di suatu petang yang hening TANPA kilat sabung menyabung, guruh berdentum, hujan lebat mahupun renyai renyai, berlokasi di sebuah pasar malam di belakang C-Mart Arau, terdapatlah dua orang gadis, di mana seorang dari mereka adalah gadis tak terpinggir yang dipinggirkan oleh jejaka 'itu'.oh apa aku merepek ni. aku tengah cari mempelam sebenarnya that day..tapi takde.dan end up tercegat depan gerai buah ni..maka bermulalah episod duka pakcik penjual buah tu..
aku: ummi, akak nak beli mempelam la.ada nampak tak?
ummi: takde la akak
aku: umm..takpelah
pakcik buah: cari buah apa dik?
aku: saya cari buah hati..ada tak?
pakcik buah: Allah. mana nak cari tu..*dan beberapa perkataan lagi dia sebut.lupa dah*
maka aku berlalu pergi tanpa rasa bersalah.sambil tergelak gelak.
penangan manusia ditinggal kekasih.
semua benda jadi tak betul.
kesimpulannya, jangan bercinta. if bercinta, sayang sikit sudah. jangan sayang sangat sangat.
sebab satgi, kamu end up sakit sangat sangat.
dengarlah pengalaman dari makcik ni.
okaylahtuje nak merepek.
menyampah?meluat?
sila muntah berjemaah sekarang.wakakaka.oh tak kelakar eh?
till then,
Mommy
No comments:
Post a Comment