dah lama rasanya tak kena nosebleed ni. tadi tetbe aku lap idong, nampak ada darah. ingatkan aku salah tengok tapi bila lap lagi, ehh makin jelas nyata pulak darah tu.migrain pun tetibe datang lagi petang tadi. tapi kjap je. and sekarang sakit balik. aigoo. perut la tetibe nak sakit. ntah hape hape.
semalam kan, time aku solat, aku nampak tiba tiba baju kurung yang aku hang dekat kerusi tu bergerak macam ada angin/orang langgar. tapi the other side aje la. sebelah yang menghala ke arah sejadah tak bergerak pun. that time aku xpasang kipas pun. bergerak sendiri. ohooiii neves tetibe. rasa tengkuk kembang semacam aje. rasa takutt sangat.
rumah ni kan (or diri aku sendiri) ni macam pelik sket tau. i've seen things. dah lama dah sebenarnya nampak benda benda ni. lately macam buat balik. mimpi pun asik la bukan bukan. mimpi orang nak bunuh aku, nak sihirkan aku, pengsan dalam gaung and tak leh nak diselamatkan sebab kat 4 penjuru gaung tu ada ular yang besaaaaarr gila, mimpi dikelilingi kucing, mimpi kanak kanak or baby. mimpi tengok orang mati. semalam lak aku mimpi rumah yang aku tinggal ada hantu or org yang nak bunuh aku. seolah olah aku je yang diorang targetkan. yang lain semua nak bunuh aku. sudahnya protect dengan taburkan garam. so 'diorang' tak boleh step over line garam tu. scary okeh. and kenkadang kan bila bangun dari tido tu, letihh gila badan.
kadang tu jugak, kaki aku rasa lenguh gila. seolah aku berjalan jauh. kaki aku pun ada lebam lebam. dari paha sampai la ke buku lali. dia macam beratur elok aje.
the other day, aku nampak ada orang (roommate) dalam bilik aku sedangkan roommate aku time tu ada exam. aku nampak dia berjalan jalan dalam bilik. and aku nampak dia duk kat kepala katil aku, bongkokkan badan and letak dahi dia atas dahi aku. aku tak sure time tu betul betul or aku mimpi. aku rasa macam aku dah bangun and berjalan dalam bilik tapi bila buka mata, aku still atas katil lagi. banyak kali jadi macamtu hinggakan aku dah macam "tolonglah cepat bangun dari mimpi ni"..takut gila. aku siap marah lagi 'orang' tu.aku tanya apsal letak dahi dia kat dahi aku camtu. aku ingatkan roommate aku. tapi bukan.huhuhu
and belalang pelesit tu masuk dalam bilik kitorang. alhamdulillah masa tu ada budak degree lagi. so xde la menggelupur aku nak buang beliau.
pernah tak rasa macam ada orang perhatikan kita?aku pernah.and siap nampak kelibat orang lagi. camno la aku tak tumbang awal malam malam kan. nak lagi sehari dua ni aku asik dengar suara orang. orang panggil aku, suara orang mendengus la, meratap la kengkadang. aku kekadang rasa nak menangis je. ye lah. aku kan duk sorang dah seminggu lebih dah. ofkos la takut kan.
and aku perasan jugak, few days sebelum ni, bila maghrib je, akan ada 2 ekor rama rama ni. aku haritu ingatkan nak bunuh aje sebab pakcik aku cakap kalau ada haiwan masuk rumah time senja, kena bunuh. takut dia bawak 'kiriman'. tapi rama rama tu makin aku nak halau dia makin dia dekat dengan aku. macam taknak keluar. aku tak tau la mana diorang datang
aku dah rasa lain macam. then aku bukak surah yasin. alhamdulillah dua dua ekor tu macam duk diam je tak bergerak gerak.macam menghayati. then esok pagi dia hilang. maghrib kang datang balik. time aku kat ruang tamu, dia akan duk kat dinding ruang tamu. bila aku memasak kat dapur, dia terbang p dapur. then aku tanya "kau datang nak teman aku yeh?ok teman lah.duk diam diam"..then terus dah rasa macam xtakut and tak kisah sangat dah and diorang pun duk diam aje
ada sorang ustaz ni bagitau, dia 'tengokkan' aku and dia cakap ada benda. and benda tu saka?wth
aku tak rasa benda ni saka. ustaz tu beria bagitau aku. explain semua. tapi aku macam keep denying.
sebab history family aku mana ada saka saka ni. and xde pulak aku went through upacara nak pass kan saka tu ke apa ke kan. tu yang aku tak percaya
and bila ustaz tu cakap pasal nak berubat, aku macam sakit hati gila
macam nak marah. sebelum ni pun bila family aku nak berubat, aku awal awal tarik diri
bila solat pun aku selalu lupa berapa rakaat
tapi kan.macam mana yeh nak cakap. dia macam ni. kadang kadang hati aku macam dipujuk untuk jadi baik. and the other half pulak akan datang untuk aku jadi jahat. macam tu lebih kurang. sampai satu tahap aku rasa aku dah gila. sebab diri aku berdialog dengan diri aku sendiri.huhu
that day kan, tiba tiba aku tercium bau wangi. malam malam buta.tapi buat dono aje even hati gila takut
setakat saat ni, takut tu memang takut tapi alhamdulillah belum lagi tahap menjerit jerit histeria.
rasa macam nak menjerit tu ada tapi aku lawan.
aku tau bila aku lose control dengan badan n minda aku, it'll take over.
tu yang my parents selalu cakap.
jangan jerit. nanti dia menang sebab semangat kita macam dia amik ke camne tah. tapi camtu la lebih kurang.
aku tau bila aku jerit, aku akan lose control over everything.
so aku pujuk balik diri aku yang 'they' cannot hurt me..
xboleh apa apakan aku.
Allah ada. selagi mana benda tak terzahir, insyaAllah dia takkan apa apakan aku.
tu pasal aku kena balik raya cina ni.
ummi nak bawak berubat katanya.
itupun kalau aku tak ubah fikiran lagi