adalah subject yang sungguh aku tak berapa nak pandai..Navigation Safety dengan Basic Safety. kemain aku duk study sebelum nak masuk kelas. malu okeh if diorang tanya and aku tak leh jawab. 

bila jumpa dia tadi, Tn Haji bagi soalan test subjek yang aku assist dia..ikut schedule, first week of April dah kena buat test. so next week la test nya. then nak marking lagi. itu tak pe boleh lagi kautim.

yang tak berapa boleh nak kautim is weekend ni ada kena attend seminar lagi kat Shah Alam..harini dah rabu dah..kenapa la baru tau hari ni..esok aku ikut Tn Haji and students ke LIMA kat Langkawi..then nak buat correction untuk discuss dengan SV jumaat pagi tu..jumaat malam nak p Shah Alam..tempat tido takdak lagi ni. aku dah la sensorang je nanti.

ahad malam balik, sampai sini isnin pagi. isnin pukul 10 pagi ada kelas..bila nak study untuk mengajar ni..huhu.aku semenjak dah tua ni, tak berapa mampu nak kurang tido..kepala pening and muka aku seyes jadi macam zombie. stress sungguh.

aku prefer jadi sibuk sebenarnya tapi kalo sibuk yang kena travel sana sini dengan keadaan duit kurang, tak berapa nak prefer la haiii. ada ke yang suka travel takde duit?
memanglaa bukan nak p bershopping tapi dari perlis ke shah alam memerlukan duit okeh?
duit tiket.
duit makan.
duit tempat tinggal.
duit transport nak p seminar.

ni yang rasa sedih ni.
siapa nak sedekah duit kat aku beberapa ribu?

Wednesday, March 20, 2013

random

lately ni mood macam ke laut. minggu ni huru hara sungguh. aku dapat offer untuk jadi Teaching Assistant. so minggu ni dah start. and lekk je isnin haritu co SV aku suh aku bagi lecture semalam sebab dia outstation ke KL 2 hari..ohooooii..dah la subject tu aku dah lama tinggal..dah dekat 3 tahun kut..tapi bantaii aje lah.. Tn Haji cakap takpa la ajar yang basic and senang aje..yang susah kang tinggal kat dia bagi dia ajar.hahah.

tapi kan, aku punya proposal kena major amendment..ada few things nak kena correct balik and present lagi sekali.. awalnya macam frust la jugak kan but come to think of it, aku rasa takpe lah kot. depa nak tolong aku so nanti time viva nanti takla aku tertonggeng tonggeng kemalu maluan kena hentam..

staf lab sini cakap aku punya tajuk complicated..huhu..usahkan dia, aku sendiri pun, yang tukang buat pun dah banyaak pening. but if aku boleh setelkan, insyaAllah tajuk ni akan jadi sangat strong. tapi nak mulakan tu la..haihhhh. but the good news is that grant from Marine Department dah dapat..tapi 30k ajo.uhuk uhuk.cukup la kot. so tak tau sekarang nak rasa apa. suka ka nak sedih ni. ah suka la. hahah. okeh aku dah sewel.

semalam balik dari lecture and lab aje, aku balik rumah tak bawak keluar pun segala files aku. aku tinggal dalam keta. saje la konon tengan stress. pastu cakap sket gelak tak hengattt. bila aku dah stress maka haruslah aku stresskan orang lain jugak. hahah. aku paksa budak Wan tu keluar. fedulik apa aku. janji aku dah kurang stress. tapi keluar ke mana aje pun. huhu. p makan, lepak kuala perlis, then balik.
member tu dah la tengah sakit. oh berdosa sungguh rasanya duk pedajal beliau. tapi sebab beliau tak marah, maka mari melakukannya lagi.

dah la couple weeks back ni asik la tak sihat aje.
sekarang ni pun. kepala asik duk pening ja.
makan sket, meloya nak muntah.
entry len la sambung tang sakit sakit ni. 
ni nak makan sat.
harini masak bubur+sardin+ayam celup tepung aje udeh.

huhu. itupun kalo makan.

till then, 
Mommy

Tuesday, March 12, 2013

mari menjadi kental

semalam aku buat kerja gila. mood sangat la tak ohkek semalam.so petang tu aku keluar driving p kuala perlis. and budak rumah ni nak ikut sorang. so bawak aje lah. p makan. and set appointment nak keluar pukul 8 pulak. padahal time tu pukul 7 still kat kuala perlis lagi.

balik dari kuala perlis, siap siap, terus zassssss keluar lagi. balik pukul 1 lebih. almost 2am. tu adalah keje paling gila pernah aku buat setakat ni. p mana je pun, alor star, pusing pusing, balik kuala perlis, lepak tepi jalan, balik kut kangar, hampir disaman polis sebab kawan aku yang drive tak pakai seatbelt. hahah. polis tu pandaaaaang aje. tak puas ati lettew. hahahah.

malam ni aku nak balik terengganu. full load dah ni otak aku. nak balik mengadu kat ummi.
satgi nak keluar setel few things.
petang ada meeting. then if ada tiket malam ni zasss terus balik terengganu
next week la p shah alam. aku kalo sebut nak p kl or selangor ni dah lemah jiwa raga sungguh.
kerana "segalanya tentang beliau" ada di sana
hahahahahaktuihh. tak habis lagi ni after-effect of putus cinta.

tak mengapa lah. mari kita berfoya foya untuk mengubat hati yang duka.
berfoya foya aje udeh. tak payah serius. jangan tergadai semua, udehhh
pandai pandai la jaga diri.

oh ye.kan aku ada mention pasai nak join equestrian club tu kan..sekarang aku dah tambah lagi aktiviti untuk dibuat.hahahah. join kawan aku p race kereta kat songkla and Kg Gajah, p tengok orang drifting, p join drag kereta, and konvoi kete Satria. padahal aku bukan pakai Satria. tapi sebab kawan aku adalah pengguna Satria, maka marilah memaksa beliau untuk bawak aku sekali

nasib la budak tu layankan aje ahkak nye ni.hahahah.
takde dah la Cik Puan Mommy yang lembik dan cengeng pasni
marilah kita menjadi manusia yang nampak soft tapi sebenarnya adalah sangat kental di dalam.
bukan macam sekarang, luar nampak kental, dalam humangaaaaii rapuh sungguh.

ok lah tu je nak cerita.
nak mandi and kua sat.
nanti sambung

Till then,
Mommy

Monday, March 11, 2013

aku, pakcik, dan buah

di suatu petang yang hening TANPA kilat sabung menyabung, guruh berdentum, hujan lebat mahupun renyai renyai, berlokasi di sebuah pasar malam di belakang C-Mart Arau, terdapatlah dua orang gadis, di mana seorang dari mereka adalah gadis tak terpinggir yang dipinggirkan oleh jejaka 'itu'.oh apa aku merepek ni. aku tengah cari mempelam sebenarnya that day..tapi takde.dan end up tercegat depan gerai buah ni..maka bermulalah episod duka pakcik penjual buah tu..

aku: ummi, akak nak beli mempelam la.ada nampak tak?
ummi: takde la akak
aku: umm..takpelah
pakcik buah: cari buah apa dik?
aku: saya cari buah hati..ada tak?
pakcik buah: Allah. mana nak cari tu..*dan beberapa perkataan lagi dia sebut.lupa dah*

maka aku berlalu pergi tanpa rasa bersalah.sambil tergelak gelak.
penangan manusia ditinggal kekasih.
semua benda jadi tak betul.
kesimpulannya, jangan bercinta. if bercinta, sayang sikit sudah. jangan sayang sangat sangat.
sebab satgi, kamu end up sakit sangat sangat.

dengarlah pengalaman dari makcik ni.
okaylahtuje nak merepek.

menyampah?meluat?
sila muntah berjemaah sekarang.wakakaka.oh tak kelakar eh?

till then,
Mommy

kisah adik beradik

tadi abah call..tanya pasai baby putih aku.
then abah suh call adik aku kat Pattani..since aku cakap nak balik
and angah and adik aku yg number 3 tu pun balik
so abah cakap takpe dia p amik. boleh la gather gather together gether kan

tapi adik aku ada exam hari isnin..and dia balik renew passport hari rabu je
tak balik rumah. terus p sana balik.
weekend ni ada something jadi and after that thing setel, abah hantar adik aku number 3 balik PD

so tak sempat nak hantar adik aku yang bongsu balik Pattani..
kami balik nanti tak cukup sorang la nak berkumpul
sedih gila aku bila adik aku tanya, "along, balik lama tak?"
aku balik kejap je..tak sempat jumpa..
then dia diam. aku cakap la, takpe kita jumpa lain kali. bulan 4 ke. 
dia cakap ok tapi nada suara dia lain gila.
macam sedih.

aku letak je phone mata terus berair air.
aku message adik aku number 3, si Bujal.
menangis lagi aku. terasa sangat. sebelum ni selalu je ada kat rumah.
selalu gaduh gaduh, then 10 minit lepas tu kang gelak gelak balik
tapi sekarang masing masing dah sibuk dengan urusan memasing..:(

aku ni dah bangsa cengeng if melibatkan family dan "org yg aku sayang"(dulu)
Bujal tu laaaaagi la cengeng. aku menangis dendiam je. tapi lelaki itu, huh. lagi dasat nanges
dia menangis tak hengat if involve family. hal len dia kental je. orang kata apa pun dia buat derk
tapi bila bab family, sensitif sungguh.xboleh tengok abah diam, or sedih. mula la. 
padahal abah aku rilek je.takde apa pun. tapi dia......
menangis macam orang mati bini.
maybe sebab abah ummi ajar kami support and protective over each other agaknya

macam sekarang. aku nak beli something. and abah cakap beli bila aku balik arau nanti
tapi takleh.aku nak beli and bawak balik sebab aku nak adik2 aku guna juga. and tengok apa aku beli
aku takleh beli and aku je guna.
aku rasa berdosa ngan adik adik aku.
hahahah.bangang sungguh

ok nak sambung masak.

till then, 
Mommy


Sunday, March 10, 2013

blur

hari ni tetiba emosi bercampur gaul gaul. tetibe teringat kat 'dia'.
oh sungguh tak best.
kepada mereka yang belum pernah bercinta, bersyukurlah sebab kamu takkan pernah rasa sakitnya bila putus.. yang dah putus, marilah join kelab mangsa cinta macam aku.wakakaka

ok tak kelakar. aku nak cerita something tapi mood macam xberapa ada.
kepala masih sakit.
rambut masih sanggul tinggi.berstokin.dan kurang bercakap. *sigh*

keje ada tapi sat g la buat. 
haish. benci sungguh bila jadi cenggini.
and tadi tetiba pageviews sedikit bertambah. 
apa yang terjadi?ini kan hujung minggu.
apakah?
sila la tinggal jejak anda so aku boleh menjejak kasih sayang dengan anda.
wakakaka.gelak tapi sedih.
gila lagi la ni.
dah la. esok esok aku is merepek repek lagi

till then,
Mommy

Saturday, March 9, 2013

cerita sakit lagi

aku taktau la kenapa. agaknya terkena kenan agaknya. aku kan perempuan cantik *cough cough* yang berantibodi lemah..so asik la sakit. dan sakitnya pulak mesti nak kena hujung minggu. oh kenapakah?

if weekend, Unit Kesihatan (UK) UiTM tak bukak. dan aku is kedekut aih nak p klinik dan bayar sendiri. selagi terdaya tahan, marilah menahan. tapi if dah tak tahan sangat, macam haritu kat shah alam, sakit mata, bengkak and takleh bukak langsung, memang melayang la duit aku. hujung minggu dan malam, mana la UK nak bukak. call kawan aku, menangis nangis minta dia datang amik.

ni sakit lagi. sakitnya hari khamis tu lagi. tapi sebab tak berapa sakit sangat and sakitnya pun on off, maka tak payah la p klinik lagi. akan tetapi apabila semalam dah makin terkangkang aku berjalan, end up la kat klinik tu jugak. dapat la 4 jenis ubat makan and 1 ubat sapu. and hari ini, kurang la sakitnya. akan tetapiiiiii..senggugut la pulak haii..before period aje dah dekat seminggu duk on off sakit.

and hari ni, segala kesakitan tu bersatu padu berganding bahu nak sakit. tadi time drive nak p servis baby pun, boleh sakit pulak. i thought dah okay dah.

petang ni, alahaii sakit perut lagi. apa kena ni.
kepala mula nak sakit lagi.
nak termuntah lagi 
pening lagi

oh haa, semalam time jumpa Dr tu, dia tanya ofkos la banyak benda yang detail.
malu i taw

Dr: awak, dah kawen?
Mommy: belum Dr..
Dr: *diam kejap*..ada buat apa apa tak?
Mommy: hah?maksudnya?
Dr: pernah buat apa apa tak?
Mommy: ohh..tak tak..tak pernah

dah agak dahhh..sebab simptom yang aku gtau pun menjurus ke arah pregnancy.
aku pun cuak.
nak cuak kenapa pun aku tak tau
kekadang aku terpikir, "what if time aku tak sedar, aku terduduk kat lelaki punya air mani ke.."
ohh ye itu adalah sangat bangang. i know that all this while.
itu la kekdahnya bila terpengaruh dengan cerita mexico dulu dulu

aku rasa kan, mesti salah satu sebab aku kena tinggal or putus cinta, sebab aku selalu sakit kut?
mana la orang nak pompuan selalu sakit macam aku ni.
tsk tsk

Thursday, March 7, 2013

hati

hai hati..tolonglah kuat..
dont fall again.
past is past.
move on girl.move on.
tolongglah hati, jangan buat aku sedih lagi
tolong sesangat

Wednesday, March 6, 2013

dont fall

SILA LA BERTAHAN CIK PUAN MOMMY. JANGAN GOYAH. SILA BERTABAHHH!
DONT FALL AGAIN.
REMEMBER, TOUGH IS RARE AND RARE IS PRETTY.
*pang berdas das supaya regain consciousness balik*

ehem ehem

pesanan ini dibawakan khas untuk anda dan saya oleh err..oleh sape sape aje lah..:P




dan yang ini juga..:)..bersangka baiklah pada Allah..insyaAllah Dia bagi yang baik2 aje untuk kita.. lets cheer up girls..:)


much love,
Mommy

takde tajuk

Myself, please be tough. survive through these. problems taught us to grow up. cheer up girl. cheer up. 
no more tears.
you are strong and you'll get over it Myself.
be tough. tough girl is rare. and rare is pretty. kamu kan selalu nak jadi pretty..so kena jadi tough.ok?

To My Ameer 13

as salam Ameer cinta hati saya..harini saya betul betul rasa fragile..saya nak mengadu kat awak..kat mana pun awak sekarang, saya tahu awak ada. awak dah janji yang awak takkan tinggalkan saya. kan?

saya tak tahu berapa kali dah saya nangis hari ni..my chant macam takmo menjadi agaknya..if sedih biasanya kan syg, saya selalu pujuk diri sendiri..pang pipi sendiri and cakap "it's ok.takpe takpe"..tapi these few days memang chant tu tak jadi syg. makin sy cakap cmtu, makin laju je mata ni bertakung..

saya nak awak. saya nak Ameer saya.
Ameer saya yang istimewa. dia takkan biar sy nanges. takkan biar saya rasa apa yg saya rasa hari ni..
mana awak hilang..

saya tahu zahir, awak memang tak pernah ada..tak pernah wujud.
tapi saya masih perlukan awak. saya takkan campak awak sesenang senangnya.
sebab saya tahu apa rasanya bila dibuat macamtu.

saya nak mengadu.
i felt so heartbroken. so much. sangat sangat.
and not once. twice.
he broke it once. then dia cantumkan balik all the pieces and today he ended up breaking it again.
agaknya dia tak pernah rasa bila dipermainkan..sebab tu dia tak ambil pusing. i need him..so i can forget him..if only he could understand..

but it really hurts. i laughed but i cried.
sekarang pun.

saya rasa malu. sebab saya sayang one sided je.
dia tak sayang saya sbgmana saya syg dia.
malu sangat. 

Allahu Rabbi..saya tak tau nak cakap macam mana.
beratus surat pun saya tulis kat awak, takkan cukup untuk bagitau apa yang saya rasa.

Ameer, jangan buat macam apa yang dah dia buat, boleh?
jangan mungkir janji awak macam yang dia buat..boleh?
dia nak tinggalkan saya sedangkan dia tahu saya masih perlukan dia..smpai hati dia..
saya tak minta lebih pun..

Ameer buah hati saya..apa pun yang jadi, tolong jangan tinggalkan saya..be with me..spiritually.
awak boleh pujuk saya bila saya down..
please..

i am still your girl and will always be.

tak boleh nak teruskan lagi dah..rasa macam nak burst je dalam ni.. and petang tadi, dah mula nak demam balik..i hate it. if awak nak saya end up kat hospital lagi sebab stress dengan awk mcm dulu, tinggal la saya..
tapi saya tau dan saya sangat percaya yang awak takkan tinggalkan saya..kan?

till then,
Ameer's girl.

Tuesday, March 5, 2013

wounded

i is wounded untuk kali kedua. oleh orang yang sama. benci tau. 
aku baru nak ok, hang tunjuk taring balik. aku pun tak rasa nak mengalah macam dulu dah. 
kita tak bagi buku kat orang yang taknak membaca, 
so kenapa nak bagi hati dan jiwa kita kat orang yang taknak jaga hati kita. kan2?

takpa lah. dia lupa agaknya.
Tuhan tu maha adil
aku tak doakan yang buruk buruk untuk dia
cuma aku dah berhenti berdoa yang terbaik untuk dia
dan aku lebih doakan untuk diri aku sendiri.

sekian sesi melepaskan perasaan.

much love,
Mommy.

terpujuk sendiri

ohoiii tajuk taknak kalah. wakakaka.. tadi cuci mata kat FB and nampak a pic ni..and rasa lega..rasa terpujuk..takpe lah. Tuhan Maha Mengetahui..bersangka baiklah dengan DIA..:)



kan?

much love, 
Mommy

semalam

semalam, sebagai seorang pompuan yang berpura pura kental padahal lembik, aku telah melakukan penghujanan lagi. tetibe pagi semalam sensitif gila. nasib la time malalak tu dalam kete sensorang.. aku takde mood sungguh semalam..kena tahan dengan pak guard sebab takde sticker and kena sound sebab matrix card aku tak bawak (kawan aku tolong pegangkan time p shah alam itu hari. aku tak bawak bag and baju kurung aku xde poket and holder card tu pun aku tak bawak) pun aku endah tak endah je. 

aku dah explain punya baik pun lagi nak sound aku. sudahnya aku cakap camni je, "so sekarang nak buat apa, nak saman ke?"..koang ajo tapi aku betul betul takde mood..then guard lagi sorang tu cakap yang diorang tak marah. cuma bagitau aje. iyooooolaah tu. takde orang bagitau dengan high pitch, buat muka and sebagainya. aku malas nak melayan. bila dia tengah cakap camtu and senyum, aku pandang depan, angkat cermin and terus blah.

 p kedai topup pun, aku takde mood nak senyum macam biasa. aku bayar, siap tulis nombor, terus aku blah. budak tu ucap terima kasih pun aku buat dono. kejam tapi sesungguhnya dia yang gunakan nada tak sopan dulu.if orang ok je, takde lah aku nak merempan rempan kat orang tak memasal kan.

so balik dari kampus tu, sepatutnya keluar beli barang rumah but tetibe takde mood nak keluar. aku suh je diorang amik kete aku and p je. takde mood gila. then i talked to Mama Zafree. she knew sikit. so after dah sembang sembang tu barulah aku tukar fikiran, ikut diorang. tapi p dengan kete housemate baru. sekali berjalan tak hengattt..dari pukul 3 keluar, sampai rumah pukul 12 malam. gila betul. tapi yang lagi gila adalah aku cuma spend duit untuk beli ayam McD and air milo aje. tu pun nak beli ayam kemainnn berkira. tapi lapar punya pasal and girls generation *ohh angkuhnya kami.haha* yang len pun tak kisah makan apa and mcD dah depan mata and kedai pun dah banyak tutup and begitulah kisahnya.wakaka.

macam tak percaya kutt. sebelum ni jaraaaang sangat kejadian begitu berlaku. mungkin gara gara kedewasaan aku..kott?ehem ehem

ohh haa lagi satu, beli air bacaan al quran 30 juzuk..tu pun share dengan Ika..3.50 sorang. wakaka. kedekut punya pasal. err maksud saya, jimat. *pang berdas das bagi hilang kesedaran*

so endingnya, takde lah sedih lagi dah..so true la fact yang mengatakan antara kawan baik pompuan bila sedih adalah shopping. bagi aku la. tapi aku tak shopping pun. cukup sekadar keluar berjalan aje. sekarang pun tengah ushar kelab untuk aktiviti lasak kat perlis ni.. it surely helps, insyaAllah..

fuh panjang sungguh cerita.konon retis la tuh.haktuihh
tapi yang penting, dah sedikit relieved!
hooray!
tq Mama.

much love, 
Mommy

Monday, March 4, 2013

rasa macam nak marah tp xpayah la

kadang kadang, tidak bercakap tu adalah jauh lebih baik dari bercakap then end up feeling foolished. kita bercakap or inform or menjawab soalan yang ditanya..hati dah la tengah luka parah dengan masalah yang ada..then end up being told "baguslah macam tu"..

if that decision tu memang pilihan kita sendiri, its fine la to be told so. tapi contohnya ko tengah dilema sama ada ko nak jual barang ko sebab ko takde duit or takde pilihan lain ke tak sedangkan barang tu punya sentimental value sangat tinggi untuk ko, then that person cakap kat ko camtu, apa agaknya kira kira perasaan anda?seronokkah?

member tu dah la tengah parah sebab taknak jual benda tu tapi terpaksa, lagi ko cakap camtu. dengan perasaan tak bersalah..

pernah tak ko pikir apa akan ko rasa if that situation happened to u?
pernah tak ko rasa aku akan buat camtu kat hang?

sebab aku takkan buat hang camtu.
tapi itu lah. manusia.

lantak la orang nak cakap apa. life aku. so decision is all mine. 
kata la apa je hang nak kata. takkan rosak hidup aku dek kata kata hang.


Sunday, March 3, 2013

dia datang lagi

aku kan sesungguhnya baru lah putus cinta. tak la baru sangat. harini genap sebulan dah. i've got over it sikit. tapi sekarang, saat ni tetiba rasa jiwa layu bagai teratai di tasik madu pulak. agaknya 'sahabat' perempuan dah nak datang melawat kut. huhu. ni tengah memujuk jiwa la ni. haiyya. parah sungguh. ini lah kekdahnya bila jadi manusia yang konon kental tapi hakikatnya habukk pun tara. sesungguhnya juga, putus cinta is sangat tak berapa best. sekian bebelan hari ni. a paragraph should be enough. cis. statement macam la orang duk baca blog kau?puihhhhhh

Friday, March 1, 2013

kisah aku yang sombong dan pak guard

aku pernah tanya kat kawan kawan aku dulu..first impression diorang bila tengok aku..lalu dengan sungguh jujur tanpa sebarang was was mereka menyatakan bahawa first impression diorang was aku adalah seorang yang sombong. cis!

tapi aku tak kisah pon. lagi aku suka ada. takde la orang selalu nak menekel aku yang cantik rupawan ini. tak gitu? hahah. tapi bila lama dah kenal, barulah diorang tahu yang aku ni sebenarnya gila gila..dan juga baik lahhhhh sangatttt. itu sebab belum pernah tengok aku dilanda api shaitonnn lagi tu.. dah tengok, sumpah, memang ditarik balik semua stetmen itu. wakaka.

back then i tried to be friendly but aku rasa aku mahu kembali kepada yang dahulu. orang yang tak kenal aku cakap aku sombong. its ok. aku tak kisah. sebab bila kita terlampau baik or bagi muka, orang akan amik kesempatan. inilah nasihat dari aku yang baru putus cinta. eh.

past few weeks, aku p korek duit kat mesin pengeluaran wang secara otomatis itu. bila aku lalu kat guard, aku tak angkat tangan. sebab biasanya kalau aku angkat, diorang jarang angkat balik jadinya aku adalah teramat melalui fasa kemalu maluan yang sungguh hebat. and that day pulak kebetulannya mata aku sore lagi so i wore shades. sekali kawan aku cakap "akak, guard tu cakap akak sombong.."

cis!tu mesti sebab dia angkat tangan and aku tak angkat balik..mana la aku nak nampak. aku ni pesen kalo bawak kereta, kedepan aje aku pandang. toleh kiri kanan alamatnya kereta jadi terhuyung hayang macam orang mabuk. *betul ke terhuyung hayang?ke berbolak balik?ke berpaling tadah?*..dia pun angkat tangan time kereta dah separuh depan dia..takde lah hendaknya aku nak toleh kebelakang

akan tetapi, disebabkan aku ni dah mula meredhai dan berbaik sangka *ptuihhh* maka aku pun membiarkan aje kata kata tersebut bagai angin lalu.

idok ler bila dia cakap aku sombong maka rambut aku tergunting.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka tudung aku terselak.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka duit aku hilang beringgit ringgit.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka aku akan mengalami kelaparan.

tiada kerugian pun. plus, i dont really mind dah. hal remeh temeh.
aku lagi suka orang cakap aku sombong.
jangan tanya aku kenapa, aku tak tau.

tanya jugak, aku seligi dahi sekor sekor