gucciglasogon.se

Monday, June 25, 2012

ajaibnya takdir n cara Allah nk pujuk

aku rasa aku pnya last entry tadi baru je aku publish bbrapa minit..xsmpai 10 minit lagi rasanya..then aku p jenjalan kat FB..terjumpa something dari NewsMediaNetwork ni..mmg satu kebetulan ke?tp setahu aku xde istilah kebetulan dlm Islam..yg ada adalah takdir..

ajaibnya cara Allah memujuk hamba Nya yg berduka walau sedikit..sllu jadi cmni.time aku pnya mood tgh haru biru, sah2 akan jmpa bnda2 cmni yg memujuk..hebat x my Allah?baca je lah ye kat bawah ni..(sekadar peringatan utk diri sendiri sbb aku ni spesies hati kaca sket kalo ngan org yg rapat ngan aku.ngan org xrapat lantak la ko nk ckp apa pn kan)




‎"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

I'm so confused.

Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.Anak: *Blur*

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..

Anak: *Termakan cili*

So conclusion is, jangan mudah terasa hati.. kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah.. tabarakallah. :)


No comments:

Post a Comment