sape yg pernah ter'involve' dengan PJJ ni tahu la macamne rasanya..kalo xpernah rasa/lalui jangan gatal2 nak cakap tahu cmne rasanya atau nk komen melebih2.aku cabut bulu mata sekor2 kang.
PJJ tu apa?yeeee betul..BUKAN Pengajian Jarak Jauh..PJJ yang dimaksudkan di sini adalah Perhubungan Jarak Jauh.kalo dulu2 zaman aku masih dara sunti (hoih.aku taw korang mesti pikir aku dh xvirgin.gila kau.nak mampos?aku virgin lagi okehhh) dulu, aku cam 'hek eleh.ape kelas kapel' atau 'long distance?bleh percaya ke?'..ohh dan sesungguhnya skang baru aku sedar keterlanjuranku di masa lalu.wahwahwah.
mesti la percaya skang sbb aku sendiri pn dah part of it.aku pnya relationship nih mmg long distance betul.walau hanya dr Terengganu ke KL yang kalo naik flight cuma 45 minit.tapi aku kan jakun.mana penah naik flight.#malubetulnakmengaku.hukhuk.seingat aku la kan, sejak2 kapel ni, baru la 3 kali jumpa kot.apsal kita xkapel awal2 ye teddy?
dan disebabkan aku ni adalah perempuan yang amatlah pemalu dan penuh tertib seorg gadis melayu kedua terakhir, maka xde lah aku saja2 berlagak2 dan sesuka2 hati je aku pergi ke KL sana.aku jmpa pn time family aku ada hal kat sana.kalo x, xde de nak jumpa nih.nak harapkan dia datang cni?haremmmmm.sekali lagi aku tegaskan ye.BUSY ADALAH MAKANAN RUJI DIA.atau lagi senang aku senaraikan cmni?
appetizer: meeting patploh kali seminggu
main course: busy sepanjang masa.ok mungkinlah ada bbrpa minit dia xbusy.ada ke?wawawawa
dessert: outstation/training/meeting/buat report
sebab tuh beliau kenyang setiap masa.untung2.jimat duit.orang lain kalau nak makan kemain lagi keluar duit, ko plak dapat duit.masyukkk
susah sebenarnya long distance relationship ni.percaya n tolak ansur tuh penting.tapi aku dua2 aku takde.aku ni kan spesies yg susah nk percaya.dulu aku pernah la sangat percayakan orang tapi bila berlaku something, trust tuh dh mcm 'ok aku blah'..so bila dah sekali terkena, paranoid tu tetap ada.nak percaya 100% mmg x la kan.mulut boleh la cakap percaya tp hati tara boleh tipu maaa..lagi satu tolak ansur..aku ni kejap leh tolerate kejap x..kalo dia gtaw awal2 dia busy, aku boleh la tolerate sket.tapi yang paling aku xleh nak tolerate bila dia hilang xdapat dikesan.huh.aku punya menggelegak..sakan
aku ni plak spesies yg emosional memanjang.naseb la teddy tuh layankan aje.paling2 pun dia cakap 'eleh.saya dah taw dah la awak tu.jap2 lagi awak mengalah n kompem minta maaf lik'.citt.bukannya nak show effort utk pujuk aku.lagi bikin aku mendidih ada.tp yang tu la jugak yang aku sayang.miahaha.*pengsan*
si budak teddy ni dia punya ego melambung tinggi.kalau aku usik dia, saje nak bagi jeles, and dah nampak cara dah macam orang tgh tanggung kepedihan menelan larva gunung berapi, lagi dia nak deny dia cemburu.ayat ko tuh memang aku taw dah..tapi aku ni bangsa suka usik.cant help lor.wawawa.tapi semalam lagi jelas cemburunya.
kan aku punya relationship ni PJJ kan.so kitorang banyak contact pakai ym or email je.dia xde nak melekat dengan handphone 24 jam.mimpi la.so semalam aku video call ngan dia.nampak la dia duk kat office sorang n senyum2 depan cam tuh.dan seeloknya tgh bergembira bergelak ketawa tuh, aku tercakap la something..yg ada orang mention aku ni #$%^&.orang tuh kazen aku.skali mmg jelas nampak muka dia terus berubah jadi serius and tnya aku 'sppu awak llki ke pmpuan?'.hah kau.xjeles lagi cmtu.elok dh bersayang2 sebelumnya, dah keluar 'awak' ttbe..tp disebabkan nasib si teddy ni agak tak bertuah sebab dapat aku, maka bersabarlah ye.aku suka dia cemburu n marah2.sbb aku suka pujuk dia.wakakaka.*silamuntah*
TAPI kengkadang aku rasa aku xperlu amik tahu semua benda kut.aku nih jenis yg suka tnya 'awk tggal sy x?', 'awk serius x ngan sy', 'awk akan berhenti sygkan sy x?', 'awk boleh jadi suami saya x?', 'awk xmain2kan saya kan?'..see?how paranoid i am.paranoid kat semua benda.paranoid ditinggalkan, dipermainkan bla bla bla.aku selalu tanya n teddy xpernah jemu jawab tiap soalan tuh walaupn dh berbelas kali aku tanya.cuma bila jawapan yang diberi tu adalah jawapan yang sebenar dan mengikut logik akal, aku jadi sedih.dia suka bg jawapan yang penuh 'rasional'.contohnya bila aku tnya, 'janji awak akan jadi suami saya', jawapan dia 'insyaAllah kalo ada jodoh'.jawapan tuh mmg betul, rasional and logic cuma aku rasa aku xleh terima.mula la aku rasa dia tak serius la ape la kan.padahal mmg jwpn tu logic.tu antara contohnya la.yang len2 takkan nak cite semua.wawawa.
kenapa aku xleh terima jawapan yg rasional?
SEBAB AKU PARANOID
aku xsuka org tinggalkan aku.aku xperlu orang part time dalam hidup aku.dan aku xsuka orang yang datang bila nak datang and pergi sesuka hati.bukan setakat ngan teddy, ngan kawan2 aku pun.kalau nak wujud dalam hidup aku sekadar part time, get lost.i dont need such part timer
and betullah apa yg orang cakap..'SOME WORDS/THINGS ARE BETTER LEFT UNSPOKEN. SAFER.'
alamak dah melalut jauh dari tajuk
sekian cerita dari saya yang masih teruna.ngahaha
huhuhu like!! :P
ReplyDelete:)
Delete