aku pernah tanya kat kawan kawan aku dulu..first impression diorang bila tengok aku..lalu dengan sungguh jujur tanpa sebarang was was mereka menyatakan bahawa first impression diorang was aku adalah seorang yang sombong. cis!
tapi aku tak kisah pon. lagi aku suka ada. takde la orang selalu nak menekel aku yang cantik rupawan ini. tak gitu? hahah. tapi bila lama dah kenal, barulah diorang tahu yang aku ni sebenarnya gila gila..dan juga baik lahhhhh sangatttt. itu sebab belum pernah tengok aku dilanda api shaitonnn lagi tu.. dah tengok, sumpah, memang ditarik balik semua stetmen itu. wakaka.
back then i tried to be friendly but aku rasa aku mahu kembali kepada yang dahulu. orang yang tak kenal aku cakap aku sombong. its ok. aku tak kisah. sebab bila kita terlampau baik or bagi muka, orang akan amik kesempatan. inilah nasihat dari aku yang baru putus cinta. eh.
past few weeks, aku p korek duit kat mesin pengeluaran wang secara otomatis itu. bila aku lalu kat guard, aku tak angkat tangan. sebab biasanya kalau aku angkat, diorang jarang angkat balik jadinya aku adalah teramat melalui fasa kemalu maluan yang sungguh hebat. and that day pulak kebetulannya mata aku sore lagi so i wore shades. sekali kawan aku cakap "akak, guard tu cakap akak sombong.."
cis!tu mesti sebab dia angkat tangan and aku tak angkat balik..mana la aku nak nampak. aku ni pesen kalo bawak kereta, kedepan aje aku pandang. toleh kiri kanan alamatnya kereta jadi terhuyung hayang macam orang mabuk. *betul ke terhuyung hayang?ke berbolak balik?ke berpaling tadah?*..dia pun angkat tangan time kereta dah separuh depan dia..takde lah hendaknya aku nak toleh kebelakang
akan tetapi, disebabkan aku ni dah mula meredhai dan berbaik sangka *ptuihhh* maka aku pun membiarkan aje kata kata tersebut bagai angin lalu.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka rambut aku tergunting.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka tudung aku terselak.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka duit aku hilang beringgit ringgit.
idok ler bila dia cakap aku sombong maka aku akan mengalami kelaparan.
tiada kerugian pun. plus, i dont really mind dah. hal remeh temeh.
aku lagi suka orang cakap aku sombong.
jangan tanya aku kenapa, aku tak tau.
tanya jugak, aku seligi dahi sekor sekor
No comments:
Post a Comment