gucciglasogon.se

Monday, July 2, 2012

gangguan jin dan makhluk2 xkasar

ingat x pasal entry aku yang aku ada mention nak cerita pasal gangguan2 ni semua kan?sorry aku lupa plak aritu.mungkin la ada orang yang tak percaya pasal benda2 ni semua.aku tak paksa untuk percaya.itu hak masing2 walaupun dalam Quran sendiri ada mention benda ni semua.dulu dulu pun aku tak berapa percaya tapi lepas kena kat diri sendiri dan tengok sendiri orang yang kena tu macam mana baru lah aku betul2 yakin and tahu pasal benda2 ni.

aku pernah tengok orang yang dirasuk, macam mana keadaannya.menyumpah seranah orang sedangkan sebelum sakit tu memang takde menyumpah nyumpah ni..baik je orangnya..tetibe cakap dengan nada and suara yang lain, cakap benci kat seseorang, nak suruh orang tu mati la, sakit hati la apa la.xfaham aku

gangguan2 nih xsemestinya datang dari kes khianat2 secara halus ni je..banyak jenis gangguan..ada yang jenis lintasan, kadang2 benda berkenan kat seseorang, atau sebab tapak rumah'ofis ke.macam2 la.dan nak tahu tanda2 pun banyak.bagi orang yang xpernah kena, mungkin anggap semua tanda2 tu sebagai kebetulan, mainan tdo, gangguan emosi atau masalah kesihatan.tapi aku dah selalu alami dan dah selalu berubat dengan ustaz jadi aku tahu tu semua bukan gangguan dari sesuatu yang nyata, tapi dari benda yang ada tapi kita tak nampak

aku baca kat blog Pusat Rawatan Islam Kiswah tadi pasal simptom simptom gangguan ni semua.and aku detect few yang memang aku rasa ada.aku dah terpikir2 beberapa minggu kebelakangan ni.aku selalu marah2 xtentu pasal.aku memang panas baran tapi takde la melampau2 sangat.tapi kalo semua barang kat tangan aku nak baling dan pecahkan?nasib aku pakai hp murah

ni antara sign2 nya..korang pun intai intai la.kut2 ada jugak yang tempias2 4 5 tanda2 tu.better rujuk ustaz sebelum terlewat..


“SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN”


(SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA INI DISARANKAN AGAR   ANDA SEGERA DIRAWAT!!!)


Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur. ni memang selalu aku kena.cuma skang ni dh kurang sbb kalo tdo aku akan make sure aku peluk bantal atau silangkan kaki one top of another.tu antara petua.+ doa

*Bunyi gigi ketika tidur.

*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur. mimpi baby.selalu jugak.biasanya mimpi baby tu anak aku, aku lahirkan, aku susukan tapi kadang2 aku jadi lupa nak susukan la, tdo kan anak la.ada sekali tuh aku mimpi macam 1 kisah yang real.dalam mimpi tu aku pergi kat tempat yang pedalaman..semua kat kampung tu fresh, xde bangunan atau hutan2 concrete ni.semua hijau je ngan pokok2 semua.aku pegi kat satu rumah ni.rumah macam rumah orang lama2/orang asli..tetiba ada budak keluar dari bilik, berlari ke arah aku dan panggil aku 'mak!!'.ke 'ibu' tah.lupa.itu satu.aku penah mimpi ada suara dalam mimpi aku cakap camni kat aku, 'ko nak tahu siapa yang selama ni kau jaga dan tinggal dengan kau?'..sekali dia tunjuk kat sepasang budak2 ni kat atas katil..sebelah aku.tengah bergurau senda.dalam 7 8 bulan kut babies tuh..aku ingat nama baby boy je.Adam namanya.yang pompuan aku dah xingat.macam real la apa yg jadi aritu.huhu

*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll. ULAR HITAM.ni aku selalu mimpi.bukan kecik punya ular tapi besar.duk kat laluan aku nak jalan.kalo ada yang cakap mimpi ular tu mimpi orang nak masuk meminang tu betul, dah berapa puluh kali aku dipinang dah

*Mimpi menakutkan. mimpi kena bunuh ramai2 menakutkan x?atau dikejar dan di attempt bunuh oleh ramai orang?kalo ye, maka ye aku pernah mimpi

*Mimpi paderi, salib dan gereja.

*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati. mimpi orang mati selalu gak.nampak darah yang melekat akibat dari eksiden yang menyebabkan kematian tuh.

*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.

*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi. ni memang selalu aku kena.mimpi orang paksa aku terjun dari tempat tinggi.mimpi jatuh dari tempat tinggi.jantung aku macam nak tertanggal rasanya.tersentak2 aku time tdo

*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur. orang panggil nama aku, bagi salam tapi takde orang kat luar, sergah kat lubang telinga aku.tp time aku jaga.bukan tdo.sebab dah biasa, takde takut sangat.dulu2 mmg xcukup tanah aku lari.lari dari sape pun taktaw.macam nampak

*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.

*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.ini memang sangat2 la selalu kena.rasa macam orang gila je aku kengkadang.mau tak.baru nak pejam mata, sebelah kaki mesti tersentak2 macam terkejut.tapi xmacam terkejut.lebih pada macam disentap2.seyes ni adalah part paling tak best sebab kita taw benda tu ada.dah tiap kali pejam mata tiap kali tu disentap2.lagi2 kalau baca ayat Qursi atau ayat utk elak sihir, belakang aku rasa macam dipeluk.kembang rasanya pinggang aku.

*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.

*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.

*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

*Mimpi tandas dan buang air.ada la mimpi tandas dan buang air.tapi rasanya tu sebab memang aku nak buang air kut.tapi aku bukan jenis yang kerap kencing.few weeks ni even air xminum banyak and sebelum tdo dah buang air pun, tengah2 malam pun nak buang lagi.mimpi siap.tapi ni masalah bladder aku kut.takde kaitan lah

*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Ketika jaga

*Sakit tulang belakang tanpa sebab.aku sakit pinggang.kekadang bengkak n sengal2.total aku masuk wad sebab pinggang adalah 15 hari tapi doctor cakap xde masalah.wadehel?

*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.lately ni selalu sakit kepala.rasa macam nak pecah kepala.dia bukan rasa macam kita hantuk kepala kat dinding atau pukul dengan tapak tangan.dia xsakit sekata.tapi sakit tuh macam kita picit pale dengan jari2 dengan kuatnya.sakit tuh macam ber'distributing' kat kepala.makan ubat, hilang la setengah jam.sakit balik.biasa kan ubat tahan la jugak efeknya beberapa jam.aku bukannya bangsa selalu migrain tp lately ni hampir hari2.kalo x pagi, mesti malam atau lepas azan zohor.huhu

*Istihadah. (haid lebih 15 hari)

*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.ni toksah cakap la.dulu2 rasa je benda tu ada tapi sekarang beliau dah tunjukkan diri plak.biasanya kalau sebelum ni, tetibe ada satu feel yang sangat lain, and kepala rasa semacam, maksudnya ada la tuh benda tu.memang aku lari xtoleh belakang dah.tapi skang ni bukan setakat rasa, nampak pun dah.dalam bilik air la, dalam bilik aku la, and latest 2 malam lepas kat dapur time aku tengah masak.nasib xberterabur ayam aku.

*Takut tidak bersebab.

*Badan terasa berat dan malas.aku punya malas adalah sangat berganda2 hinggakan aku nak bangun berjalan pun malas tahap nak mam.rasa macam badan aku cakap 'xlarat laa nak itu..xlarat la nak ini..'

*Sukar mendapat jodoh.

*Suka bercakap-cakap berseorangan.

*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.belikat.macam kena tekan2.nasib xpatah tulang belikat aku.

*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.bukan maghrib je.hampir tiap masa

*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.ye.bodoh kan?padahal aku Islam.kekadang rasa cam half bahagian dalam diri aku sabotaj aku.selalu kutuk2 agama, cakap agama Islam ni itu la ini la.tp abah aku cakap biarkan je.istighfar dan JANGAN iakan apa yg half lagi tuh cakap.aku gila ke weh??

*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.ye.aku dh explain kat atas tadi.oh haa aku pernah nampak sekali, time tu lepas isyak kut.aku masuk bilik nak ambil barang, sekali aku nampak ada sorang pompuan duk kat birai katil aku, menghadap ke almari aku dan menunduk.rambut panjang.gila ngeri.dan aku juga xla terlalu gila untuk terus tunggu.sial betul.takde tempat laen ke nak pergi?

*Pengsan atau sawan tanpa sebab dan STROK.

*Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.belum lagi tahap dibenci tapi selalu marah.risau jugak aku.sebab benda kecik pun dia punya bengang gila melampau2.huhu.sorry teddy

*Pemarah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah. baca je lah entry aku yang sebelum2 ni.memang obvious la nampak.aku boleh marah untuk benda kecik yang xlogik dek akal kalo nak marah pun.contohnya bila aku pegi kedai, kedai tutup.aku punya marah dan menyumpah2 adalah terover dose.dan bila ada orang berhenti kat taffic light walau lampu merah.aku gila ke?kejap ni ko tengok aku gelak2, kejap lagi aku marah2.kejap kang aku sedih.ni aku salah taip pun aku menyumpah2.apsal la.

*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.SELALU

*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.biasa aku xleh pegi tempat orang mati.aku takut dan xnak. kalo kena paksa pergi,aku boleh menangis2.kalau aku pergi pun memang tak lama.aku panas bontot la.nak balik.pastu insyaAllah, aku akan demam.sebab tu aku xpegi

*Sakit tulang empat kerat.

*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.ni abah aku.batuk teruk.dan muntah darah adalah perkara yang agak biasa bagi dia.adik aku pun pernah.aku pernah sekali.huhu

*Kuat berangan.TERSANGAT2 YANG AMAT LA YANG NI NIH.sebelum tido tu memang wajib berangan. bangun pagi sebelum turun katil aku berangan.dalam bilik air.atas sofa masa tengok tv.masa bawak kete.tengah makan.ahhhhhhh apsal la aku rasa berangan ni best?

*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.ni dulu.skang dah x.malahan skang aku rasa yakin yang mana keyakinan tuh kadang kala buat aku jadi seorang yang sangat berlagak dan sombong.kadang2 k

*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.#sape berani nak tindas aku?aku tampo patploh kali kang

*Nafsu seksual yang melampau.ini adalah sangat2 memalukan tapi ye.aku belum kawen tapi lately ni aku selalu berkeinginan ke arah 'itu'.macam la aku tahu cmne rasanya.pelik.ni biasanya jadi time aku bangun tido.padahal aku baru lepas mimpi nak kena bunuh oleh ramai orang.orang semua nak rodok perut aku dengan penyabit.sial la.apsal eh?aku xde plak pernah tgk porn movie.gila susah nak mengalih fokus dari keinginan cmtu.pastu esok nya kang jadi balik.boleh hilang akal aku

*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.

*Mandul.#aku xkawen lagi so aku xtaw.harap2 xmandul, bahkan subur.wakaka.berbahagialah kamu teddy utk bercucuk tanam di tanah yang subur nanti

*Terasa diri selalu diperhatikan.hampir setiap masa.nak mandi pun tak tenang

*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.biasanya hasutan nak suh benci orang tu benci orang ni.dan supaya aku benci ngan Islam.huh.tapi abah cakap abaikan.jangan dilayan.kekadang macam orang gila.sebab rasa macam dalam diri aku ni ada 2 orang.satu jahat, lagi satu selalu pujuk xbagi aku dengar yang jahat tu hasut or suruh apa

*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.sangatlaahhh selalu.selain dari yang aku cite kat atas tuh, aku pun pernah nampak budak kecil kat umah aku.budak pompuan.aku baru balik ke rumah.pastu nampak ada budak sembunyi kat tepi dinding luar rumah.dia pandang je aku.dalam umo 5 tahun gitu.tapi apsal rupa dia ada iras2 aku time kecil2 ye?dalam bilik adik2 aku pun aku pernah nampak.dia pandang aku.aku pandang dia.tapi dia xbuat pape.pastu hilang.kejap tu kang aku nampak 'dia' kat pintu dapur pulak.mengintai dari dapur.kitorang semua tgh tengok tv.pocong pun pernah sekali aku nampak.serius takut tahap nak mampus.selama ni aku tengok kat tv je pocong nih.ni duk depan2 muka aku.kat hostel pun dulu aku selalu nampak.kat tepi bangunan, kat luar tingkap bilik aku, kat hujung kaki aku..siap tolong kejut aku bangun dari tido lagi.aku ingatkan roommate aku kejut tapi sekali aku pandang, dia duk syok lagi tido.tu time 1st year.second year aku nampak ramai pompuan pakai baju putih masuk bilik aku.hostel time tu macam chalet.so nampak la sebelum aku nak pergi mandi tu.aku ingatkan kawan2 roommate aku.masa tahun dua tu aku tinggal berdua je.so aku lepas mandi and masuk bilik, aku tnya la..'Yin, mana kawan2 ko tadi?dah balik ke?gila riuh aku dengar tadi'..si Yin ni dah buat muka pelik..'mana ada org datang.aku je dari tadi'..agak2 apa aku rasa?

*Takut menziarahi jenazah.AKU DAH EXPLAIN TADI

*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.tapak kaki x.kat peha ada.

*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.aku sakit kepala macam nak pecah kalo pasang ayat2 ruqyah.aku beli cd ayat ruqyah dah lama tapi sangat rasa berat dan xnak pasang.sekali tuh aku lawan, aku pasang jugak.xsampai 10 minit, aku tutup balik.kepala aku sakit gila.rasa benci dan nak marah meluap2 tetibe.

*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.Bunuh diri?ye.selalu bayangkan aku telan pil banyak2.dan aku selalu buat biasanya kalo aku gelisah or xleh tdo.bodoh

*Nampak bayang-bayang melintas.SELALU

*Sukar lelapkan mata atau insomnia.

*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.

*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.SELALU.tapi aku rasa nafsu.kut

*Sakit bahagian perut tanpa sebab.SELALU

*Ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.ketumbuhan ada.2 kali operate.sudahnya aku dah malas nak layan.lantak la.xmembahayakan

*Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.#Bersilat xde.tapi aku suka berkhayal yang aku menari macam orang dulu2 menari.macam tarian dalam PHSM.ralit oo.tapi ni takde kena mengena ye

*Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.

*Sakit dada  dan kaki terutama waktu senja ke atas.

* Terasa benda bergerak di bawah kulit.kat peha dan jari kaki.aku ingatkan pacat ke semut ke.tapi takde plak

*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.

*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.bunyi mencakar2 pun pernah.

*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.

*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.#teddy bukan orang baru dikenali so sayang melampau2 kat dia adalah tak dikira.wawaawa.teddy, love u

*Malas beribadah.SANGATTT malas..kalo aku solat, malam tu memang kompem aku susah tido dan cam diperhatikan dan resah dan gelisah ku rasa hidup penuh pancaroba..roda masa pantas berputar menduga iman di dada..ehh?tu lagu in team..lagi satu kalo nak baca Quran..time baca tu belakang aku rasa automatic seriau dan kembang dan rasa cam dipeluk..kekadang rasa benci dan nak hempas Quran..lepas istighfar biasanya hilang la rasa tu

*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.

*Nyanyuk ketika lanjut usia.

*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.

*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.

*Kerap keguguran.

*Gagal melakukan hubungan kelamin.

*Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al Quran.

*Sakit mental atau gila.

*Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.


korang punya sign macam mana?aku rasa nak jumpa ustaz tapi kadang2 rasa macam tak nak pergi.macam tak nak pergi sangat2.huhu

ehh panjang gila entry.patploh kali aku berenti2 nak siapkan entry nih.sorry sebab haru biru plak arrangement dan kaler nya.malas dah aku nak edit..arrangement xleh nak justify.aku nak melantak dulu ah.kang ada aku menyumpah seranah kaler font ni kang

No comments:

Post a Comment