gucciglasogon.se

Tuesday, March 5, 2013

semalam

semalam, sebagai seorang pompuan yang berpura pura kental padahal lembik, aku telah melakukan penghujanan lagi. tetibe pagi semalam sensitif gila. nasib la time malalak tu dalam kete sensorang.. aku takde mood sungguh semalam..kena tahan dengan pak guard sebab takde sticker and kena sound sebab matrix card aku tak bawak (kawan aku tolong pegangkan time p shah alam itu hari. aku tak bawak bag and baju kurung aku xde poket and holder card tu pun aku tak bawak) pun aku endah tak endah je. 

aku dah explain punya baik pun lagi nak sound aku. sudahnya aku cakap camni je, "so sekarang nak buat apa, nak saman ke?"..koang ajo tapi aku betul betul takde mood..then guard lagi sorang tu cakap yang diorang tak marah. cuma bagitau aje. iyooooolaah tu. takde orang bagitau dengan high pitch, buat muka and sebagainya. aku malas nak melayan. bila dia tengah cakap camtu and senyum, aku pandang depan, angkat cermin and terus blah.

 p kedai topup pun, aku takde mood nak senyum macam biasa. aku bayar, siap tulis nombor, terus aku blah. budak tu ucap terima kasih pun aku buat dono. kejam tapi sesungguhnya dia yang gunakan nada tak sopan dulu.if orang ok je, takde lah aku nak merempan rempan kat orang tak memasal kan.

so balik dari kampus tu, sepatutnya keluar beli barang rumah but tetibe takde mood nak keluar. aku suh je diorang amik kete aku and p je. takde mood gila. then i talked to Mama Zafree. she knew sikit. so after dah sembang sembang tu barulah aku tukar fikiran, ikut diorang. tapi p dengan kete housemate baru. sekali berjalan tak hengattt..dari pukul 3 keluar, sampai rumah pukul 12 malam. gila betul. tapi yang lagi gila adalah aku cuma spend duit untuk beli ayam McD and air milo aje. tu pun nak beli ayam kemainnn berkira. tapi lapar punya pasal and girls generation *ohh angkuhnya kami.haha* yang len pun tak kisah makan apa and mcD dah depan mata and kedai pun dah banyak tutup and begitulah kisahnya.wakaka.

macam tak percaya kutt. sebelum ni jaraaaang sangat kejadian begitu berlaku. mungkin gara gara kedewasaan aku..kott?ehem ehem

ohh haa lagi satu, beli air bacaan al quran 30 juzuk..tu pun share dengan Ika..3.50 sorang. wakaka. kedekut punya pasal. err maksud saya, jimat. *pang berdas das bagi hilang kesedaran*

so endingnya, takde lah sedih lagi dah..so true la fact yang mengatakan antara kawan baik pompuan bila sedih adalah shopping. bagi aku la. tapi aku tak shopping pun. cukup sekadar keluar berjalan aje. sekarang pun tengah ushar kelab untuk aktiviti lasak kat perlis ni.. it surely helps, insyaAllah..

fuh panjang sungguh cerita.konon retis la tuh.haktuihh
tapi yang penting, dah sedikit relieved!
hooray!
tq Mama.

much love, 
Mommy

No comments:

Post a Comment